Mata Mr. Kay terbeliak. Dia tidak menyangka Cobe terang-terangan berani menentangnya seperti ini.
Kau tahu aku tak pernah lepaskan orang yang mengkhianati aku.
Aku dah bersedia untuk mati. Susul Cobe lantang.
Mr. Kay semakin berang. Dia mengisyaratkan orang-orangnya agar mula menyerang. Cobe mengambil kesempatan itu mencapai tangan Danira lalu membawanya lari. Mereka meredah kelibat orang ramai yang sedang menari ke arah pintu keluar. Namun melihat beberapa orang Faruk sedang berkawal di situ, dia segera berundur. Sasarannya kini adalah pintu keluar di belakang bar. Danira hanya mengikut seperti orang bodoh.
Namun belum sempat mereka mahu keluar dari pintu tersebut, Cobe tiba-tiba tersungkur ke hadapan. Pegangan tangannya terlepas. Danira menjerit kecil sebaik melihat kepala Cobe mengalirkan darah. Dia berpaling lalu ternampak seorang lelaki bertubuh kurus runcing sedang memegang botol arak yang sudah pecah.
******
Kupih ketawa besar melihat keadaan Cobe yang lemah tak berdaya. Dari saku seluarnya dia mengeluarkan sepucuk pistol lalu diacu ke arah lelaki itu.
Pergi. Bisik Cobe ke arah Danira. Danira tergaman. Dia menggelengkan kepala. Bagaimana dia sanggup meninggalkan lelaki itu begitu sahaja
Kau akan mati hari ini Cobe. Aku akan bunuh kau. Herdik Kupih.
Kau memang pengecut Kupih. Kau tak akan berani tembak aku kat sini. Mereka di Polka Dots akan dengar bunyi tembakan tu. Kau nak perniagaan kelab malam ni musnah Provok Cobe seraya cuba bangkit. Namun kesakitan di kepalanya sudah tidak terperi.
Kupih kelihatan teragak-agak. Kata-kata Cobe berjaya membuatkan dia ragu-ragu. Namun sebentar kemudian, senyumannya menyala semula di bibir. Dari saku seluarnya dia mengeluarkan sebilah pisau yang putih berkilat.
Kalau bunyi tembakan itu bising, aku akan bunuh kau dengan senyap. Suka atau tak, kau akan mati juga hari ni Cobe. Gertak Kupih.
Cobe terdiam. Dia melirik ke arah Danira sekali lagi. Kau kena pergi sekarang. Di luar, Joshua dah tunggu kau. Cari dia dan sembunyikan diri buat sementara. Bisik Cobe ke telinga anak gadis itu.
Tapi awak macamana Soal Danira sebak.
Cobe tergaman. Dia nampak jelas mata anak gadis itu berair. Apakah anak gadis itu menangis kerananya Hatinya tersentuh. Seumur hidupnya, tidak ada sesiapa yang sanggup menangis kerananya.
Jangan bimbangkan aku. Aku tak apa-apa.
Saya tak sanggup tinggalkan awak macam ni.
Bukankah kau bencikan aku Kalau begitu tentu tak ada masalah kau tinggalkan aku dan pergi.
Danira menggeleng. Dia sudah tidak pasti lagi. Perkataan benci bukan perkataan yang paling tepat untuk menggambarkan perasaannya ketika ini. Yang nyata, segala kebenciannya hilang terhadap lelaki itu.
Dia pasti lelaki seperti Cobe bukan lelaki jahat. Jika tidak, lelaki itu tidak akan membahayakan dirinya dan menyelamatkannya.
Cobe menyeluk saku jaketnya. Beberapa gulung kertas dikeluarkan dari dalam saku baju lalu diserahkan pada gadis itu. Danira terpegun. Dia tidak tahu apa gunanya kertas-kertas itu padanya dan kenapa lelaki itu menyerahkannya. Untuk apa
Itu geran rumah anak-anak yatim. Aku belikannya untuk Zahlia, tapi sekarang ia akan jadi milik kau. Dahulu aku dan ibu kau membesar bersama-sama di rumah tu. Kami pernah berhasrat untuk terus mempertahankan rumah anak-anak yatim itu. Tapi hasrat itu terkubur disebabkan kesilapan yang telah aku lakukan pada ibu kau. Sebab itu aku mahu kau memilikinya.
Danira terharu. Tidak menyangka lelaki itu akan melakukan sesuatu seperti ini. Sedalam manakah cinta lelaki itu terhadap ibunya
Pergi Danira. Hiduplah baik-baik dan bahagia. Dan maafkan aku atas segala-galanya. Bisik Cobe semakin lemah. Entah kenapa kecederaan di kepalanya lebih parah dari apa yang disangkakannya. Dari jauh, bunyi segerombolan tapak kaki bergegas ke arahnya, sayup-sayup kedengaran. Dia tahu orang-orang Mr. Kay semakin hampir dengan mereka. Cobe mahu bergerak, tapi tubuhnya terasa membeku. Pisau yang menyala-nyala di pegangan tangan Kupih seperti sedang sedia mahu membenam ke tubuhnya.
Hendak tak hendak Danira bingkas bangun. Dia memandang ke arah Cobe dengan hati berat. Senyuman lelaki itu nampak lemah tapi mengandungi semacam satu kelegaan. Seolah-olah lelaki itu hanya terbeban dengan kehadirannya di situ.
Dia tahu dia harus menyelamatkan dirinya sebelum dia menyusahkan lelaki itu lagi. Dia mengalihkan pandangan ke arah lelaki bertubuh kurus runcing yang sedang tersenyum sinis ke arahnya. Pandangannya dikerling ke arah pintu di belakangnya.
bersambung