Waalaikummussalam Encik Faliq. Encik Farhan suruh Encik Faliq masuk pejabat dia pukul 9.30 nanti. Meaning lagi empat puluh minit. Indah menyampaikan pesanan bos besarnya kepada bos kecilnya.
Aik, Encik Farhan dah masuk pejabat ke Kak Awalnya. Faliq mengangkat sebelah keningnya.
Dia masuk awal hari ini. Tapi, dia dah keluar semula. Rasanya dia ada breakfast dengan wife dia. Kak Indah menerangkan serba sedikit.
Selaku setiausaha yang sudah lama berkhidmat dengan Farhan. dia sudah dapat mengagak akan susunan aktiviti majikannya sehari-hari. Dia amat pasti yang Farhan keluar dating dengan isterinya seperti selalu.
Nanti kalau Encik Farhan dah balik, Akak just call me. Faliq ingin berlalu. Setelah begitu lama meninggalkan kerja-kerjanya, dia jadi teruja mahu bergelumang semula dengan fail-fail kes terbaru.
Okay, Ill inform you later.
By the way, Akak nampak cantik hari ni. Babies macam mana Dah scan ke belum Faliq mengenyitkan matanya.
Well, thank you. Baby sihat. Scan hari khamis ni. Indah sekadar tersenyum. Dia sememangnya sudah masak dengan perangai Faliq yang terlebih sweet ni.
Great. Dah tahu jantina nanti Akak beritahu saya.
Ya, nanti Akak beritahu. Jangan risau.
Oh, Encik Taufik dah datang ke belum Faliq tidak jadi berlalu malah dia menambah lagi soalannya pada Indah.
Dah, Encik nak jumpa dia ke Indah mengerutkan keningnya sedikit.
Kenapa
Dia nampak macam tak okey.
Akak nampak dia macam tak sihat ke
Physically sihat tapi dia macam tak ada mood. Masa dia masuk tadi, riak wajah dia betul-betul nampak serabut. Selalunya dia akan tegur semua orang, tapi hari ni dia menonong je masuk bilik dia. Serius semacam.
Jarang pula dia bad mood. Mesti ada benda tak kena ni, tak apa sekejap lagi saya cari dia. Faliq terus mengalihkan tubuhnya.
Faliq menyusun langkah kakinya laju menuju ke bilik Taufik sebaik mengucapkan selamat tinggal pada Indah.
Morning bro. Sibuk ke Faliq menjengulkan wajahnya di muka pintu sebaik sahaja dia mendengar suara Taufik membenarkan dia masuk.
Wajah Taufik adalah perkara pertama yang ditelitinya dahulu. Jika teruk sangat kerut didahinya, Faliq bercadang mahu membatalkan sahaja niatnya mahu mengorek rahsia.
Morning. Tak lah sibuk sangat. Masuklah Jemput Taufik. Dia yang sudah berada di balik timbunan fail mengukir sedikit senyuman nipis.
Debby, dua cawan green tea, please. Taufik menghubungi setiausahanya yang berada di luar.
Wajah Taufik dipandang, Hmm, ada orang cakap dekat aku yang kau datang pejabat dengan muka cencorot kau tu. Kenapa
Muka cencorot Aku rasa macam biasa je. Tak ada macam cencorot pun. Taufik mengalihkan wajahnya pada sekeping cermin yang berada di atas mejanya.
Memanglah. Mana ada orang nak mengaku yang muka dia macam tikus cencorot. Kenapa dengan mood kau. Apa jadi
Belum sempat Taufik menjawab soalan Faliq, wajah Debby muncul bersama dua cawan minuman yang dipesan Taufik sebentar tadi.
Thanks. Secara kebetulan, kedua-dua mereka berterima kasih secara serentak.
Taufik menyandarkan tubuhnya yang terasa tidak bermaya. Moodnya yang rosak turut menyebabkan dia hilang konsentrasi, Semalam birthday Aina. Dia rosakkan semua. Frust betul aku.
Hai, pasrah betul ayat kau ni Fik.
Aku tak tahulah. Asyik gaduh tak habis-habis. Penat aku. Riak wajah kecewa jelas terpampang di wajah Taufik.
Takkanlah serius sampai macam tu sekali Kau orang dah lama kot couple. Takkan kau nak give up Kau tak sayang ke
Maunya tak give up. Aku penatlah. Dengan kerja yang sangat-sangat stressful, Aina buat perangai lagi. Sakit hati aku.
