KUNANG PESISIR MORTEN - 17
Kejadian petang itu masih lagi samar di kepalaku. Tidak tahu apakah sebenarnya yang berlaku. Aku masih ingat bagaimana Dhiya penuh emosi berjalan pantas pulang. Masih ingatkah kau tentang kejadian lain petang itu Di dalam keributan pertemuan Dhiya dan Tam, kami juga telah menyaksikan robohnya dinding perisai manusia mempertahankan kediaman. Berserakan dinding, bumbung, tingkap dan pintu kayu perca. Semasa perjalanan pulang, kami melihat datuk, nenek dan anak-anak kecil sebaya kami menjadi rapuh hiba kerana kehilangan bumbung untuk tidur. Tetapi, bukankah itu sudah dijangka Kami tidak betah duduk di situ berlamalama. Aku masih bingung dan Dhiya pula sedang sibuk berperang dengan diri sendiri.

Sepulangnya dari Kampung Jawa, tanpa sepatah kata kami pulang ke rumah masing-masing. Langit juga mahu menangis dan ketibaan kami di Kampung Morten disambut hujan selebat-lebatnya. Aku memerhatikan

Dhiya kembali ke rumahnya di jendela yang masih hebat berlangsir hujan. Aku biarkan sahaja. Melihat sosok kecilnya memeluk tubuh. Ku harap malam dingin beku itu dapat meredakan kebingungan dan galau hati Dhiya. Daripada cahaya lampu biliknya, aku meneka Dhiya tidur awal mahu melupakan apa yang telah kami temui hari ini. ***

Pukul tujuh pagi di dalam kegelapan musim hujan, Dhiya menunggu di depan rumah dengan sabar. Seperti ku jangka, walaupun pandangan matanya masih sugul seperti semalam, Dhiya kelihatan segar bersedia untuk bercakap pagi itu. Ada perkara penting yang mahu dibincangkannya. Kau nak cakap pasal semalam

Dhiya mengangguk. Berjalan menuju ke tempat biasa kami bersidai. Kerana kesibukan perniagaan kecil, sudah lama kami tidak punya masa senggang begini. Dingin masih mendakap. Dhiya menjuntaikan kaki. Hampir saja dapat mencecahkan kaki ke gigi air yang belum surut kerana hari masih sangat pagi.

Dhiya baru mahu membuka mulut. Memutar kembali apa yang dilihatnya semalam. Aku menunggu saja dia menceritakan tentang bapa Tam. Tetapi apa yang benar-benar berlaku mengejutkan. Hingga kami mengimbas kejadian setahun lepas di mana berlaku peristiwa seorang anak yatim melarikan diri dari rumah perlindungan untuk anak-anak sepertinya. Bukan kerana dia didera atau di layan buruk. Tetapi tiada tempat perlindungan atau sekolah yang dapat menjinakkan anak sepertinya. Anak

ini adalah kes terpencil ketirisan sistem pendidikan; di mana kecerdasan hebat yang tidak terkawal dan tidak disalurkan ke jalan lurus cuma membawa kehancuran.

Dhiya menerangkan bahawa cerita Tam tentang bapanya, seorang pemandu lori yang cuma pulang tengah malam adalah pembohongan untuk menutup satu lompong besar di dalam hidupnya yang sentiasa keseorangan. Dia malah tidak bersekolah. Aku memandang Dhiya dengan hairan takjub. Sukar sekali aku menerima cerita ini. Gila sangatkah dunia sehingga budak sebelas tahun boleh menjadi pakar mencuri Bukankah semua kejadian pecah rumah dan rompakan hanya mampu dilakukan orang dewasa bertubuh gantang

Dhiya langsung tidak tergugat dengan persoalan yang dibangkitkan. Betapa aku salah. Sebuah rompakan yang hebat cuma boleh dilakukan dengan keganjilan. Seorang anak kecil berwajah lurus yang tidak menjemput curiga lebih mudah melakukannya.

Kami langsung tidak dapat menduga bahawa kehadiran Tam beberapa bulan lalu ke Kampung Morten bukan untuk bertemu dengan kami. Tetapi untuk mengintai Villa Sentosa. Malahan saiz kecil tubuh adalah keuntungan. Kerana setiap rumah tradisional Melayu punya satu kelebihan. Atau kau boleh panggil juga kekurangan. Rumah-rumah ini punya lantai kayu yang boleh dibuka untuk kemudahan memandikan mayat. Dan sekaligus menjadi pintu pencuri kecil keluar masuk tanpa jejak.

Aku tetap tidak berpuas hati. Terus berdebat. Bagaimana Tam dapat menebak harta yang berada di setiap tempat dan rumah Macam mana budak seperti Tam membuka peti besi Dhiya menepuk mukanya.

Rahsia orang-orang besar lebih mudah, ringkas daripada yang kita sangka! Besar kemungkinan nombor peti besinya cuma 123 atau 000, Adi!

Aku sudah kehabisan modal. Sungguh, ini cerita gila.

Aku kena berdepan dengan Tam, Adi! Aku kena minta juga barang kemas warisan Haji Ibrahim. Untuk Lim!

***

Pagi itu, kami ke Kampung Jawa lagi. Betapa kelabu suramnya di sini seolah mengerti perasaan kami. Penduduk setinggan yang dihalau tidak serta merta berpindah seperti diharapkan pihak berkuasa. Perkhemahan segera didirikan sementara membuat keputusan hendak ke mana. Hati menangis melihat mereka mengendong anak kecil duduk berhampiran bekas unggun api malam tadi. Kesejukan baki pagi monsun masih mencucuk. Kami juga melihat matamata anak setinggan. Memandang kami prejudis. Betapa waktu getir begini membuatkan mereka memasang buruk sangka dengan sesiapa saja.

