KAMU SANG PENCULIK - 17
MUJUR kotak susu Dutch Lady sempat disambut oleh tangan itu. Jika tidak, mahu pecah habis. Tapi, roti dan dua tin nescafe selamat mencecah lantai. Paling memalukan ialah bunyi tin jatuh ke lantai bergema satu kedai. Semua mata kini tertumpu padaku dan lelaki yang sedang tersengih tanpa rasa bersalah di hadapanku ini.

Jantungku yang tadinya laju berdegup ibarat kelajuan roller coaster kini semakin perlahan. Bibir kuketap perlahan sebelum tunduk untuk mengutip semua barang yang jatuh.

Aduh! Serentak aku dan dia bersuara. Masingmasing tegak semula.

Aku menggosok kepala manakala dia menggosok dagunya. Kedengaran tawa dari pelanggan lain. Eh, mereka ini tiada kerja lain dah agaknya. Untuk kesekian kalinya aku mengetap bibir. Renungan tajam kuhadiahkan pada dia. Sedar-sedar sahaja roti-rotiku dan nescafe selamat di tangannya.

Ini aje nak beli Soalnya sambil membelek barang-barangku.

Hmm... Dengan malas aku menjawab.

Dia terus berlalu ke kaunter. Aku sempat mengambil tiga botol air mineral 1.5 liter yang terletak berhadapan kaunter.

Sekali ya kak. Dia terus menyuruh sambil tangannya menunjuk ke semua barangku di atas kaunter.

Asing. Cepat aku membalas.

Sekali aje kak. Dia tidak mahu kalah.

Kira asing dik. Aku juga mahu menang.

Sekali aje. Kakak saya ni memang degil. Jangan layan sangat. Kata-katanya berserta ketawa kecil.

Adik di kaunter sudah pamer wajah tidak puas hati. Pastinya geram dengan kerenah pelanggan yang melambatkan kerjanya.

Terima kasih. Duit baki diambil berserta kenyitan mata. Adik di kaunter tersenyum malu. Hai, baru kenyit sikit sudah cair

Air mineral ni nak letak dalam bonet atau kat depan aje Dia menyoalku ketika kami sudah sampai ke Irizku. Hendak tolong sangat bawakan jadi aku biarkan sahaja.

Letak dekat seat belakang aje, jawabku sambil membuka pintu kereta.

Usai duduk, cermin kuturunkan sedikit dengan niat untuk berterima kasih tetapi hilang pula kelibatnya. Bila kedengaran pintu kereta ditutup spontan aku menoleh ke sebelah.

Niel! Akhirnya nama itu terpacul di bibir. Mataku membulat ke arahnya.

Apa Seperti biasa, suara Niel selamba.

Siapa suruh masuk

Nak bagi lesson sikit dekat mak cik. Kata-kata Niel mengundang kerutan di dahiku. Apa benda pula budak ni

Kerut tu kurangkan sikit. Dah gaya nenek umur 60 tahun saya tengok. Mengusik lagi kerja Niel. Dia ini memang macam sesumpah. Minggu lepas macam merajuk. Hari ini balik ke perangai asal pula.

Lesson number one, kalau dah tahu nak beli barang banyak, ambillah bakul. Rugi aje 7E tu sediakan bakul kecil untuk pelanggan. Ini dah gaya apa saya tengok dengan tangan penuh bawa barang. Bila jatuh dah susah nak kena kutip lagi. Niel herotkan sedikit kepalanya dengan kening yang dijongketkan.

Dah biasalah tak guna bakul. Lagi satu, tadi siapa suruh Niel muncul entah dari ceruk mana. Terkejut sebab tu semua barang jatuh. Aku tetap ingin menegakkan benang yang basah. Walau separuh hati setuju benar dengan apa yang dikata Niel, tetapi egoku sangat mahal kali ini. Sebenarnya banyak kali dah barang-barangku jatuh gara-gara sibuk tidak mahu gunakan bakul.

Ada aje alasan nak menang. Okey, lesson number two, masuk aje dalam kereta tolonglah lock terus pintu. Bahaya tahu tak. Mak cik tu dahlah perempuan, sorangsorang pula tu. Kecil molek macam ni. Kalau orang nak buat jahat senang aje. Tunggu aje di sebalik kereta lain. Lepas mak cik masuk aje kereta, dia pun akan ikut. Wajah Niel agak serius kali ini.

