Mencari Kiblat Cinta - 174
Dan kau nak kami percaya semua itu

Terserah kau nak percaya atau tidak.

Usai berkata demikian, Cobe segera mendekati Danira dan memegang lengan anak gadis itu lalu menghelanya keluar. Danira hanya mengikut seperti orang bodoh. Faruk cuba menghalang. Bahu Cobe dipegang, namun sepantas kilat tumbukan Cobe singgah ke muka Faruk. Lelaki itu tersungkur jatuh. Bibirnya merekah mengalirkan darah segar di penjuru bibir,

******

Cobe segera mengheret Danira keluar dari ruangan itu. Di muka pintu dia berpapasan dengan Kupih salah seorang orang bawahan Faruk. Melihat kelibatnya lelaki bertubuh kurus runcing itu segera memberi isyarat. Beberapa orang pengikut Faruk segera meluru ke arah Cobe.

Melihat situasi yang berlaku, tangan Danira segera dilepaskan. Tubuh Danira ditolak ke tepi, sementara dia berlawan dengan beberapa orang lelaki bersenjatakan pisau. Dengan mudah lelaki-lelaki itu dapat ditewaskan. Dia melarikan pandangan ke arah Kupih, namun ternyata lelaki itu lebih pengecut dari apa yang disangkakannya. Kupih menghindar ke tepi dengan wajah gusar. Sejak dulu dia memang gentar bila berhadapan dengan Cobe.

Pintu lift tidak jauh dari situ ditekan. Dia menggamit Danira di tepi sudut yang segera faham. Gadis itu bergegas ke arah pintu lift yang sudah terbuka luas. Sebaik pintu lift itu terkatup rapat, Danira mengerling ke arah Cobe yang berkerut wajahnya. Dia perasan, lengan lelaki itu luka dan berdarah. Apakah lelaki itu tercedera semasa berlawan dengan lelaki-lelaki bertubuh besar sebentar tadi Hati Danira mulai tidak keruan. Dia masih tidak mengerti kenapa Cobe datang menyelamatkannya. Dia membenci lelaki itu, menyalahkan lelaki itu atas segala-gala yang berlaku dalam hidupnya. Tapi dengan tak disangka-sangka, lelaki itu juga yang menyelamatkannya. Dia ingin mengatakan sesuatu pada Cobe, namun melihat wajah serius lelaki di sampingnya, Danira hanya mampu membisu.

Sebaik pintu lift di hadapannya terbuka, kedua-dua mereka segera menerpa keluar. Tak semena-mena muncul bunyi bising yang bergema mencuri masuk ke corong telinganya. Danira mula menyedari di mana dia berada. Tempat itu dipenuhi dengan ramai anak-anak muda yang sedang rancak menari. Bunyi muzik yang didengarinya dari atas bilik yang mengurungnya menguatkan lagi sangkaannya. Memang tempat itu adalah kelab malam!

Ketika dia bergegas mengikut Cobe, langkah lelaki itu tiba-tiba terhenti. Melihat mata lelaki itu memandang ke suatu arah, dia turut mengalihkan pandangan.

Di hadapan mereka kini terdapat beberapa orang lelaki yang sedang tercegat memandang Cobe dan dirinya silih berganti. Dan salah seorangnya adalah lelaki berjambang yang ditemuinya sebelum dia disoal Faruk beberapa jam yang lalu.

Cobe menarik nafas panjang. Dia tahu lambat laun dia terpaksa membuat keputusan ini. Dan kini saat itu telah tiba. Membawa Danira keluar hidup-hidup di hadapan mata Mr. Kay aka Datuk Kahirul bukan kerja mudah. Lagi-lagi ia membabitkan nyawanya sendiri yang mungkin melayang.

Ke mana kau nak bawa dia Cobe Suara Mr. Kay bergema. Danira turut menumpukan perhatian ke arah lelaki berjambang tebal itu. Di sekeliling lelaki itu terdapat beberapa orang lelaki bertubuh tegap yang kelihatan seperti pengawal peribadinya.

Cobe mengawasi lelaki-lelaki di hadapannya dengan teliti. Matanya menjeling ke arah Danira yang kelihatan bingung. Dia sekarang sedang berhadapan dengan lelaki yang cukup menggerunkan. Dan lelaki itu mahukan nyawa anak gadis di sampingnya. Apakah dia perlu mengorbankan Danira demi pangkat dan wang yang selama ini menjadi kekuasaannya

Aku perlukan dia Cobe. Kalau kau serahkan dia, aku akan anggap peristiwa malam ini tidak pernah terjadi. Kau tidak akan aku hukum. Getus lelaki itu lagi. Cuba memujuk Cobe beralah.

Cobe menarik nafas panjang. Pilihan apa yang dia ada

Mr. Kay mahukan dia mati. Kata-kata Tim kembali ke kotak fikirannya. Dia tahu lelaki berjambang itu tidak pernah memungkiri kata-katanya. Setelah formula Snowman itu diperolehinya, dia tahu nyawa Danira akan melayang. Anak gadis itu tidak akan dibiarkan hidup!

Aku tahu kenapa kau tolong dia. Sebab Zahlia bukan Kau tak tahu sudah berapa lama aku memerhatikan kau Cobe. Kau adalah orang kanan aku yang paling aku hargai. Tapi perempuan itu hanya akan menyusahkan kau. Perasaan kau pada Zahlia tak patut berlaku. Dia adalah kelemahan terbesar kau. Dan sebab itu dia perlu mati!

Wajah Cobe berubah mendadak. Kata-kata lelaki itu membuatkan dia terpanar. Perasaannya tiba-tiba membara dengan kenyataan yang baharu keluar dari bibir lelaki itu. Danira di sampingnya turut terkedu. Dia dapat mendengar deru nafas anak gadis itu kencang.

Kau memang kejam. Kau sangka dengan cara ini kau dapat mengikat aku untuk terus setia pada kau Well kau silap besar. Mungkin dahulu aku tak mampu melindungi Zahlia.

bersambung

Bab akan datang:

Adakah Mr Kay akan membunuh Cobe