DIAGNOSIS: PRESKRIPSI - 17
Pukul 9.40 malam. Seorang gadis 19 tahun datang ke klinik. Ini kali kedua dia datang ke klinik. 3 minggu lepas dia datang sakit perut. Alasan biasa untuk cari MC. Kali ini dia mengadu demam dan selesema pula. Aku tanya soalan pun macam acuh tak acuh menjawabnya. Tengok muka pun aku dah boleh agak kemahuannya. Lepas dapat ubat di kaunter, baru dia cakap nak MC. MC untuk hari ini. Jam dah pukul 9.40 malam. Sakit pun selesema sahaja. Apa halnya nak dapat MC Bapak dia tak puas hati dengan aku. Nak minta jumpa aku tapi aku tak layan. Dah banyak kali aku terkena. Bapak dia tuduh aku kurang ajar. Siap ugut nak cederakan aku. Nak tunggu aku kat kereta kalau aku keluar nanti. Staf aku dah takut. Tapi aku tawakal je. Bangsa ini memang tak boleh dilayan. Aku dah banyak kali terkena.

Aku suruh staf pulangkan balik duit RM20 dia. Aku tak pernah dan tak akan jual MC. Aku jarang berkompromi dengan pesakit pasal MC. Kalau aku rasa tak layak, mati hidup balik pun takkan dapat. Aku tak pernah bargain pasal MC. Ini bukan pasar malam untuk tawar-menawar. Kau bawaklah saudara-mara, Kau bawaklah kerani kerja pejabat lawyer, Kau ugutlah aku macam-macam, Kau buatlah cerita-cerita sedih dan menyayat hati. Bila aku kata tidak, itulah keputusan muktamad aku. Sebarang rayuan tidak akan dilayan. Tapi manusia tidak pernah nak faham. Mereka ingat setiap kali ke klinik, hak mereka adalah mesti dapat MC. MC adalah atas budi bicara doktor. Tiada sesiapa boleh memaksa dan mendesak doktor untuk beri MC. Kerani pejabat lawyer pun tak boleh memaksa aku.

Balik ni nak layan cerita Ghanjini. Biar sejuk sikit hati aku.