Jerit ajelah minta tolong. Ada sahaja idea aku menjawab.

Nak minta tolong macam mana kalau pisau dah dekat perut atau leher Kata-kata Niel spontan.

Tapi, cukup untuk buat aku menutup mulut. Seram pula aku dengar dan bayangkan.

Ha! Tahu pun takut. Jadi tolonglah lepas ni jangan buat sambil lewa. Sekurang-kurangnya kalau dah lock, orang kat luar tu memang tak akan boleh melolos dalam kereta. Tak payah sibuk nak hidupkan enjin keretalah, tarik seatbelt dululah, pasang aircond dululah. Lock pintu tu dulu paling penting. Dah banyak kes rompakan yang berpunca sebab tak lock pintu kereta.

Wow, bebelan Niel memang kelas A. Hatiku setuju 101 peratus.

Okey, terima kasih sebab ingatkan akak. Kali ini aku tidak melawan.

Anytime.

Bila Niel nak keluar ni Topik kualih.

Mak cik hantarkan saya sampai ke Lada Merah, boleh Saya parking hujung sana semata-mata nak jumpa mak cik. Tadi parking, full. Niel buat suara sayu.

Aku hanya mampu memandangnya dengan dahi berkerut. Geram pun ada.

Cepatlah keluar. Kasihan kat orang lain nak masuk parking, sambung Niel dan aku terus menghidupkan enjin Iriz.

Niel ni kan tahu aje akak kat mana. Sempat aku bersuara ketika sedang tekun mengeluarkan Iriz dari kotak parking.

Saya tak tahu pun mak cik dekat mana, tapi si Daun Hijau ni memang sangat membantulah. Niel ketawa sambil mengetuk dashboard.

Tak habis-habis dengan Daun Hijau dan Lada Merah. Aku mencebik sedikit.

Saya nak handphone mak cik kejap. Tiba-tiba Niel meminta dan seperti biasalah dia selamba menyelongkar tas tanganku. Ada juga yang kena penumbuk kejap lagi. Entah bila aku bagi izin padanya. Skrin Galaxy A disentuh-sentuh dan bunyi nada dering kedengaran. Aku mengerling Niel dua saat.

Miss call nombor sendiri Soalku dengan pelik.

Yalah, mak cik kan tak ada nombor baru saya lagi. Nanti jangan lupa semak call log. Niel letakkan semula Galaxy A ke dalam tas tanganku. Sempat lagi dia ketawa nakal. Budak ini memang nakal tak terjangka. Roller coaster sungguh jadinya hidup aku lepas kenal dengannya.

Aku berhenti betul-betul di belakang Ferrari 458 Italia atau Lada Merah. Niel keluar dan terus buat isyarat lock pintu. Aku akur dan entah kenapa tangan ini gatal melambainya. Siap tersenyum manis lagi. Kenapa pula dengan aku ini Tadi bukan main geram lagi dengan dia.

NOVEL di tangan kubelek depan belakang. Cantik sekali rekaan grafik kulitnya. Memang menarik hati orang untuk membelinya. Tetapi, jika dilihat kesemua novel yang tersusun di ruang hadapan Popular Bookstore ini, semuanya memiliki rekaan grafik yang sangat cantik. Andai aku peminat novel memang rasanya semua sudah kubeli.

Aku menoleh. Entah ke mana pula Munirah menghilang. Tadi rasanya ada sahaja di sebelahku. Malas hendak mencari Munirah, aku sambung cuci mata melihat cover novel. Hebat-hebat semuanya. Tambah pula sekarang ini tengah demam adaptasi novel ke drama yang kian menyengat sekarang.

Teman-teman serumahku pula lain ceritanya dengan Munirah. Mereka pencinta tegar drama adaptasi novel. Bacanya tidak. Macam-macam minat kawan-kawanku. Aku pula suka apa ya Eh, keliru dengan minat sendiri pula. Rasanya aku lebih suka berWhatsApp sahaja. Tidak pun, jika ada masa menonton wayang. Atau jika ada lebih masa dan lebih duit, aku suka melancong.

