CINTA SEJATI SEORANG PLAYBOY - 17
TONGKATNYA disandarkan pada dinding. Perlahan-lahan Adwan labuhkan duduk di sofa yang diletakkan di penjuru anjung rumah. Leganya dia rasakan dapat menyedut udara luar. Semasa majlis pernikahan Amanda dan Akid berlangsung tadi dia dipaksa duduk di dalam rumah. Tak dibenarkan langsung duduk di luar. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa dia rimas sangat-sangat.

Along, nak makan tak Zuhayr Affan yang baru hendak menyarung selipar bertanya. Baru perasan abangnya duduk di luar. Patutlah cari dekat dalam tadi tak ada. Dia mencari sampai ke bilik abangnya di tingkat 3 tadi.

Pergilah dulu. Adwan tersenyum.

Jangan biar perut tu kosong, pesan Zuhayr Affan sebelum berlalu ke khemah yang dipenuhi tetamu yang diundang.

Adwan mengangguk. Dia memandang sekeliling. Mencari seseorang. Terpamer senyuman di bibirnya bila insan yang dicari tertangkap oleh matanya. Qaireen sedang membantu Mamanya melayan tetamu yang datang.

Sebenarnya dia perasan Qaireen tak menang tangan sejak dari awal pagi lagi. Alhamdulillah Qaireen sudi membantu keluarganya. Biar pun Mamanya menegah tapi Qaireen berkeras. Qaireen tahu Mamanya belum sembuh sepenuhnya. Dia sendiri suka sikap Qaireen yang ringan tulang.

Tiada apa yang mampu dia ucapkan melainkan rasa syukur ke hadrat Ilahi. Rencana hidupnya berliku, tetapi pengakhirannya sangat cantik. Nyata dua tahun sebelum berjumpa Qaireen semula rutin hariannya sangat sia-sia. Merata dia mencari bidadari hati. Ruparupanya selama ini jodoh dia ada di depan mata.

Qaireen lempar senyuman manis pada tetamu yang menyapa. Hatinya melonjak riang melihat Datin Afia gembira. Lega bila melihatkan majlis pernikahan Amanda berjalan lancar walau terpaksa ditangguhkan hingga Dato Zayd dan Datin Afia sembuh.

Reen.

Qaireen menoleh ke sisi bila lengannya disentuh dan mengikut jari Datin Afia yang menuding pada seseorang.

Buah hati dah panggil tu. Cemburulah tu aunty berkepit dengan Reen aje. Datin Afia ketawa.

Qaireen menggeleng dan tersenyum sipu. Meminta izin pada Datin Afia bila Adwan menggamit dia.

Nak apa Qaireen labuh duduk di sebelah Adwan. Mata memaku pandang pada laman rumah keluarga Adwan yang berubah wajah. Dipenuhi khemah. Tetamu yang datang pun boleh tahan ramai juga.

Marah nampak Adwan merenung si kekasih hati. Wajah itu sedikit berpeluh tapi masih cantik di mata dia.

Bukan dapat apa pun kalau marah. Qaireen menjeling.

Mata saya ni penat tengok awak ke sana ke sini. Kalah mak pengantin. Adwan mengusik. Tak mahu Qaireen rasa terbeban dengan apa yang gadis ini dah lakukan. Dia nak Qaireen tahu dia juga suka dengan apa yang gadis ini buat untuk keluarganya.

Aunty kan masih tak sihat. Haruslah saya tolong. Qaireen pamer senyuman kelat. Bukan dia mengeluh. Dia ikhlas melakukan semua itu.

Awak ni, Qaireen. Dengan orang lain boleh aje bagi senyuman ikhlas tapi bila dengan saya, macam nak tak nak aje senyum tu. Adwan muncungkan mulutnya. Terasa Qaireen acuh tak acuh sahaja berbual dengan dia.

