Khadijah masih di meja. Tumpuan diberikan sepenuh kepada tulisannya. Sebentar lagi tumpuan itu pula akan di berikan kepada anakanak buahnya. Mereka akan datang ke biliknya seperti biasa untuk berbincang.
Semenjak dia di sini, begitulah peraturan yang harus diikuti. Sebelum dia menjadi ketua para artis wanita yang berkumpul di bangunan tersebut, dia turut terkongkong unt uk menghadirkan diri dalam setiap perhimpunan yang diadakan. Pada masa perhimpunan itulah mereka akan ber bincang tentang karyakarya yang bakal dihasilkan. namun sekarang, dia harus ke dewan makan terlebih dahulu.
Setiap wajah yang ada di sekeliling meja makan itu, direnung. Dia merenung pada kesungguhan yang mereka tunjukkan selama ini. Pada kesabaran mereka dalam mengharungi suasana yang berlainan dari dunia luar.
Kemudian apabila mereka selesai makan, mereka ber jalan menuju ke biliknya. Desiran angin malam ter dengar, mengelus dedauan di luar biliknya. Keadaan itu sudah biasa bagi mereka. Malah kedinginan atau kabus yang sering kali menutup ruang pemandangan mereka juga, tidak dihiraukan.
Sebagai ketua dan orang yang paling lama selain Fatimah di bangunan itu, dia harus memberi panduan dan cara terbaik kepada setiap anak buahnya.
namun tumpuan mereka terhenti. Khadijah turut mem berhentikan ceramahnya. Seluruh perhatian diberi kan kepada Mira yang menjerit. Tangan Mira tergapaigapai di udara. Tubuhnya mengeletik seolaholah dia terlalu sakit.
Mira jatuh ke lantai sebelum sempat disambut oleh orang lain. Malah Khadijah juga terlalu lambat untuk menyela matkan anaknya itu. Dia menggeliat kuat. buih putih dan kuning keluar dari mulutnya. buih itu ber campur darah. Kakinya pantas menendang orang yang ada di sebelahnya.
cepat! Khadijah sudah berdiri. ambil sesuatu dan sengkang mulutnya. Jangan biarkan dia gigit lidah!
Salah seorang daripada mereka mengambil sebatang sudu dan menyengkang mulut Mira yang terbuka. bunyi gigi yang berlaga dengan besi sudu, mengilukan.
Khadijah memejamkan matanya. Memusatkan seluruh fikirannya. Dia terkumatkamit membaca sesuatu.
Seketika kemudian matanya kembali terbuka. Wajah Mira direnung sebentar. Kemudian merapatkan bibirnya dengan telinga Mira. Dia memperkatakan sesuatu.
Keadaan Mira semakin gawat. Khadijah sudah tidak tahu apa yang harus dilakukannya lagi. Dia mula cemas. Malah wanitawanita yang mengelilingi Mira juga cemas. Fatimah ke lihatan gelisah. Mungkin dia resah dan bimb ang jikalau dia juga mengalami keadaan yang serupa. Seperti yang berlaku semalam.
Darah dan buih semakin banyak keluar. Darah dan buih itu menyembur dan meleleh ke dagu, leher dan lantai. Khadijah bangun dan terus ke biliknya.
Dia mengambil satu tindakan yang paling nekad. Se ko tak mancis dikeluarkan dan dia mula membakar bebe rapa helai kertas di atas meja tulisnya. apabila kertaskertas itu terbakar, Khadijah mengipas. api menjadi le bih marak. asap tebal keluar dari bilik dan terus ke ruang di mana semua wanita yang menjadi penghuni bangunan itu berada.
Khadijah! Ya allah! Kau gila! Fatimah menerpa ma suk ke biliknya, memerhatikan segala tingkah laku Khadijah.
Khadijah melemparkan beberapa helai kertas lagi ke dalam api itu. api semakin besar.
Salimah! Hentikan! Tibatiba sahaja Fatimah men jeritkan nama itu.
Khadijah terkejut sekali gus menghentikan tindakan nya. Dia merenung Fatimah dengan pandangan tajam. Mulutnya kumatkamit sedangkan Fatimah hanya memb alas panda ngan tersebut dengan wajah serius.
beberapa orang wanita yang tadinya berkerumun melihat Mira, masuk lantas memegang lengan dan tangan Khadijah. Me reka mengheretnya jauh dari api yang se dang marak. Mana kala beberapa orang wanita yang lain cuba memadam kan api yang sedang menyambar langsir yang terbang ditiup angin.
api telah terpadam. Khadijah menyandarkan badan nya ke dinding biliknya sambil mengurut dada. Fatimah ha nya memegang bahu Khadijah dan cuba menya bar kannya. Mira sudah dibawa masuk ke biliknya.
beberapa orang wanita yang lain menumpukan perha tian kepada Khadijah. Mereka berbisikbisik sesama sen diri. Dan antara yang mereka sebut adalah nama Salimah.
Khadijah mendengus kencang.
Sementara itu, Zulkifli sudah bersedia untuk memulakan satu per jala nan yang jauh. Dia tidak memberitahu sesiapa pun ten tang pemergiannya itu. biarlah ahli lembaga pengarah yang lain mencarinya. biarlah urusan Setia Jaya dan Percetakan Zalhir mencarinya untuk tandatangan cek, dia tidak peduli lagi.
Dia ada satu tugas yang khusus. Tugas terpenting. Mengha pus kan Suhaili dan Salimah... walaupun dia tidak per nah kenal atau tahu siapa Salimah sebelum ini.
