SUDIN masih berkisar-kisar di tempat tidurnya. Dua hari dia terperap di dalam bilik. Makan dan minum pun tidak dihiraukan. Kalau dia sudah lapar sangat, dia akan ke dapur untuk memakan biskut kering yang ada di dalam tin. Kalau dahaga, dia tidak perlu keluar dari bilik kerana botol berisi air masak, ada di biliknya. Sudah dua malam berturut-turut, tidurnya ditemani oleh Rohani. Sengaja dia tidak menghidupkan lampu sebab Rohani tidak selesa dalam keadaan terang. Rohani meminta semua lampu dipadamkan dan dia pula menurut dengan penuh gembira. Adegan selebihnya tidak memerlukan sebarang cahaya. Ketiadaan ayahnya, menyenangkan Sudin. Apabila bersama-sama Rohani, Sudin tidak lagi bimbangkan tentang ayahnya. Ayahnya tidak ada tanda-tanda sudah pulang. Entah ke mana menghilangnya pun, Sudin tidak ambil peduli. Selagi Rohani ada menemani tidurnya, kalau ayahnya tidak balik selama-lamanya pun, Sudin tidak kisah. Segala angan-angannya tentang Rohani telah tertunai. Daripada memandang dari jauh, kini dia sudah mampu berada di sebelah Rohani. Tidak banyak masalah seperti yang disangkanya. Rohani ternyata memahami apa yang dimahukan dan diperlukannya. Rohani menyerah dengan rela. Bahkan, Rohani mampu mempamerkan pengalaman yang ada padanya bagi memberikan keseronokan yang tidak terkira kepada Sudin. Sudah dua hari juga, Sudin tidak ke ladang ayam Pak Syuaib. Entah bagaimana keadaan di tempat kerjanya itu, Sudin tidak peduli lagi. Tiada yang lebih seronok melainkan kedatangan malam.
Ani tak boleh datang waktu siang,
Rohani memberitahunya tatkala dia mendesak agar Rohani menemaninya sepanjang hari.
Kenapa pula
Nanti kalau orang nampak, matilah kita.
Alah, paling lebih pun, orang kampung akan paksa kita kahwin. Kalau dah dipaksa kahwin, kita kahwin sajalah.
Tapi Ani tak mahu kahwin lagi. Ani nak bebas dulu.
Kalau dah berkahwin pun, tak bermakna kita tak bebas.
Kalau dah kahwin, kita akan terikat dengan tanggungjawab.
Tapi... abang rindu dengan Ani.
Ani akan datang pada waktu malam. Abang tunggu sajalah.
Ani tak kerja
Ani dah berhenti kerja.
Kalau macam tu, bolehlah Ani datang setiap hari.
Hanya pada waktu malam saja. Waktu siang, Ani kena balik. Kalau tak balik nanti, mak susah hati. Kalau mak susah hati, mak akan cari Ani. Kalau mak tahu Ani ada di rumah abang, mak tentu tak benarkan Ani keluar rumah lagi pada waktu malam.
Alasan yang diberikan oleh Rohani terpaksa diterima oleh Sudin dengan lapang hati. Dan sememangnya perkataan kahwin itu sendiri tidak begitu menyenangkan Sudin. Masih belum terlintas di hatinya untuk terikat sebagai suami. Dia sekadar ingin menyedapkan hati Rohani. Apabila Rohani menyatakan, dia masih belum mahu terikat dengan tanggungjawab, Sudin berasa lapang dada. Sudin terus berkisar-kisar di atas katil. Bau harum dari cadar katil, terimbau-imbau ke hidungnya. Sudin tahu dari mana puncanya bau tersebut. Sudah tentulah dari badan Rohani.
Kalaulah Rohani ada setiap masa, alangkah seronoknya,
kata Sudin kepada dirinya sendiri. Siapa sangka tuahnya sebaik itu. Siap dapat menjangka, Rohani yang diidam-idamkan akhirnya datang menyerah diri tanpa sebarang punca dan tanpa sebarang sebab. Malah dia sendiri tidak menyangka, Rohani sanggup untuk berkongsi katil, tilam, cadar dan selimut dengannya di atas katil bujang itu. Rupa-rupanya sikap jual mahal yang ditunjukkan oleh Rohani selama ini hanyalah pura-pura. Kalau tidak pura-pura, masakan Rohani datang dengan cara sembunyi-sembunyi ke rumahnya. Maknanya selama ini, Rohani memang tahu apa yang terpendam di hatinya. Seluruh tubuhnya terasa lesu. Sendi-sendinya sakit. Sendi pada pahanya seperti hendak tercabut. Sudin tahu punca kesakitannya itu. Kesakitan itu tidak menyeksanya bahkan membahagiakan Sudin.
Sudin! Sudin!
Suara seseorang dari halaman rumahnya, mengejutkan Sudin dari lamunan panjang. Suara itu tidak asing lagi kepadanya.
Sudin! Sudin!
Sudin berdecit. Sahak datang ke rumahnya pada masa yang tidak tepat.
Ada apa
tanya Sudin tanpa bangun dari katilnya. Bunyi seretan kaki Sahak mendekati jendela biliknya dapat didengar oleh Sudin dengan jelas.
Kau ada dalam bilik
Sahak cuba mendapatkan kepastian Sudin.
Yalah, kat mana lagi aku nak pergi. Dalam bilik inilah.
Sudin dapat mengagak, Sahak tentunya ingin bertanya mengapa sudah dua hari dia tidak datang bekerja. Tentunya juga Sahak mendapat pesanan daripada Pak Syuaib dan Mak Limah. Kalau tidak, Sahak tidak mungkin akan datang ke rumahnya.
Apa yang kau buat kat dalam bilik tu Beranganangan tentang Rohani ke
tanya Sahak lagi. Sudin kerutkan dahinya. Dia cuba bangun tetapi seluruh badannya terasa berat sangat. Namun, dalam kesakitan itu juga dia menggagahkan diri dan akhirnya berjaya berdiri di tepi tingkap.
Ada apa kau datang ni, Sahak
tanya Sudin. Sahak seperti melihat hantu. Wajahnya jelas mempamerkan perasaan terkejutnya.
Kenapa dengan kau ni, Sudin Kau tak sihat ke
tanya Sahak lagi.
Apa pula tak sihat Aku sihatlah.
Sudin cepatcepat menafi kan tuduhan Sahak.
Habis tu, kenapa muka kau pucat sangat
Pucat Mana adalah... kau ni ada-ada saja. Naiklah.
Sudin enggan melayani pertanyaan Sahak yang dirasakan mengarut. Sahak kelihatan teragak-agak tetapi kemudian cepatcepat ke tangga rumah Sudin. Sudin menapak keluar dalam keadaan terhoyong-hayang. Pergelutannya dengan Rohani sepanjang malam tadi, benar-benar melesukan tubuhnya. Selak pintu diturunkan. Daun pintu dingangakan. Sahak berdiri di muka pintu. Dan apabila daun pintu terkuak, Sahak menutup hidungnya sambil mengerutkan dahinya.
Bau apa ni, Sudin
Bau apa
Sudin kehairanan. Dia tidak menghidu sebarang bau aneh.
