Saya Nurul Salwa, pelajar tahun 4 MBBS. Salwa memperkenalkan dirinya terlebih dahulu. Kini giliran aku, Selamat pagi doktor, saya Muhamad Firdaus.
Okey guys, lets go and see patients. The introduction will be in my car. Ajak Dr.Low dan berjalan cepat, mungkin kerana dia sudah lewat untuk menjalan tugasannya.
Kami memasuki kereta myvi silver kepunyaan Dr.Low menuju ke wad kemasukan lelaki hospital itu. Seperti yang dijanjikan, sesi berkenalan dan pengenalan hospital kepada kami pelajar elektif di hospital itu selama 3 minggu, berlangsung di dalam kereta Dr.Low. Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK) adalah sebuah hospital mental yang tertua di Malaysia. Hospital ini yang berkeluasan 544 ekar dengan jumlah 79 buah terdiri daripada 54 buah wad lelaki dan 25 buah wad perempuan. Pelbagai jenis penyakit mental yang terdapat di hospital ini tetapi kebanyakannya adalah schizophrenia.
Sekarang kita telah tiba di wad kemasukan lelaki, this is acute ward which means for newly admitted patients. There are lots of symptoms and signs for you to see and learn from each and everyone of the patient. Panjang lebar penerangan Dr.Low kepada kami. Now, lets go.
Aku dapat lihat di sebalik wajah tenang Salwa, dia seperti gugup atau risau. Aku seperti biasa, maco la bro!
Di dalam wad terbabit ada ruangan khas untuk kami menemu ramah para pesakit. Jadi kami ikut Dr.Low menemu ramah pesakit yang perlu dikendalikannya. Pesakit Bipolar Disorder* dan juga relapse schizophrenia*.
Selepas itu, Dr.Low memberi kebebasan kepada aku dan Salwa untuk menemu ramah mana-mana pesakit, tetapi dia memberi cadang kepada kami untuk cuba berbual dengan Mat Ropi sambil memanggil pesakit itu duduk di hadapan kami.
Aku bersedia, aku memberi masa sekejap kepada Salwa untuk bersedia.
Fuhlamak, lawanya awak ni doktor! Mat Ropi separuh menjerit apabila dia melihat si Salwa yang duduk di sebelah kiri aku. Pandangan Mat Ropi tetap sahaja di wajah Salwa.
Hee, terima kasih. Salwa menjawab, tidak dilayan nanti tak jadi temu ramah kami nanti.
Mat Ropi, kenapa kamu masuk hospital ni Dr.Low cakap, kamu dah 3 kali masuk sini. Kenapa ya Salwa memulakan bicara.
Wah, hebat juga tunang aku ini.
Aduhai doktor cantik. Tanyalah soalan lain, contohnya, dah makan ke, awak suka saya ke Lepas tu, panggil saya Roy okey, jangan panggil nama Mat Ropi, tak hebat langsung! Mat Ropi menyeringai. Amboi mamat ni dah terlebih ni. Salwa aku lihat muka malas nak layan mamat ni.
Kalau awak tak jawab soalan saya dan mengarut sahaja, saya tak nak lagi bercakap. Salwa buat buat merajuk.
Okey, Mat Ropi, eh Roy, awak masuk sini sebab apa Mengambil alih tugasan Salwa.
Alahai, yang perempuan cantik, yang lelaki handsome pula. Aku kembanglah juga mendengar pujian dari Mat Ropi itu, eh silap Roy. Dia kemudian menyambung kembali, Aku nak bakar kedai telefon kepunyaan girlfriend aku. Dia tergelak besar selepas menghamburkan kata-katanya tadi.
Yalah, dia kata dia tidak curang, tapi aku nampak dia berborak dengan lelaki mana entah di kedainya. Lelaki itu pula selalu aku lihat datang ke kedai girlfriend aku.
Kami mendengar cerita si Mat Ropi dengan teliti, Jadi, apa yang kamu lakukan ketika mahu membakar kedainya Aku bersuara ingin tahu.
