Boleh saya tahu siapa yang bercakap ni Kharlissa bertanya dengan sopan.
Saya Datin Norsiah, isteri Dato Emmer.
Oh! Mak Datin tu rupanya. Kharlissa agak terkejut apabila Datin Norsiah mengajaknya bertemu wajah.
Awak datang rumah saya lepas waktu kerja. Petang ni Dato tak balik rumah. Dia balik rumah isteri muda, beritahu Datin Norsiah, Saya harap awak akan datang pada pukul enam petang ni. Saya tunggu.
Kharlissa tertanya-tanya kenapa Datin Norsiah ingin bertemu dengannya. Topik apa yang akan mereka bualkan Apakah Datin Norsiah menyangka dia ada hubungan sulit dengan Dato Emmer. Huh! Jauh panggang dari api.
Aku tak berminat dengan lelaki tua walaupun jenis berduit, Kharlissa menggertapkan bibir. Namun hatinya tetap rasa tidak senang. Dia merasakan ada sesuatu yang membimbangkan wanita itu.
Kharlissa terlewat sedikit dari waktu yang dijanjikan. Dia tiba pada jam enam lima belas minit petang. Datin Norsiah duduk di halaman belakang, di bawah pergola yang redup. Dia bersendirian. Sisa minuman petang masih belum dibawa masuk oleh pembantu rumah, terbiar di atas meja bulat. Dia tersenyum kecil melihat kedatangan Kharlissa.
Dipandangnya wanita muda itu dari atas hingga ke bawah. Sepasang skirt pendek menapakkan pangkat lutut dan blazer warna pink memang amat sepadan dengan kaki Kharlissa yang panjang. Dia nampak sangat anggun. Kharlissa duduk dengan tertib di atas kerusi kayu di hadapan Datin Norsiah. Wanita tua itu tetap duduk di atas kerusi rodanya, sehelai selimut menutup paha dan kaki.
Udara petang nyaman dan berangin. Halaman belakang, dengan rumput menghijau mengepung banglo itu terasa sangat mendamaikan. Ditambah pula dengan hiasan pohon-pohon bunga yang berjaga rapi, pemandangan di situ amat memukau. Sesekali terdengar kicau burung murai di atas dahan pohon mengkudu tidak jauh dari situ.
Terima kasih sebab datang, seru Datin Norsiah.
Sama-sama Datin, jawab Kharlissa dengan lembut, Apa yang ingin Datin katakan pada saya
Kharlissa bagai tidak sabar ingin mengetahu tujuan dia dipanggil ke situ. Dia tidak boleh berada lama di rumah itu. Dia telah berjanji dengan Khairul Rasheed untuk keluar makan malam pada jam lapan nanti. Esok lusa mereka sudah tidak punya waktu untuk bertemu. Lelaki itu akan mulai sibuk dengan kerja.
Tak ada apa-apa. Saya hanya nak berkenalan saja dengan awak. Dato asyik memuji awak. Katanya awak baik, pandai dan cantik. Saya akui awak memang cantik masa pertama kali tengok awak dulu. Kebaikan awak saya belum nampak. Kebijaksanaan awak juga masih tersembunyi.
Kharlissa hanya diam. Dia membiarkan wanita itu bercakap seperti membebel pada anaknya yang degil dan nakal.
Awak tahu kan Dato ada isteri lagi satu. Dia memang tak cukup dengan satu isteri. Saya pula dah jadi macam ni, tak boleh bergerak tanpa pertolongan orang. Suami mana yang tak bosan Saya tak pernah minta jadi macam ni Kharlissa. Awak faham maksud saya
Saya faham, Kharlissa mengangguk.
Tak, awak takkan faham. Tengoklah diri awak,
terlalu sempurna. Awak bebas untuk bergerak ke manamana. Awak masih cantik, muda dan boleh goda manamana lelaki yang awak suka. Cuba awak tengok saya. Saya dah tua dan cacat pula. Kalau awak di tempat saya, macamana perasaan awak
Tentulah saya akan sedih. Tapi Datin harus terima kenyataan. Ini sudah jadi takdir hidup Datin.
Awak ingat saya tak terima kenyataan Masa mula-mula saya kehilangan keupayaan untuk berdiri dan berjalan dahulu, saya sangat sedih. Saya menangis berharihari. Saya pernah cuba bunuh diri. Saya rasa hidup saya tak berguna, menyusahkan semua orang terutama sekali suami saya. Saya takut hadapi masa depan. Saya takut Dato tinggalkan saya sebab saya dah jadi wanita yang tak berguna, katanya dengan air mata yang berlinangan.
