SEOUL LOVE STORY - 17
Abriel dan Jaejoong meneruskan kehidupan selepas terputusnya hubungan mereka dengan cara yang berbeza. Jaejoong menenggelamkan dirinya dalam kerja dan minuman keras sehingga dia langsung tidak mempedulikan sesiapa pun. Dia hanya makan sekali sehari dalam kuantiti yang sedikit sehingga berat badannya turun mendadak. Namun tidak ada satu ayat pun yang keluar dari mulutnya yang menjelaskan tentang hubungannya dengan Abriel kepada teman-temannya. Yang dilakukannya adalah mencipta lagu-lagu sedih yang begitu memilukan.

Hatinya sentiasa memaki-maki Abriel namun dia gagal melupakan gadis itu walau sesaat pun. Hanya ketika dia mabuk sahaja ingatannya pada Abriel akan sirna untuk seketika. Namun kepadatan jadualnya tidak memungkinkan dia untuk selalu minum sehingga mabuk. Benaknya dipenuhi dengan bayangan Abriel sehingga dia membenci dirinya sendiri kerana tidak mampu melupakan gadis itu. Teman-teman sekumpulan tidak berkata apa-apa walaupun mereka sedar perubahan Jaejoong.

Selepas seminggu mencuba pelbagai cara untuk menghubungi Jaejoong dan menghabiskan dua minggu berkurung di dalam apartmennya, akhirnya Abriel memutuskan untuk meneruskan hidupnya seperti sebelum dia mengenali lelaki itu. Berkali-kali dia mengatakan pada dirinya sendiri bahawa dia tidak mencintai lelaki itu. Namun hati sendiri sukar dibohongi.

Abriel membuang semua barang-barang yang mengingatkannya pada Jaejoong. Kertas-kertas muzik, gambar-gambar mereka dan hadiah-hadiah kecil pemberian Jaejoong. Hanya satu saja yang tidak mampu dibuangnya. Gitar kesayangan Jaejoong. Dia kemudiannya menggantung gitar itu pada dinding dapur dan sering kali dia termenung di dapur sambil memandang gitar itu.

Namun selain itu, rutinnya telah kembali kepada asal. Yoonmi tidak mengatakan apa-apa saat Abriel mengatakan dia sudah putus dengan Jaejoong. Mungkin rakannya itu tahu tidak ada apa-apa yang perlu dikatakan. Teman-teman yang lain juga menyedari perubahan Abriel tetapi tidak berani bertanya dengan lanjut. Abriel kembali menjadi seperti dahulu, gadis yang mempunyai rutin hidup yang membosankan.

Kerap kali dia menangkap dirinya memandang gambargambar Jaejoong yang terpampang di dada akhbar dan majalah. Dia sendiri tidak tahu apa perasaannya saat melihat gambar-gambar itu, tetapi yang pasti, dia akan menatap gambar itu tiga saat lebih lama dari yang sepatutnya.

jjj

Malam ini Yongwung akan mengadakan parti hari jadinya di sebuah kelab malam yang paling trendy di Seoul. Khabarnya banyak sekali selebriti yang dijemput. Tetapi kata Yoonmi, kumpulan Blue tidak akan hadir kerana mereka ada penggambaran sebuah iklan telefon bimbit di New York.

Jadi selepas dipujuk, dirayu dan separuh dipaksa oleh teman-temannya, Abriel bersetuju untuk datang. Yoohwan memintanya untuk berdandan dengan menarik agar dia tidak kelihatan canggung di tengah-tengah puluhan selebriti yang akan hadir di majlis itu. Akhirnya Abriel memilih sepasang jean ketat dengan singlet yang dihiasi labuci dan jaket jenama Chanel hadiah ibunya. Kakinya yang tirus disarung kasut but tumit tinggi separas lutut, memberi ilusi kaki panjang dan seksi. Yoonmi telah mendandan rambut Abriel, menggelung rambutnya sehingga gadis itu kelihatan sangat berbeza dari selalunya.

Mereka tiba di pesta tepat pada masanya. Pesta yang sudah berjalan itu begitu meriah dan liar. Bunyi muzik begitu kuat sehingga jantung Abriel rasanya hampir gugur. Di tengah-tengah ratusan tetamu itu, mereka berusaha mencari Yongwung. Akhirnya selepas sejam barulah Abriel menemuinya sedang dikelilingi beberapa orang wanita cantik. Dia terpaksa berteriak untuk mengucapkan selamat hari jadi kepada Yongwung. Yongwung hanya tersenyum dan membelai rambutnya sebagai jawapan. Mungkin dia sudah penat menjerit-jerit agaknya.

