DARI TANJUNG MALIM KE KLCC - 17
Semalam aku sampai rumah dalam waktu-waktu macam biasa, pukul lapan malam.

Aku parking motor senyap-senyap. Dari luar rumah aku dapat dengar bunyi tivi kat dalam. Aku cam sangat suara tivi tu. Suara Atok Toranida sama Kakak Busu dengan Perangai Pelik Minggu Ini yang sebiji macam gampang. Habislah! Jahanam lagi program menarik yang channel lain tawarkan untuk aku tonton setelah penat pulang dari kerja.

Belum sempat aku salin baju mandi apa patut, anak perempuan aku dah ajak aku duduk kerusi VIP tengok Hagemaru sama dia. Berpeluh aku pujuk bagi aku sembahyang Maghrib dulu. Paling koman pun, habis sembahyang aku tonton Hagemaru dengan muka kepahitan. Dalam kepala aku dah berfikir, lepas Hagemaru ada cerita Ninja Boy pulak. Ini tak boleh jadi. Aku kena ambil langkah pencegahan!

Dekat nak abis Hagemaru, aku ajak anak aku main. Sementara main bolehlah TV tu dialihkan ke mana-mana rancangan selera orang dewasa. Anak aku bersetuju dengan rancangan licik aku. Dia terkedek-kedek pergi punggah bakul mainan. Aku tengok ada mainan-mainan memasak. Aku pun bagi cadangan, jom kita main masak-masak tapi sekejap saja tau. Ayah ada kerja penting nak buat kat laptop lepas ni. Padahal Mafia Wars kat facebook dah ligat dalam kepala. Cita-cita murni nak update blog pun ada juga aku terfikir.

Ok, main masak-masak dulu. Mula-mula aku ajar anak aku susun alat memasak. Susun pinggan, periuk, mangkuk, senduk, sayur tipu-tipu, ikan tipu-tipu dan sebagainya secukup rasa tekak. Aku mulakan dengan memasak benda paling asas dalam kehidupan rakyat Malaysia, masak Maggi. Berlakon lebih kurang, akhirnya terhidanglah sepinggan Maggi untuk santapan tipu-tipu aku dan anak aku. Bini aku yang faham taktik aku masuk scene tokok tambah sedikit dengan ayat power dah makan Maggi pergi basuh pinggan, lepas tu teman ibu hidang nasi betul-betul. Anak aku beralih ke bini aku pula. Maka selesailah permainan masak-masak aku untuk sesi itu.

Makan malam selesai. Aku sudah di depan laptop mengakses internet. Tak sabar aku nak jadi Michael Corleone tipu-tipu. Mafia Wars dah seru-seru nama aku.

Dalam menyahut cabaran Mafia Wars, aku dengar juga seruan lain di belakang

Ayah, jom main masak-masak lagi Anak aku buat muka kesian, tapi bersuara tanpa belas kasihan. Lancar saja arahan dia pada ayah dia yang berjiwa suci ni.

Ayah ada kerja penting kena buat ni. Aku pura-pura buat suara sibuk. Facebook dah log in. Tinggal nak klik-klik saja. Satu window lain brader Blogspot aku sudah panggil juga.

Nak masak lagi! Tenang dan halus saja suara dia.

Nanti esok pulak kita main. Aku pujuk pelan-pelan.

Tak nak. Nak masak-masak lagi. Anak aku dah main tarik-

Karenah Anak Aku Yang Sentimental

tarik tangan.

Main tarik-tarik tangan ni sudah kira kes berat. Penipuan aku nampak gaya tak berhasil langsung. Facebook sama blog sedang memanggil-manggil. Kalau aku cuba berunding lagi, mesti anak aku buat taktik makam paling tinggi iaitu rebah badan gulingguling atas lantai sambil nangis-nangis hentak kaki. Satu hal pula aku nak kena bawak naik motor pergi beli aiskrim kacang kedai Chong dekat rumah kedai bawah sana. Kalau setakat aiskrim kacang saja boleh tahan juga. Mau dia rembat Cornetto Walls perasa vanilla, apa macam Itu tak masuk lagi air kotak oren bersama keropok-keropok. Belum cerita lagi tangan kecil dia capai Black Forest harga sembilan ringgit lapan puluh sen tak nak lepas-lepas itu hari. Nak kira macam mana pula

Aku ambil jalan penyelesaian berhemah. Menjadi ayah yang budiman tanpa Facebook dan blog. Huh!

NOTA KAKI:

Cita-cita aku nak jadi Don Corleone malam semalam dah ditukar menjadi seorang brader tukang masak tomyam. Macammacamlah masakan yang muncul. Dari kembung tiga rasa, membawak ke kangkung ikan masin, bersambung dengan tomyam campur, tambah pulak sup ekor, udang goreng kunyit. Sampai tahap kerapu stim asam pedas pun aku boleh jelmakan dengan selamba dan bersahaja. Jadi kalau blog aku tak update lama lepas ni, korang faham-fahamlah yang aku semestinya tengah sibuk dengan jawatan baru aku sebagai tukang masak!