Semasa aku lihat mereka dua orang berbual, aku naik geram. Nasib baik sebelah kedai girlfriend aku itu ada kedai runcit, terus aku pergi beli mancis 3. Dan aku menuju ke kedai dia. Aku sempat juga membalingkan nyalaan mancis itu ke arah salah satu rak. Tapi, tak terbakar pun. Alah, aku acah saja supaya perempuan tu takut. Mat Ropi bersungguh-sungguh bercerita. Kamu tahu ke perkara itu salah Salwa pula bertanya.
Cik adik manis, kalau awak jadi girlfriend saya, saya janji tidak akan melakukan perkara tersebut. Saya seorang yang setia tahu, katanya sambil mengenyitkan matanya kepada Salwa. Tidak mempedulikan soalan Salwa tadi. Amboi, Mat Ropi, dia ini girlfriend aku, tunang lagi.
Oh bukan itu sahaja Dr., aku juga memukul budak lelaki tak sedar diri yang mengurat awek aku tadi. Lebam juga agaknya bibir dia kena penumbuk aku. Baru puas hati aku. Mat Ropi mendengus.
Hmm, ini perkara yang menarik. Dapat aku membayangkan keadaan di kedai telefon tersebut menjadi huru-hara dengan kehadiran Mat Ropi yang cemburu. Drama betul ini.
Kamu ni Roy, macam-macamlah. Aku berhenti sejenak untuk melihat riak wajah Mat Ropi, riaknya bersahaja. Kemudian menyambung kembali, Kalau kedai itu betul-betul terbakar, kamu tak rasa bersalah atau rasa bertanggungjawabkah dengan kerugian yang bakal dihadapi oleh girlfriend kamu
Mengetuk meja dengan kuat sehingga menarik perhatian doktor lain dan juga pesakit lain. Alamak, mengamuk ke dengan soalan aku.
Apa aku kisah, itu masalah dia. Bukan masalah aku. Kedai dia pun, bukan kedai aku. Dia yang rugi bukan aku.
Amboi, Mat Ropi, kau ini memang ada masalah mental agaknya. Aku senyum nipis dan sinis.
Memanglah kamu tidak kisah semua itu, tapi kamu juga yang kena masuk hospital ataupun silap-silap masuk penjara. Salwa bersuara berani.
Eh, awak pula yang marahkan saya. Merajuklah macam ini. Mat Ropi ini tak habis lagi ya.
Sedang kami melayan kerenah Mat Ropi, Dr.Low datang mencelah dari belakang dan bertanya, Kamu dah tanya atau belum umur Mat Romeo kita ini
Yalah, lupa tanya yang satu itu. Aduh, buat malu saja dengan supervisor kami. Aku lupa, Salwa pun lupa. Aku dan Salwa membalas senyuman sesama sendiri. Dan Dr.Low sendiri yang memberitahu umur Mat Ropi ialah 20 tahun.
Okeylah, Mat Roy, saya kena bawa doktor saya berdua ini pergi. Saya nak kena pergi melawat wad lain pula. Dr.Low mengajak kami berdua pergi.
Di dalam kereta myvinya, Dr.Low menceritakan serba sedikit sejarah Mat Ropi kepada kami. Mat Ropi telah dimasukkan ke hospital ini sebanyak 3 kali. Kali pertama pada tahun lepas, kerana bergaduh di gerai ketika minum bersama kawan-kawannya. Pergaduhan tersebut menyebabkan mangsa dimasukkan ke hospital kerana patah tulang rusuk. Manakala kali kedua, akhir tahun lepas juga. Mat Ropi memukul datuknya. Nasib baik ada jiran yang terlihat perbuatan tersebut dan tiada kecederaan yang serius dialami oleh datuk Mat Ropi.
