Aku ingat nak melarikan diriku daripadanya, tapi dia cepat-cepat berjalan ke arahku. Dia panggil namaku. Aku mengeluh seorang diri. Aku tak tahu apa silap aku sehingga aku perlu menghadapi ini semua.
Ke mana Amat nak pergi tadi Dia bertanya apabila dia nampak aku nak pusing berjalan ke arah tempat aku letak motosikalku.
Aku tidak menjawab. Aku tutup mulut aku. Tapi aku tak tahu sampai bila aku mampu berdiam macam ni.
Amat dah dapat duit yang Papa serahkan kepada Amat kelmarin
Aku mengangguk perlahan. Dia bagi aku duit lagi. Tapi memang aku bertekad tak mahu sentuh duit yang diberikannya. Jom kita keluar makan, Amat.
Aku memandang ke kiri, ke atas, ke depan. Aku tak tahu apa mimpi dia sehingga dia nak ajak aku keluar makan.
Saya ada banyak kerja kena siapkan.
Takkanlah kita keluar makan malam sekejap pun tak boleh
Aku tak tahu apa yang patut aku lakukan. Aku rasa macam nak cepat-cepat lari masuk dalam lif kemudian masuk ke dalam rumah dan kunci pintu rumah rapat-rapat. Tapi aku bukan budak kecil. Sampai bila aku boleh melarikan diriku daripadanya.
Apa kata Papa bawa Amat makan Sate Kajang di Awan Besar Amat masih suka makan sate, kan
Papa nak apa sebenarnya ni, Pa Aku bertanya dengan meninggikan suaraku.
Aku lihat wajahnya terkerut.
Papa rindu dengan Amat.
Pa, Amat bukan budak kecil lagi, Pa..
Papa tahu, Amat... Tapi Amat tetap anak Papa.
Hubungan kita dah tak macam dulu lagi, Pa! Papa minta maaf, katanya perlahan. Aku hampirhampir tidak dapat mendengar suaranya itu. Jadi aku memintanya mengulangi kata-katanya tadi kepadaku.
Papa minta maaf kepada segala apa yang telah berlaku.
Papa tahu saya tak mungkin dapat maafkan Papa...
Baiklah, tapi sekurang-kurangnya Amat mesti terima Papa kembali ke dalam hidup Amat.
Aku memandang ke dalam wajahnya. Aku lihat wajahnya memang nampak kacak. Tubuhnya masih nampak tegap dan segak untuk lelaki yang seusia dengannya. Aku pasti apabila aku mencecah usianya nanti, aku akan kelihatan sepertinya. Apa-apa pun, wajahnya itu masih sama dengan wajah manusia yang paling aku sayangi dahulu. Pernah satu ketika dahulu aku lebih menyayanginya daripada aku sayang mak aku sendiri. Hubungan dia dengan aku lebih daripada hubungan seorang anak dengan ayahnya, aku anggap dia macam kawan aku sendiri. Dia jadi tempat aku mengadu. Bila mak aku pukul aku, aku mesti mengadu kepadanya dengan mengharapkan dia akan memarahi mak aku. Bila aku mimpi basah ketika aku berumur 11 tahun, aku tanya dia apa yang sebenarnya berlaku kepada diriku. Masa tu dia kata aku dah akil baligh, aku dah kena tanggung dosa aku sendiri dan dah boleh buat anak. Dia akan jawab soalan-soalan yang aku tujukan kepadanya dengan matang, seperti kenapa aku tidak boleh henti-henti berfikir fasal perempuan atau kenapa dia tak bagi aku jadi askar dan mahu aku jadi seorang jurutera sepertinya.
Pa... Hubungan kita dah tak macam dulu lagi, Pa!
Kenapa
Kenapa sekarang baru Papa cari saya
Bila Papa nampak Amat di Mid Valley, Papa mula sedar mengapa selama ini Papa merasa seperti kehilangan sesuatu di dalam hidup Papa. Papa rindukan Amat. Papa rindukan Hani dan Nanti... Juga Mama.
Aku benci bila dia sebut nama adik-adikku dan mak aku. Aku rasa aku dah tak larat lagi nak layan dia. Kemudian tiba-tiba pintu lif terbuka. Aku dapat lihat Raslan dan Tamrin keluar dari pintu lif.
