Mencari Kiblat Cinta - 173
Faruk terdiam. Kata-kata akhir gadis itu membuatkan dia terdiam. Jadi gadis itu tahu apa yang berlaku pada ibu bapanya selama ini Sebanyak manakah gadis itu tahu Faruk mula memasang curiga.

Ya memang aku yang bunuh mak ayah kau. Dan kau pun akan terima nasib yang sama macam mak bapak kau kalau kau tetap berdegil. Ugut Faruk semakin galak mengacah gadis itu.

Danira memandang geram ke arah lelaki itu. Hatinya seolah ditikam selumbar mendengar rentak bicara lelaki itu yang mengakui tuduhannya sebentar tadi.

Saya memang tak berdaya nak balas apa pun jua yang awak semua buat pada keluarga saya. Tapi saya akan berdoa pada Allah agar Dia membalas semua perbuatan awak semua pada ibubapa saya. Saya akan pohon agar Allah kasihani saya dan lepaskan saya dari kejahatan awak semua. Bisik Danira cuba bertenang diri.

Faruk ketawa besar mendengarnya. Raut wajah anak gadis di hadapannya diperhalusi sedalam-dalamnya. Kau sangka kau akan selamat lepas ni Dekat sini baik-baik. Takkan ada sesiapa yang boleh tolong kau lagi. Sekalipun kau menjerit atau meraung, takkan ada sesiapa yang boleh tolong kau. Kau hanya membuang masa kita berdua. Ikutkan hati aku, aku boleh bunuh kau sekarang juga. Kalau kau nak selamat, berikan formula tu pada aku. Formula yang ayah kau curi dari kami sebelas tahun dahulu. Gertak Faruk.

Danira terdiam. Benarlah seperti telahannya selama ini. Semua ini disebabkan formula dadah yang disorokkan ayahnya di dalam rantai yang diberi kepada dia dan Naufal.

Saya tak tahu ! Bentak Danira geram.

Pang! Berdesing telinganya apabila telapak tangan yang besar itu mendarat lagi di pipinya. Matanya berair. Kulit pipinya terasa panas dan menyengat. Aduh! Sakitnya!

Inilah padahnya kalau kau tetap berdegil. Kalau aku tak dapat formula tu, aku akan jadikan kau pelayan kelab ni. Kau kena bayar balik kerugian yang ayah kau buat pada kami dulu dengan tubuh kau. Bentak Faruk berang.

Saya sanggup mati dari buat kerja terkutuk tu. Danira mencerlung tajam.

Kurang ajar! Sekali lagi Faruk mengangkat tinggi tangannya. Danira sudah kecut perut. Dia seakan-akan tahu apa yang bakal dihadapinya.

Letak tangan kau tu Faruk. Jangan sentuh dia! Herdik satu suara dari muka pintu. Faruk berpaling. Danira yang terkejut turut melarikan pandangannya. Melihat lelaki berambut putih itu muncul di muka pintu, entah mengapa separuh hatinya seakan lega. Aneh!

Cobe! Apa kau buat kat sini Faruk sedikit gugup. Dia benar-benar tidak menyangka akan bertemu dengan Cobe di situ. Cepat benar berita ini sampai ke telinga Cobe sedangkan kelab malam The Polka Dots tu diuruskan olehnya. Sebahagian besar orang-orangnya berada di kelab itu.

Cobe tidak menjawab. Anak matanya dilarikan ke arah Danira yang kelihatan pucat lesi. Bibirnya tanpa disedari melepaskan keluhan berat. Mungkin kalau bukan kerana dia menerima panggilan telefon dari Joshua Lee, dia takkan tahu apa yang sudah berlaku pada anak gadis itu. Apa yang menghairankannya, orang-orangnya yang ditugaskan mengawasi kelab malam itu langsung tidak memaklumkan apa-apa padanya.

Aku datang sini nak ambil dia. Ujar Cobe tenang.

Wajah Faruk terbeliak. Sejenak lelaki itu ketawa besar. Kau nak ambil dia Lepas tu apa Kau nak simpan dia macam kau simpan ibunya Sindir Faruk sinis.

Hati Danira tersentak mendengar bicara Faruk yang mengejutkan. Dia berpaling memandang ke arah Cobe. Namun mata lelaki itu menukas tajam ke arah Faruk. Ternyata sudah ada bahang kemarahan menular di wajah itu.

Jangan nak buat aku marah Faruk. Aku sayangkan Zahlia. Aku cintakan dia sebelum kau rosakkan dia. Kau pergunakan dia untuk kepentingan kau sendiri. Getus Cobe berang.

Danira tergamam. Cinta Benarkah lelaki itu mencintai ibunya

Faruk mencerlung tajam seraya mendekati lelaki di hadapannya. Kau yang patutnya jangan buat aku marah. Ini tempat aku Cobe, orang-orang aku ada di merata tempat. Jangan cari fasal dengan aku kat sini. Herdik Faruk tidak mahu kalah.

Cobe mendengus keras. Matanya membelingas ke arah Danira yang terkedu di suatu sudut. Ke mari. Suruh Cobe. Bagaikan memahami maksud Cobe, Danira segera melangkah ke arah lelaki itu. Namun belum sempat langkahnya sampai, Faruk tiba-tiba menghadang laluannya.

Dia tak boleh ke mana-mana. Bentak Faruk.

Aku tetap akan bawa dia keluar dari sini samaada kau suka ataupun tidak. Ungkap Cobe selamba.

Kau memang dah gila. Kau sengaja nak bermusuh dengan kami Dengan Mr. Kay Dia yang arahkan aku bawa budak ni ke sini. Tegas Faruk.

Cobe merenung Faruk dengan wajah merah padam. Cakap dengan Mr. Kay. formula tu memang tak ada dengan dia. Dia langsung tak tahu apa-apa fasal Snowman.

bersambung

Bab akan datang:

Adakah Cobe akan dapat menyelamatkan Danira daripada Faruk