Bau busuk macam bau bangkai. Ada tikus mati ke
Sahak bersuara sengau kerana hidungnya dipicit dan dipenyekkan bagi mengelakkan bau busuk daripada meruap ke paru-parunya.
Jangan nak mengarutlah! Aku tak bau apa-apa pun.
Sudin segera meninggikan suara. Marah juga dia apabila Sahak dirasakan seperti ingin memperolokolokkannya. Sahak renung muka Sudin dalam-dalam. Mungkin dia sendiri tidak faham mengapa Sudin mengatakan dia tidak berbau apa-apa, padahal bau busuk yang dihidunya cukup kuat. Alang-alang, mungkin dia boleh termuntah. Hanya kerana sudah biasa menghidu tahi ayam dan kambing di tempat kerja, membuatkan loya tekaknya sekadar bersifat loya bukannya muntah. Namun, bau busuk yang berlegar-legar di dalam rumah Sudin itu, jauh lebih busuk berbanding tempat takungan najis ayam. Baunya mengalahkan bau bangkai tikus yang pecah perut. Busuknya menusuk. Maungnya mengitar.
Kau tak bau
Sahak cuba mendapatkan kepastian Sudin.
Sudahlah! Kau ni tak habis-habis nak menyindir aku. Aku tahulah aku tak mandi lagi.
Sudin cuba bergurau. Mahu sahaja Sahak memberitahu Sudin yang dia tidak bergurau. Bau busuk itu wujud. Namun melihat Sudin yang begitu bersungguh-sungguh menafi kan kewujudan bau tersebut, membuatkan Sahak terpaksa berpura-pura. Bagaimanapun, dia tidak betah berada di dalam rumah. Dia perlu mengajak Sudin ke tempat terbuka.
Jom lepak kat halaman sajalah.
Eh, apa salahnya kat dalam rumah aku. Rumah aku bukannya ada anak dara. Takkan kau dah malu
tanya Sudin lagi. Mesranya tidak dibuat-buat sekalipun fi zikalnya sudah banyak berubah.
Tak mengapalah. Kat luar tu lebih berangin dan nyaman.
Sahak mendahului Sudin untuk turun ke tanah. Dia terus berjalan dan apabila tiga langkahnya, dia menghela nafas panjang dan sedikit tercungapcungap. Sudin pula masih berdiri di beranda sambil memerhatikan Sahak.
Apa lagi kau tunggu Marilah, aku ada hal penting nak dikhabarkan kat kau ni,
ajak Sahak. Kesempatan itu digunakan oleh Sahak untuk menilai batang tubuh Sudin yang tidak berbaju dan hanya berseluar katok berkaki lebar. Baru dua hari mereka tidak bertemu tetapi fi zikal Sudin memang banyak berubah. Kulit mukanya pucat dan kering. Manakala tubuhnya pula bagaikan kehilangan darah yang cukup banyak. Tubuhnya sedikit pucat dan berwarna kebiru-biruan. Terdapat beberapa kesan seperti disedut dengan kuat, terutama pada bahagian leher dan dadanya.
Aku malaslah nak turun. Panas.
Sudin memberi alasan. Sahak mulai tidak sabar dengan kerenah Sudin. Kalau diturut-turutkan hatinya, mahu sahaja dia menarik tangan Sudin dan menghelakannya di atas halaman itu. Kalau Sudin tidak mampu berdiri di atas kakinya, dia akan menyeret Sudin seperti dia menyeret guni berisi tahi-tahi ayam untuk dinaikkan ke lori Ah Seong. Namun Sahak juga tahu natijah yang akan menimpanya jikalau dia berbuat begitu. Pastinya Sudin akan menyekeh kalau tidak pun menumbuk dahinya. Dia tidaklah sekuat mana untuk menahan tumbukan dan sekehan Sudin. Dan biasanya dia sentiasa kalah dengan Sudin kalau mereka bergaduh. Melihat Sudin sekadar duduk di kepala tangga, Sahak tidak ada pilihan lain. Sama ada dia naik ke rumah Sudin dan terpaksa menghidu bau busuk itu ataupun terus sahaja memberitahu Sudin tentang tujuan kedatangannya.
Ada apa kau datang ni, Sahak
Sudin mendahului Sahak dalam bertanya. ma g
Dah dua hari aku tak nampak kau. Itu fasallah aku datang,
beritahu Sahak.
Aku sibuk sikitlah. Pak Syuaib dan Mak Limah bising sebab aku tak datang kerja ke
tanya Sudin lagi.
Aku datang ni fasal Mak Limah dan Pak Syuaiblah.
Kenapa Dia orang nak buang aku kerja ke sebab aku ponteng sehari
Sudin bertanya garang. Sahak menggeleng pantas.
Habis tu
Pak Syuaib dan Mak Limah sakit.
Hah!
Sudin terkejut. Benar-benar terkejut.
Malam tadi....
Sahak tidak tahu bagaimana dia hendak memulakan cerita kepada Sudin.
Kenapa dengan malam tadi
Sudin kelihatan cuak.
Pak Syuaib dan Mak Limah kemalangan.
Sahak sengaja mengaitkan Pak Syuaib dalam ceritanya itu biarpun Pak Syuaib tidak jatuh sakit seperti yang dikatakannya kepada Sudin. Itu sahaja yang mampu dikatakan oleh Sahak. Entah mengapa, sukar benar untuk dia memberitahu Sudin tentang kejadian sebenar. Kalaupun dia beritahu, agak mustahil untuk Sudin mempercayainya. Bukankah sudah berkali-kali Sudin mentertawakan tentang pengalamannya yang melihat pontianak di pohon jejawi tua itu. Malah Sudin sentiasa mengejeknya kerana takutkan layang-layang yang tersangkut di ranting pokok jejawi tersebut sehingga pengsan beberapa kali.
Habis tu, kat mana Pak Syuaib dan Mak Limah
Ada di rumah.
Tak dibawa ke hospital
Hmmm... berat sikitlah.
Berat Kenapa
Tu yang aku nak ajak kau pergi tengok Mak Limah dan Pak Syuaib.
Sudin kelihatan berfikir-fi kir sejenak. Sahak tidak pasti sama ada reaksi yang ditunjukkan oleh Sudin itu adalah reaksi spontan atau dia sebenarnya sedang cuba mencari helah untuk tidak meninggalkan rumahnya itu.
Aku tak laratlah, Sahak. Badan aku sakit-sakit.
Sudin memberi alasan. Sahak menarik nafas panjang. Ternyata, andaiannya adalah benar.
Aku dah agak,
Sahak bersuara, kecewa. Sudin tersengih.
Aku tak bergurau. Aku memang tak larat sangat-sangat. Kalau Pak Syuaib dan Mak Limah nak buang aku kerja pun, terpulanglah.
Kau memang sakit, Sudin. Muka dan badan kau tu....
Jangan mengarutlah!
Sudin memotong kata-kata Sahak dengan pantas.
Aku tak sesakit macam yang kau cakapkan tu. Aku cuma tak larat!
