Mencari Kiblat Cinta - 172
Aliff tak tahu bang. Aliff mengaku waktu itu Aliff liar dan ikut budak-budak samseng. Sebab terpengaruh dengan seorang kawan, Aliff ikut mereka bekerja dengan seorang lelaki. Dia yang arahkan kami culik dan pukul abang Firdaus. Katanya ia sebagai satu amaran untuk abang Firdaus.

Siapa lelaki tu Wajah Filman berkerut. Mungkinkah lelaki itu Datuk Kahirul seperti yang diceritakan Umar padanya

Aliff cuma tahu nama dia Faruk.

Faruk Bukan Kahirul Soal Filman.

Aliff menggeleng. Filman menarik nafas panjang. Entah kenapa dia dapat menduga lelaki yang diperkatakan anak muda itu ada kaitan dengan Datuk Kahirul. Pasti salah seorang orang suruhan Datuk Kahirul. Aneh! Tiba-tiba sahaja segalanya berkaitan dan nampak jelas. Malah hubungannya dengan Danira dan Aliff seolah-olah telah ditakdirkan lantaran mereka mempunyai kaitan antara satu sama lain. Dia teringat kata-kata Umar tentang lelaki-lelaki yang sering menganggu anak gadis itu. Apakah Aliff juga mengetahuinya

Aliff, boleh abang tanya Aliff sesuatu Soal Filman.

Aliff menanti dengan sabar. Wajah Filman kelihatan cukup serius, sedangkan dia merasa semakin serba-salah. Hakikat bahawa Filman sudah tahu siapa dirinya benar-benar membuatkan dia malu mahu menatap wajah lelaki itu lagi.

Aliff ada rantai bersama Aliff waktu ayah jumpa Aliff tempoh hari bukan Soal Filman sudah tidak sabar ingin tahu. Kalau betullah rantai itu dimiliki oleh Aliff, maka organisasi Datuk Kahirul bakal terkubur. Penjenayah-penjenayah itu bakal dihadap ke muka pengadilan. Hanya ini satu-satunya jalan untuk memastikan kematian abangnya terbela.

Mata Aliff kini mengecil. Pertanyaan Filman membuatkan kerut di wajahnya semakin melebar. Rantai

Memang Aliff ada rantai tu, tapi mana abang tahu tentang rantai tu

Mana rantai tu Aliff Soal Filman tanpa menjawab pertanyaan anak muda itu.

Err..rantai tu kalau tak salah ada dengan Ma. Ma yang simpan bila keluarga abang jumpa Aliff dulu. Aliff pernah tengok rantai tu tapi masa tu Aliff tak ingat apa-apa pun fasal rantai tu. Tapi kenapa abang tanya semua ni Aliff semakin keliru.

Kalau macam tu, kita balik ke rumah dan ambil rantai tu dengan Ma. Lepas tu abang bawa Aliff jumpa seseorang. Ada sesuatu yang abang rasa Aliff perlu tahu. Usul Filman.

Aliff semakin gusar. Kata-kata Filman membuatkan dia merasa ada yang tidak kena. Kenapa tiba-tiba sahaja rantai pemberian arwah ayahnya menjadi topik perbualan mereka pula Ingin dia menyambung pertanyaan, namun bunyi deringan telefon membuatkan dia tidak jadi membuka mulutnya. Filman dilihatnya tergesa-gesa menjawab panggilan telefon yang diterimanya. Seketika kemudian dia melihat wajah Filman berubah keruh.

Kenapa abang Fil Tanya Aliff bimbang.

Lelaki itu menggeleng sambil mengisyaratkan sesuatu.

Aku akan ke sana. Tunggu aku sampai dulu. Ujar Filman lalu memutuskan panggilan. Sejurus Filman melemparkan pandangan ke arah Aliff.

Kenapa bang Aliff mengulang pertanyaan yang belum sempat dijawab Filman sebelumnya.

Danira. Ujar Filman.

Wajah Aliff tampak gelisah. Ke..kenapa dengan kakak

Abang dah tahu dia kat mana. Sahut Filman mendatar. Dia ingin mengatakan sesuatu namun entah kenapa tidak jadi berbuat demikian. Dia tidak mahu membuatkan anak muda itu menjadi semakin risau.

Dia tak apa-apa ke Soal Aliff lagi.

Filman sekadar menggeleng.

Melihat Filman mula menghidupkan enjin keretanya, Aliff menarik nafas panjang. Mungkinkah Filman mahu membawanya menemui kakaknya

Faruk semakin hilang sabar. Kebisuan gadis itu membuatkan darahnya semakin mendidih. Dia bertanya baik-baik, tapi gadis itu acuh tak acuh sahaja memandangnya. Tak mungkin gadis itu tidak tahu apa-apa. Dia cukup yakin gadis yang kelihatan naf itu ada jawapan kepada persoalan yang membelenggu fikirannya selama ini.

Kau nak cakap atau tak niTengking Faruk semakin geram.

Danira memandang lelaki itu. Wajahnya masam mencuka. Dia tahu lelaki itu marah. Dan percayalah dia sedang ketakutan ketika ini. Tapi dia tidak boleh membiarkan lelaki-lelaki itu tahu tentang Naufal. Dia tidak ingin Naufal dicederakan jika lelaki itu tahu tentang rantai yang ada pada adiknya. Tak boleh!

Saya tak faham apa sebenarnya yang awak nak. Apa sahaja bendanya, saya tak ada. Ujar Danira.

Wajah Faruk terbeliak. Matanya mencerlung tajam ke arah gadis bertudung yang tidak berubah posisi kedudukannya dari tadi. Beraninya dia!

Kau ni sebenarnya bodoh atau buat-buat bodoh Kau sedar tak sekarang ni kau kat mana Kau berhadapan dengan siapa Herdik Faruk cuba mengacah gadis itu agar lebih gentar berhadapan dengannya.

Saya tahu awak semua siapa Saya juga tahu awak semua yang bunuh mak dan ayah saya. Tapi saya tak ada benda yang awak mahukan tu. Awak cuma buat kerja sia-sia dengan tahan saya kat sini. Balas Danira tetap berdegil.

bersambung

Bab akan datang:

Adakah Danira bercakap benar atau cuba menyembunyikan barang yang mereka perlukan itu