Ya, ya saya tahu itu tapi bagaimana, teksi saya bukan boleh terbang terus ke Brooklyn. Pemandu teksi berbangsa Korea itu menjawab bengis setelah didesak berkali-kali.
Cari jalan lain. Pauletta separuh melaung.
Tunggulah, di sana ada simpang rentas ke Brooklyn. Memang saya berusaha nak sampaikan cik ke sana. Pemandu teksi itu menggetap bibirnya tanda geram barangkali.
Pauletta bersandar, di ruang matanya terbayang J.C. Dia hanya tiba dua hari yang lepas dan dikejutkan dengan berita buruk sebegini. Dia tidak pernah menyangka J.C akan tenat ketika ini. Ya, ketika dunia sedang menilainya melalui pameran fotografi yang akan dirasmikan lusa nanti. Ah, alangkah bagusnya kalau J.C ada sama. Tolonglah Tuhan, berilah aku kesempatan untuk menemuinya. Panggilan telefon yang diterimanya sebentar tadi benar-benar kedengaran terdesak.
Kita akan ambil jalan ni, dalam dua puluh minit lagi boleh
tiba.
Pauletta tidak mempedulikan, dia keresahan amat. J.C, temannya sehidup semati ketika memulakan kerjaya dahulu kini diambang maut. Ah, Tuhan sering mengambil mereka yang baik-baik sahaja. Biarlah dunia mendakwa J.C kotor atau apa sahaja, tetapi pada Pauletta, J.C tetap adalah seorang sahabat yang terhebat.
Pauletta membuka tas tangannya. Dia mengeluarkan sekotak hadiah yang cantik berbalut. Dia membelikan J.C jed istimewa di Paris dahulu. Dia ingin J.C menerimanya sebagai lambang persahabatan mereka.
Kita tak pernah ada lambang persahabatankan J.C pernah bertanya suatu ketika dahulu ketika mereka terperangkap dalam keadaan darurat Rwanda.
Perlukah
Oh perlu, satu masa nanti kau tentu tidak mengenali aku lagi, sebarang tanda boleh membantu.
Cik, Pusat AIDS.
Pauletta segera membayar tambang teksi tersebut dan berlari ke arah pintu utama hospital. Dia merempuh beberapa orang sebelum sempat mengejar lif yang hampir tertutup pintunya. Apabila lif itu terbuka semula di tingkat tiga dia bergegas ke kaunter pertanyaan.
Jesse Steven.
Terus cik, ramai orang berkumpul di hadapan biliknya. Ujar jururawat berbangsa Sepanyol itu. Pauletta berlari anak dan segera disambut oleh Pak Cik Bruce.
Masuk, dia sedang menunggu kau.
Pauletta tercegat di hadapan pintu. Dia dapat melihat sekujur tubuh, kurus, bertopeng oksigen, dan lengannya dari jauh kelihatan biru lebam ditusuk jarum yang pada hujungnya bersambung ke saluran getah. Sebotol glukosa menitis masuk melaluinya. Wajah J.C cengkung dan pucat. Matanya kuyu.
Rambutnya sedikit sekali, kepala J.C gondol. Dia berjalan masuk perlahan-lahan. Seolah-olah terjingkit-jingkit geraknya. Hatinya bergelora sayu.
J.C, aku datang.
Perlahan-lahan matanya dibuka. Senyuman terkuntum, senyuman lemah yang pernah membahagiakan semua orang itu dahulu. Tangannya terketar-ketar diangkat untuk membuka topeng oksigen yang melekap. Pauletta cepat-cepat membantu. J.C mencungap-cungap, menarik nafas.
Apa yang kau temui di Lembah Loire J.C bersuara lemah, tidak berupaya dan tersangkut-sangkut.
Pauletta menitiskan air matanya. J.C, kita sahabat
Apa yang kau temui di sana J.C berkeras dalam lemah.
Pauletta mengesat air matanya denggan punggung tangan. Dia merenung mata kuyu J.C. Hidup penuh itu panjang. Hari-hari penuh membawa tidur lena. Hidup penuh memberi kematian tenteram. Pauletta berjuraian air matanya.
Bagus, Leonardo da Vinci seniman bukan
Pauletta terus menangis. Dia mengangguk dalam sedu.
Apa yang kau lihat lagi J.C semakin mencungap, menghela nafas.
Senyuman Monalisa yang penuh rahsia. Tangan John The Baptist yang diangkat dengan kesan mengharukan, melambangkan selamat tinggal dan lukisan Saint Anne yang memperlihatkan kedamaian yang murni dan luhur. Pauletta seakan-akan telah menghafal kata-kata itu untuk mempersembahkan khas untuk
J.C.
Dia menggenggam tangan J.C yang halus dan kecil. Pauletta kembali melekapkan topeng oksigen J.C, supaya pernafasannya lebih sempurna. Dia mengeluarkan sekotak hadiah, membuka pembalutnya dan meletakkan jed mahal itu di atas telapak tangan J.C, perlahan-lahan J.C menggenggamnya.
Ini tanda persahabatan kita. Kata Pauletta dalam sedu. Dia tahu ini adalah pertemuan terakhir.
J.C tersenyum dan mengusap-ngusap tangan Pauletta tanda terima kasih.
Dia kemudiannya memejamkan mata. Pauletta keluar dari bilik itu dengan esak tangisnya.
***
Cinta itu sesuatu yang sukar ditafsirkan. Ia metafizik. Bukanlah sesuatu yang menghairankan apabila dua orang lelaki saling mencintai. Bruce berpegang kepada kata-kata itu. Dia tidak ingat kata-kata siapa. Bill, agaknya. Bruce duduk di atas kerusi empuk menghadap J.C dan mulai berfikir apakah cinta sedemikian sumbang
Bruce menggenggam tangan J.C yang terbatuk kecil dan dadanya pula sentiasa berombak menghirup nafas dengan bantuan pembekal oksigen. J.C membuka matanya dengan kepayahan. Dia berusaha membuka topeng oksigennya. Bruce membantu. J.C mencungap sebelum berkata. Ayah dan ibu memanggil saya. Dia memasang semula topeng oksigen itu. Bruce mengesat air matanya. Kini hanya dia dan J.C setelah semua orang pulang. Dia melihat jam di tangan, pukul empat pagi. Dia bangun dan mengucup dahi J.C dan menggenggam erat tangan anak saudaranya itu. Bruce meletakkan kepalanya di atas tilam. Dia menahan air mata. Dia mendengar J.C menyedut nafas, kuat, kuat, kuat, sederhana kuat dan perlahan-lahan ia berakhir. Genggaman tangan J.C longgar dan Bruce menangis teresak-esak seperti bayi.
***