Sudin tidak berpura-pura marah. Biarpun kulit muka dan badannya pucat serta kering, tetapi kerut pada dahi dan matanya yang sedikit terbeliak sudah cukup untuk memberitahu Sahak bahawa kawannya itu sememangnya sedang kemarahan apabila dituduh sakit. Saat itulah, Sahak berasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan Sudin. Sudin yang kelihatan sangat ceria dan sentiasa yakin dengan apa yang dilakukannya, kini sudah berubah seratus peratus. Ada sesuatu yang mengganggu Sudin. Ada sesuatu yang menyebabkan Sudin berang apabila dituduh sakit.
Kalau kau tak sakit, kenapa kau jadi macam ni
Macam apa
Sudin menjegilkan matanya seluas mungkin seolah-olah hendak menelan Sahak hiduphidup. Kalau diturut-turutkan hatinya, dia mahu terus berdebat dengan Sudin. Sahak ingin membuktikan kepada Sudin bahawa kawan baiknya itu sememangnya sedang sakit. Sahak ingin Sudin sedar, dia memerlukan rawatan yang lebih serius. Sudin tidak boleh terus sombong dengan mengatakan dia sihat padahal susuk tubuh dan lenggok geraknya sudah cukup untuk membuktikan Sudin sedang sakit. Namun Sahak juga sedar, dia tidak mungkin dapat mengalahkan hujah dan keras hati Sudin. Semenjak kecil mereka berkawan, perangai sebenar Sudin sudah masak dalam kepalanya. Kalau Sudin kata langit itu berwarna hitam, dia juga mahu semua orang percaya bahawa langit itu adalah hitam. Kalau Sudin kata kambing itu adalah sejenis haiwan yang memakan otak dan jantung budak kecil, Sudin mahu semua orang di dunia ini percaya dengan ceritanya. Malah kalau Sudin kata, Ngah Soyah itu jelmaan hantu jejawi tua, semua orang kampung harus telan cerita itu bulat-bulat. Itu yang Sahak faham sangat dengan sikap Sudin.
Kalau kau tak sakit, tak apalah.
Sahak berusaha menjenguk dan menjeling. Dia sebenarnya ingin mencari punca bau busuk di dalam rumah Sudin. Sahak pasti, benda yang menghasilkan bau busuk itu berada tidak jauh dari pintu utama rumah tersebut.
Yang kau datang ke sini tu, buat apa
Sudin bertanya dengan garang.
Kau nak ajak aku pergi tengok Mak Limah dan Pak Syuaib atau kau nak ajak aku ke ladang ayam dan kambing
Kedua-duanya.
Sudin tunduk sebentar tetapi apabila kepalanya terpanggung, dia segera menggeleng.
Aku malaslah. Kau sajalah yang pergi. Aku ada urusan lain.
Sahak menghela nafas panjang. Jawapan itu sudah diduga.
Bapa kau tak balik lagi
Sahak tiba-tiba mendapat akal untuk memanjangkan ceritanya dengan Sudin.
Bapa aku
Sudin memandang sekeliling kemudian mengangkat bahu.
Entahlah. Dah berapa hari dah. Tak nampak-nampak pun muka dan kelibatnya. Boleh jadi seronok sangatlah tu bermain judi dengan kawankawannya di pondok tepi kebun getah Cik Kiah tu.
Takkan langsung dia tak balik
Sahak kerutkan dahinya.
Kalau dia tak balik pun tak apa, Sahak. Dia balik pun, bukan menambahkan apa yang kurang, tapi mengurangkan apa yang ada.
Tak baik kau cakap macam tu, Sudin. Itu derhaka namanya. Buruk-buruk dia pun, dia tetap bapa kau.
Aku tahu.
Sudin menghela nafas panjang. Mengah bunyi nafasnya.
Disebabkan dia bapa akulah, aku masih boleh terima dia. Kalau dia bukan bapa aku atau memang tak ada langsung pertalian darah dengan aku, dah lama aku halau dia keluar dari kampung ni. Dia dengan Angah Soyah tu, baik lagi Angah Soyah. Setidak-tidaknya, budak gila tu tak menyusahkan orang.
Aku rasa tak sedap hatilah, Sudin.
Tak sedap hati
Sudin kelihatan sedikit kaget. Mungkin tidak menduga kata-kata itu akan meluncur keluar dari mulut Sahak.
Apa yang kau tak sedap hati
Aku dapat rasakan, ada sesuatu yang aneh sedang berlaku di kampung kita. Aku dapat rasakan, ada bencana kutukan yang sedang melingkari kampung ni.
Sudin terus ketawa. Terbahak-bahak gelaknya. Sahak mula didatangi perasaan meluat. Dia meluat melihat Sudin yang ketawa sampai ternganga-nganga, sehinggakan segala rongak dan lompong giginya boleh dilihat dengan jelas. Malah hawa maung mulut busuk Sudin hinggap ke lubang hidung Sahak.
Kau tak cari dia
Sahak cuba menghentikan gelak tawa Sudin.
Buat apa aku cari Tahulah dia nak balik sendiri. Selama ini pun aku tak payah cari atau susah-susah hati fikirkan fasal dia. Dia balik sendiri. Kalau lapar, dia akan selongkar cari nasi dan makanan di dapur. Kalau aku tak sempat masak, dia akan makan di kedai dengan kawan-kawannya itu. Atau paling tidak pun ke rumah Pak Long Lateh untuk mengisi perut. Kalau dia tak ada duit, dia akan minta dari aku. Kalau dia tak ada, aku tak payah lagi bagi duit kat dia.
Sahak sudah dapat membayangkan keadaan yang berlaku antara Sudin dan bapanya. Sebenarnya sudah beberapa kali Sahak melihat Pak Su Cik Leh meminta duit daripada Sudin dengan suara membentak. Sudin pula tidak mempunyai pilihan lain kecuali terpaksa menurut kehendak bapanya, meskipun Sudin kelihatan keberatan.
Tapi dia dah beberapa hari tak balik. Orang kampung semuanya dah sibukkan hal bapa kau dan Pak Long Lateh.
Tiada sebarang reaksi menarik daripada Sudin. Sudin benar-benar tidak mengambil berat akan bapanya. Berdasarkan reaksi yang ditunjukkan, Sahak dapat mengagak ada sesuatu yang cuba dilindungi oleh Sudin daripada pengetahuannya. Sahak berasakan Sudin cuba menghalaunya dari situ secara terhormat. Secara tiba-tiba Sahak terfikirkan tentang bau busuk dari dalam rumah Sudin. Bau busuk itu mengingatkan dia kepada sesuatu yang menjijikkan. Dia teringatkan tentang ketiadaan Pak Su Cik Leh. Mungkinkah bau busuk tersebut datangnya daripada tubuh Pak Su Cik Leh yang sedang mereput Barangkali Pak Su Cik Leh sudah pun meninggal dunia dan Sudin pula tidak tahu tentang kematian bapanya. Namun apabila mengingatkan Sudin dengan sikapnya, mana mungkin mayat Pak Su Cik Leh berada di dalam rumah. Lagipun, memang tidak ada tanda-tanda Pak Su Cik Leh sudah balik. Kehilangan Pak Su Cik Leh adalah serentak dengan ketiadaan Pak Long Lateh. Mana mungkin kedua-duanya boleh hilang serentak kalau membabitkan Sudin. Sudin tidak akan mampu menangani kedua-dua orang lelaki itu. Bapanya sendiri pun, Sudin memilih untuk akur dan patuh.