Kenapa kau orang bergaduh Kan semalam kau cakap kau sambut birthday dia.
Tak ada ribut, tak ada angin she just grab her handbag and go home. Dia tinggalkan aku dekat Elitis sorang-sorang. Kek yang aku belikan pun dia tak
pedulikan. Bengang betul aku.
Mesti ada sebab.
Aku tak tahu. Dia naik angin. Aku ingatkan dia ke tandas. Punya lama aku tunggu, rupa-rupanya dia dah balik.
Pelik. Mesti ada isu. Takkanlah dia nak tinggalkan kau yang tak berdosa ni terkontang-kanting.
Ha! Pelik, kan Aku nie Faliq, lagi hairan. Pen yang berada di tangan sengaja diketepikan sebentar. Masa aku ambil dia punyalah dia happy and suddenly dia tinggalkan aku macam tu aje dekat sana. Tambahnya lagi. Taufik menghamburkan isi hatinya. Sikap Aina menyebabkan dia sakit kepala.
Tapi, kan Fik, Aina yang aku kenal adalah seorang yang sangat bertimbang rasa. Dia takkan naik angin tak tentu pasal. Selama ni pun kalau ada problem dalam hubungan kau orang, mesti kau puncanya.
Kau rasa macam tu ke Mana ada aku buat salah apa-apa. Semua yang aku aturkan untuk dia semalam dah cukup tip top. Aku telefon tak angkat, mesej tak nak balas. Aku pun tak faham.
Cuba kau cakap dengan aku terus terang. Apa sebenarnya yang kau buat sampai dia mogok
Fine, kau dengar! Semalam hari lahir dia, jadi aku dah aturkan semua untuk dia sebagai bukti yang dia amat berharga untuk aku. Seminggu aku rancang semuanya. Aku sanggup kerja lebih masa sebelum ni sebab aku nak selesaikan kerja aku dan aku nak luangkan lebih masa untuk dia semalam.
Then what happen
Aku hantar satu set gaun putih, sekali dengan kasut segala untuk dia pakai keluar dinner dengan aku. Aku bawa homemade Nutty Toffee Crunch Cake kegemaran dia yang ditempah nun jauh di Sekinchan. Ada macadamia, ada walnut, pistachio, raisin, cuma aku je yang tak ada dekat dalam kek tu. Kau tahu tak Rungut Taufik penuh perasaan.
Faliq masih berlagak serius walaupun dia hampir tertawa mendengar kata-kata Taufik tadi.
Lepas tu, aku tempah meja dekat The Elitis untuk kami berdua. Ada band menyanyi, ada special decoration untuk kami. Just for the two of us anf after all the things Ive done, dia masih juga tak puas hati
Peh, dahsyat gila pelan kau! Gempak kot majlis kau buat untuk dia. Dahlah berhabis banyak lepas tu kena tinggal.
Bukan masalah duit sekarang ni Faliq. Aku cuma nak tahu kenapa dia buat perangai macam tu
Aku pun teringin juga nak tahu. Tapi, Fik... kalau nak ikutkan cerita kau ni, tak ada pun alasan untuk dia merajuk. Tak apa, meh sini kita check satu-satu.
Hurmm, maybe baju kau beli untuk dia tak cantik
Hatta Dolmat. Mustahil tak cantik.
Gila. Hatta Dolmat tu, mau sebulan gaji tu nak dapat sepasang baju. Kasut lagi. Mahal tu. Hah, kau ada bagi bunga tak
Jambangan besar kau tahu tak Sembilan puluh sembilan kuntum bunga mawar merah. Bunga segar pula tu.
Peliknya. Oh, kau ada merapu meraban tak dengan dia. Mana tau kot-kot kau ada sebut bendabenda tak sesuai dipendengaran dia
Kami tak sempat nak bercakap pun Faliq. Aku baru nak buat ucapan yang syahdu sikit. Tengoktengok dia dah tak ada.
Kau ada main kayu tiga tak Taufik Entahentah dia berjaya kantoikan kau dengan orang lain. Disebabkan hati dia dah terbakar sangat, dia tinggalkan kau macam tu aje.