Hello, jauhnya berangan. Sambil tersengih sorang pula tu. Teguran Munirah membunuh semua lamunanku.

Aku menoleh ke arahnya. Kelihatan dua buah novel di tangannya.

Pergi mana tadi Soalku sambil meletakkan semula novel yang kupegang dari tadi.

Pergi rak sebelah sana. Cari novel lama. Yang kat sini banyak novel baru. Ada lagi satu nak cari. Tapi, tak tahu yang mana. Munirah membebel sambil tangan sibuk mengangkat salah sebuah novel. Tangan Munirah kutarik ke arah frame senarai novel paling laris.

Beli novel yang dapat nombor satu. Aku memberi idea. Pastinya novel ini paling menarik ceritanya kerana laku laris.

Dah adalah. Munirah ketawa perlahan. Aku angkat jari telunjuk dan dihalakan tepat ke nombor 2. Dah ada juga. Jawapan Munirah hampir sama.

Nombor tiga, empat, lima, enam, tujuh, lapan, sembilan, sepuluh Munirah tersengih lebar.

Lima, lapan, sepuluh tak ada lagi.

Haa, ambil aje nombor lima ni. Aku terus buat keputusan untuk Munirah. Jika tidak, mahu satu jam lagi kami di sini. Masa rehat tinggal satu jam sahaja lagi. Mujur juga hari ini Jumaat. Novel diambil dan kami terus beratur di kaunter. Ramai pula orang.

Haaa, baru aku teringat. Kau dah bagitahu Fitri belum Munirah tiba-tiba menyoal. Kening kukerutkan.

Fitri mana ni Aku soal Munirah kembali tak mahu salah faham lagi.

Okey, macam inilah. Seorang Fitri bos, seorang Fitri kecil. Fitri kecil tu maksudnya adik angkat kau. Jadi, sekarang ni aku tanya tentang Fitri kecil.

Spontan aku tergelak mendengar panggilan Munirah untuk kedua-duanya. Aduhlah, Niel yang sudah besar panjang gedabak itu dipanggilnya kecil.

Kalau umur lima enam tahun tak apa juga panggil kecil.

Tak suruh ketawa. Dah bagitahu Fitri kecil ke belum yang Faiz nak belanja makan tu Soalan yang lebih jelas dari Munirah menghentikan tawaku.

Mataku terhenti seketika dari berkelip. Tiga saat kemudian mulutku sedikit ternganga apabila teringat sesuatu.

Aku tunggu kau kat luar. Usai memberitahu, aku terus berjalan laju keluar dari Popular.

Galaxy A aku keluarkan. Senarai panggilan keluar untuk semalam aku semak. Keningku terus berkerut saat melihat nombor yang kuyakin ialah nombor Niel. Sebenarnya semalam aku lupa untuk save nombornya. Balik petang semalam memang penat dan malamnya aku tidur awal.

Nombor ini seperti kucam. Keningku tambah berkerut dan tanganku laju mencari panggilan masuk pula. Mulutku ternganga. Tapi, hanya beberapa saat. Aku cuba menghubungi nombor Niel. Tidak berjawab pula.

Ya Allah, lupa pula sekarang orang tengah solat Jumaat. Ish, Niel pergi solat Jumaat Boleh percayakah Tak baik pula aku bersangka buruk. Teruk betul.

Namun, hati memang geram lagi dengan Niel. Ternyata dialah si pengirim misteri yang tak putus asa menghantar WhatsApp itu. Memang hobinya menaikkan darah orang si Niel ini. Andai ada di depanku, memang kena bebellah jawabnya.

Sha!

Niel! Spontan nama ini terlucut di bibir saat Munirah tiba-tiba memanggil sambil menepuk bahuku.

Niel Siapa tu Pakwe kau ya Munirah mula sibuk menyoal.

Taklah. Anak kawan aku. Tiba-tiba teringat dia. Lepas tu kau muncul buat aku terkejut. Jawapan yang kukira agak benar. Acilah kan Mak Cik Ruqayyah dikira sebagai kawan aku.

Munirah kelihatan berpuas hati dengan jawapanku dan kami meneruskan rondaan kami ke kedai lain pula.