Abriel meninggalkan Yongwung yang sentiasa menerima ucapan tahniah. Matanya memandang lantai tari sambil tubuhnya digoyang-goyangkan, cuba untuk rileks. Tibatiba mata Abriel menangkap kelibat seseorang yang sangat dikenalinya dari belakang. Jaejoong. Mungkin saja sekarang, setelah waktu menyejukkan hatinya, dia mahu mendengar penjelasan Abriel.

Abriel berusaha mendekati Jaejoong yang berada di tengahtengah lantai tari. Ramai sekali orang sedang menari sehingga Abriel terpaksa bergelut-gelut dengan mereka untuk merapatkan dirinya pada Jaejoong. Namun apa yang dilihatnya kemudian cukup mengecewakan sekali.

Jaejoong tidak bersendirian. Dia bersama Chaekyong, yang sedang merangkulnya dan menari bersama. Pelukan yang begitu erat sekali bagai tak akan terpisah lagi. Tidak ada yang peduli, kecuali Abriel yang memandang pasangan itu dengan mata yang berair. Dia mendengar bunyi hatinya sedang retak dan mula berpecah-belah.

Saat bibir Jaejoong dan Chaekyong bertemu, air mata Abriel sudah menitis di pipinya. Hatinya sudah hancur. Hilang semua keriuhan majlis malam itu. Yang didengarnya hanya suara tangisnya sendiri. Abriel merasa tangannya ditarik. Dia tidak nampak siapa yang menariknya kerana pandangannya sudah dikaburi air mata. Namun dia menurut tanpa protes. Sehingga akhirnya dia berada di luar kelab itu, jauh daripada bunyi muzik yang kuat dan hirukpikuk suara para tetamu.

Air mata di pipinya dikesat dengan tisu. Abriel mengelipkan mata. Yoohwan. Yang menariknya tadi ialah Yoohwan yang kini melempar senyum manis di hadapannya. Saat melihat lelaki itu, air matanya tumpah lagi. Spontan Yoohwan memeluknya erat. Mereka cuma berdua di belakang kelab itu.

Mata kau tak sepatutnya digunakan untuk menangis. Mata bengkak menghilangkan kecantikan seorang gadis. Kalau kau melihat sesuatu yang membuat hati kau sakit dan mata kau berair, alihkan wajahmu atau tutup matamu, pujuk Yoohwan lembut.

Yoohwan melepaskan pelukannya selepas Abriel berhenti menangis Abriel agak gugup saat melihat kesan air matanya pada baju berjenama lelaki itu. Melihat kegugupan Abriel, Yoohwan tertawa. Nak bayar untuk dry clean baju ni ke soalnya nakal. Abriel juga turut tersenyum mendengarnya.

Parti ni membosankan kan Nak ikut aku jalan-jalan soal Yoohwan selepas beberapa ketika.

Ke mana

Ke mana-mana saja yang kau nak. Kalau cuma nak duduk dalam kereta sambil dengar muzik pun boleh. Abriel mengangguk. Jalan-jalan, katanya.

Yoohwan tersenyum manis. Dia menarik tangan Abriel menuju ke arah keretanya yang terparkir tidak jauh dari situ. Ada beberapa orang yang melihat mereka tetapi Yoohwan pasti tidak akan ada yang peduli kerana dia memang selalu dilihat bersama wanita sehingga ia tidak lagi dianggap satu berita penting. Jarang sekali dia difoto saat keluar bersama perempuan kecualilah kalau perempuan itu benar-benar seorang yang terkenal. Bagi mereka, Yoohwan tidak pernah kekal lama dengan seorang perempuan dan perempuan yang bersama dengannya mungkin cuma akan pernah keluar sekali dengannya. Harap-harap malam ini juga begitu kerana dia tidak mahu gambarnya dan Abriel terpampang di mana-mana ruangan tabloid.

jjj

Dengan kereta Yoohwan, mereka bersiar-siar menikmati panorama malam di sekitar Bandaraya Seoul. Abriel menurunkan tingkap kereta, membiarkan angin malam meniup rambutnya yang hitam dan lebat itu. Berharap agar angin itu akan membawa semua dukanya pergi. Yoohwan di sisinya juga membisu. Mungkin Yoohwan tahu yang dia tidak mahu bercakap saat ini. Sebaliknya dia sangat menikmati kebisuan itu agar dia boleh menenangkan fikirannya.

Siapa yang boleh memulihkan hati yang sedang hancur ini Cuma ada seorang yang mampu tetapi Ah, Abriel merasa matanya berkaca-kaca lagi.