Aku nak curang dengan siapa Faliq Nak makan pun kadang-kadang tak sempat. Hesy, mengarutlah. Mana ada aku buat benda-benda macam tu. Kau ajalah muka yang aku jumpa selalu pun. Client aku semua lelaki, kalau perempuan pun, semua dah sebaya makmak aku.
Betul tak ada
Tak ada. Memang tak ada. Taufik menggelengkan kepalanya. Dia amat yakin dengan jawapannya.
Aina seorang pun aku tak larat nak urus, matilah kalau ada dua tiga lagi aku nak jaga. Dengan kerja kita yang melambak ni, client-client yang memeningkan kepala lagi. Tambahnya lagi.
Masuk akal juga cakap kau ni. Kau tempah apa bagi dia makan Faliq mengubah soalan lagi.
Kan kami pergi Steak House Encik Faliq. Makan steak lah. Aku tempah Sirloin Steak, favorite dia.
Lagu apa band kau nyanyikan untuk dia
Lagu kegemaran dia. Celine Dion, My Love, Mariah Carey, Cant Live dan Jason Mraz, Lucky. Takkanlah sebab lagu kot dia buat aku macam tu.
Semua sedap. Mana tau kalau-kalau kau salah letak lagu. Aku rasa dia dah jemu kot. Kau asyik pergi Elitis, lepas tu band itulah juga yang menyanyi untuk kau orang setiap kali..
Sebelum aku tempah tempat di The Elitis, aku dah tanya dia. Dia cakap okey. Taufik menyangkal telahan liar Faliq padanya
Aku pun dah tak tahu la kalau macam tu. Everytihng seems perfect.
Faliq juga mati kutu dibuatnya dengan kisah cinta Taufik yang tak pernah aman ini.
Kau tahu tak apa. Ni, aku telefon tak angkatangkat. Aku rasa macam nak pergi jumpa bomoh ja.
Lagi senang.
Buat apa kau nak pergi jumpa bomoh pula
Tanya dia kenapa Aina merajuk. Tak pun aku minta je minyak senyonyong dekat bomoh tu.
Ada ke patut. Tak masuk akal langsung.
Haaa.. ada satu benda lagi aku belum check. Kau bagi hadiah gaun tu aja ke untuk dia
Kau ingat aku kedekut macam kau ke
Habis tu apa kau bagi untuk dia
Aku bagi dia benda ni. Dengan bangganya Taufik mengeluarkan sebuah kotak kayu segi empat sama dari dalam laci mejanya. Isi yang ada di dalam kotak berkenaan berjaya membuatkan mata Faliq terjojol dek kerana terkejut.
Kau belikan ini untuk dia Faliq bertanya lagi.
Yup.
Kenapa Tak boleh ke
Lepas kau bagi dia gaun putih dengan kasut Hatta Dolmat, booking the whole Elitis bersama 99 kuntum mawar merah, lengkap dengan lagu-lagu tangkap cintan tu, kau hadiahkan Aina dengan benda ni Faliq seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.
Taufik kau ni memang memalukan aku betullah! Sanggup kau belikan dia benda ni Dalam banyakbanyak benda untuk dibeli kau belikan dia SET PENAPIS AIR Faliq terasa seperti mahu mencekik sahaja batang tengkuk Taufik yang sedang memandangnya dengan kerutan didahi.
Faliq merasakan yang makhluk bernama Taufik ini benar-benar memalukannya. Sekeping resit pembelian set penapis air yang elok terletak di dalam kotak kayu milik Taufik itu benar-benar memeranjatkan. Siap dengan simpulan reben lagi.
Aku rasa itu yang dia perlukan sekarang. Dia ada mengadu yang kulit dia rasa tak selesa. Maybe sebab air tangki rumah dia ada masalah sebab tu aku belikan benda ni. Mahal tu aku beli.
Aku betul-betul rasa macam nak cekik kau lepas tu buang kau ke laut. Kalau aku jadi Aina aku rasa aku dah lama bungkus-bungkus kau dengan resit set penapis air ni lepas tu aku buang kau dekat dalam tangki air yang bermasalah sangat tu. Faliq mengancingkan giginya kerana terlalu geram.
Kau rasa sebab benda tu ke dia marah aku
Bukan setakat dia, aku pun marah. Kalau kau ni boyfriend aku, memang dah selamat kau ni aku makamkan terus. Kau punya hadiah memang totally failed. Faliq menyampaikan pendapat tulus ikhlasnya dengan penuh perasaan.
