Kenangan silam banyak yang datang namun kesepian yang menyerang. Hatinya bergelodak - menyedari kelainan ragam hidup di KL berbanding di desa.
Pengalaman tinggal di rumah Murad banyak memberi pengertian. Tilam yang tebal sekaki, lantai yang licin bak cermin, hiasan dalaman banglo yang memukau - semua ini melontar dirinya ke celahan daun pakau.
Dirinya bagai daun dua diamond yang ditindih- tolak, dihimpit daun King dan Queen. Adakala di-himpit Jack dan Ace. Dirinya terasa begitu kerdil dan terbedil. Dia umpama daun dua yang ingin menjadi ahli Royal Flush di barisan Poker, atau cuba menun119
dukkan Ace dan Kong di arena Black Jack.
Pengalaman itu banyak membawa nostalgia....
Dia ingat lagi pesta kecil itu, yang diberitahu oleh Murad sempena meraikan kejayaannya serta sambutan pertunangan. Dan, pesta kecil itu dihadiri tetamu besar dan makanan besar sehingga plastik kecil digunakan untuk membungkus lebihan makanan tersebut.
Yang kecil bagi mereka - adalah terlalu besar untuk dirinya Namun, Murad tidak boleh disalahkan. Murad cuba untuk memberikan dirinya segala yang terbaik.
Debaran di dada lebih kuat semenjak kebelakangan ini berbanding dengan degupan semasa menghadiri temuduga tempoh hari. Lusa dia akan kembali ke KL, tinggal di rumah Murad yang kecil tapi besar itu kerana dia akan menjalani latihan di Cabin Crew Department.
Menurut penjelasan umum, cabin crew perlu dilengkapkan dengan latihan keselamatan kapal terbang - mempelajari cara menggunakan alatan keselamatan. Tidak dapat dibayangkan olehnya bentuk latihan yang bakal dijalani...
Ayu... dah siap semua barang-barang yang nak kau bawak Laungan Neng Jenab memecah, disusuli dengan heretan kakinya menuju ke serambi.
Dah nek, lagipun banyak masa lagi! Ayu sekadar menjawab, berpaling ke arah Neng Jenab yang sudah pun terpacak di sisi.
Suara salam yang pecah di laman menarik perhatian Ayu. Rasyidah terkedek-kedek dengan perutnya yang memboyot. Dari jauh lagi temannya itu mengukir senyum.
Waalaikumussalam! Neng Jenab menggeleng. 120
Dah membuyung gini pun kau masih merayau! Bukan merayau sebarangan, nek, Syidah nak jumpa Ayu... takkan terlepas macam mula-mula dulu. Dengar khabar, kali ni pergi lagi lama! Rasyidah tersengih.
Ayu senyum, sudah pun bingkas dan sama- sama masuk ke dalam rumah.
Bagaimana sekarang... nampak gayanya kau bakal jadi ibu
Macam nilah Ayu... semput aje! Rasyidah ketawa. Yang sebenarnya... aku datang ni nak kepastian tentang hutang aku. Aku jumpa Ani lepas kau pergi interbiu ke KL dulu... Ani kata.... Alah... dah lama aku halalkan, Syidah! kau jangan khuatir, forget it, aku sedekahkan saja untuk anak kau tu!" Ayu memuncung ke perut Rasyidah.
Ayu! Cuma itu yang terluah dan mata Rasyidah mula berkaca.
Sudahlah Syidah... perkara kecil!
Ayu! Rasyidah tidak dapat menahan dirinya daripada memeluk Ayu.
BERMULA pukul 8.45 dan berakhir setiap 4.30 petang adalah rutin hidupnya yang mutakhir. Pejam-celik, hujan-terik, tanpa sedar, sudah tiga minggu Ayu berada di KL menjalani kursus.
Setiap pagi dia berulang dari rumah Murad ke tempat latihan - dihantar oleh tunangnya penuh setia. Sa-ban hari Ayu berasa semakin tersepit. Entah kenapa, terbit rasa bosan di dalam dirinya. Dia cuba beralasan, menyatakan kebosanan iiu berpunca daripada pertukaran cara hidup - namun, semakin dihindari, dirinya semakin terkongkong.
Sebenarnya Ayu berasa bosan dengan sikap Mu121
rad yang cuba untuk mengawal gerak gerinya. Malah, sistem yang dilalui di rumah itu amat berlainan dengan rutin hidupnya di desa. Makan ikut aturan, tidur pula disoal siasat dan yang nyata Ayu tidak dapat menerima cara begini walaupun hakikatnya Murad bertindak sayang.
