Les Criaturas - 17
PRESENT 10

Assalamualaikum, buat apa dekat jalan ni, nak Dia terkejut melihat seorang lelaki tua tiba-tiba berada di belakangnya. Dia cepat-cepat bangun dan menepuk-nepuk seluarnya yang kotor.

Tak ada apa-apa, pakcik. Tadi ada orang langgar. Terjatuh barang saya tadi, habis pecah. Nasib kotak luar dia je. Kalau tak, matilah saya kena tunggu lama lagi baru dapat.

Kenapa kau tak jawab salam aku, setan Terkejut dia mendengar perkataan yang keluar dari mulut lelaki tua tersebut. Dia tidak pasti sama ada telinganya silap dengar atau pakcik tersebut memang bermaksud begitu. Dia cuba bertanya kembali lelaki tua itu.

Maaf, pakcik tanya apa tadi

Aku tanya kenapa kau tak jawab salam aku, setan! Kenapa! Sergah lelaki tua itu. Dengan pantas lelaki tua itu mengeluarkan sesuatu dari poket kanannya. Sesuatu yang tajam dan panjang seperti ice pick. Objek itu dibenamkan ke lehernya.

Darah merah keluar membuak-buak dari lehernya membasahi jalan di lorong belakang. Dia menggelupur seraya berperang dengan nyawa sendiri. Kesakitan yang dialami terlalu pedih. Suaranya tersekat. Hanya matanya sahaja yang terbeliak menggantikan jeritan kesakitan yang dialami.

Dengan nama tuhan, aku berjihad! Aku berjihad membunuh syaitan-syaitan seperti kau daripada terus hidup melakukan dosa di muka bumi tuhan! Dengan nama tuhan! Dengan nama tuhan! Lelaki tua itu membaca jampi serapah sambil memandang ke langit.

Dia terbaring longlai di lorong kotor tak bernyawa. Lehernya hampir hancur ditikam oleh lelaki tua tersebut. Wajah lelaki tua itu penuh dengan percikan darah. Bajunya lencun dengan darah merah. Lelaki tua itu mengangkat tangan ke udara dan menghunus senjata yang dipakai.

Aku sudah melakukan jihad ke jalanMu! Aku sudah menghapuskan darah yang halal bagiku! Aku sudah menghapuskan keturunan daripada syaitan yang menyesatkan manusia! Aku berjihad, tuhan!

Sedang asyik lelaki tersebut membaca manteranya, kesunyian lorong dikejutkan dengan suara jeritan daripada seorang perempuan. Lelaki tua itu terkejut. Dia berlari lintang pukang meninggalkan mayat tersebut dan hilang di sebalik kegelapan lorong. Dvd concert Whitney Houston di atas jalan bermandikan darah.

Jangan!

Haikal terjaga daripada tidur. Sejak kebelakangan ini kerap sungguh dia mendapat mimpi ngeri seperti itu. Dia mengurut-ngurut bahagian lehernya yang penuh dengan kesan parut yang berselirat. Dia bangun, menekan punat ON pada radio di tepi dinding bilik air. Selamat pagi kepada pendengar-pendengar MemoryFM, saya deejay anda Abdul akan menemani anda dua jam dari sekarang. Masanya untuk anda menghantar ucapan-ucapan teks romantik kepada pasangan-pasangan anda dan jika anda bernasib baik, ucapan anda akan saya bacakan. Teruskan menghantar pada nombor

Haikal menanggalkan satu persatu pakaian hingga menampakkan tatu matahari mengelilingi lubang pusatnya. Dia memulas tombol air. Air mula mencurah keluar dan membasahi kulit kepalanya.

Saya akan putarkan lagu romantis dari the late Whitney Houston. Lagu yang paling romantis di dalam filem romantik lakonan mendiang, The Bodyguard. Ya, tekaan anda semua betul. Terimalah, dari the late Whitney Houston, Run To You, hanya di MemoryFM.

Intro music Run To You berkumandang. Haikal yang sedang leka menggosok dan menggaru kulit kepala yang penuh dengan buih syampu berhenti. Dia seperti penah mendengar melodi lagu ini. Seolah-olah dekat dengan jiwanya.

I know,

that when you look at me, theres so much that you just dont see, but if you would only take the time, I know in my heart youd find.

Satu imbasan kasar menerpa kotak fikiran Haikal. Dia memusingkan kepalanya berulang kali. Lagu Run To You masih berkumandang.

Oh whats the tense, of trying hard to find your dreams, without someone to share it with, tell me what does it mean I wanna run to you.

Sekali lagi imbasan kasar menerpa. Objek seperti botol arak jatuh ke lantai. Seseorang meminta maaf berulang kali. Haikal menekan kepalanya dengan kuat.

Siapa kau Siapa!

I need you here,

I need you here to wipe away my tears, to kiss away my fears, no if you only knew, how much I wanna run to you.

Bayangan seseorang menangis. Dia seperti mengenali pemilik bayangan tersebut. Tetapi siapa Siapa gerangan yang secara tiba-tiba muncul bersama kepedihan yang teramat sangat

Tolong berhenti! Argh!

Haikal terduduk di dalam bilik air. Lagu Run To You masih lagi berkumandang.

Satu lagi imbasan seperti di restoran di mana seseorang sedang bersedih dan seseorang lagi menggenggam erat tangan yang sedang bersedih.

Jangan nangis. Awak ada Sam dan saya. Kitorang akan jadi keluarga awak. Lelaki yang sedang bersedih di hadapannya tersenyum. Bayangan itu perlahan-lahan hilang dan sakit di kepala Haikal juga beransur pulih. Haikal memeluk tubuh dan menangis semahunya.

Siapa aku sebenarnya

Where do broken hearts go. Can they find they way home. Back to the open arms of a love thats waiting there. And if somebody love you, wont they always love you.. Where Do Broken Hearts Go

Whitney Houston