Aku menemankan Dhiya ke rumah Tam. Sebelum sampai, Dhiya berkali-kali mengingatkan. Pertemuan ini antara dia dan Tam sahaja. Aku faham. Besar kemungkinan, kalau aku masuk campur pun aku tidak akan dapat menjangkau pemikiran butir cakap mereka. Kemudian aku lihat Dhiya dan Tam turun. Mereka berjalan ke jambatan Kampung Jawa. Aneh. Mereka nampak tenang sekali. Tetapi, siapa menyangka gelodak perasaan seteru antara dua bintang kejora

Aku cuma melihat bentuk tubuh mereka dari jauh. Lihatlah dua sosok ini. Anak-anak bercahaya gemilang di usia masih terlalu muda telah pun memilih dua jalan bertentangan. Jika gemilang Dhiya adalah lukisan Monet yang bertekstur palitan kasar jujur dalam komposisi ceria mendamaikan; Tam sebenarnya jauh hebat lagi. Tam adalah mahakarya Rembrandt. Gemilangnya Rembrandt pada subjeknya yang nostalgik dan perincian menakjubkan. Tetapi, perkara yang membuatkan karya Rembrandt diingati sehingga menjadi lukisan termahal di dunia kerana dalam gelap subjeknya, ia punya teknik kesan pencahayaan yang luar biasa. Sekaligus membuatkan setiap karyanya kelihatan hidup, dramatik dan misterius.

Sungai coklat Melaka dan jambatan Kampung Jawa itu menyaksikan pertemuan mereka pada hari itu. Aku tertipu dari jauh melihat tenangnya perbincangan mereka yang sebenarnya tegang seperti benang ditarik takal menunggu putus.

Dhiya menarik nafas panjang.

Kenapa Tam

Kau pun tahu susahnya cari tempat orang macam kita Sekolah terlalu bosan, cikgu terlalu lembap dan asrama adalah penjara.

Tu bukan alasan mencuri.

Tam mengerling Dhiya. Ketawa sinis.

Kau nak cakap pasal moral Aku kena tanggung hidup aku sendiri!

Dhiya menggeleng kepala. Kesal.

Dengan hilangkan warisan beratus tahun

Tam melihat Dhiya dengan senyum tidak percaya. Pandangan anak matang melihat si lurus.

Dhiya, simpan barang antik tu hobi orang kaya! Mereka tak pandang sebagai warisan atau sejarah. Cuma untuk status rasa bangga!

Dhiya memandang Tam dengan pandangan berbuku.

Bukan semua! Haji Ibrahim sayang barangnya. Itu waris daripada bapa dan bapa sebelumnya. Macam mana dengan keturunan kapitan yang hilang sembahan Dewi Ma Choe Po Kau sedar jika mereka tahu budak Melayu yang curi, boleh jadi rusuhan kaum di sini

Tam merenung dalam kolam mata Dhiya, menduga-duga.

Jadi, kau nak apa sekarang

Jangan main-main Tam. Aku boleh buat laporan polis! Tam senyum.

Kau cuma pergi rumah aku dan lihat koleksi buku pasaran antik. Dan kau tak akan tahu di mana aku simpan barang curi. Kau tak ada bukti, Dhiya.

Senyum. Giliran Dhiya menduga.

Baik. Aku tak ada bukti. Tapi aku boleh hantar kau balik rumah anak yatim yang kau benci!

Dingin renungan Tam menunjukkan kemarahan.

Apa kau nak aku buat, Dhiya

Aku tahu kau tak jual lagi barang kemas

Haji Ibrahim. Pulangkan Tam! Aku kena bersihkan nama Lim!

Tam merenung Dhiya. Dalam.

Kau buat untuk Lim Pernah kau fikir Dhiya Untuk siapa aku buat semua ni Kau tahu aku tak perlu duit sebanyak ini untuk tanggung hidup aku seorang!

Dhiya berkerut. Apakah maksud Tam Kemudian Dhiya menyedari sesuatu telah berlaku di belakangnya. Aku dari jauh merasa merinding gementar. Apakah yang terjadi Kami melihat seorang demi seorang anak setinggan yang dihalau daripada penempatan semalam naik ke tangga jambatan Kampung Jawa. Memerhatikan Dhiya tajam. Wajah anakanak yang kusam, berbaju robek malah berkaki ayam. Dhiya jadi tidak keruan. Mustahil Tam memberitahu apa yang dilakukannya untuk anak-anak setinggan.

Ini adalah satu-satu perkara yang tidak dapat dilihat atau dijangka Dhiya. Tam adalah figura Robin Hood tanpa mereka ketahui sumber kewangannya. Mereka mengenal Tam sebagai anak yang sedikit senang dan secara misterius membantu mereka ketika kesesakan. Kini, jika ada sesiapa mahu menyentuh Tam, mereka akan membalasnya setimpal.

Barang tu bukan milik aku seorang, Dhiya!

Dhiya berkaca-kaca mengetahui dia akan kalah. Dengan tulus gementar dia menuturkannya;

Niat baik tak akan jadi halal dengan cara salah, Tam! Aku tak minta yang lain. Cuma barang kemas Haji Ibrahim!

Tam diam lama. Akhirnya memandang Dhiya dengan satu keputusan berat.

Budak-budak ni akan pindah esok lusa. Aku mahu beri mereka hiburan terakhir. Kalau kau menang, kau dapat balik barang Haji Ibrahim!

Dhiya terjeda.