MY DARLING ANGEL - 17
MATAHARI sudah tegak di atas kepala. Peluh mulai menitik di kepala, kelihatan juga tompokan peluh melekat di baju mereka. Masing-masing melajukan langkah mereka menuju ke arah kereta.

Elzaara menyimpan kembali tikar dan juga botol kosong ke dalam bonet kereta dan dengan segera memanaskan enjin dan membuka aircond. Haziq masih lagi memandang keluar melihat deretan kuburan dengan wajah yang sedih. Wajah Haziq yang tadi tampak biasa kini sudah bertukar rupa dan kelihatan seperti tanda-tanda mendung mulai terbit di wajahnya.

Ah, leganya dapat kena aircond. Sejuk sikit, Elzaara menyandar kelegaan. Tangannya laju mencapai botol air mineral yang sememangnya tersedia di bahagian botol lalu meneguknya perlahan.

Dihulurnya air botol tersebut kepada Haziq tetapi gelengan Haziq sebagai jawapan.

Haziq, ni dah tengah hari. Haziq nak makan dekat mana Acu bawa Haziq makan dekat McD nak tak Nanti boleh beli Happy Meals. Lepas tu boleh makan Mcflurry Oreo. Haziq kan suka Mcflurry Oreo tu. Elzaara sangat mengerti dengan apa yang sedang bermain difikiran Haziq. Untuk cuba menceriakan hati Haziq yang sedang rawan, Elzaara sengaja menyebut perkataan Happy Meals sebagai umpan.

Cuba dialihkan perhatian si kecil itu yang masih lagi memikirkan soal Mamanya. Haziq hanya mendiamkan diri tanpa memberi sebarang respon kepada pertanyaan Elzaara. Bahu Haziq diusap perlahan dan dia cuba untuk memujuknya tetapi tibatiba kedengaran nada dering lagu Innocence menyapa telinga Elzaara.

Its a state of bliss, you think youre dreaming

Its the happiness inside that youre feeling

Its so beautiful it makes you wanna cry

Its so beautiful it makes you wanna cry

This innocence is brilliant

It Makes you want to cry

This innocence is brilliant

Please dont go away

Cause I need you now

And Ill hold on to it, Dont you let it pass you by

Assalamualaikum, ya Kau dah sampai ke Lyn Waalaikumussalam, weh, McD ni penuh kot. Ramai orang. Aku dah dua tiga kali pusing cari parking satu pun tak ada. Kita lunch dekat tempat lain jelah. Aku ni dah jenuh keluar masuk area ni, keluhan Lyn jelas kedengaran.

Erm, tapi aku dah janji dengan Haziq nak belikan dia Happy Meals, Elzaara menjeling ke arah Haziq tetapi Haziq masih lagi tidak mempedulikan keadaan sekelilingnya.

Mata Haziq masih lagi terarah ke kawasan perkuburan dan tangannya dilekapkan pada cermin kereta seperti sedang mengapai kawasan tersebut.

Tak ada parkinglah beb. Ni pun aku dok intai-intai dekat dalam penuh orang. Panjang kot barisan nak ke kaunter. Kau nak ke sumbat juga ke dalam McD ni Kita cari tempat lain jelah untuk lepak.

Erm, yelah-yelah. Kita lepak dekat tempat lain jelah. Tapi nak lepak kat mana ni Lyn Aku tak ada idea ni nak pergi mana.

Hah, apa kata kita lepak dekat satu kafe ni. Kafe ni dekat Danau Kota je. Nanti aku Whatsapp kau location tempat tu, Lyn memutuskan untuk mereka ke sebuah keputusan yang bakal memeranjatkan Elzaara.

Yelah. Cepat. Aku nak gerak terus ni, gesa Elzaara.

Okey boss. Jap aku sms kau. Jumpa kat sana.

Okey, Punat merah ditekan sebagai tanda talian dimatikan. Tidak lama kemudian handphone Elzaara bergegar tanda sebuah mesej masuk.

Setelah mendapat alamat lengkap, Elzaara memulakan perjalanan ke Kafe yang disebutkan oleh Lyn. Haziq yang mendiamkan diri hanya melayan perasaannya sendiri. Tiada kedengaran celoteh dari mulut mulus Haziq seperti biasa. Wajahnya sugul sepanjang perjalanan dan Elzaara juga tidak mahu mengganggu anak saudaranya yang kelihatan seperti tidak ada mood.