Aku nak berehat dulu, Sahak. Kau pergilah balik. Kalau ada apa-apa, nanti aku cari kau.
Akhirnya Sudin berterus-terang. Sahak menghela nafas panjang. Terlalu banyak kejadian yang berlaku di Kampung Sungai Teja dalam tempoh dua minggu sahaja. Peristiwa yang menimpa Mak Limah dan Pak Syuaib juga membuatkan Sahak berasa tidak senang hati. Apatah lagi setelah mengetahui ia mempunyai kaitan dengan jejawi tua yang diketahui cukup berpuaka.
Apa lagi kau tunggu
Sudin bersuara garang, sekali gus mengejutkan Sahak daripada lamunan pendeknya.
Pergilah balik. Kau ingat kat rumah aku ni, ada mak bapa kau.
Sahak membeliakkan matanya seluas mungkin. Kata-kata Sudin itu sememangnya sangat menyakitkan hati Sahak. Barangkali kalau yang menuturkan ayat itu ialah Angah Soyah, sudah pasti dia akan menghulurkan penumbuknya sehingga patah dua tiga batang gigi Angah Soyah. Penumbuknya itu juga akan membuatkan bibir Angah Soyah bengkak memayung atau paling tidak pun mematahkan batang hidungnya sampai terkeluar darah bersama-sama lendir hijau. Cuma disebabkan yang menuturkan ayat tadi ialah Sudin, Sahak tidak dapat berbuat apa-apa. Dia tidak mungkin mampu untuk mengalahkan Sudin dalam semua perkara pada sebarang masa. Dia bagaikan sudah ditakdirkan untuk sentiasa mengalah dengan Sudin. Dan hari itu juga sama seperti hari-hari yang lain di mana dia perlu mengalah dengan kehendak dan perintah Sudin.
Yalah, kalau macam tu aku baliklah.
Sudin mengangguk deras. Sempat pula dia berpaling ke arah pintu rumahnya yang masih ternganga.
Jangan melencong. Balik terus.
Kau pergilah tengok dan lawat Mak Limah dan Pak Syuaib tu,
Sahak masih sempat berpesan kepada Sudin sebelum dia memulakan langkah. Pesanannya dibalas dengan anggukan. Sahak tidak pasti sama ada Sudin akan mengikut atau tidak saranannya itu. Jikalau Sudin yang biasa dia kenal, pasti Sudin akan ke rumah Mak Limah dan Pak Syuaib. Namun, Sudin yang ada di hadapannya itu bukan lagi Sudin yang pernah dikenalinya sebelum ini. Sudin yang terwujud itu ialah Sudin yang baharu. Sudin yang berada di bawah pengaruh seseorang atau sesuatu.
Nanti kalau aku senang, aku pergilah tengok Mak Limah dan Pak Syuaib tu,
Sudin seperti dapat membaca isi hati Sahak. Sahak menghela nafas panjang sebelum memulakan langkah meninggalkan pekarangan rumah Pak Su Cik Leh. Hatinya tetap tidak tenang. Pada masa yang sama, dia bagaikan dapat merasakan, setiap gerakgerinya sedang diperhatikan oleh seseorang. Desir angin berhembus tetap tidak dapat menghilangkan keresahan yang sedang melanda Sahak. Suara merbah kunyit yang sedang berkicau juga tidak dapat melekakan dia daripada memikirkan keanehan yang melingkari persekitaran rumah Pak Su Cik Leh. Malah suara tekukur di ranting pokok sentul tidak jauh dari lorong yang menghala ke halaman rumah Pak Su Cik Leh, tidak mampu untuk menukarkan fikiran Sahak tentang tanggapannya terhadap Sudin. Sahak berpaling sejenak. Sudin masih ada di hujung halaman seolah-olah sedang mengawasinya agar beredar dari situ. Sahak meneruskan langkahnya semula. Sedangkan pada ketika yang sama, Sudin tetap ingin memastikan Sahak benar-benar meninggalkan rumahnya. Dia tidak mahu Sahak tahu tentang kehadiran dan kewujudan Rohani. Agak mujur kerana Sahak tidak betah berada di dalam rumahnya. Alasan yang diberikan oleh Sahak tentang bau busuk, bagaikan menjawab keinginannya. Terlebih mujur apabila Sahak sendiri yang menyarankan agar mereka berbual di luar rumah.
Aku yang dikatakan sakit Sakit otak ke Sahak ni Aku yang sebegini sihat, dikatakannya sakit.
Sudin menggaru-garu kepalanya. Dia tergelak kecil. Gelaknya tidak mengganggu rentak perjalanan Sahak. Sahak tidak berpaling sebaliknya melajukan langkah meninggalkan pekarangan rumahnya. Sudin masih berada di hujung halaman. Sakit di seluruh sendi-sendinya masih terasa tetapi keindahan pengalaman bersama Rohani mengatasi kesakitan yang menguasai badannya. Rohani pasti akan muncul lagi malam nanti. Keindahan dan keseronokan bersamasama Rohani pasti akan dinikmatinya sekali lagi. Rohani akan patuh kepadanya seperti seorang gundik patuh kepada kehendak rajanya.
Harap-harap ayah tak balik lagi malam ni,
Sudin bersuara penuh berharap. Kebimbangannya tentang kepulangan Pak Su Cik Leh tetap ada. Sudah beberapa malam ayahnya tidak pulang, sama ada untuk makan mahupun meminta wang daripadanya. Kalaupun ayahnya menang judi, kemenangan itu tidak akan bertahan lama. Lagipun yang bermain judi bersama-sama ayahnya hanyalah Pak Long Lateh, Mat Ajib dan Man Bewak. Balikbalik muka yang sama. Balik-balik duit yang sama. Terlebih malang, kecuali Mat Ajib, ketiga-tiga orang kawan ayahnya jenis lelaki tidak berduit dan hanya mengharapkan anak bini bekerja untuk mereka.
Malam ni aku nak masaklah. Kalau Rohani datang awal, bolehlah masak sama-sama. Kalau tidak, dapat makan sama-sama pun tak apalah. Nanti tengah malam, taklah kelaparan lagi.
Sudin tersenyum. Bayangan bersama-sama Rohani kembali berkitar dalam kotak fikirannya. Siapa sangka, gadis pujaan akhirnya datang merebahkan diri tanpa perlu dia bersusah payah. Malah dia tidak perlu pun mengintai Rohani di rumah Ma Pah meskipun dia sering bercita-cita untuk berbuat begitu. Hanya kerana kesibukan kerja di ladang ayam Pak Syuaib dan Mak Limah, serta keletihan setelah sehari suntuk bergelumang dengan tahi ayam dan bau ayam, membuatkan Sudin hanya mampu bercita-cita tetapi tidak dapat melaksanakannya. Pernah juga beberapa kali dia terserempak dengan Rohani yang baru pulang dari kilang tempatnya bekerja. Ingin benar dia menyapa dan menegur Rohani. Namun Rohani sedikit pun tidak memberikan reaksi positif kepadanya. Memikirkan tentang sikap dan riak wajah serta cara renungannya yang tajam serta menakutkan, Sudin membatalkan niatnya. Dia sekadar mampu memandang Rohani sambil menelan liurnya berkali-kali.