PUDING jagung yang masih panas di dalam periuk, aku curahkan dengan berhati-hati ke dalam bekas tupperware. Baunya benar-benar menyelerakan. Nampak gayanya aku berjaya mengikut resepi Inayah. Kemudian tupperware yang sudah penuh terisi aku masukkan ke dalam peti sejuk. Dalam tiga empat jam lagi eloklah teksturnya menjadi kenyal.

Selesai kisah puding jagung, aku mengemas rumah dan menyidai pakaian pula. Sejam kemudian barulah aku naik ke bilik. Badan kuhenyakkan ke atas katil. Kalau dapat tidur, sedap juga ni. Baru jam sebelas pagi. Tengahari ni aku tak perlu masak dah kerana bihun goreng pagi tadi masih banyak. Akhirnya aku terlelap juga dalam setengah jam.

Bangun sahaja dalam keadaan mamai, Galaxy A kucapai. Ada miss call dan SMS. Aku basuh muka dahulu kemudian barulah kedua-duanya kusemak. Misscall dari nombor tak dikenali. Pastinya bukan Niel. Cakap tentang Niel, selepas aku cuba menghubunginya semalam, hingga sekarang masih belum dapat panggilan balik. Mungkin dia sibuk. Kemudian SMS pula kubaca.

Niel:

Mak cik, saya tunggu di taman berhampiran gerai Nek Timah. Tolong datang.

SMS pendek itu kubaca dengan kerutan di dahi. Benarkah Niel atau ada yang sengaja ingin memerangkapku. Tapi, mana ada yang berniat jahat tahu tentang aku dan Niel. Nelly!

Firasat negatif mula bermain di mindaku. Tak usahlah pergi. Nanti jadi masalah besar, keluargaku juga yang susah. Cukuplah sekali aku diculik. Lalu SMS itu kubiarkan sahaja dan aku turun ke tingkat bawah. Perut sudah berdendang. Nugget ayam kugoreng lima ketul kemudian bihun goreng kuisi penuh di dalam pinggan. Dengan bahagianya aku makan sambil menonton televisyen. Tengok sahaja cerita yang ada.

Mak cik! Si hero memanggil.

Hello, I yang muda ni you panggil mak cik Si heroin membalas kasar.

Dah memang macam mak cik. Membebel aje kerjanya. Si hero ketawa sinis.

Aku turut ketawa. Bukan kerana kisah dalam drama tapi kerana kisahku dan Niel.

Niel. Bibirku menyebut. Hanya dia yang memanggilku mak cik dan hanya dia yang tahu. Di hadapan orang lain, dia memanggilku akak. Nelly pula langsung tidak tahu Niel memanggilku apa.

Pinggan yang masih berbaki separuh bihun goreng, terus aku simpan ke bawah tudung saji. Kemudian sepantas kilat aku berlari ke tingkat atas. Bersiap ala kadar dengan t-shirt ungu, cardigan maroon, jeans hitam dan tudung sarung hitam.

HUJAN lebat mengiringi perjalananku ke taman. Jadi, aku tidak berani memandu laju. Setakat 60 kilometer sejam. Iriz kuparkir di bahu jalan berhadapan taman.

Hujan lebat menyukarkan pandanganku. Pintu sudah kupastikan lock. Tanpa keluar dari Iriz, mataku melilau ke sekeliling taman. Jujurnya aku tidak berani keluar dalam keadaan hujan lebat dan lengang tanpa manusia begini.

Hampir lima minit mataku cuba menjejak namun gagal. Nafas panjang kuhela dan aku mula membuat andaian sendiri. Mustahil Niel akan menungguku dalam hujan lebat begini. Mungkin juga dia sudah pulang ke rumah atau pergi ke mana sahaja. Aku sahaja yang bodoh agaknya sanggup ke sini walau hujan.

Tapi, SMS Niel tadi seakan benar-benar mengharap aku datang. Ish, itu tiga jam yang lepas. SMS itu dihantar lebih kurang jam sepuluh pagi tadi.

Handbrake kuturunkan dan gear kutukar. Lambatlambat kakiku menekan pedal minyak. Moga Niel baikbaik sahaja walau di mana dia berada.