Mana kawan abang tu, tak sampai-sampai pun Rina si cantik mengelap-ngelap meja sebelah. Lan melayan sepasang peguam yang turun minum petang, nampak seperti meminta yang bukan-bukan, akhirnya terpaksa berpuas hati dengan pai nenas dan sebuku croissant. Petang begini, McGoo Deli kurang pelanggan dan sememangnya restoran dengan udara Eropah yang mengilhamkan. Aku mencatat-catatkan sesuatu. Belum jadi puisi.
Dia sesat tak
Emmm, ada juga kemungkinan itu. Aku mengutuk diri lagi, alangkah elok kalau aku terus menjemput dia di Subang. Pesawat itu jangkanya sudah pun mendarat sekitar pukul 2.00 pagi keesokan hari. Sengaja memilih begitu untuk merapatkan semula persahabatan yang menipis kerana malasnya kami berhubungan dengan surat. Memang ada e-mail yang mempertautkan apa yang renggang tetapi itu hanya sekali.
Oii, abangdia sesat tak tanya Rina lagi, sudah berdiri di sebelahku. Tiba-tiba wajah Rina bertukar menjadi wajah Helen Hunt dalam filem As Good As it Gets, aku menggeleng, keliru, kemudian mengangguk, dan menggeleng lagi.
Rina ketawa. Pening
Aku mengangguk. Dan sejenak itu, aku larut. Pesawat fikir, terbang tidak ingin mendarat, menjelajah ke langit kenangan. Rita. Wajah gadis kacuk Inggeris-Spanish itu mesra kembali. Gadis ini yang nampaknya dapat menundukkan ego dan melembutkan sifat playboy Gabe yang keras itu. Gabe betul gilakan Rita. Dan gadis itu memang memberi apa yang diinginkan, tetapi nampaknya Gabe sama ada belum puas atau benar-benar merasakan tiada yang dapat menyamai Rita. Dia menagih, Rita tibatiba enggan melayan. Seperti main tarik tali. Kadangkadang rebah ke kanan, seketika nampak seperti condong ke kiri. Rita banyak mengacah dan Gabe sering merengek. Gabe yang ateis itu tambah-tambah mengeluh. Rita sudah mempelajari Islam pula! Aku ketawa senang, sekarang Gabe rasakan!
Gabe,
Aku terima surat kau yang terakhir. Aduh, banyak sungguh rungutan kau. Seperti hidup terlalu berseliratan. Ada katakata hikmah dari negara asalmu, Argentina , aku tidak ingat, di mana pula aku mengutipnya, bunyi begini: Hujan lebat sepanjang hari akan berhenti juga apabila tiba masanya. Bagaimana akademik Jangan abaikan.
Oh ya, aku kembali ke Oxford. Belum merancang untuk mengembara ke mana-mana lagi. Mengapa Kau bimbang aku akan terserempak dengan seorang lagi Gabe di dalam bas menuju ke kota bersejarah Melaka, lalu berkenalan, minum air bersama terus langsung rebah-merebah di atas tilam dan bantal Rita dahulu bodoh, Gabe. Dia mudah terpedaya oleh apa yang dinamakan kebebasan manusia! Betapa bebasnya aku dan biarkan kau merasa begitu. Dan, seperti yang telah aku jelaskan, kau bukan yang pertama. Kau yang ke -15, bermacam bentuk telah aku ladeni dan sekarang aku kesali sungguh dengan kegilaan remaja itu.
Kau bertanya: Adakah aku masih meminati Islam Tentu, aku menggilainya! Aku malah lebih asyik membaca dan menelaah al-Quran. Aku dengar sesekali, kalau munasabah, syarahan Yusuf Islam. Aku fikir semakin aku meneliti jauh ke dalam, semakin aku tertonggeng ke dalam perigi yang menakung hikmah ini, Gabe. Biarlah aku terjerumus terus, daripada aku terjebak dalam kancah teori kebebasan yang tidak ke mana. Serah-menyerah dan kejar mengejar. Semuanya semacam benda yang tidak sudah-sudah. Kebendaan memang tidak sudah, tetapi kita Kita akan disudahkan dengan satu lagi lembaran hidup baru. Kau pernah bertanya: Adakah ia seperti kehidupan semula Ya, tetapi tidaklah menyamai Shinto yang kau kenali secara permukaan itu, atau tidak sampai mempercayai kebangkitan semula di dalam tubuh badan haiwan atau makhluk lain. Kebangkitan ini di alam lain. Kau tanyakan bagaimana dan apa rupanya Kau memang ateis yang degil! Entah, bagaimana pula aku dapat menggambarkannya kalau aku sendiri belum alami lagi!
Cinta Lagi-lagi cinta Gabe.