Yoohwan menghentikan keretanya di sebuah taman yang agak sepi, tidak jauh dari tebing Sungai Han. Mereka kemudiannya duduk di bangku taman, menikmati pemandangan sungai, jambatan dan lampu-lampu kota daripada kejauhan. Tidak ada orang lain di situ kerana sudah lewat malam. Tadi Yoohwan sempat singgah di sebuah kedai serba guna sebelum mereka sampai di sini. Dan sekarang lelaki itu sedang mengeluarkan sesuatu dari plastik yang dibawanya.

Ada beberapa jenis minuman dan dua kotak sandwic ayam di dalam plastik itu. Kata Yoohwan, dia tidak tahu apa minuman kegemaran Abriel jadi dia memilih pelbagai jenis agar gadis itu boleh memilih. Abriel tersenyum mendengarnya.

Kenapa kau berubah soalnya saat menyambut satu tin minuman perisa buah-buahan dari Yoohwan. Tolong jangan cakap sebab aku mirip bekas kekasihmu yang sudah meninggal dunia dan sebagainya.

Yoohwan tertawa mendengar nada curiga dalam suara Abriel. Banyak sangat tonton drama perempuan ni. Dia membuka tin minumannya dan meneguk sedikit sebelum menjawabnya. Hmm.. macam mana aku nak cakap Okey, dalam drama selalunya ada hero kedua yang akan membantu heroin kan Menjadi temannya saat dia sedang bersedih atau bertengkar dengan hero. Tempatnya meminta pertolongan dan memujuknya ketika dia sedang menangis. Macam yang aku buat tadi, ujarnya sambil tertawa kecil.

Abriel mencebik jengkel. Aku selalu rasa watak hero kedua tu bodoh.

Kenapa

Sebab memang jelas sekali heroin tak cintakan dia, tapi dia masih tak jemu-jemu berusaha memikat heroin.

Yoohwan tersengih. Ada orang sukakan cabaran. Mungkin dia berharap satu hari nanti heroin akan sedar pengorbanannya dan memilih dia. Atau mungkin hero kedua tu tak berjaya melawan perasaan cintanya pada heroin. Cinta tu tak selalunya membahagiakan, kan Ada yang menyakitkan dan memecahkan hati menjadi jutaan keping. Mungkin juga kerana dia mahu heroin berbahagia walaupun akhirnya dia yang akan merana.

Tapi kau tak rasa benda tu bodoh soal Abriel lagi.

Ya, benda tu memang agak bodoh, sahut Yoohwan. Matanya merenung jauh ke arah kelap-kelip cahaya lampu kereta di atas jambatan. Ya, memang aku bodoh.

Mereka terdiam lagi untuk beberapa ketika. Kemudian Abriel memecah kebisuan itu dengan satu soalan. Kau tak nak tanya apa-apa dengan aku

Yoohwan menoleh ke arahnya dengan kening berkerut. Kurang mengerti.

Kau boleh tanya apa-apa dengan aku, ujar Abriel. Aku tahu, Jaejoong pasti sudah menyusahkan ramai orang dengan sikapnya sejak kebelakangan ini. Aku berhutang penjelasan pada kalian semua walaupun aku sebenarnya tak pasti apa yang dah jadi.

Nada tulus dalam suara Abriel membuat pandangan Yoohwan terpaku padanya. Wajahnya kelihatan lelah dan kalah. Kau nak tinggalkan tempat ni ke Entah kenapa itu yang terlintas di fikiran Yoohwan. Dia tidak sanggup berdepan kemungkinan akan kehilangan gadis itu buat selama-lamanya.

Aku ada mempertimbangkannya. Mungkin aku boleh sambung pengajian di Paris. Sudah ada beberapa buah universiti yang aku tanya dan mereka membenarkan aku untuk teruskan pengajian aku di sana. Tapi aku belum setahun di sini. Kalau aku pindah sekarang, mungkin orang tuaku akan rasa hairan. Jadi aku perlu kekal di sini untuk beberapa bulan lagi atau setahun sekurang-kurangnya.

Yoohwan menarik nafas lega. Setahun. Ada banyak perkara yang boleh terjadi dalam tempoh masa itu. Aku dah pernah cerita pasal Chaekyong kan katanya perlahan.

Abriel tertawa kecil. Ya, kau ada cakap. Perempuan penyibuk! ujarnya sambil tertawa. Tapi ibu dia memang dah tak suka kan aku sejak mula jadi sebenarnya tak ada apa-apa yang boleh aku lakukan.