Eh, lambat aku tunggu korang kat sini! Getusku ke arah mereka yang terpinga-pinga melihat ku. Pa, saya kena pergi. Saya nak ikut diorang tengok wayang kat Mid Valley... Cerita Indo.
Aku tinggalkan bapa aku macam tu jer. Aku terus ikut Tamrin berjalan ke arah tempat dia meletak kereta. Aku tak berani nak toleh ke belakang.
You all, apa ni Tanya Raslan kepada Tamrin. You all tak cakap pun dia nak ikut kita sekali tengok wayang!
Tamrin menjeling ke arahku. Dia terus berjalan lalu masuk ke dalam kereta. Aku terus duduk di sebelahnya sambil memeluk topi keledarku dengan erat. Dengan pantas dia menghidupkan enjin kereta lalu bergerak keluar dari kawasan meletak kereta.
Aku masih dapat melihat bapa aku berdiri di tempat tadi sambil memandang ke arahku. Wajahnya nampak kecewa. Aku rasa serba salah.
So... Kau nak ke mana ni Tanya Tamrin akhirnya apabila keretanya menuju dekat ke arah stesen LRT Universiti. Aku ikut kau jelah.
Kau takut nak balik rumah
Ya.
Hasnah ada you all, ujar Raslan kepadaku. Dia pandang-pandang aku menunggu jawapan.
Aku tahu lah! Sambutku akhirnya. Aku lagi sanggup berhadapan Hasnah daripada terpaksa menghadapi bapa aku sendiri.
Tapi nanti apa pula dia kata!
APA AKU PEDULIK DIA NAK KATA APA! sergahku sampai dia terdiam dengan matanya terkebil-kebil. Aku lihat Tamrin senyap sahaja. Dia tak mahu masuk campur. Lagu Siti Nurhaliza berkumandang di radio. Dia kuatkan volume radio. Dia tak mahu aku dan Raslan bertengkar di dalam kereta.
Kami menemui Hasnah di hadapan panggung GSC
Mid Valley. Dia nampak terkejut melihat aku datang bersama Tamrin dan Raslan. Dia memandang ke arah Raslan untuk penjelasan. Raslan membisikkan sesuatu ke telinganya.
Hello, kataku dengan suara kelat.
Hi, Amat, jawab Hasnah nak tak nak. Dia langsung tak mahu memandang ke arahku.
Aku nak beli tiket, ujar Tamrin. Dia meminta wang daripada Raslan dan Hasnah. Aku korek poket ku untuk cari wang untuk tengok wayang. Tamrin hanya menjeling. Dia tahu aku tak ada duit.
Sorry lah, aku tak ada duit, kataku dengan jujur. Macam ni, aku lepak-lepak kat sini tunggu korang semua habis tengok wayang. Dah habis nanti, korang SMS aku.
Hasnah beri Tamrin dua keping wang RM10. Dia suruh Tamrin belikan tiket aku sekali. Aku fikir aku nak halang, tapi Tamrin melulu ke tempat membeli tiket. Aku pandang ke arah Hasnah dengan wajah serba salah. Sebenarnya aku segan bila dia keluarkan duit untuk aku, lebih-lebih lagi sekarang bila aku dengan dia dah tak ada apa-apa hubungan lagi.
Selepas membeli tiket, Tamrin menyerahkan tiket yang dibelikannya secara rambang kepada kami. Cerita yang ingin kami tonton berkisar tentang percintaan antara dua orang remaja di Jakarta. Cerita cinta. Malas betul aku nak tengok cerita macam ni. Aku rasa mesti aku akan tertidur dalam panggung.
Di dalam panggung aku dapati aku terpaksa duduk di sebelah Hasnah. Aku ingatkan aku nak tukar tempat duduk dengan Raslan, tapi dah terlambat. Mereka semua cepat-cepat duduk di tempat masing-masing.
Panggung masih kosong. Raslan dan Tamrin tak habishabis berbual. Hasnah pula diam terpaku. Aku rasa serba salah.