Sampai kita ketemu lagi di naskhah yang lain.
Salam sayang Rita Spencer.
Hujan kelihatan merenyai di luar. Kereta tersangkak dan manusia berpayung begitu ramai di luar, melintasi jalan raya dan bertembungan. Aku tunduk, meneguk coke lagi.
Dia tahu nombor telefon abang tanya Lan pula, jelas mengambil berat.
Aku mengangguk. Risau mulai mekar seperti bunga mawar kembang pada pagi hari. Segar dan mempesonakan. Sempat menjeling pada telefon bimbit Philips hitam terkedang di atas meja.
Risau tanya Helen Hunt, err, Rina. Aku menggaru-garu kepala meski kurang gatal. Senyum. Rina membalas.
Tunggu sekejap lagi, hujan nitakut traffic jam. Sebelah airport sana memang mudah sesak, kalau tempuh Lebuh Raya Persekutuan lagilahboleh dapat penyakit, Rina menjawab sendiri apa yang ditanyakan.
Gabe,
Aku sudah menerima surat kau yang bertarikh 4 Januari 1998 itu. Kau memburu kerja di Kyoto. Awalnya aku sendiri terkeliru; adakah kau dalam tahun akhir pengajian di Kitakyushu Kemudian, aku teringat, kau pernah mengatakan yang kau tidak mahu pulang ke Argentina selepas tamat belajar. Kaumahu bekerja di Jepun, mencari pengalaman. Dan aku sedar lagi, pelajar-pelajar di Jepun memburu kerja setahun lebih awal sebelum usai alam kemahawasiswaan mereka. Semacam jaminan ada jawatan empuk menanti setelah tamat peperiksaan akhir.
Dulu kau mengatakan yang kau banyak membaca buku falsafah. Aku fikir, bacaan kau tidaklah seluas mana. Aku malah meragui engkau telah membaca begitu kesemuanya atau sebahagiannya.
Dalam surat kau itu kautanyakan apa sejujurnya niat aku mempelajari Islam Tidak, Gabetidak, aku bukan ingin menyakiti hati kau, aku tidak bermaksud begitu. Aku bosan dan muak, bebas tidak menentu hala, Gabe. Kita ini disesatkan oleh kebendaan dan teknologi. Aku sekarang sedang mengulit buku tulisan seorang ulama terkemuka Islam, Abul Hassan Ali An-Nadwi, berjudul Pertentangan Iman dengan Materialisme. Biar kita kongsi sedikit buah fikirannya.
Katanya, tamadun Kristian dan Yahudi kelihatan seperti mengarah kepada aliran dunia semata-mata. Bukan mengetepikan dunia, tetapi biarlah berpada. Aku khusyuk membaca tafsir surah al-kahfi. Dalam surah ini, kautahu Gabe, terdapat empat kisah utama. Semacam cerita pendek, tetapi bernas isinya. Kisah Ashabul Kahfi War Raqim, sekumpulan pemuda tertidur di dalam gua beberapa ratus tahun lamanya. Kisah pemilik dua buah kebun. Kisah Nabi Musa (kalau dalam Kristian dikenali sebagai Moses) dengan Khaidir. Kisah Zul Qarnain yang diberi bantuan oleh Tuhan hampir untuk semua perkara (barangkali ini yang kita sangkakan selama ini sebagai Alexander The Great). Keempat-empatnya ialah kisah pertentangan antara iman dan materialisme. Juga seputar kita yang asyik dengan berhala ideologi dan teori yang kita cipta sendiri-sendiri.
Argh, Gabe, sudah aku tekankan, bagaimana kita boleh berada di sini kalau tiada yang mengadakannya. Cuba kaurenungi dalam-dalam falsafah ateisme itu. Songsang. Bagaimana kita boleh ada tanpa tiada Tentu kita ada dengan adanya sesuatu yang benar-benar hebat! Itulah Tuhan!
Kata kau agama telah dicipta oleh sekelompok manusia bijak pandai suatu masa dahulu kala. Akan tetapi, kalau kau betul-betul nurani mempelajari Islam, engkau akan mendapati yang Islam jauh daripada cipta-ciptaan atau reka-rekaan. Semuanya dari langit.
Seperti kataku dahulu, kalaulah hanya kita, manusia, yang wujud di dunia ini, alangkah sia-sianya. Tentu ada misi tertentu kita diutusi begini. Tentu kaufikir aku gila dengan semua ini atau mabuk dengan dongengan agama. Tidak, berhentilah walaupun sejenak dan kaji secara akal yang jernih, kau akan temui tiada kekeruhan sedikit pun mencemari Islam. Tentu kau bosan bukan.