Penat sangatkah Qaireen sampai beraksi begini dengan dia Teruk sangatkah dia meminta perhatian gadis ini

Eee, Encik Zulfan Adwan ni. Kenapa nak macam budak kecik sangat Cuba beritahu saya setiap masa saya ada dekat mana kalau bukan di sebelah aunty Qaireen mencubit pinggang Adwan. Mata dibesarkan. Geram. Sudahlah dia penat. Kena pula Adwan membebel yang bukan-bukan.

Sebelah saya. Adwan ketawa kuat. Lucu bila memikirkan kata-katanya tadi. Cubitan Qaireen tu macam kena gigit semut api aje. Tak sakit mana pun.

Memang saja aje, kan Qaireen ketap bibir.

Saya laparlah, Qaireen. Awak pun belum makan lagi kan Adwan menggosok-gosok perutnya.

Itulah tujuan sebenar dia memanggil Qaireen. Nak makan bersama-sama dengan gadis ini. Dia tahu Qaireen belum menjamah apa-apa makanan lagi. Melihatkan kesibukan Qaireen ke hulu ke hilir tak mungkin Qaireen dah berehat.

Kenapa tak join dia orang Qaireen menuding jari ke arah kelompok kenalan Adwan dan Akid yang sedang menjamu selera.

Lecehlah makan dengan dia orang. Tak ada siapa nak layan nanti. Adwan bersandar malas. Matanya turut memandang pada teman-temannya di bawah khemah yang sedang menjamu selera.

Angahkan ada. Takkanlah dia sanggup nak biarkan Along dia ambil sendiri, mata Qaireen terpandangkan Zuhayr Affan yang sedang menjamu selera dengan teman wanitanya.

Dia ada ajak, tapi saya tolak. Tak apalah. Nanti bila saya betul-betul lapar saya boleh pergi makan sendiri. Awak pergilah sambung buat kerja awak tu, suara Adwan berubah mendatar. Macam merajuk.

Dia keluarkan telefon bimbit dari kocek baju melayunya. Mula melayan laman sosial. Langsung tak memandang muka Qaireen.

Qaireen menoleh ke sisi bila mendengar kata-kata Adwan. Ternaik keningnya melihat gelagat Adwan. Aduhai, Playboy Pencen ni. Ayat tu kalau tak beli jiwa memang tak sah. Sajalah tu buat dia rasa bersalah. Dah merajuklah tu.

Jom. Dia berdiri.

Adwan panggung wajah. Terkebil-kebil memandang si kekasih hati.

Pergi mana

Kata nak makan Saya pun dah lapar ni. Qaireen pegang perutnya. Dengan Adwan kena pandai buat reverse psychology. Kalau beria-ia sangat pujuk belum tentu lelaki ini termakan kata.

Perlahan-lahan Adwan bangun. Tongkat dicapai. Diletakkan di celah ketiak sebelah kanan. Setapak kaki kanannya melangkah selepas tongkat diangkat maju ke depan. Terasa pergerakannya agak lambat, dia berpaling ke sisi.

Qaireen, awak pergi dulu. Jalan dengan saya lambat sangat.

Tadi memang macam nak jalan dulu dari awak tapi saya ni baik hati. Takut ada orang kecil hati pula. Sekarang ni saya tak boleh tersalah cakap. Tak boleh tersilap aksi. Orang tu sensitif sangat. Mudah sentap. Qaireen tersenyum. Mengusik orang di sebelah yang cemberut wajahnya.

Amboi, betul-betul makan dalam ni! Ketara ke yang sensitif tu Panjang muncung Adwan. Tak sangka pula sampai macam tu sekali dia terasa hati dan Qaireen perasankannya.

Sangat. Sama banyak dengan perangai suka mengusik tu, terburai terus tawa Qaireen sebaik sahaja habis berkata-kata.

Sampai hati. Adwan mencebik. Namun tidak lama. Dia turut sama tertawa.

Biar pun lambat, tapi Qaireen tetap setia berjalan seiring dengan Adwan. Mereka mengambil tempat tidak jauh dari kenalan Adwan duduk tetapi dekat dengan meja buffet.

