Nafas dihela perlahan apabila menghadap cermin tandas tersebut. Kegilaan apakah ini Takkan Zairis maksudkan gadis itu ialah dia Tak mungkin! Takk!
Nyaris-nyaris Syakila nak bertembung dengan Zainura. Nasib baik sempat menyorok. Kalau tak, memang kantoi!
You ni yang selalu dengan Zairis, kan Tiba-tiba seorang gadis muslimah menyapanya. Pandangannya terus dialihkan pada wajah gadis itu.
I, Bella. Kawan kepada Nazim dengan Zairis.
Syakila rasa macam nak pitam. Asal ramai sangat yang mengenalinya Seingat dia, gadis di hadapannya ini yang bercinta dengan Nazim Othman tu kan Bella Dally
Jomlah, Zairis dengan Nazim dah tunggu kat luar.
Kita makan-makan kejap ke...
Tanpa semena-mena
Tadikan, aku macam nampak kelibat Syakila. Tapi,
tak adalah pulak, Kedengaran suara Zainura di situ. Seperti mahu memasuki tandas perempuan ini.
Perasaan kau aje tu. Tak mungkin dia datang. Kan dia dah kata, dia memang takkan datang. Lagipun dia mana ambil peduli dengan dunia hiburan macam kita ni... beriya Zainura menyakinkan Alisa.
Ketika ini kedudukan mereka terlalu rapat. Namun, pantas Syakila membelakangi tubuh Zainura. Bimbang gadis itu dapat mengesan kehadirannya.
Iya ke Syakila tu tak minat dunia hiburan Aku tengok dia okey je. Cuma tak adalah taksub macam kita yang sanggup join fan club artis sana, sini.
Betul! Dia cakap kerja kita ni buang masa dan tenaga aje! Sambung Zainura lagi.
Kalaulah Zainura tau yang sekarang ini dia dengar semua kata-kata Zainura tu, apa agaknya perasaan temannya itu Bertahanlah Syakila!
Eh... Bella Dally, kan Yang bercinta dengan Nazim Othman tu Semakin Zainura mendekati, semakin gelisah Syakila jadinya.
Janganlah sampai terkantoi! Syakila berharap Zainura tidak perasan kelibatnya.
MATA Zairis melilau ke sekeliling. Langkah diteruskan, seperti bertawaf di kawasan yang sama. Tapi, kelibat yang ingin dicari masih
tidak kelihatan.
Mana minah ni pergi Desis hatinya. Dahi sedikit berkerut. Aduhh, tak reti bersabar betullah. Tiba-tiba menghilang macam tu aje. Dahlah tak tunggu dia!
Kau cari siapa Nazim mendekati Zairis. Dari tadi lelaki itu seperti gelisah saja. Kenapa, ya
Satu keluhan terlepas dari bibir. Mata Zairis masih memerhati sekeliling. Dari suatu tempat ke tempat yang lain dicari. Tapi jangankan suara, bayang pun tidak ada. Ke mana agaknya
Nampak tak perempuan yang selalu ada dengan aku
Dahi Nazim pula berkerut. Tak nampaklah pula.
Kenapa
Tak ada apa-apalah
Nanti pergi ke tempat biasa yang kita lepak tu.
Apa-apa, Whatsapp aje.
Okey.
Kelibat Nazim mula lenyap di kawasan itu.
Tiba-tiba, terasa lengan Zairis ditarik dari belakang. Tanpa sempat mahu memandang siapa gerangannya, dirinya ikut sekali tertarik. Apabila wajahnya didongakkan, dapat dilihat seorang gadis yang memakai topi.
Errkkk Dah kenapa minah ni pakai topi
Weh, kau kenapa tiba-tiba pakai topi ni
Diam! bisik Syakila separuh tegas
Sewaktu sampai di pintu utama, mereka dikejutkan dengan suara seseorang!
Syak, kan Apa kau buat kat sini
Langkah serta-merta terhenti. Syakila mula risau, janganlah terjadi apa-apa. Tak naklah. Bukan waktu sekarang kalau nak terkantoi pun.
Siapa Syak Ini
Beberapa orang wartawan dah berkumpul di situ. Zainura bersama kawan-kawannya ingin menanti apa yang terluncur di bibir Zairis.
Jangan buat kerja gila! Syakila memberi amaran di telinga Zairis. Wajahnya masih berselindung di sebalik topi yang dipakai.
Diam. Kalau tak, aku cium kau! Zairis turut memberi amaran. Terdiam terus gadis itu.
Siapa gadis sebelah awak ni Zairis Ini kawan saya, kan Syak, kau ke tu Baik kau mengaku sekarang!
Ini
Ini siapa!
Suasana makin rumit. Syakila berdebar-debar ingin mengetahui apa yang akan diucapkan oleh Zairis.