Aku dah tengok gambar tu, ujar Yoohwan. Wajah Abriel agak terkejut. Keningnya berkerut. Aku sambung semula gambar yang hyung koyakkan menjadi kecil-kecil. Patutlah dia marah sampai hilang akal.

Abriel tersengih. Mesti kau pun tak percaya bila aku kata dia sebenarnya abangku, kan

Yoohwan menggeleng. Kening Abriel berkerut. Sebab

Sebab muka kau dan lelaki tu tak mirip.

Abriel mengangguk. Tapi memang dia abangku. Datang dari Kuala Lumpur sebab ada urusan kerja. Sekarang dia dah balik. Nanti kalau ada masa aku kenalkan kau pada

dia.

Yoohwan mengangguk-angguk. Berpuas hati atas penjelasan Abriel.

Jadi dia dah kembali bersama Chaekyong soal Abriel selepas mereka membisu untuk beberapa ketika.

Yoohwan menggeleng. Kebetulan Chaekyong ada dijemput ke majlis itu. Yang kau nampak tadi sebenarnya lebih kepada pengaruh alkohol berbanding nafsu. Aku sudah berpesan pada Ilwoo hyung agar segera bawa Jaejoong hyung pulang. Tuhan saja yang tahu apa yang Chaekyong boleh lakukan. Benda terakhir yang kami nak terjadi adalah tiba-tiba Chaekyong mengandung kerana Jaejoong hyung!

Abriel merenung wajah Yoohwan lama. Kau tak perlu bela dia, ujarnya.

Yoohwan menggeleng. Matanya menatap tepat ke wajah Abriel. Aku bukan nak bela dia. Kenyataannya memang macam tu.

Tapi sekurang-kurangnya ada yang hikmah daripada kejadian ni. Aku tak perlu jumpa ibu Jaejoong lagi, ujar Abriel sambil tersengih. Agak lucu juga bila dikenangkan.

Yoohwan juga tertawa. Memang. Naga tua tu memang menakutkan. Mesti dia tawarkan kau wang supaya menjauhi Jaejoong, kan

Kening Abriel berkerut. Macam mana kau tahu

Tak susah pun nak teka. Keluarga mereka ada cukup wang untuk membeli apa saja. Dan naga tua tu pasti fikir dia boleh membeli kau agar menjauhkan diri dari Jaejoong. Tapi mungkin mereka lupa bukan semua orang boleh

dibeli.

Abriel tersenyum mengakui kata-kata Yoohwan itu. Untuk pengetahuan kau, memang aku tak terima pun. Harga diri aku jauh lebih mahal dari itu.

Berapa yang dia tawarkan soal Yoohwan ingin tahu. Abriel menyebut angka pertama yang ditawarkan ibu

Jaejoong. Yoohwan bersiul. Mahalnya harga diri kau.

Kemudian dia memberi aku cek kosong.

Dan kau tak terima

Abriel menggeleng. Yoohwan ketawa besar. Bodoh. Kalau aku jadi kau, aku akan pastikan dia bankrap, ujarnya sambil tertawa lagi. Anggap saja bayaran sebab dia sudah menyakiti hati kau.

Abriel menggeleng. Nanti dia akan melabel aku sebagai perempuan mata duitan.

Dia memang tak sukakan kau. Jadi untuk apa kau risau apa yang dia fikirkan Kalau kau Mother Teresa atau jelmaan Dewi Kwan Im sekalipun dia tidak akan peduli.

Abriel mengangguk, bersetuju dengan kata-kata itu. Tapi mungkin semua itu boleh berubah kalau dia tahu siapa Abriel sebenarnya. Kecuali statusnya sebagai janda. Itu sesuatu yang tidak boleh diubah.

Kau lama lagi di Seoul ujarnya, cuba mengubah topik perbualan.

Yoohwan mengangguk. Kami dapat cuti dua minggu. Jadi semua orang memutuskan untuk pulang dan menghabiskan masa dengan keluarga. Aku nak pergi memancing. Kau nak ikut

Abriel mengangkat bahu. Aku tak pandai memancing.

Nanti aku ajar, tawar Yoohwan. Anggaplah sebagai terapi kekecewaan kau.

Abriel tertawa. Jadi kalau kecewa, ubatnya adalah memancing

Sekarang giliran Yoohwan mengangkat bahu. Aku belum pernah kecewa.

Ah Bagaimana mungkin dia lupa Lelaki ini yang selalu mematahkan hati orang, bukan sebaliknya.

So Nak ikut tak

Wajah Yoohwan yang kelihatan ikhlas itu dipandang. Tidak sampai hati rasanya menolak ajakan yang kedengarannya tulus itu. Akhirnya Abriel mengangguk, membuat Yoohwan menuturkan Yes! dengan aksi penuh gembira.