QAIREEN mendekati meja buffet. Nasi putih disenduk. Untuk Adwan dia ambil lebih dari sesenduk. Tahu sangat dengan selera lelaki itu. Luaran memang nampak sakit tetapi selera makan tak pernah susut.

Ini Qaireen angkat penyepit. Paha ayam ditunjuk. Aroma ayam masak merah mencucuk deria. Lain. Adwan menggeleng dari tempat duduk.

Cuba bagitahu betul-betul yang mana satu Qaireen dah tinggikan suara. Dah banyak kali dia tunjuk ketulan ayam yang ada di dalam bekas buffet. Semuanya Adwan tolak.

Yang tadi semuanya kecik-keciklah, sayang. Adwan mencebik.

Nak besar mana Qaireen dah cekak pinggang.

Besar awak ada tak Adwan kenyit mata.

Eee, kenapalah saya berkawan dengan Playboy Pencen Qaireen membebel. Malas nak bertanya lagi dengan Adwan, dia ambilkan sahaja lauk pauk mengikut citarasa dia.

Selesai semuanya, dia kembali ke tempat Adwan.

Nah makan ni. Jangan nak demand. Qaireen suakan pinggan nasi di depan Adwan. Diletaknya dua ketul ayam bahagian dada masak merah, sekeping daging masak lada hitam, sayur campur, ikan kering dan sambal belacan.

Errr... Qaireen. Adwan terkebil-kebil melihat nasi dan lauk-pauk yang menggunung. Ini bukan nak makan. Ni nak melantak sampai terbelahak namanya.

Makan! Arah Qaireen dengan mata yang terbuntang. Dia kemudian beredar. Mengambil minuman untuk dia dan Adwan.

Kejam! Terkulat-kulat Adwan menyuap nasi ke dalam mulutnya. Qaireen yang sudah duduk di sebelahnya dijeling.

Kejam apanya. Bukan tadi awak kata lapar sangat ke Qaireen kulum senyum.

Memanglah, tapi takkanlah sampai banyak macam ni. Adwan merungut.

Kenapa Susah nak makan ayam tu ke Sekejap. Qaireen ambil seketul ayam dari pinggan Adwan. Dicarikkan ketulan ayam tu menjadi cebisan kecil kemudian diletakkan semula ke dalam pinggan Adwan.

Thanks. Adwan pandang Qaireen Terharu bila Qaireen tenang sahaja melayan kerenah dia walau sebenarnya itu semua mampu dia lakukan sendiri.

Dah, makanlah. Nak touching lepas perut awak tu dah penuh. Qaireen tersenyum.

Kalau saya tak fikirkan yang awak ni belum halal untuk saya sentuh. Memang saya dah peluk awak ketat-ketat, sayang. Adwan tersenyum nakal.

Mula dah ayat playboy dia, as usual... Qaireen menggeleng. Mula menyuap nasi ke dalam mulutnya.

Kita kahwin nak Adwan melamar.

Tersedak-sedak Qaireen. Cepat-cepat menghirup air sirap yang ada di depan mata. Dia berdehem sedikit untuk menghilangkan rasa perit di rengkungnya. Rasa macam nak marah Adwan pun ada sekarang. Dan-dan itu jugalah nak melamar dia. Lamaran Adwan itu dia suka, tapi

Saya serius, Qaireen. Adwan mengangguk bila Qaireen memandang.

Tak terlalu cepat ke Perhubungan kita pun masih baru. Qaireen lepaskan satu keluhan. Wajahnya menghala semula ke pinggan nasinya. Perlahan-lahan dia kembali menyuap nasi ke dalam mulut.

Cepat ke baru ke saya tak peduli. Susah saya kalau kita masih tiada apa-apa ikatan. Adwan turut menyambung suapannya.

Apa yang susahnya Qaireen bertanya polos.

Tak boleh pegang-pegang. Tak boleh cium-cium. Tak boleh Kata-kata Adwan terus mati bila Qaireen bertalu-talu memukul lengannya.

Apa yang dia cakapkan tadi Berkerut dahinya dan senyuman terukir bila dia dapat mengingati bicaranya tadi. Ops, sumpah dia tak sengaja! Patutlah Qaireen marah.