Apabila berita tentang pertunangan antara Rohani dan sepupunya yang bernama Affendi sampai ke pengetahuannya, Sudin begitu kecewa. Meskipun dia sedar, Rohani tidak mungkin akan memandangnya walau sebelah mata pun, setidak-tidaknya apabila Rohani tidak mempunyai sebarang hubungan dengan lelaki lain, peluangnya masih ada biarpun terlalu kecil. Namun, cerita tentang pertunangan Rohani dibatalkan oleh Rohani sendiri begitu menyeronokkan Sudin. Dia tidak menunggu masa lagi. Malam itu, sehabis kerja, dia terus ke tepi jalan tempat di mana Rohani selalu turun dan menunggu bas kilangnya. Sudin sudah pun membuat keputusan untuk memberanikan dirinya menyapa Rohani. Kalau Rohani hendak menampar mukanya kerana berkelakuan biadap pun, Sudin tidak kisah lagi. Entah apa malangnya, Rohani tidak muncul malam itu. Sehingga ke tengah malam Sudin menunggu di tepi jalan bertemankan nyamuk-nyamuk lapar dan miang, jangankan kelibat Rohani, bas kilang yang sering lalu lalang di jalan besar itu pun tidak berhenti. Kecewa, Sudin mengatur langkah pulang. Malam esoknya Sudin kembali semula ke tepi jalan itu. Sama seperti malam sebelumnya, kelibat Rohani tetap tidak kelihatan. Tidak berpuas hati membuatkan Sudin ke rumah Ma Pah. Meskipun dia tidak berani mendekati rumah tersebut, mengintai dari jauh sudah cukup untuk menenangkan perasaannya sendiri. Rumah Ma Pah gelap. Tiada suara televisyen. Tiada juga suara dari radio yang sering mengundangkan lagulagu lama dari siaran klasik. Dek kerana itu, Sudin menukar fikiran. Dia perlu memberanikan diri untuk merapati rumah Ma Pah. Bantuan daripada cahaya purnama, memudahkan Sudin memeriksa apa yang boleh membantunya mengesan kehadiran Rohani di rumah itu. Tanpa menemui sebarang petunjuk yang Rohani sudah pulang, Sudin mengambil keputusan untuk mengintai melalui celah rekahan dinding. Gelap di dalam rumah, tidak membantu Sudin langsung. Apatah lagi dia tidak tahu di bilik manakah Rohani berada. Sudin akhirnya memutuskan untuk balik. Kekecewaan memang bersarang di hatinya.
Kalaulah aku dapat jumpa Rohani, aku akan luahkan semua perasaan aku kepadanya. Setidaktidaknya sebelum dia berkahwin, dia dah tahu aku sukakan dia.
Itu kata-kata yang terlafaz dari mulut Sudin sewaktu dia melangkah pulang. Selama beberapa hari, kelibat Rohani tidak kelihatan. Ma Pah juga tidak kelihatan menunggu Rohani di muka pintu beranda seperti kebiasaan. Sudin sengaja lalu di hadapan rumah Ma Pah pada suatu hari Jumaat. Sengaja dia berbuat begitu dengan harapan, dia dapat melihat Rohani. Kalau Ma Pah melihatnya, dia sudah pun menyediakan jawapan yang dirasakan boleh diterima oleh Ma Pah. Lagipun, dia ke rumah itu pada waktu siang. Mana ada orang mengintai anak dara orang pada waktu siang. Dia ternampak Ma Pah sedang termenung di pintu dapur. Sudin berkira-kira hendak menegur Ma Pah tetapi apabila dilihatnya Ma Pah seperti tidak perasan akan kehadirannya di situ, Sudin membatalkan niatnya. Riak pada wajah Ma Pah sudah cukup untuk memberitahu Sudin, wanita yang pernah menjadi primadona kampung itu sedang berduka. Saat itu, hatinya segera berbisik bahawa sugul Ma Pah ada kaitan dengan Rohani.
Jangan-jangan Rohani dah lari rumah fasal dia tidak mahu bertunang dengan sepupunya itu,
bisik Sudin. Dia terjenguk-jenguk dengan harapan dapat melihat kelibat Rohani namun harapannya bagaikan menunggu hujan pada musim kemarau. Dua tiga kali dia berbuat begitu, namun Rohani tidak juga muncul. Akhirnya Sudin terpaksa memujuk hatinya bahawa Rohani sedang berbahagia dengan sepupu yang dijodohkan dengannya. Kemudian secara tiba-tiba, hatinya kembali berbunga apabila mendapat tahu, Rohani tidak jadi berkahwin dengan Afendi. Lebih menyeronokkan apabila Rohani muncul semula di kampung dan dia kembali dapat bersua muka dengan gadis jelita itu. Pun begitu, sapaannya tidak pernah dijawab oleh Rohani. Rohani tidak pernah memberikan reaksi yang baik kepadanya. Rohani langsung tidak memberikan harapan kepadanya. Dek kerana bosan, akhirnya Sudin memutuskan untuk tidak lagi memasukkan Rohani sebagai sebahagian daripada hidupnya. Sehinggalah pada dua malam sudah apabila Rohani muncul secara tiba-tiba. Ada banyak persoalan yang timbul apabila Rohani muncul dengan cara itu. Ada banyak perkara yang Sudin inginkan penjelasan daripada Rohani sendiri. Bagaimanapun, sebaikbaik sahaja dia melihat Rohani muncul bersamasama senyuman menghiasi bibirnya, Sudin hilang segala kata-kata. Sudin terlupa semua soalan yang hendak ditanyakan kepada Rohani. Sudin tidak ingat lagi segala misteri tentang Rohani yang sering kali membuatkan permulaan tidur malamnya mengambil masa yang panjang sebelum dia benar-benar terlelap. Dan Rohani benar-benar menggembirakan dan membahagiakan. Mujur jugalah Pak Syuaib dan Mak Limah tidak datang memaki hamun di rumahnya kerana dia tidak datang bekerja. Sahak yang datang pun, tidak berkata apa-apa selain daripada memaklumkan tentang Pak Syuaib dan Mak Limah yang jatuh sakit.
Jangan-jangan Sahak dah nampak Rohani datang ke rumah aku ni. Itulah sebabnya dia cari jalan nak menakut-nakutkan aku,
Sudin bersuara sendiri. Dia memanjangkan tengkuk. Cuba mencari kelibat Sahak. Manalah tahu kalau-kalau Sahak sebenarnya tidak meninggalkan rumahnya seperti mana yang difikirkan, sebaliknya bersembunyi di mana-mana untuk mengintai kedatangan Rohani. Apabila Rohani datang nanti, Sahak akan menekup mulut gadis jelita itu dan membawanya lari. Mungkin juga Sahak akan melarikan dia ke sempadan dan kemudian memaksa Rohani untuk berkahwin dengannya.
