2. Membiarkan jiran dalam kesusahan
3. Menganggap jiran sebagai musuh dan melaga-lagakan sesama mereka
4. Tidak menganggap anak jiran seperti anak sendiri dan membiarkan mereka melakukan kesilapan di hadapan kita
5. Budaya Air dan minyak- tidak mahu masuk campur
6. Jiran sebagai saingan dan sentiasa merasa tidak tenteram dengan kejayaan mereka.
7. Menjaja cerita jiran dan menambah tokoh cerita agar lebih berkesan dan menarik.
8. Tidak berlapang dada dan sering berprasangka buruk pada jiran
9. Merasa rendah diri dan ketinggalan dari jiran.
10. Sentiasa bersikap berkecuali walaupun bertanggungjawab membantu jiran dari segi kudrat atau pandangan.
11. Terlalu berkia dan bersikap bakhil.
12. Tiada tolak ansur dalam isu atau masalah yang timbul.
13. Tidak berusaha membajai hubungan agar bertambah mesra dan akrab.
14. Tidak pelihara adap berjiran- redah pintu aurat
15. Mahal senyuman
16. Mengubah suai rumah tanpa mendapat pandangan atau kesefahaman jiran kerana melibatkan rumah mereka.
17. Tidak wujud rasa kasih dan ihsan
18. Tidak meraikan berita baik
19. Tidak berusaha meringankan beban jiran di kala berlaku musibah
20. Seronok dengan musibah yang menimpa jiran.
21. Berpuak-puak dan membina kelompok elit sesama jiran
22. Penyampai maklumat dan penganjur gosip.
23. Tidak menyimpan rahsia dan sering mensensasikan sesuatu berita.
Abdullah bin masud berkata, Rasulullah s.a.w bersabda, Akan aku beritahukan kepada kalian apakah al-adhhu, iaitu memfitnah dengan menyebarkan isu di tengah masyarakat. Nabi juga bersabda sesungguhnya seseorang yang berkata jujur, dia akan dicatat sebagai seorang yang jujur.