Esok aku jemput kau jam tujuh, ujarnya.

jjj

Yoohwan menghantar Abriel sampai ke depan lif apartmennya. Abriel berjalan gontai menuju ke lif dan kemudiannya ke pintu rumahnya. Pintu dibuka. Gelap. Sunyi. Namun Tuhan itu sangat pintar kerana dia menciptakan manusia sebagai makhluk yang boleh beradaptasi. Sekejap sahaja matanya terbiasa dengan kegelapan itu dan dengan mudah dia boleh melihat tempat suis lampu. Ah, kalaulah hati juga seperti mata.

Lampu dipetik. Pintu dikunci. Abriel berjalan menuju ke sofa. Seketika matanya singgah pada dinding dapur, tempat gitar Jaejoong tergantung, Siapa yang bercakap benar Yoohwan atau ibu Jaejoong Alkohol atau Chaekyong

Abriel melabuhkan punggung di sofa. Tangannya mencapai alat kawalan jauh di atas meja kopi dan menyalakan televisyen. Dia memilih siaran berita. Sekurang-kurangnya berita tentang penderitaan orang lain dalam dunia akan membuat dia lebih bersyukur dengan keadaannya. Selepas berita dunia, disusuli oleh berita hiburan. Pembaca berita yang kelihatan teruja menyebut nama Park Jaejoong dan Kim Chaekyong dilihat intim di sebuah majlis. Ada gambar dan video pendek yang menunjukkan mereka sedang bersama bahkan ada gambar mereka sedang berciuman yang telah disamarkan yang ditayangkan. Abriel duduk memeluk lutut sambil matanya terfokus ke kaca televisyen. Well, news sure travels fast. Abriel berkata sendiri. Sekurangkurangnya dia tahu kebenarannya sekarang. Betul kata ibu Jaejoong, dia tidak setaraf dengan lelaki itu. Mungkin selama ini Jaejoong tertawa sendirian kerana telah berjaya membuat seorang gadis biasa seperti Abriel jatuh cinta padanya. Adakah itu maknanya Jaejoong tidak pernah mencintainya

Abriel tidak sanggup memikirkan kemungkinan yang berlaku selama ini adalah satu permainan semata-mata. Air matanya mengalir lagi. Dia benci semuanya! Dia benci Park Jaejoong!

jjj

Park Jaejoong kini berada di dalam sebuah bilik yang dikhaskan untuk tetamu VIP. Ada katil bersaiz king, satu set sofa serta ada bilik mandi mewah yang bersambung dengan bilik itu. Kepalanya berdenyut kuat sekali. Dia tidak pasti apa yang sedang berlaku. Namun dia merasa Abriel sedang bersamanya, menciumnya mesra dan membuka butang bajunya. Jaejoong tersenyum. Dibalasnya tindakan gadis itu dengan gelora yang sama hangatnya.

Namun suara yang merayu-rayu di telinganya itu bukan suara Abriel. Gadis itu tidak mungkin akan menggodanya begini. Walaupun mereka pernah berciuman namun gadis itu tetap masih menjaga tingkah lakunya. Gadis itu tidak akan menggodanya begini.

Dalam kekalutan, Jaejoong cuba menjernihkan fikirannya. Namun pengaruh alkohol menyukarkan dia untuk melakukannya. Stop! ujarnya. Mula-mula perlahan. Namun kemudian dia mengulanginya beberapa kali lagi. Dia menolak tubuh yang menindihnya sekuat-kuat tenaga sehingga perempuan yang entah siapa itu menjauhkan diri darinya.

Kenapa Sebab aku bukan dia soal perempuan itu agak kasar. Jaejoong kenal suara itu. Aku cintakan kau lebih dari dia. Kau tahu tak

Jaejoong mengerang. Kepalanya benar-benar sakit. Tapi aku cintakan dia seribu kali lebih dari kau cintakan aku! Dan jangan kata kau cintakan aku! Kalau kau pernah mencintai aku, kau takkan pernah mengkhianati aku! Aku tak perlukan cinta seperti itu!

Chaekyon terdiam sesaat. Aku sanggup berubah untuk kau, ujarnya tegas.

Aku tak perlu perubahan kau, Chaekyong. Sekarang aku nak kau pergi!

Kau akan menyesal! Dia tak akan jadi milik kau! Kalau kau dah sedar daripada mabuk kau, telefon aku, ujar Chaekyong sebelum berlalu. Meninggalkan Jaejoong yang kini sudah duduk.

Aku akan pastikan yang sebaliknya terjadi, getus Jaejoong perlahan.