Mat Ropi sebenarnya datang dari keluarga yang tidak sempurna. Ibu dan bapanya berpisah pada usia Mat Ropi 10 tahun. Mat Ropi ada adik perempuan yang tinggal bersama ibunya. Bapanya telah berkahwin dengan wanita lain. Ibunya pula menghilangkan diri. Mengikut Mat Ropi, ibunya ada datang melawat dia tahun lepas. Sejak penceraian ibu bapa Mat Ropi, dia dijaga oleh datuknya.
Kamu tahu, biasanya pesakit yang mempunyai antisocial personality disorder berbeza dengan yang lain. Mereka akan sentiasa kelihatan kemas dan pandai bergaya dan memang mereka normal dari segi luaran. Mereka juga sangat pandai memuji seseorang terutamanya perempuan.
Sekarang, kita sudah sampai di wad kemasukan perempuan. Homework untuk kamu berdua, balik petang nanti, study pasal antisocial personality disorder kemudian esok present kepada saya bersama-sama history Mat Ropi. Petang nanti pergi balik temu ramah Mat Ropi dan lengkap apa sahaja maklumat yang masih belum diperolehi. Dr.Low menghabiskan ayatnya sebelum kami bertiga berjalan memasuki wad perempuan pula.
Aku berasa gembira dengan hari pertama elektif kami. Salwa mungkin berasa perkara yang sama. Kami berpandangan dan senyuman menghiasi bibir.
****
Antisosial personality disorder atau masalah kecelaruan personaliti, keadaan di mana seseorang itu dicirikan oleh sikap yang berterusan untuk melanggar hak-hak orang lain yang bermula di zaman kanak-kanak atau awal remaja dan berterusan ke alam dewasa. Penipuan, manipulasi dan eksploitasi orang lain adalah ciri utama masalah ini. Individu perlulah berusia 18 tahun dan ke atas. Masalah ini hanya akan dipastikan apabila tingkah laku menjadi berterusan dan sangat menyedihkan atau melumpuhkan individu.
Apabila dewasa, individu ini akan menjadi watak antagonis dalam masyarakat. Mereka menunjuk atau menguar-uarkan kepentingan diri mereka, tidak sensitif terhadap perasaan atau keperluan orang lain dan sangat suka mengeksploitasi tanpa memikirkan perasaan orang lain. Mereka juga suka memanipulasi, menipu orang lain dan mencetus permusuhan dengan orang lain.
Prevelens antisosial personality disorder dalam populasi adalah 0.2% kepada 3%. Dan prevalens ini lebih ramai dilaporkan di penjara dan di klinik penyalahgunaan dadah iaitu, > 70%. Manakala, ratio antara lelaki dengan wanita adalah 3:1.
Individu yang mempunyai masalah antisosial personality disorder tidak merasakan bahawa mereka mempunyai masalah dalam diri mereka, justeru itu mereka tidak berasa perlu untuk melakukan perubahan ke atas diri mereka.
Kesan antisosial personality disorder terhadap seseorang individu, meningkat risiko kematian kerana perbuatan salah laku (contohnya: bunuh diri, kemalangan atau di bunuh). Selain itu, individu ini juga selalunya tidak bekerja, tiada pelajaran, perkahwinan yang musnah, ibu bapa tidak bertanggungjawab, tidak mempunyai rumah dan sebagainya.
Psychotherapy ada suatu terapi dalam bidang psikiatri. Psychotherapy dilihat dapat memberi kelebihan kepada pesakit. Tujuan terapi ini membantu individu faham kondisi dirinya dan kesan perbuatan salah laku dirinya terhadap diri dan sekeliling. Selain itu, keluarga semestinya memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha mengawal gangguan personaliti ini. Keluarga atau pasangan hidup dibekalkan dengan kaunseling keluarga oleh pakar kaunseling keluarga. Hal ini dapat membantu orang sekeliling memahami masalah yang dihadapi individu. Bagi individu yang tidak mendapat bimbingan yang secukupnya oleh ibu bapa, mereka akan di hantar untuk belajar skil keibubapaan.
Usaha-usaha sebegini dilakukan supaya individu, keluarga dan masyarakat faham bahawa mereka perlukan bimbingan, rawatan dan pemerhatian.