Wah, merpati dua sejoli ni. Gembira nampak Pukulan Qaireen terhenti bila suara Akid mencelah. Dia kembali memandang makanannya bila Akid sudah melabuh punggung di kerusi bertentangan dengan dia dan Adwan. Matanya melirik mencari Amanda. Lega bila melihat si teman sedang berbual dengan tetamu. Gembira, tapi tak boleh buat apa pun. Adwan mencebik.

Awak! Qaireen rasa macam nak sumbat aje mulut Adwan tu dengan lauk ayam dalam pinggannya. Memang tak tahu malu betul.

Siapa suruh kau lambat sangat, bro. Kalau cepatkan dah boleh geng dengan aku. Betul tak, sayang Akid memandang sekilas pada Amanda yang baru sahaja duduk di sebelahnya.

Apa yang betul Soalan Akid dibalas dengan soalan oleh Amanda. Pandangan Amanda kemudiannya ditala kepada Adwan dan Qaireen. Mencari maksud ungkapan Akid.

Qaireen mengunci mulut. Muka Amanda yang penuh tanda tanya dibiarkan. Ada karang tak pasalpasal dia terkena lagi. Akid dan Amanda kalau bergabung memang meletup.

Abang you dengan Qaireen. Kalau nikah awalkan senang. Macam kita. Akid memberitahu. Tanpa silu dia mencium pipi Amanda.

Amanda menolak badan Akid. Memanglah dah halal, tapi di depan mereka ini; abang dan temannya pula tu. Pastinya dia tetap malu diperlakukan begitu.

Save the best for last. Aku tak hairan pun. Adwan mencebik. Rasa nak ketuk kepala Akid sekarang ni. Boleh pula buat aksi 18sx depan dia dan Qaireen.

Jangan lama-lama sangat, Along. Kesian kawan adik tu. Amanda tersengih.

Qaireen butangkan matanya. Kan dia dah cakap tadi. Amanda kalau dengan Akid memang menjadi aje nak kenakan orang.

Bro, kalau tak silap tadi. Aku macam ada terdengar. Aunty Min ada cakap yang malam ni kau kena balik rumah family kau. Adwan mengusik. Saja nak buat hati Akid libang-libu. Siapa suruh buat dia cemburu.

Nonsense! Akid ketap bibir.

Amanda di sebelah dah terkebil-kebil.

Qaireen mengulum senyum. Bukan dia tak tahu yang Adwan sengaja nak mempermain-mainkan pengantin baru ni.

Akid! Amanda! Terdengar ada yang memanggil nama pengantin baru.

Akid menoleh. Liur ditelan bila melihat mommynya melambai. Dengan rasa malas dia bangkit. Tangan Amanda ditarik sama.

Naughty. Qaireen menggeleng. Macam betul saja usikan Adwan tu bila Puan Sri Aminah memanggil Akid.

Nak hidup. Kalau dibiarkan memang jadi bahanlah. Saya lelaki. Tak kisah sangat tapi awak tu.

Ada karang muka tu panas aje. Adwan menoleh.

Thanks. Qaireen tersenyum.

Lepas majlis resepsi dia orang, saya suruh Mama dengan Papa pergi kampung, ya Adwan merenung redup Qaireen di sisinya. Nasi yang masih berbaki dibiarkan. Dia sudah tak lalu nak sambung makan.

Awak pasti Qaireen bertanya tanpa membalas pandang. Jemarinya bermain-main dengan nasi di dalam pinggannya.

Sangat pasti. Adwan menutur kata.

Qaireen panggung wajah. Memandang Adwan bersama senyuman, Saya terima kalau inilah jodoh yang Allah sudah tetapkan untuk saya.

Alhamdulillah.

Adwan tersenyum. Meraup mukanya tanda bersyukur. Lega bila Qaireen bersetuju dengan cadangan dia. Tiba-tiba dia terasa lapar semula. Tanpa berbicara lanjut dia menyambung kembali menyuap nasi ke dalam mulutnya.