Kenapa Soal Taufik polos.
Cuba kau bayang, kau orang dah bercinta hampir 3 tahun. Umur kau dah 30 lebih dan sebaya Aina. Dengan baju gaun putihnya, bunga mawarnya, lagu romatiknya. Aku rasa Aina expect yang kau akan lamar dia malam tu. Memang itulah yang dirasakan faktor yang membuatkan Aina mogok.
Taufik terdiam.
Seriously Fik aku pun berangan tinggi kalau orang dah arrange birthday aku sampai macam tu sekali. Kalau bukan intan berlian pun, cincin belah rotan or at least borang kursus kahwin yang Aina jangka dia akan dapat. Aku rasa sebab tu la Aina frust dengan kau.
Betul ke Faliq sebab tu Taufik menggarukan kepalanya yang mula terasa gatal.
Aku rasa 99 peratus positif. Eh, kau serius tak dengan dia
Seriuslah! Memang aku rancang nak ajak dia kahwin. Aku ingat nak lamar dia masa anniversary kami dua bulan lagi sebab tu aku tak prepare benda macam tu semalam.
Tak payah tunggu lagi dua bulan. Kau carilah dia cepat-cepat lepas tu ajak dia pergi kursus kahwin.
Macam tu je
Iyalah. Kalau kau betul-betul nakkan dia, tak payah buang masa tunggu lagi dua bulan. Jumpa dia selesaikan semua. Kahwin cepat-cepat. Hesy, sakit hati aku mengenangkan set penapis air kau tu. Faliq bersyarah lagi pada Taufik.
Resit yang ada di tangannya dikelebek lagi. Sungguh dia tidak menyangka satu majlis yang begitu romantik diakhiri dengan resit penapis air. Taufik! Taufik!. Faliq menggelengkan kepalanya.
Aku betul-betul tak sangka yang Aina merajuk sebab benda macam tu.
Haishhhh macam mana kau boleh tersesat jadi peguam aku pun tak tahu. Serius aku nak tergelak. Aku keluar dululah. Abang aku nak jumpa katanya tadi. Faliq bangun dari kerusinya. Satu misteri telah berjaya dia rungkaikan dan sekarang masanya telah tiba untuk dia menyambung kerjanya yang belum berjalan sejak dari pagi.
Okey, terima kasih banyak Faliq. Nanti aku belanja kau makan. Taufik tersenyum. Lega rasanya apabila kekusutannya terungkai. Dia sudah tahu apa yang perlu dilakukannya bagi memujuk Aina nanti.
Cari Aina dulu, lepas tu baru cari aku. Pesan Faliq sebelum dia membuka pintu untuk keluar.
Okey.
T
AUFIK berjalan mundar mandir di hadapan rumah teres dua tingkat yang dihuni Aina di Taman Semarak 2. Proton Suprima milik Aina yang kelihatan tersadai di dalam pagar mengukuhkan keyakinan Taufik yang Aina ada di dalam rumah.
Aina, abang minta maaf. Ujar Taufik sebaik sahaja Aina keluar dari rumah mendekatinya.
Taufik berdiri di balik pagar rumah. Mujurlah ada sebatang pokok mangga jiran sebelah untuk dijadikan tempat berteduh.
Kenapa Wajah Aina masih kelihatan sedikit mencuka. Langsung tidak ingin dimaniskan.
Sebab bodoh sangat.
Apasal tiba-tiba mengutuk diri sendiri pula ni
Sehari suntuk abang berfikir apa sebabnya Aina tinggalkan abang seorang diri dekat restoran tu. Sekarang baru abang dapat jawapan.
Aina tak minta abang buat semua tu. I dont mind kalau tak ada hadiah pun untuk Aina, tapi abang selalu macam ni. Abang selalu bagi Aina harapan tapi in the end, nothing happen. Aina meluahkan rasa hatinya.
Maafkan abang. Abang tahu abang salah. Abang tak serius, abang selalu buat Aina kecewa.
Selama kita kenal, Aina tak tahu bila abang serius dan bila masanya abang main-main. Keluh Aina.
Abang tak pernah main-main okey. Its just I keep loosing the right moment. Terang Taufik.
Dah bertahun kita bersama, I felt like I am not that important to you.
