Mencari Kiblat Cinta - 171
Kenapa dengan abang ni Dulu abang peguam yang bagus dan adil. Tapi sebab kes Firdaus, abang dah jadi seorang lelaki yang tak rasional. Sanggup ke abang butakan mata abang pada kebenaran Herdik Tengku Saida disulami rasa kecewa yang terus menyengat lubuk hatinya.

Tengku Amar terdiam. Kata-kata isterinya membuatkan dia tersinggung. Wajahnya dipaling dari muka isterinya.

Saya tak nak dengar apa-apa lagi. Cukuplah!

Abang fikirlah hal ni baik-baik. Kalau betul Danira tak bunuh Firdaus, maka kita dah berdosa padanya bang. Dia dihukum penjara selama ini. Maruah dan kebebasannya tergadai disebabkan tuduhan abang yang tak usul periksa. Enggan mengakui kebenaran di hadapan mata demi melindungi apa yang abang percaya. Tolonglah hentikan semua ini bang. Saya tak sanggup lagi nak menanggung dosa ini bersama abang. Saya dah tak sanggup lagi. Tangis Tengku Saida sedih. Namun melihat gerak-geri Tengku Amar yang pegun membelakanginya, hatinya tambah walang. Kedegilan lelaki itu benar-benar mengecewakannya. Perlahan-lahan dia mengundur diri. Apa gunanya dia terus menyatakan kekesalan yang tak mampu difahami lelaki itu. Hati suaminya sudah sekeras batu yang tak mungkin dilenturkan. Itu kenyataan yang cukup difahaminya.

Menyedari daun pintu biliknya dikatup rapat, Tengku Amar menoleh. Hatinya sugul mendengar tangisan wanita itu. Entah sejak bila, Tengku Saida berani menyangkal kata-katanya. Dahulu dia marah bila wanita itu cuba menyelidiki tentang pembunuh Firdaus. Malah hal yang sama turut ditekankan pada anak-anaknya. Semuanya dilakukannya untuk mengelakkan keluarganya dari terluka. Semua berita-berita yang tersebar di internet tentang pembunuhan Firdaus cuba dihalang dengan bantuan beberapa kenalannya yang berstatus tinggi. Mujurlah ketika itu Filman di luar negara dan Najla pula terlalu mentah ketika itu. Tapi kini tindakannya hanya mengundang padah.

Sebenarnya abang tak boleh terima kenyataan yang Firdaus mati kerana dibunuh bukan Abang tahu fasal video tu tapi abang tetap berkeras tuduh budak tu dengan pelbagai tuduhan. Abang lempang dia walaupun dia dah bersih dari tuduhan. Kenapa dengan abang ni

Suara isterinya berulang ke kotak fikiran. Menerjah ke sudut hati yang sedang rapuh. Lidahnya menyebut keluhan yang panjang. Tangannya menarik laci mejanya. Sekeping CD yang disorok di celah-celah kertas dicapainya. Matanya merenung CD itu dengan wajah kesal. CD itu sudah lama diserahkan oleh Ismail Habib. Bukti di dalam CD itulah yang membebaskan gadis itu. Membersihkan nama gadis itu di mata undang-undang namun tidak di hatinya. Jauh di sudut hati dia sebenarnya terseksa. Selama ini hatinya menafikan semua ini hanya untuk merawat luka di hatinya. Kenyataan bahawa anak kesayangannya dipukul oleh sekumpulan lelaki seperti yang dikatakan Ismail Habib benar-benar tidak mampu diterima. Dia pernah cuba beberapa kali untuk menonton rakaman video yang sempat diambil oleh saksi yang tiba-tiba tampil diri. Namun pada setiap kali. dia membatalkan hasrat hatinya. Dia tidak ingin hatinya jadi lemah. Dia tidak ingin jiwanya terluka melihat video itu. Dan cara termudah untuk merawat parah perasaannya adalah dengan berpegang bahawa gadis bernama Danira itulah puncanya!

Filman benar-benar tidak mampu mempercayai setiap kata-kata anak muda di hadapannya. Apa yang Aliff jelaskan benar-benar membuatkan dia terpempan. Sekalipun airmata anak muda itu luruh di hadapannya ketika menjelaskan segala-galanya, namun lidahnya seakan kelu untuk menyusun kalimah terbaik buat anak muda yang menjadi adiknya selama ini.

Aliff akan serah diri kalau itu yang abang mahu. Aliff akan lakukan apa sahaja yang abang suruh Aliff buat, tapi tolong selamatkan kakak Aliff. Tolong selamatkan Kak Nira bang. Rayu Aliff tidak putus-putus.

Dia memandang anak muda itu dengan wajah gusar. Permintaan Aliff tidak salah. Namun dia hanya manusia biasa yang tetap tidak mampu menahan kejutan yang datang mendadak. Selama ini dia tidak pernah menduga, anak muda yang dianggap adik kandungnya sendiri adalah orang yang membunuh Firdaus. Pesalah keluarganya sendiri yang sangat dibenci ayahnya. Tuhan! Takdir apakah ini yang KAU mainkan ke atas keluarga kami

Jadi selama ini Danira tanggung kesalahan Aliff Entah mengapa kata-kata itu terluncur dari bibirnya. Kelopak matanya bergenang sedikit. Hatinya kesal. Kasihan Danira!

Aliff mengangguk sebak. Malam itu Aliff telefon kakak. Dia datang cari Aliff di situ. Tapi belum sempat kami fikir apa yang patut dilakukan, kami dengar bunyi siren polis. Kakak suruh Aliff lari dan dia mengaku dia yang tikam abang Firdaus. Tapi percayalah bang, Aliff benar-benar tak sengaja. Cerita Aliff.

******

Filman mengeluh panjang. Kepalanya entah kenapa berpinar. Semakin banyak yang diketahuinya tentang Aliff dan Danira, semakin dia bingung dan resah.

Apa sebenarnya yang berlaku malam itu Aliff Siapa sebenarnya lelaki-lelaki yang memukul Firdaus Filman ingin mengorek cerita sebenar.

bersambung

Bab akan datang:

Apakah punca Firdaus dipukul oleh sekumpulan lelaki itu