Datin, tentu ada hikmah di sebaliknya, Kharlissa cuba memujuk.
Hikmah apa Ini hanya satu lagi penyeksaan buat saya, Kharlissa. Tak sampai tiga bulan lepas saya kemalangan, Dato kahwin lain. Walaupun hati saya sakit, saya terpaksa pendamkan saja. Saya tak dapat buat apaapa. Dalam keadaan saya macam ni, nak pergi bilik air pun perlukan pertolongan orang. Macam mana saya nak halang dia daripada kahwin dengan perempuan tu Cuba awak cakap!
Kharlissa diam sejenak sebelum menjawab, Memang tak ada cara untuk halang kalau dah dia berniat hendak beristeri dua, Datin. Tapi Datin boleh usaha lebih keras, berusaha untuk sembuh dan berjalan semula.
Tak semudah tu! Laju Datin Norsiah meningkah.
Memang semua itu bukan mudah. Tapi dengan terapi, keinginan diri yang tinggi Datin akan dapat lakukannya. Datin perlu ada motivasi yang tinggi untuk sembuh. Kesembuhan sesuatu penyakit bukan hanya terletak pada ubat tetapi juga keinginan. Kita yang gerakkan otak dan minda kita supaya kita boleh sembuh selain dari kuasa Tuhan, kata Kharlissa panjang lebar.
Mungkin awak betul Kharlissa! akui Datin Norsiah.
Kharlissa tersenyum.
Mungkin awak orang yang boleh dipercayai. Mungkin juga awak takkan jadi pengkhianat seperti Suzana tu. Saya sedih bila kenangkan dia. Dulu saya anggap dia seperti anak. Dia pernah kerja di rumah ni, jadi pembantu rumah tetapi kemudian dia sanggup rampas suami saya. Suami saya pun sama je gatal! Tak sedar diri dah tua tapi masih inginkan yang muda dan bergetah.
Datin, sabar. Datin juga belum begitu tua.
Kalau dibanding dengan dia, saya memang dah
tua.
Jangan bandingkan diri Datin dengan orang yang lebih muda. Bandingkan saja dengan orang yang lebih tua dari Datin. Tentu Datin akan rasa lebih beruntung. Adalah satu tindakan bijak bila orang nak singkirkan kita, tapi kita tonjolkan kelebihan diri kita. Cubalah Datin fikirkan kelebihan diri Datin yang tiada pada Suzana, jawab Kharlissa.
Datin Norsiah tersenyum kecil. Benar juga segala yang dikatakan oleh Kharlissa.
Entahlah, mungkin juga awak betul, balas Datin Norsiah sambil membuang pandang ke arah taman kecil di belakang banglo.
Kharlissa, sebenarnya saya ada dengar desas-desus yang awak ada hubungan sulit dengan suami saya. Sebab itulah saya mahu bersemuka dengan awak petang ni. Tapi daripada kata-kata awak sekarang, saya tak tahu sam ada awak jujur ataupun sebaliknya... kata Datin Norsiah setelah diam beberapa ketika.
Siapa yang sebar rumours tu Kenapa Datin terus saja percaya
Memang saya percaya sebab yang cakap tu adalah anak perempuan saya sendiri.
Kharlissa menggelengkan kepala. Rasa kepalanya hangat, hatinya dipenuhi rasa geram dan marah. Kau memang melampau Shamila! Melampau!
Saya tak minat dengan Dato. Saya dah ada boyfriend. Saya tak hairan dengan lelaki macam Dato tu, Kharlissa mencebikkan bibirnya.
Aku rapat dengannya pun sekadar untuk menyiasat, sebelum dia mati dihujung pistol aku, perempun bodoh! Kutuk Kharlissa dalam hatinya saja.
Saya bukan perempuan gila harta. Hubungan kami hanya antara bos dan pekerja. Itu saja. Kalau Datin tak percaya saya boleh berhenti kerja bila-bila masa saja, Kharlissa cuba mendapatkan kepercayaan wanita itu.
Eh, janganlah macam tu! Teruskanlah kerja awak. Nanti susah pula awak nak dapatkan kerja lain.
Kharlissa hanya diam. Datin Norsiah pun begitu. Dia termenung jauh.
Kalau dah tak ada apa-apa yang Datin nak cakap, saya minta diri dulu Datin, Kharlissa sudah bangun untuk melangkah pergi.
Datin Norsiah menahannya dengan berkata, Okey Kharlissa. Saya percayakan awak.
Terima kasih Datin. Kalau Datin perlukan apa-apa pertolongan, call saya. Saya akan datang ke sini. Tu sebagai satu tanda yang saya takkan mengkhianati Datin.