Saya dengar awak dah ada awek, katanya tiba-tiba kepadaku.
Ya, dengan pantas aku menjawab.
Cepat awak gantikan tempat saya...
Aku menoleh ke arahnya. Aku lihat matanya masih terpaku ke tirai panggung yang masih belum terbuka. Aku mengeluh.
You all nak pop-corn tak Tanya Raslan kepada Hasnah. Hasnah mengangguk. Raslan mengajak Tamrin menemaninya untuk membeli pop-corn di lobi.
I really miss you, Emmet, Hasnah memberitahu. Aku tak tahu apa nak jawab. Aku tak pandai nak melayan jiwa awek-awek macam Hasnah yang sudah aku tinggalkan.
Dah lah... Dah tak ada apa lagi di antara kita. Lagi pun, awak tahu saya ini anak siapa. Saya mana boleh adakan
apa-apa hubungan dengan awak. Nanti apa pula kata orang.
Tapi awak bukan bapa awak, Emmet.
Sekali lagi aku menoleh ke arahnya. Aku tak tahu apa yang dia mahukan daripada aku.
Satu perkara yang paling saya takut adalah satu hari nanti saya akan jadi macam dia. Dia bapa saya, Hasnah. Tak banyak, sikit perangai dia akan saya warisi juga akhirnya. Awak nak ke lihat apa yang dia buat kat mak saya, saya buat kat awak nanti
Jangan fikir macam tu, Emmet.
Bapa borek anak rintik... Mana lagi nak tumpah kuah kalau tak ke nasi... Kalau benda macam ni tak berlaku kepada kita semua, tak akan ada peribahasa Melayu macam ni, Hasnah. But you are different, Emmet... I love you because you are different.
Tak ada istimewanya saya ni, Hasnah... Baik awak cari orang lain yang lebih sesuai jer.
Tiba-tiba aku lihat Hamiza masuk ke dalam panggung. Dia masuk bersama Melati. Wajahku pucat. Aku tak tahu mengapa mereka perlu tonton filem ini pada hari ini dan pada saat ini.
Hamiza yang mula-mula menyedari kehadiranku di dalam panggung, kemudian barulah Melati. Wajah Melati terus berubah.
Hamiza dan Melati berjalan ke arahku.
Tadi Melati kata awak tak nak ikut kami keluar... Awak kata awak nak pulang terus ke rumah kerana awak ada assignment yang awak kena siapkan, kata Hamiza dengan sinis.
I can explain, kataku sambil memandang ke arah Melati. Aku lihat matanya terus kepada Hasnah.
Whateverlah!
Korang tengok cerita ni buat apa Tak ada cerita lain ke
Eh, orang nak tengok cerita apa pun, orang punya suka lah! Kata Hamiza dengan matanya tepat ke arah Hasnah.
Oh, ini Hasnah. Aku memperkenalkan Hasnah
kepada mereka. Hasnah... ini Hamiza dan Melati.
Hasnah... Hasnah ex Emmet ke
Yes... That Hasnah, jawab Hasnah dengan nada tajam mencemik sambil bersalaman dengan Hamiza dan Melati. Hasnah memandang tajam ke arah Melati yang nampak tak keruan itu.
Buat seketika Melati dan Hamiza bertukar-tukar isyarat tangan. Melati ingin tahu apa yang sebenarnya sedang berlaku. Hamiza pula memberitahunya. Aku pasti dia beritahu Melati yang bukan-bukan tentang aku.
So... Melati ni girlfriend Emmet yang bisu tu ke
Tanya Hasnah.
Yes. But not for long! Hamiza menjeling ke arahku. Baguslah, Emmet tak suka orang membebel
kepadanya. You are just made for each other!
Okay, kitaorang tak mahu kacau korang dating. Sorry ya
Eh, ni bukan dating lah! Kataku bersungguhsungguh.
Oh, by the way... You tak tahu ke, dia jadikan kawan you Melati ni sebagai girlfriend dia as part of a bet. Kalau tak percaya, tanya kat dia sendiri, tak pun kepada Tamrin atau Raslan. Im sure they will tell you everything.