Disebabkan perjalanan daripada kawasan tanah perkuburan KL-Karak ke Danau Kota tidaklah begitu jauh, Elzaara dengan cepat tiba di Danau Kota. Matanya meliar mencari kafe yang dimaksudkan. Dia membuka kembali kotak mesejnya dan melihat nama kafe yang diberikan oleh Lyn tadi.

Eh, macam aku pernah pergi je tempat ni, je... Elzaara mengerutkan wajahnya apabila melihat nama kafe yang dirasakan begitu biasa dengannya.

Alamat ni... Allah! Ni bukan ke kafe yang aku dengan Kak Lisa pergi semalam Kenapalah aku tak teringat! Aduh! Kenapalah minah ni ajak datang sini Confirm minah ni nak menggatal sebab nak tengok muka mamat tu. Aduh! Bala betullah!

Elzaara menepuk-nepuk dahinya. Mulutnya terus mengomel-ngomel sambil tanganya ligat memusingkan stereng dan memakirkan keretanya betul-betul dihadapan Kafe yang dimaksudkan. Baru saja Elzaara ingin menghubungi Lyn, kedengaran bunyi ketukan di cermin keretanya.

Tok! Tok! Tok!

Elzaara yang tidak menyedari kelibat Lyn yang berada diluar keretanya kelihatan terkejut. Dia terus mematikan enjin kereta dan membuka pintu kereta.

Lyn membukaan pintu sebelah dan Haziq keluar dari perut kereta dengan wajah yang sugul. Lyn bertanyakan perihal Haziq dan Elzaara hanya tersenyum. Elzaara memimpin tangan Haziq dan mereka beriringan masuk ke dalam kafe tersebut. Pandangan pertama Lyn apabila masuk ke dalam kafe tersebut adalah

Wow! Cantiknya Kafe ni.

Eh, kau ni dah kenapa Lyn Melopong macam tu. Kau ni dah tertelan cicak ke apa Sergah Elzaara.

Elzaara sebenarnya geram kerana Lyn sengaja membawanya ke kafe ini, tetapi dia pendamkan saja rasa geramnya terhadap Lyn. Ada perkara lain yang lebih mustahak yang harus dia bincangkan dengan Lyn.

Tak, tak. Aku terkedu jelah tengok dekorasi kafe ni. Cantik! Err, jom-jom duduk, Lyn kalut menjawab apabila dia ditangkap sedang berangan ditengahtengah kafe tersebut. Tergagap-gagap Lyn menjawab dan dia terus sahaja ke kaunter kafe.

Haziq, nak makan apa Haziq nak donut tak soal Elzaara.

Okey, Balasa Haziq pendek.

Lyn, Haziq nak donut dengan milo ais. Lepas tu kau belikanlah dia aiskrim cokelat. Aku Hm, ikut suka kaulah. Apa-apa pun boleh. Aku bawa Haziq naik atas dulu nak cari tempat duduk. Elzaara segera memberikan arahan kepada Lyn dan dia terus memimpin tangan kecil Haziq menuju ke tingkat atas.

Dia sebenarnya mahu mengelak daripada bertembung dengan mamat mat saleh kawan baik Kak Lisanya itu kerana dia sememangnya berasa sangat tidak selesa bila berada berhampiran dengan lelaki itu.

Okey, cari tempat yang paling best tau. Kejap lagi aku datang.

Oleh kerana mereka berada pada waktu puncak di mana waktu jam makan tengah hari baru sahaja bermula maka suasana di kafe tersebut menjadi hingar-bingar dengan kehadiran ramai pelanggan. Mujur Elzaara mendapat tempat untuk mereka bertiga. Haziq masih lagi mendiamkan diri dan dia hanya banyak termenung sahaja.

Erm, nasib baik kita datang awal sikit kalau tak confirm tak ada tempat, ulas Lyn yang baru sahaja menatang dulang makanan mereka.

Awal ke bendanya, kau tak tengok jam ke apa sekarang dah pukul berapa. Dah waktu makan tengah hari sayang oii...

Ala... awallah sebelum pukul 1 petang...