Entah kenapa, dia bagai menyesal diikatkan dengan Murad. Namun, cepat-cepat dia beristighfar kerana menyedari dia tidak sepatutnya berfikiran begitu.
Ayu melirik jam di pergelangan tangan menunjukkan kurang lima minit ke pukul 4.30 petang. Hari ini kelasnya tamat lebih awal dan dia sedia menanti di bahu jalan.
Tepat seperti yang dijanjikan, Murad tiba dengan Honda Civicnya. Ayu senyum, segera menarik daun pintu sebelum melonjakkan tubuh ke dalam kereta.
Bagaimana kelas hari ini
Em... macam biasa... tapi Ayu sedikit khuatir sebab next week ada exam!"
Eh... Ayu kan terror, kenapa takut pulak Saspens jugak... takut fail... leceh nak ulang walaupun kami diberi peluang untuk repeat dua kali. Kami hanya akan dibuang jika kali ketiga pun gagal!
Murad senyum. Oh... itulah yang Ayu takut- kan... tapi.... Murad sengih nakal. Bagus juga kalau Ayu fail... boleh segera kita kahwin. Kan lebih baik Ayu jadi stewardess abang saja!
Ayu memuncung. Abang ni... kita serius dia main-main pulak!
I'm serious... why not we just get married"
Mata Ayu membulat. Dia seperti tidak mem-percayai telinganya. Benarkah Murad berkata begitu Adakah lelaki itu begitu serius dengan gurauannya 122
sebentar tadi Tidak, kalau Murad serius, bermakna tiada gurauan sebentar tadi!
Are you kidding... abang ingat kahwin ni senang ye
Senang tak senanglah, Ayu... mak dan bapak abang kahwin juga... okey aje! Murad sengih namun hati Ayu mula berdetik sesuatu yang tidak menyenangkan.
Kita berhenti minum! Murad membelok ke lorong yang dibarisi gerai. Terasa nak beli pisang goreng!
Ayu angguk, mengintai kawasan bahu jalan yang dihiasi gerai tolak pelbagai rupa.
Hei Ayu... sampai ke sini you ye! Bila ajak tak mahu... rupa-rupanya ada janji! Seorang jejaka yang tinggi dan berkulit cerah menegur ramah, diikuti tawa riang dua lagi temannya.
Ayu... jangan lupa datang awal esok ye... kita practise dulu! Lelaki yang sebentar tadi ketawa, bersuara, menonjolkan lesung pipit di pipi.
No problem... I datang pukul enam pagi! Ayu senyum, sekadar bergurau kepada teman-teman pramugaranya yang sama sekelas. Tanpa disedarinya, mata Murad redup dan sepi, membuah api cemburu yang membakar jiwa apatah lagi teman-teman lelaki Ayu tadi ternyata kacak belaka.
Siapa mereka tu Murad mula menghidupkan enjin, tidak jadi turun untuk minum dan membeli pisang goreng.
Oh... mereka kawan sekelas Ayu! Ayu senyum. Er... yang cute berlesung pipit tu namanya Yusuf, yang....
Sudah... abang tak nak kenal! Kenapa mereka suruh Ayu datang awal123
Ayu tersentak namun dipaksanya juga seleret senyuman. Besok kami sama-sama kena buat prakti-kal... jadi kami bercadang nak berlatih dulu sebelum training tu start!"
Tak payah... Ayu training sendiri saja... tak pun cari stewardess bukan steward!"
Tapi....
Abang tak suka! Dia orang tu semua no manners, langsung tak respect kat abang!
Er... mungkin mereka ingat abang ni, abang Ayu.
Abang Apa... Ayu tak beritahu mereka yang Ayu dah bertunang... kan abang ni tunang Ayu Mata Murad membulat.
Ayu geleng. Tak pun!
Kenapa
Mereka tak pemah tanya!
Jawapan itu bagaikan satu tamparan yang kuat dirasakan oleh Murad. Wajahnya terasa panas dan birat.
Whatever it is, abang tak mahu Ayu rapat dengan mereka, okey
Ayu angguk, namun hatinya mula terasa hambar. Dia mula berasa menyesal. Sikap Murad semenjak kebelakangan ini semakin buruk. Cemburunya semakin menjadi-jadi.
Sudahlah Ayu... mari kita pulang, makan di rumah lagi sedap. Lagipun, malam ni bibi masak special sebab mummy dan adik-adik abang semua termasuk papa akan ke Pulau Pangkor esok. Mereka akan bercuti!
Namun hati Ayu telah pun tersentuh, cuma air mata saja yang tidak jatuh...124