Kau ingin bercakap tentang cinta kita Betulkah apa yang terpancar dan meluap di dalam dadamu itu cinta Cinta adalah kejernihan sanubari, cinta adalah lautan dalam rahsia dan sepi kau mengandaikan aku mencintaimu sesenang itu Aduh, begitu mudah engkau mentafsir nikmat cinta. Janganlah kita bercakap lagi soal ini. Aku gembira mengenalimu. Aku hargai saat-saat kita bersama terutama Yang bergelora ketika di Melaka dahulu, tetapi aku juga kesalkan saat-saat itu.
Gabe, aku akan memeluk Islam. Menjelang engkau membaca surat ini. Aku sudah bergelar Muslimah. Barangkali namaku Aisyah Rita Spencer atau Nafisah Rita Spencer. Aku belum memilih. Dan, dengan ini, aku harus tegaskan, kalau kau benar-benar mengkehendaki aku. Hanya satu jalan, kau harus menganuti Islam, mendalaminya dan meredainya. Itu sahaja. Kalau kau keberatan, memang kita akan sekadar berkawan, tidak lebih daripada itu, jangan pinta lebihaku telah memberi terlalu banyak kepadamu.
Sekian.
Rita Spencer.
Nak tambah coke, Rina belanja.
Aku mendongak, termangu beberapa ketika. Rina senyum.
Nak tak
Aku mengangguk, serasa-rasa Helan Hunt mempelawa aku minum. Helan Hunt, Rina, Rita eheeehh, Rina. Aku garu kepala lagi. Selalu begini. Di luar hujan berhenti, tetapi jalan lecak dan basah. Ramai yang terjengket-jengket berjalan atau berwaspada sekali. Air bertakung kotor, kadang-kadang kereta tanpa simpati laju dan melanyak, air menyimbah baju, tiada ampun lagi. Rina datang menatang segelas coke lagi.
Kasihan abang. Tunggulah sekejap lagi. Pasti dia tahu tempat ini Dulu pun abang pernah jumpa dia, di sini kan Rina lupa pula deh, Rina bertanya dan menjawab pula.
Aku senyum, gelisah bercampur khuatir.
Gabe, Gabriel Dario Papandrea, sahabat pena sejak berusia 12 tahun lagi. Tubuh sasa dengan wajah menggoda lelaki Amerika Latin. Matanya coklat romantik; tetapi awas, mata itu yang paling memperdayakan wanita. Sedikit jongang, tetapi tidak memburukkan; sebaliknya itulah keistimewaan, menambah kacak. Semakin Gabe dewasa, semakin dia menolak agama. Aku berkesempatan menemui Gabe ketika dia ke Kitakyushu, Jepun, buat pertama kalinya untuk menuntut dalam bidang kejuruteraan. Selang dua tahun kemudiannya, dia menziarahi aku lagi. Di sini, dia mengenali Rita, seorang mahasiswa Oxford, yang juga kaki merayau.
Langsung jatuh cinta. Itu pun Gabe memang ada melayan gadis Hiroshima dan seorang gadis kacuk Itali-Spanish di negara asalnya. Sudah tentu Rita ragu. Rita pula berkembang, mengenali agama dan di ambang memeluk Islam. Gabe tidak henti-henti melafazkan cinta dan ingin memperisterikan Rita. Sekarang, aku menanti Gabe. Dia mengambil keputusan mengembara ke Malaysia lagi, lawatan dua kali yang terdahulu kurang memanfaatkan bahagian Pantai Timur. Dia ingin sekali menjenguk Kelantan. Dia mendengar daripada pelajar-pelajar Malaysia di sana, Kelantan lebih tulen Melayunya. Lalu diatur sekian pertemuan. Adakah Gabe masih boleh mengingat kafeteria ini Itu yang membimbangkan aku.
Abang, cuba tengok di luar sana tu, seberang jalan! Rina separuh bertempik. Aku mengangkat muka. Ya, di luar, Gabe terkial-kial dengan beg besar ala pengembara terbeban di kedua-dua belah bahu, menanti ketika sesuai untuk melintasi jalan yang macet kerana hujan lebat sejam dua tadi.
Kawan abang kan tanya Lan pula.
Aku senyum lebar.
Rita, bawakan airerr, Rina, bawakan coke lagi segelas Rita, siapa Rita Rina terpinga.
Adalah.
Gabe menolak pintu kaca, melangkah masuk, dan senyum menampakkan gigi hingga ke telinga. Beg besar yang digalas tidak sabar-sabar diturunkan. Kami berdakapan.
Aku membalas senyum. Terfikir, apa kesudahan percintaan mereka ini. Akan adakah lagi surat-surat setelah Rita memeluk Islam
Coke satu. Rina datang. Dan Gabe mengenyit mata mengurat.
Gabe!
Lantas kami ketawa.