Kita akan berkawan soal Datin Norsiah.
Kalau Datin mahu, apa salahnya.
Datin Norsiah mengangguk, Saya memang sudah lama kehilangan kawan-kawan.
Kharlissa bergerak pergi meninggalkan rumah Dato Emmer selepas bersalaman dengan Datin Norsiah. Dia yakin wanita itu akan meletakkan kepercayaan pada dirinya. Semasa berjalan keluar menghala ke pintu pagar, Kharlissa berharap dia tidak akan bertembung dengan Shamila. Di bawah garaj terbuka sisi banglo, tidak terlihat kereta Shamila.
Barangkali gadis itu masih bersama dengan Datin Zora. Apabila mengingati sikap mengada-ngada Shamila, Kharlissa terasa ingin segera mengajak Khairul Rasheed berkahwin.
Pulang ke rumah pada lewat senja, ada surprise menunggu. Khairul Rasheed sudah menyiapkan makan malam di rumahnya. Sebiji kek yang cantik berbentuk hati terletak di tengah-tengah meja. Kharlissa terkejut bercampur terharu. Bagaimana Khairul Rasheed tahu tarikh hari lahirnya Dia tidak pernah memberitahu lelaki itu sesuatu yang bersifat terlalu peribadi.
Namun rasa gembira dan bahagia mengatasi rasa curiga. Mereka makan stik daging lembu yang dimasak sendiri oleh Khairul Rasheed dengan gembira. Acara suap-menyuap sambil disulam gurau senda membuat Kharlissa terlupa segalanya.
Siapa last makan dia yang cuci pinggan. Orang yang last makan juga kena bancuh kopi, kata Khairul Rasheed sambil menolak pinggannya ke tepi. Dia sudah selesai makan.
Oh tak aci! Tadi awak menyuap saya makan. Tu yang buat pinggan saya masih penuh. Lagipun birthday girl sepatutnya dilayan macam puteri!
Eh, saya dah layan awak macam puteri. Masak untuk awak... buat kek lagi. Bukan senang tau saya nak buat kek ni. Terpaksa berguru dengan mami saya. Shamila pun datang tolong tadi!
Apa Shamila datang tolong buat kek ni
Ya! jawab Khairul Rasheed sambil tersenyum.
Wajah Kharlissa mulai merah padam, menyimpan rasa marah yang tidak terhingga.
Okey, saya pergi cuci pinggan! Dia terus bangun untuk ke dapur, dengan hati yang masih mendongkol.
Kharlissa membersihkan pinggan mangkuk di dalam sinki. Khairul Rasheed turut ikut bangun, mendekati Kharlissa. Dengan lembut dia menggenggam rambut Kharlissa yang sudah mulai panjang menutup tengkuk dan pipi apabila dia menunduk. Lalu diikatnya dengan getah gelang rambut Kharlissa supaya kemas.
Sayang! Tak baik marah-marah di hari jadi awak,
usik Khairul Rasheed.
Tapi kenapa awak harus ajak Shamila
Kalau nak cemburu pun, biarlah berasas. Shamila dengan saya dah macam adik beradik. Kami dah kenal lama, sejak kecil.
Macam mana kalau mami awak nak jodohkan awak dengan dia
Khairul Rasheed ketawa besar.
Lissa! Kenapalah awak mengarut macam tu! Kahwin dengan Mila Hah! Tak pernah terlintas di fikiran pun. Tapi kalau kahwin dengan awak... saya selalu fikir. Hmm, seronoknya kalau dapat kahwin dengan awak.
Tiba-tiba Khairul Rasheed memeluk Kharlissa dengan erat hingga wanita muda itu terasa sukar untuk bernafas.
Lepaskan saya! Awak tak nak saya mati kan
Okey! Sorry... Lain kali jangan ragu-ragu dengan saya lagi. Saya benar-benar cintakan awak. Saya nak kahwin dengan awak. Kalau boleh malam ni juga. Tapi, pejabat kadi dah tutup sekarang, kata Khairul Rasheed sambil tersenyum mengusik.
Let say... kalau saya ni perempuan paling jahat dalam dunia awak tetap nak kahwin dengan saya Kharlissa sengaja mahu menduga.
Ya! jawab Khairul Rasheed dengan cepat.
Tapi saya tak fikir awak jahat. Awak perempuan baik dan cantik walaupun ada banyak muslihat!
Kharlissa hanya tersenyum.
Selepas minum kopi yang dibancuh Kharlissa, Khairul Rasheed masih enggan melepaskan Kharlissa pulang.