Tak nampak pula. Dah balik agaknya,
Sudin cuba melegakan hatinya sendiri. Pesanan Sahak kembali terngiang-ngiang di telinganya. Kalau dalam keadaan biasa, dia tidak akan menunggu lama untuk menziarahi Mak Limah dan Pak Syuaib. Kalau dalam keadaan biasa, dia sudah pasti tercongok di halaman rumah Pak Syuaib dan Mak Limah. Kalau tidak kerana arahan Pak Syuaib dan Mak Limah pun, Sudin akan tercokoh di tangga rumah pasangan suami isteri itu. Hanya di rumah itu sahaja, dia dapat makan sedap-sedap. Mak Limah dan Pak Syuaib tidak pernah berkira untuk menghidangkan semua makanan yang ada di rumah itu. Mak Limah dan Pak Syuaib bagaikan mengikatnya untuk terus bekerja dengan menyajikan makanan yang enak-enak, yang tidak mungkin dapat dijamah di rumah sendiri tanpa perlu membayar sesen pun. Namun, kali ini Rohani menjadi penghalang. Bagaimana kalau dia ke rumah Pak Syuaib dan Mak Limah, Rohani muncul. Pasti Rohani akan kecewa kerana dia tidak menunggu kedatangan gadis jelita itu seperti dua malam sudah. Lebih penting, dia akan kehilangan keseronokan yang dikecapi sepanjang Rohani muncul di rumah itu dan menemaninya sepanjang malam sehingga ke pagi. Apa lagi yang lebih menyeronokkan berbanding ditemani tidur oleh gadis jelita yang pernah menyesakkan fikirannya Apa lagi yang lebih menggembirakan selain daripada dihiburkan oleh gadis jelita yang tidak pernah diharap akan membenarkan dia menyentuh mana-mana bahagian tubuh dengan penuh rela. Apa lagi yang lebih membahagiakan selain daripada mendapat apa yang dihajati.
Kenapa pula Sahak kata rumah aku busuk
Sudin kembali teringatkan reaksi yang ditunjukkan oleh Sahak. Seingat-ingatnya Sahak bukanlah jenis yang takutkan kejijikan. Kerja mereka seharihari adalah bergelumang dengan najis ayam dan tahi kambing. Masakan bau kusam di rumahnya menjijikkan Sahak, padahal najis ayam peranggang di ladang ayam Pak Syuaib dan Mak Limah, berkali ganda busuknya. Apalah sangat bau kusam dan hapak di dalam rumahnya kalau dibandingkan dengan bau najis ayam di tempat mereka mencari rezeki
Sahak ni memang dah tahu kut
Sudin kembali mengesyaki kawan baiknya.
Jangan-jangan Angah Soyah yang bagitahu dia. Angah Soyah tu kan kaki merayap. Serata kampung dia pergi. Tentulah dia nampak Rohani datang ke rumah aku ni.
Mengingatkan nama Angah Soyah sudah cukup untuk menaikkan kemarahannya. Angah Soyah adalah satu kepantangan yang sangat besar. Angah Soyah adalah lambang kebencian yang sangat melampau.
Ha, dah berapa hari dah aku tak nampak Angah Soyah Ke mana pula dia pergi Selalunya ada saja kat ladang ayam Pak Syuaib tu.
Sudin menjengah-jengah, memanjangkan tengkuknya. Manalah tahu kalaukalau dia boleh melihat Angah Soyah. Manalah tahu kalau-kalau Angah Soyah sengaja mencari penyakit dengan mendekati rumahnya. Kalau Angah Soyah ada berhampiran rumahnya, dia tidak akan melepaskan kesempatan terbaik itu. Sudin sudah dapat membayangkan apa yang bakal dilakukan kepada Angah Soyah. Dia akan terajang tulang belakang Angah Soyah. Biar Angah Soyah tertungging di atas tanah. Kalau Angah Soyah tertiarap dengan mukanya rapat ke tanah, dia akan lompat dan mendarat di atas belakang Angah Soyah. Dia akan henyak badan Angah Soyah sampai lidah Angah Soyah terjelir-jelir macam anjing kehausan. Dia akan pijak-pijak belakang Angah Soyah sampai mata Angah Soyah buntang macam mata katak ditekan perut. Kemudian dia akan menarik kaki Angah Soyah dan merentapnya sekuat-kuat hati sampai sendi paha Angah Soyah tertanggal. Angah Soyah mesti akan meraung sekuat-kuat hati dan merayu-rayu agar dia dilepaskan. Sudah tentulah Sudin tidak akan melepaskan Angah Soyah sebagaimana yang dirayunya.
Bahkan, dia akan menjinjing kaki Angah Soyah seperti dia menjinjing bangkai ayam dan menggantungnya kepala ke bawah kaki ke atas. Bila Angah Soyah sudah berada dalam keadaan begitu, bolehlah dia terajang dan tumbuk Angah Soyah dengan bebas. Malangnya, semua itu hanya wujud dalam anganangan. Angah Soyah tidak pernah merapatinya apabila dia bersendirian. Angah Soyah hanya berani muncul apabila mereka bekerja di ladang ayam Pak Syuaib, tatkala majikan mereka ada sama. Kadang-kadang terfi kir juga Sudin untuk ke rumah Angah Soyah dan menyeret Angah Soyah turun. Namun, tindakan sebegitu hanya akan mengundang petaka buatnya. Kalau jadi apa-apa kepada Angah Soyah, tentu semua orang akan menuduhnya sekalipun, boleh dikatakan kebanyakan orang kampung memang gemar menganiayai Angah Soyah.
Ah, Sahak memang dengki dengan aku.
Sudin tersenyum-senyum. Dia menggeleng-geleng kecil. Sekali lagi dia menjengah ke arah jalan masuk ke rumahnya. Tatkala dia kembali memandang ke arah anak tangga, lehernya kembali berpaling. Ada sesuatu yang menarik perhatiannya. Kelibat seseorang yang sedang berjalan dan apabila dia beralih pandang, kelibat itu sudah ghaib entah ke mana.
Siapa pula
Sudin tidak berpuas hati. Niatnya untuk naik ke rumah dan bersedia untuk menerima kedatangan Rohani, dibatalkan. Kelibat yang muncul sekilas dan kemudiannya menghilang, lebih menarik perhatiannya. Syak wasangkanya bahawa kelibat itu sebenarnya adalah Angah Soyah cukup menebal dan menumpuk secara tiba-tiba. Puas Sudin mengecilkan matanya namun kelibat yang kelihatan sekilas tadi, langsung tidak nampak lagi. Sudin melangkah perlahan, menjauhi anak tangga dan berjalan ke arah pangkal lorong ke halaman rumahnya.
Siapa
Sudin mengeraskan suaranya. Pertanyaan Sudin sekadar meninggalkan talun yang sangat perlahan. Sudin meneruskan langkahnya. Perlahan-lahan. Bunyi seretan seliparnya di permukaan pasir halaman, agak jelas. Suasana menjadi agak hening. Bunyi yang menyinggah cuping telinganya cuma bunyi dedaunan yang berlaga antara satu sama lain. Sesekali kedengaran juga ranting patah yang jatuh ke halaman, mendakap bumi bersama-sama dedaunan kering yang bertompoktompok di atas rumput yang tidak pernah dipotong.
Keluarlah! Tak payahlah nak main sembunyisembunyi dengan aku!