Pakaian dan peralatan yang lain sudah disediakan.
Dia memang benarbenar telah bersedia. Walaupun perja lanan nanti akan memakan masa lebih kurang empat jam, dia tidak kisah. biarlah dia sampai ke bumi Kenyalang apabila fajar telah menyingsing, dia tidak peduli. Tiada orang yang me nge nalinya jikalau dia sudah mengenakan pakaian kasual dan bersikap seperti orang biasa.
Untuk berlagak seperti itu, dia tidak mengalami seba rang kesukaran. Dia bukan berasal daripada golongan elit. Dia telah pernah melalui zaman di mana dia boleh ber jalan tanpa berbaju. Dia tidak perlu menghiraukan tentang nyamuknyamuk lapar yang bakal mengerumuni serta cuba mencuri setitik dua darahnya.
Keadaan ekstrim alam semula jadi bukanlah masalah besar. cuma masa sahaja yang membuatkan dia melupak an hidup sukar zaman silamnya.
Tuan Zulkifli! apa lagi yang kita hendak bawa tanya juruterbangnya.
Zulkifli memandang sekeliling. Tapak pendaratan heli kopter yang terletak di puncak bangunan Setia Jaya, tidak mempunyai pengunjung melainkan dia dan jurut erbang itu sahaja.
Rasanya semua dah cukup. awak ada bawa kompas dan peta Gunung Kemuning tanya Zulkifli sambil me lem par kan pandangan ke arah kawasan bandaraya yang berge mer lapan.
ada tapi dari maklumat yang saya dapat, Gunung Kemuning tak terdapat dalam manamana peta.
Zulkifli terus menoleh ke arah juruterbang itu. Dia ingin memperkatakan sesuatu tetapi kemudian memba talkannya.
Marilah cepat. Saya takut kita akan terlambat. Saya tak mahu ada orang yang sedar ke mana kita pergi, kata Zulkifli sambil melangkah ke arah helikopter tersebut.
Udara persekitaran bangunan Setia Jaya yang se tinggi 88 tingkat itu, digemai kipas dan enjin helikopter. Heli kop ter yang sering digunakan oleh ahli lembaga pengarah, pengerusi eksekutif dan pengerusi untuk tugas rasmi, kini di gunakan oleh pengarah urusan untuk urusan peribadi.
Masa yang diambil tidak lama. Dalam masa beberapa mi nit sahaja, helikopter tersebut sudah meninggalkan uda ra Kuala Lumpur menuju ke timur Semenanjung.
Di dalam penerbangan tersebut, Zulkifli terfikir ten tang tindakannya. Dia tahu, jikalau ada orang yang mem buka rahsianya juruterbang dan Jalil sudah pasti dia akan ke tali gantung.
namun semuanya sudah dirangka. Dia sudah menyed iakan imbalan yang cukup besar bagi jenayah yang akan dilakukannya. Dia akan memastikan bahawa majoriti saham Setia Jaya dan anak syarikat jatuh ke tangannya.
Tuan... kenapa tuan diam saja ada sesuatu yang tak kena juruterbang yang menumpukan sepenuh per hatian terhadap tugasnya, menegur Zulkifli.
Zulkifli tersentak. Sertamerta dia memandang juruter bang yang berusia 32 tahun itu. Dia cuba tersenyum di dalam gelap tetapi senyumannya terlalu tawar.
Dia kembali merenung pemandangan yang ada di sekitar dan di bawah helikopter tersebut. Dari udara, dia melihat kerlipankerlipan kecil menandakan kawasan penempatan dan bandar. Kemudian dia melihat gerigisgerigis hitam menandakan kawasan hutan tropika yang mula dijelajahi jenterajentera berat dan mesinmesin pemotong.
Tak ada apaapa. cuma... ah! awak tak perlulah tahu. akhirnya Zulkifli mengambil keputusan untuk tidak memberitahu juruterbang tersebut.
Dan juruterbang itu akur dengan katakata
Zulkifli.
Zulkifli terus mengingati. Dia tidak tahu bagaimana lagi un tuk dia menyelesaikan masalah tersebut melainkan menghapuskan Suhaili dan Salimah.
Dia sudah lama menyimpan hasrat untuk menjadi seorang jutawan. Suhaili beruntung kerana lahir di tengah tengah keluarga berada, kemudian bersuamikan se o rang jutawan ternama. Suhaili mewarisi kekayaan suami dan arwah bapanya.
Sedangkan dia...
Dia terpaksa mengusahakan segalagalanya. Segala yang dia ada sekarang adalah hasil titik peluhnya sendiri. Dia menggunakan segala kelebihan yang ada dalam diri nya. Sama ada menipu atau mencantas, semua itu adalah usaha nya.
Dan sekarang...
ini adalah salah satu daripada usahanya juga.
Tuan! Panggilan itu mengejutkan Zulkifli daripada la mu nan. Pantas dia memandang juruterbang tersebut.
Kenapa dia bertanya dengan nada bersahaja.
Helikopter kita...
Kenapa dengan helikopter ni
Meter bahan pembakarnya dah...
Sudah apa
Sudah menunjukkan angka sifar.
ah! Perkara kecil saja. Kita kan... Ha! Sifar Makna nya minyak dah habis Zulkifli bertanya dengan nada terperanjat.
Juruterbang itu menoleh dan mengangguk.
Darah yang mengalir di pembuluh dalam tubuhnya ba gai kan berhenti. Jantungnya bagaikan berhenti ber degup. nafas nya bagaikan tersekat di tengah kerongkong.
apa kita nak buat sekarang