Sial betul diorang tu. Memang tak boleh simpan rahsia langsung! Segala-galanya tentang aku mesti mereka laporkan kepada Hasnah.
Hamiza menyepetkan matanya ketika dia memandang ke arahku. Dia pandang aku macam dia dah benci sangat denganku. Beberapa detik kemudian, Hamiza terus menarik tangan Melati ke tempat duduk mereka tanpa berkata-kata kepadaku.
Perlu ke awak beritahu benda ni semua kat diorang Tanyaku kepada Hasnah. Dia duduk diam tanpa menjawab soalanku tadi.
Ya, perlu! Because what you did to her is sick, Emmet! Awak ingat perempuan macam saya dan budak bisu tu bahan permainan awak ke Biar dia tahu apa yang sebenarnya berlaku. Let this be a lesson to you!
Kepalaku rasa macam nak pecah. Bila aku fikir-fikirkan, apa yang berlaku kepadaku hari ini macam cerita filem remaja yang ntah apa-apa. Banyak sangat konflik yang bukan-bukan. Aku tak tahu apa yang akan berlaku selepas ini. Aku tak tahu apa yang sedang difikirkan oleh Hamiza dan Melati tentang diriku. Tapi aku harap mereka akan berfikiran rasional. Aku harap mereka tak akan fikirkan bukan-bukan tentang diriku.
Bila aku toleh ke belakang aku tak nampak Hamiza dan Melati di dalam panggung. Aku tak tahu ke mana mereka pergi. Aku menyumpah seranah diriku sendiri.
Lima minit kemudian barulah Raslan dan Tamrin masuk ke dalam panggung. Aku tanya mereka kenapa mereka lambat sangat. Raslan kata dia terserempak dengan kawannya di lobi. Aku tanya kepada Tamrin jika mereka terlihat kelibat Hamiza dan Melati di luar. Tamrin menggeleng.
Panggung terus digelapkan. Aku lihat Hasnah duduk diam seperti patung. Aku pula duduk resah langsung tak tahu apa yang sedang aku tonton. Aku SMS Melati dengan mengatakan aku menonton wayang bersama Tamrin dan Raslan. Dia langsung tidak mahu menjawab SMS aku.
Aku pulang ke rumah dengan kepalaku rasa macam nak pecah. Aku SMS Melati lagi. Dia tak mahu jawab. Aku call Hamiza. Dia tak mahu angkat. Bila aku tiba ke rumah, aku takut kalau bapa aku masih menunggu. Dia tak ada. Di dalam lif pula aku rasa takut jika dia tunggu di depan pintu. Macam trauma pula rasanya. Sekarang aku rasa takut untuk pulang ke rumahku sendiri.
Tamrin memberitahu kepadaku semua ini hal kecil. Dia kata aku tak perlu risau tentang Melati mahupun tentang bapaku. Tapi apa yang dia tahu
Kalau aku jumpa dengan budak Hamiza tu esok, aku akan explain kan kepada dia betul-betul. Aku rasa semua ini berlaku pun kerana silap aku jugak, kata Tamrin kepadaku sebelum dia masuk ke dalam biliknya, tapi aku sempat menahannya. Aku genggam lengannya.
Kenapa kau perlu beritahu fasal taruhan kita dan tentang hubungan aku dengan Melati kepada Hasnah
Kau sendiri tahu dia kawan aku, bukan Bila dia tanya kat aku fasal kau, aku tak sampai hati untuk berbohong. Kau sendiri tahu aku tak suka berbohong dengan kawan aku sendiri, kan
Aku mengeluh seorang diri. Aku lepaskan dia pergi. Dia terus masuk ke dalam biliknya. Aku hentak-hentakkan kepala aku ke daun pintu bilikku sebelum aku membuka pintu.
Aku terus merebahkan tubuhku ke atas katil. Aku rasa pada saat ini aku adalah manusia yang paling malang dalam dunia ini. Aku mengeluh seorang diri. Aku lepaskan dia pergi. Aku hentak-hentakkan kepala aku ke daun pintu bilikku sebelum aku membuka pintu. Aku terus merebahkan tubuhku ke atas katil. Aku rasa pada saat ini aku adalah manusia yang paling malang dalam dunia ini.