SEMBANG TEPI JALAN - 17
20 Jun 2005 Ketika tulisan ini dicoret, aku teringat ketika aku berada di bangku yang pernah kita duduk berdua. Aku sibuk menghitung berapa jumlah bintang yang bertaburan di langit tinggi, sibuk mengakrabkan diri dengan alam dan lukisanmu yang mengundang seribu warna dan misteri, yang mengajarku tentang suka dan murung. Aku merindui saat-saat itu. Kau boleh merasai pandanganku melalui deria enammu saat ini kalau kau masih di situ dan angin masih lembut seperti dulu membelai tubuh. Sungguhpun waktu berlanjutan, biarlali aku di sini untuk seketika. Apa yang ajaib tentangmu dan tentangku Deja vu Atau kebetulan yang sekadar ujian untuk aku dan engkau dalam merealisasikan makna cinta dan kasih sayang. Wrflaw kits {elan melewati musim itu dan mungkin juga kalau kita bertemu sekali lagi aku hanya mampu memandangmu dengan sekadar renungan kosong yang tidak punya makna apa-apa tetapi yang satu itu kau simpanlah di lubuk rasamu. Ini kerana aku tau aku mungkin tidak berkesempatan lagi walau ada ruang untuk itu. Engkau hadir bagai gerhana matahari dan tentu aku atau sesiapapun di tempatku akan menghargai keajaiban itu. Bahagia yang sekejap itu bis.i mengundang kenangan walau kunafikan dan kunyahkan jauh-jauh dari sisiku. 47 Aku mengkagumimu. Banyigkagumimu. Banya. Engkau pelukis ternama dan berkarisma. Engkau pun yiaisiedjftusilatas sesuatu yang kauusaha dan mimpikan. Dan yang utamanya engkau sangat memahami kehendakku. Engkau ada untuk semua subjek yang aku suarakan. Bukankah itu keajaiban Bagaikan bulan jatuh ke riba. Aku akui aku telah melalui semua yang harus kulalui. Engkau ada untuk berkongsi semua cerita-ceritaku yang terkadang terlalu jauh dari landasan realiti. Aku manusia yang penuh dengan imaginasi. Bukankah engkau pun tahu Jadi masihkah engkau dengan niatmu untuk melukiskan wajahku untuk sebuah lukisan yang masih belum jadi itu atau kauhentikan saja sebagaimana aku hentikan sandiwara yang tidak berkesudahan ini Coretan ini tidak mengundang sebarang makna sebenarnya. Usah kau gusar tentang itu. Aku tidak punya apa-apa kepentingan kini. Aku politikus yang kalah dan kalah, yang insaf akan perjuangannya yang tidak ke mana-mana pun. Aku kembalikan semuanya yang ada kepada Dia dan kau boleh rujuk melaluinya. Kita masih punya Tuhan. Semuanya melaluinya. Itulah yang sering kuzaliirkan saat aku susuri lorong-lorong ketuhanan itu. Cumanya aku ini manusia yang suka menulis sesuatu atau sebarang catatan.walau kosong namun ia masih punya erti yang peribadi. Aku juga masih ingat tentang lukisanmu yang bertajuk 'Swimming Pool' itu. Aku juga masih ingat saat aku menghuraikan makna-makna yang tersirat dan tersurat. Engkau hanya tersenyum terus.