Kita menari, kata Khairul Rasheed sambil menarik Kharlissa bangun, Saya nak uji skill awak. Awak pernah kata awak penari ballet. Tentu awak pandai menari.
Khairul Rasheed memasang CD lagu. Sebuah lagu romantis dan lembut dendangan penyanyi muda tempatan. Suara Anuar Zain bergemersik, merdu dan membuai rasa. Kharlissa tidak pernah mendengar suara penyanyi itu. Namun sekali dengar sahaja dia sudah sukakannya. Mereka menari hingga habis satu lagu. Khairul Rasheed memeluknya erat, tidak ingin dilepaskan. Mereka meneruskan tarian dengan lagu kedua.
I love you, bisik Khairul Rasheed.
I love you too, Kay.
Janji yang awak takkan simpan rahsia apa-apa dari
saya, pinta lelaki itu.
Kharlissa bungkam. Rasa berat hati hendak memadu janji. Rahsia diri masih disimpan kemas dalam peti ingatan.
Okey, Kharlissa menjawab hanya dengan separuh hati.
Mana mungkin dia akan menceritakan segalanya pada lelaki itu biarpun mereka sudah jadi pasangan kekasih. Dia tidak sanggup. Biarlah rahsia terus menjadi satu rahsia.
Awak berkhayal, Lissa! kata Khairul Rasheed apabila Kharlissa merenung wajahnya tanpa berkata apaapa.
Saya nak balik, Kharlissa berhenti melangkah walaupun lagu belum tamat.
Kalau saya kata, awak tak boleh balik, macam mana
Saya tak suka orang mengatur hidup saya. Lagipun saya belum menjadi milik awak secara total. Kalau saya isteri awak, mungkin saya perlu patuh, kata Kharlissa, sambil menggertapkan bibirnya yang tipis dan basah.
Sudah cukup hidupku selama ini diatur Maxy! Biarkan aku bebas untuk memilih cara hidup yang aku inginkan.
Saya tak benarkan awak balik. Saya mahu awak bersama saya sepanjang malam. Esok saya dah nak berangkat ke Bangkok.
Saya tetap akan balik juga! Bukankah berdosa jika saya bersama dengan awak sebelum menikah, balas Kharlissa tegas.
Awak salah sangka. Saya bukannya nak buat apaapa. Hanya nak menari dan berbual saja dengan awak sepanjang malam.
Saya letihlah! Esok saya kerja. Kharlissa mencari alasan untuk pulang.
Lissa, awak tak pandai menari. Awak bukan seorang penari yang baik. Saya rasa awak dipecat kerana kurang cekap. Khairul Rasheed tersenyum mengejek.
Untuk pengetahuan awak, saya bukan dipecat. Saya berhenti sendiri kerana saya tak mahu lagi melakukannya! Lagipun saya datang ke sini dengan satu tujuan, jawab Kharlissa tanpa sedar dia telah membuka salah satu daripada rahsia hidupnya.
Khairul Rasheed merenung Kharlissa tidak berkelip.
Apa tujuan awak
Kharlissa menggigit bibir. Dia agak terkejut sendiri kerana berkata begitu tanpa sedar. Dia hampirhampir sahaja memberitahu kedatangannya ke Kuala Lumpur untuk membalas dendam pada ibunya yang kejam. Kharlissa memejam mata. Bayangan wajah ibunya yang samar-samar dalam ingatan, kini memburu lagi. Satu pemburuan yang kejam, sadis. Lebih teruk daripada buruannya untuk membunuh lelaki atau mangsa yang tidak diperlukan di dunia ini lagi.
Berapa kali saya harus cakap, saya nak cari ibu saya, bentak Kharlissa seperti geram.
Kalau macam tu, kita sama-sama cari dia. Awak tahu alamat terakhirnya
Kharlissa menggeleng. Dia tidak ingat langsung. Mereka datang dari kampung menuju ke ibu kota. Ibunya meninggalkan Kharlissa di Puduraya. Jadi, Puduraya adalah alamat terakhir.
Puduraya. Dia tinggalkan saya kat situ. Sebab tu lah saya selalu ke sana. Saya selalu berharap dia akan muncul di depan saya, tapi itu semua hanya mimpi, kata Kharlissa dengan dada sebak.
Okey, lain kali kalau awak nak pergi Puduraya untuk tunggu ibu awak, jangan lupa ajak saya. Kita akan tunggu sama-sama.
Khairul Rasheed separuh memujuk sambil mengusap lembut pipi Kharlissa yang mulai basah oleh air mata.