Ugutan Sudin tidak memberikan sebarang bekas. Kelibat yang dilihatnya tadi, langsung tidak kelihatan. Malah kesan kehadirannya juga tidak ada. Sudin ternyata tidak melangkah jauh. Dia sekadar sampai ke penjuru halaman yang bersempadan dengan kebun durian setengah ekar yang dipenuhi rumputrumput panjang dan jerumun pokok selimut rimau serta senduduk yang galak berbunga ungu. Hanya matanya yang melingas mencari sasaran dan objek yang menimbulkan rasa ingin tahunya.
Siapa pula yang cuba nak menakut-nakutkan aku ni
Sudin meludah ke tanah. Dan tatkala dia mengangkat mukanya beberapa saat kemudian, hidungnya tercium bau yang sangat menyesakkan. Bau yang cukup meloyakan.
Bangkai apa pula ni Takkan babi masuk ke kebun dan mati terbungkang dalam kebun ni.
Sudin mencari-cari. Mulut dan hidungnya ditekup tetapi bau busuk itu tetap dapat masuk. Dia tidak melihat sebarang bangkai yang mengeluarkan bau busuk itu. Pun begitu, bau busuk yang menusuk lubang hidungnya, seolah-olah berada terlalu hampir dengannya. Pada saat itu, Sudin teringatkan semula kata-kata Sahak.
Jangan-jangan bau busuk inilah yang dihidu dek Sahak.
Sudin masih mencari-cari punca datangnya bau busuk itu. Namun keadaannya sama seperti tadi, dia tidak melihat sesuatu pun yang menjijikkan. Cuma bau busuk bangkai berulat itu semakin lama, semakin pekat. Busuk baunya meloyakan tekak Sudin. Untuk menghilangkan sedikit rasa jijiknya, Sudin berkahak dan meludah ke tanah.
Ah, baik aku pergi mandi. Nanti kemudianlah aku cari bangkai tu,
Sudin memberitahu dirinya sendiri. Sudin meninggalkan bucu halaman berpasir. Dia melangkah ke anak tangga. Namun tatkala dia berada di tengah-tengah halaman, dia masih sempat berpaling. Melihat kalau-kalau kelibat yang menimbulkan minatnya tadi, muncul semula. Namun yang dilihatnya hanyalah pokok-pokok durian tua yang sudah lama tidak berbuah lebat. Berada di beranda rumahnya, membuatkan Sudin kembali terfi kir-fi kir reaksi yang ditunjukkan oleh Sahak. Sememangnya gelagat yang ditunjukkan oleh Sahak benar-benar membingungkannya. Sahak tidak pernah berkelakuan seperti itu. Sekalipun Sudin tahu, Sahak tidaklah seberani mana, tetapi setidak-tidaknya Sahak tidak akan bercakap yang bukan-bukan.
Macam mana hidung Sahak boleh terbau benda busuk Aku tak cium apa-apa pun.
Sudin mengembang-ngempiskan lubang hidungnya. Dia cuba mencari bau yang dikatakan oleh Sahak. Kepalanya berpaling-paling ke kiri dan kanan. Namun bau busuk seperti yang dihidunya di bucu halaman tadi, tidak pula singgah ke hidungnya.
Ah, Sahak bergurau saja tu.
Sudin memujuk hatinya sendiri. Sudin menolak daun pintu utama. Dia melangkah masuk. Berderap lantai rumah yang tidak dialas dengan sebidang tikar mengkuang pun seolah-olah lantai rumah itu perlu digantikan dengan kepingan papan lantai yang baru. Setiap kali dia melangkah, setiap kali itulah juga derik lantai bagaikan bersilih ganti. Malah gelegar rumah juga sedikit bergegar. Senyuman terukir di bibirnya. Bagaimana agaknya gegar sepanjang dua malam Rohani menumpang di biliknya. Dia tidak pula terfikirkan tentang hal itu. Rohani telah membuatkan dia terlupa segala-galanya. Malah dia tidak mendengar sebarang derik lantai atau gelegar. Barangkali suara Rohani lebih kuat berbanding bunyi derik lantai dan gelegar.
Harap-harap Rohani tidak lupa janjinya malam ini,
Sudin bersuara. Berbisik sebenarnya. Dia terus melangkah ke bilik tidurnya. Tuala kusam yang tidak lagi berwarna putih, dicapai dan diselempangkan ke bahu. Sudin sempat berpaling ke arah jendela biliknya yang terkangkang. Dan pandangannya mendarat ke cermin muka kecil yang tergantung di dinding di sisi jendela. Sesuatu mengetuk hatinya. Sudin berjalan merapati cermin muka itu. Sudah lama benar dia tidak melihat mukanya sendiri.
Apalah yang Rohani suka sangat dengan aku
Sudin tersengih lebar. Mukanya terpampang dalam cermin muka kecil yang sudah berkarat pada bahagian tepinya. Sekalipun permukaan cermin tersebut tidak pernah digosok, namun pantulan imejnya begitu jelas. Setiap bahagian kulit mukanya dapat dilihat dengan jelas. Malah bekas jerawat batu yang sudah berlopak-lopak bagaikan jalan kampung pada musim hujan, cermin muka itu tidak menipu.
Eh, betullah....
Sudin melihat rahang kiri dan kanannya berulang-ulang kali. Tidak cukup dengan itu, disuaknya rambut pada bahagian hadapan dan kemudian mendongak, memerhatikan kulit lehernya yang dipenuhi dengan kesan-kesan lebam.
Pucatnya muka aku....
Sudin berbisik. Saat itu, barulah Sudin berasa seluruh badan dan sendi-sendinya terasa benar-benar lesu. Sendi kangkangnya sangat menyakitkan. Sendi tangannya juga seperti hilang pelincir.
Baik aku mandi dululah. Kejap lagi, Rohani nak datang. Kalau cepat, sempat jugalah masak. Nanti taklah lapar sangat.
Tuala yang terselempang di bahunya, diturunkan dan kemudian dibelitkan ke sekeliling pinggangnya. Seluar jeans lusuh yang dipakai, ditanggalkan dengan penuh susah payah. Berdecit Sudin menahan segala kesakitan dari pangkal pinggang sehingga ke perut betis kedua-dua belah kakinya. Dan tatkala seluarnya berjaya ditanggalkan, Sudin dapat melihat seluruh kakinya dipenuhi lebam-lebam besar. Setiap kali lebam-lebam itu ditekan, sakitnya bagaikan arus elektrik yang menjalar sehingga sampai ke pusat otak.