Jangan fikir yang bukan-bukan. Aina amat bermakna buat abang. Abang cuma ada Aina seorang. Abang tak main-main.
I am not sure abang. I wish I knew...Aina mula mengesat air matanya.
Segala yang tersirat di hati diluahkan. Aina tahu yang dia bersikap keterlaluan ketika meninggalkan Taufik terkontang-kanting di The Elitis tempoh hari.
Dia memilih untuk beredar kerana terlalu kecewa. Abang selalu sibuk, tak ada masa, asyik dengan kerja. Aina cuba faham, tapi bila dah selalu sangat... Aina rasa yang Aina ni cuma tempat abang isi masa lapang je. Hubungan kita ni macam hanya untuk suka-suka pada abang. Langsung tak ada kepastian. Kekecewaannya diluahkan lagi pada Taufik.
Aina merajuk mengenangkan sikap Taufik padanya selama ini. Dia sudah tidak peduli lagi jika dia kini bertindak seolah-olah perigi mencari timba. Di usia 33 tahun, Aina merasakan yang dia sudah tidak punya masa lagi untuk bermain-main. Dia mahukan satu kepastian. Jika Taufik enggan membina sebarang ikatan, Aina pasti yang dia akan mengundur diri. Dia enggan lagi membuang masa menunggu Taufik.
Aina... Panggil Taufik lembut. Dia mahu Aina memandangnya
Apa
Kahwin dengan abang... Taufik tersengih menayang susunan giginya yang putih melepak itu.
Aina bukan nak paksa abang kahwin dengan Aina. Kalau abang tak nak terikat dengan Aina. Kita boleh putus. Aina tak nak nanti disebabkan hal ini abang rasa yang abang terpaksa kahwini Aina. Aina naik radang.
Laa, marah pula. Abang serius ni. Kita kahwin. Abang tahu yang abang ni lembab sikit bertindak, tapi kali ni abang pasti. Abang nak Aina jadi isteri abang! Taufik meluahkan lamarannya di depan pagar.
Abang selalu main-main. Aina tak percaya langsung dengan apa yang abang cakap sekarang ni. Jeling Aina pada Taufik.
Dia serik dengan telatah Taufik. Masih jelas terbayang di ruang mata bagaimana berdebarnya dia tatkala Taufik mengeluarkan sebuah kotak kayu pada malam sambutan kelahirannya.
Mati-mati Aina ingat yang Taufik mahu melamarnya. Namun, hatinya bagai dipijak-pijak apabila kotak berkenaan dibuka. Resit set penapis air yang dihadiahkan Taufik jelas terbayang. Jika diikutkan hati, mahu sahaja Aina menggumpal resit berkenaan dan disumbat ke dalam lubang hidung Taufik. Biar dia rasa.
Abang serius. Kali ini abang betul-betul serius. Satu kotak kecil dikeluarkan dari kocek seluarnya.
Taufik melamar Aina dengan menggunakan cincin pemberian arwah ibunya. Cincin pusaka milik keluarga yang secara automatik diserahkan kepada setiap menantu perempuan dalam keluarganya.
Betul ke ni Soal Aina apabila dia melihat wajah Taufik yang mula serius.
Betul. Abang tak boleh kehilangan Aina. Abang nak Aina jadi isteri abang. Boleh tak
Aina tak boleh jawab soalan tu sekarang. Abang kena jumpa mak Abah Aina pasal tu semua.
Jangan risau. Abang dah cakap dengan keluarga abang. Ahad minggu depan abang bawa dia orang pergi rumah Aina merisik lepas tu terserah dia orang nak tentukan tarikh.
Serius ke ni Aina kelihatan terkejut dengan lamaran tiba-tiba Taufik.
Seriuslah. Abang tak main-main. Ujar Taufik. Dia sudah tekad. Paling lewat hujung tahun ni mereka akan bernikah jika mendapat keizinan orang tua Aina.
Tak romantik langsung tau abang ni
La, kenapa pula cakap macam tu
Aina tak pernah jumpa lagi orang datang buat lamaran di tengah hari yang terik macam ni, dekat bawah pokok mangga lepas tu dekat tepi pagar pula.
Kes kita ni limited edition. Yang penting Aina setuju. Itu aja yang abang nak tahu. Sengih Taufik.
Lega hatinya melihat Aina kembali tersenyum.