Kunci yang membolehkan kamu sentiasa dianggap sebagai seorang yang berhati murni adalah dengan menunjukkan sikap menyokong, bukan pula sikap mengongkong.
Memang benar, kamu mahukan si dia sebagai pasangan kamu. Tetapi sebagai seorang gadis yang sentiasa mempunyai kelembutan, kawallah dirimu supaya sentiasa disenangi oleh si dia.
Ketika kamu berada bersamanya, walaupun ketika itu kamu berteman, usah sedikit pun menunjukkan yang dia adalah milik kamu seorang. Bukanlah hak kita untuk mengatakan seorang manusia itu milik kita. Kita hanya mampu merasai dan memberi kebahagiaan sebagaimana yang sudah ditentukan.
Lelaki yang berasa dirinya dikongkong tidak akan bertahan lama dengan gadis tersebut. Sifat lelaki adakah melakukan apa yang dimahukannya dan sebagai seorang wanita pula, adalah untuk menyokong apa yang mereka lakukan.
Dunia sudah membuktikan, di sebalik seorang lelaki yang berjaya ada seorang wanita. Wanita itu pula adalah wanita yang sentiasa menyokong dan memberi semangat kepadanya supaya lebih maju dalam apa yang dilakukannya.
Cuba kamu bayangkan, seorang suami yang terkongkong, tidak dibenarkan pulang lewat, tidak diizinkan keluar bersukan dengan rakan-rakannya, malah dia juga perlu habiskan masa yang ada hanya bersama-sama keluarga, apakah yang akan terjadi kepada si suami itu
Mungkin ada yang mengatakan bahawa suami tadi sangat patuh pada isterinya. Mungkin juga ada yang mengatakan suami tadi dayus atau sebagainya.