Apa kena aku ni Macam mana pula boleh jadi lebam-lebam ni
Sudin tidak jadi ke bilik air, sebaliknya melabuhkan punggungnya di birai katil. Lebam-lebam yang terdapat pada kedua-dua kakinya ditekan-tekan dan diurut-urut. Berdecit-decit dia menahan kesakitan. Setiap kali ditekan, setiap kali itulah juga, Sudin akan memejamkan matanya serenik mungkin. Dia cuba menahan kesakitan itu namun air mata membutir di penjuru matanya. Puas dia cuba mengingati semula sebarang gelagat Rohani yang memungkinkan kesakitan dan lebamlebam itu wujud pada kedua-dua belah kakinya. Namun, sepanjang yang diingatinya, Rohani tidak pernah mengalihkan kepalanya lebih rendah dari paras pinggang. Bibir Rohani tidak menyentuh kulit paha dan kakinya. Sentuhan Rohani pada kakinya hanyalah dengan menggunakan jari-jari tangannya. Itu pun sekadar urutan lembut dan mesra, bukannya cubitan atau tusukan yang menyakitkan. Ternyata, semakin puas cuba diingati, semakin benak pula otaknya. Dia tidak dapat mengingati sebarang punca berlakunya lebam-lebam itu. Semakin cuba diingati, yang berlegar-legar dalam fikirannya cuma layanan Rohani yang sangat hebat. Malah jauh lebih hebat daripada penangan perempuan yang dibayarnya sewaktu dia ke bandar bersama-sama Sahak, bergembira di karaoke murahan di pekan seberang sempadan. Pendek kata, segala yang dilakukan oleh Rohani membuatkan perasaannya kepada anak gadis jelita Mak Miah itu, semakin kukuh dan menebal.
Bau busuk....
Sudin berbisik. Hidungnya kembali kembang-kempis seperti tadi. Bau busuk itu serupa benar dengan bau busuk yang diciumnya ketika berada di penjuru halaman rumahnya. Malah bau busuk itu jauh lebih kuat, seolaholah terlalu dekat dengannya. Ia tidak lagi seperti bau bangkai kucing yang kembung perut tetapi baunya sangat mirip dengan bau nanah menakung di dalam daging reput kerana penyakit tokak. Edaran baunya tidak terhenti mengikut rawak udara, sebaliknya ia bagaikan tiada noktah. Baunya meruap-ruap. Pekat baunya bagaikan nanah peram yang meleleh dari lubang telinga.
Uweekkk....
Sudin cepat-cepat menekup mulutnya. Hampir sahaja terjeluak isi perutnya di atas lantai. Sudin segera bangun dan mengambil sehelai baju yang tersangkut pada paku di dinding. Mulut dan hidungnya ditekup dengan baju masam yang sudah beberapa hari digantung, tidak berbasuh. Setidaktidaknya bau busuk dari baju itu jauh lebih baik berbanding bau busuk yang dihidunya.
Jadah apa pula ni
Sudin pasang telinga. Manalah tahu kalau-kalau dia boleh dengar sebarang bunyi yang boleh mengesahkan punca bau busuk itu. Namun suara yang mendesah cuping dan gegendang telinganya hanyalah suara unggas-unggas di sekeliling rumah. Sesekali kedengaran juga suara taktibau sesat yang barangkali terjaga awal sebelum senja. Krupp... kraapp... kruppp... Bunyi itu mematikan langkah Sudin. Bunyi yang didengarnya adalah bunyi ranting patah. Atau lebih tepat lagi seperti bunyi seperti tulang sedang dikunyah. Bunyinya begitu jelas dan bunyi itu datangnya dari arah dapur. Sudin hilang sabar. Ada seseorang yang tergambar dalam fikirannya. Orang itu tidak lain dan tidak bukan ialah Angah Soyah. Sudin yakin benar, Angah Soyah telah mencelapak dan menyusup masuk ke dapurnya. Entah apa yang dikunyah dek Angah Soyah di dapurnya, Sudin perlu intai dan jenguk. Kalau perlu, kepala Angah Soyah harus dibantai dengan kayu beluti. Biar tersembur otak dan darahnya. Biar Angah Soyah bingung dan mereng seumur hidup. Namun ada sesuatu yang menjentik-jentik hatinya. Seingat-ingatnya, tidak ada lagi sejarah dalam kampung itu, Angah Soyah datang ke rumah sesiapa pun. Kali terakhir dahulu masa Angah Soyah masih kecil. Itu pun sekadar di rumah Tok Imam Tua. Angah Soyah tidak pernah merayap apatah lagi memanjat ke rumah orang. Malah pekarangan rumahnya pun, Angah Soyah tidak pernah jejak sekalipun setahunya Angah Soyah ada hak ke atas tanah dan tapak rumahnya.
Takkan Angah Soyah
Terlintas juga di fikirannya, benda yang sedang menyerakkan dapur rumahnya adalah seekor kucing lapar, atau paling tidak pun seekor tikus sesat yang menyangkakan, di dapur itu ada banyak makanan. Namun seingat-ingat Sudin juga, dia tidak pernah melihat kucing yang datang ke rumahnya. Tidak juga seekor tikus pun, biarpun hanya seekor cencurut buta.
Siapa pula
Perasaan ingin tahu begitu menguasai. Sudin tidak akan berpuas hati selagi tidak tahu orang yang cuba mencari makanan di dapurnya. Selagi dia tidak dapat melihat benda itu, selagi itulah dia tidak akan berpuas hati. Namun untuk tujuan itu, Sudin juga memerlukan senjata bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Sakit di celah kelengkangnya bukannya satu halangan kalau dia perlu memukul kepala seorang lelaki, lebih-lebih kepala itu adalah milik Angah Soyah! Di belakang pintu biliknya, Sudin menyambar sebatang kayu beluti sebesar lengan. Kayu beluti itu sengaja disimpan di belakang pintunya. Manalah tahu kalau-kalau ada penyamun yang cuba menakutnakutkannya, mudah sahaja kepala penyamun itu pecah sampai keluar otak kalau dipelangkung dengan kayu beluti tersebut. Dan sekarang, peluangnya untuk berbuat begitu sudah terbuka luas. Dengan langkah perlahan-lahan dan penuh waspada, bercampur juga dengan sakit pada sendi kelengkang, Sudin melangkah keluar dari biliknya. Nafasnya sengaja ditahan. Selain bau busuk, Sudin tidak mahu orang yang menceroboh dapur rumahnya itu tahu, dia sedang keluar dan bersedia untuk melakukan tindakan mempertahankan haknya. Kayu beluti digenggam erat-erat.
Siapa....
Sudin tidak dapat menghabiskan ayatnya. Hanya mulutnya sahaja yang ternganga. Hanya matanya sahaja yang terbeliak terbuntang mengalahkan mata bangkai lembu yang keras kejung di tepi bendang dikerkah rimau panjang sembilan. Nafasnya juga hilang bagaikan paru-parunya bocor ditebuk paku. Darahnya pula sejat sampai ke tapak kaki. Keberanian yang membungai dan berapi-api tadinya, terus sejuk dan hilang bagaikan api yang disimbah air berais.
Ayah laparlah, Sudin!
Di hadapannya, lebih tepat lagi, di hadapan dapur, tercangkung sesusuk tubuh yang sudah rosak dan reput berdener. Wajahnya pucat lesi. Sebahagian daripada daging pipinya sudah luruh. Biji matanya tidak bercahaya. Mata hitamnya sudah kelabu. Baju dan seluar yang dipakainya koyak-rabak dan kelihatan terlalu lusuh.
Ayah laparlah, Sudin... ada nasi lagi, tak Nasi ni dah sejuk!
Sudin hanya mampu membuka mulut sebelum dia terjelepuk di atas lantai bagaikan kain buruk basah yang jatuh dari ampaian!3