Hah, kau kata nak belanja aku makan, kan Kiranya hari ni rezeki akulah, Elzaara tiba-tiba teringat akan janji Lyn semalam yang mahu belanja dia makan di Kafe.

Yelah, yelah aku belanja hari ni. Tapi, kau kena cerita dulu dekat aku ni apa kes ni.

Muka sugul Haziq dipandang kehairanan.

Haziq, makan sayang. Nah, ni ada donut, ada aiskrim cokelat kegemaran Haziq. Haziq makan ye

Haziq mula mencapai sekeping donut dan disuapkan ke dalam mulutnya secara senyap.

Elzaraa tersenyum dan mengusap lembut kepala Haziq. Dia mencapai sudu dan garpu untuk menikmati spageti bolognese manakala Lyn pula sedang mengunyah pizza hawaiian chicken mininya. 10 minit berlalu, hanya kedengaran suara sudu dan garpu bertingkah tanpa suara-suara celoteh mereka.

Eh Lyn, apa kau tanya tadi. Lupa.

Haziq kenapa Merajuk pasal semalam lagi ke

Elzaara menggelengkan kepalanya. Keluhan dilepaskan berat. Malam tadi, Haziq asyik tanya aku pasal Mama dan papa dia. Aku cakaplah yang Mama dia dah meninggal dan dia ajak aku pergi kubur Mama dia. Masa dekat kubur dia ada tanyakan pasal papa dia pula. Aku tak tahu nak jawab apa pasal papa Haziq tu. Kau sendiri tau, kan dekat mana papa Haziq sekarang ni. Daripada malam tadi dia asyik tanya aku mana papa dia pergi, bisik Elzaara.

Habis tu kau jawab apa bila Haziq tanya mana papa dia

Aku diam jelah. Aku tak tau nak jawab apa. Tapi, yang aku sebak sangat tu. Dia betul-betul rindukan arwah Mama dengan papa dia. Haziq rasa papa dia dah meninggal dunia sama macam Mama dia sebab tu papa dia tak pernah nak datang jenguk dia. Itu yang buatkan dia sedih sangat. Berat hati dia nak tinggalkan kawasan perkuburan tadi, lapor Elzaara.

El, sabar. Inilah namanya dugaan. Kita tak boleh nak halang Haziq daripada rasa macam tu sebabnya dia sekarang ni pun dah besar panjang. Sampai bila kita nak sorokkan hal ni daripada dia. Lambat laun dia akan tau juga El. Tak selamanya kita dapat rahsiakan perkara ni daripada dia.

Tapi, aku tak tau nak cakap apa pasal papa dia. Aku takut dia tak boleh nak terima je kalau aku cakap perkara yang betul.

Kau kena jelaskan juga hal yang sebenarnya pada dia El. Tak baik kau buat dia tertanya-tanya macam tu.

Sampai bila kau nak dera hati dan perasaan Haziq tu.

Erm... Berat hati aku nak cakap Lyn.

Kau kena juga cakap. Kalau kau nak tau, dia tu pun sebenarnya sunyi El. Sama macam kau juga yang kehilangan Kakak. Aku yakin walaupun kita semua ada dengan dia tapi kasih sayang Mama dan papa sebenar dia tak dapat nak rasa. Dari kecil dia tak merasa semua tu. Secebis pun dia tak dapat rasa walaupun sekejap. Sekarang ni dia cuma ada Acu, atuk dan nenek dia je. Yelah mamanya dah meninggal, papanya pula...

Belum sempat Lyn menghabiskan ayatnya Elzaara sudah menegakkan jari telunjuknya supaya Lyn tidak membocorkan rahsia besar itu di hadapan Haziq. Elzaara tidak mahu Haziq merasa bertambah sedih waktu itu. Elzaara juga sepertinya belum bersedia lagi untuk memberitahukan hal yang sebenar kepada Haziq.

Acik Lyn, papa Haziq pergi mana Kenapa papa tak nak datang jaga Haziq Acu tak nak jawab bila Haziq tanya. Tiba-tiba soalan cepu emas terbit dari mulut Haziq.

Lyn terkedu! Manakala Elzaara hanya melopong mendengar bait-bait kata-kata yang diungkapkan oleh Haziq. Sangkanya Haziq sedang menikmati makanannya dan tidak mendengar perbualannya dengan Lyn.