Naufal, macamana Naufal kenal dia Danira bingung.
Naufal pernah kerja dengan dia kak. Dia yang arahkan kami culik dan pukul abang Firdaus. Bila kakak kena tangkap, Naufal jumpa dia dan rayu dia bantu Naufal bebaskan kakak. Tapi dia enggan. Naufal ugut nak jumpa pihak polis, tapi orang-orangnya pukul Naufal separuh mati. Sebab tu Naufal hilang ingatan. Cerita Aliff.
Danira tersentak. Ya Allah! Dia tak sangka anak muda itu akan mengalami perkara seperti itu. Kasihan Naufal!
Kakak tak tahu semua ini berlaku pada Naufal. Maafkan kakak, Naufal. Kakak tak mampu lindungi Naufal ketika itu. Bisik Danira sebak.
Kakak sentiasa lindungi Naufal selama ini. Naufal tak berhak mengharapkan apa-apa lagi dari kakak. Lepas ayah dan umi meninggal, Naufal yang sepatutnya jaga kakak. Sebaliknya Naufal buat kakak malang. Maafkan Naufal kak.
Mata Faruk terkelip-kelip memerhatikan drama di hadapannya. Wajahnya berkerut sedikit. Apakah budak yang pernah bekerja dengannya itu adik Danira Anak lelaki Profesor Adnan Selama ini mereka memang cuba mengesan seorang lagi anak Profesor Adnan tapi gagal.
Kau anak Profesor Adnan Soal Faruk sekadar inginkan kepastian.
Danira dan Aliff berpaling ke arah lelaki itu. Wajah lelaki itu kelihatan serius. Perlahan-lahan Faruk cuba menghampiri kedua beradik itu.
Kau berdua memang anak profesor tu kan Ulang Faruk lebih keras. Tiba-tiba dia mengilai besar bagaikan ada sesuatu yang melucukan hatinya. Danira dan Aliff saling berpandangan sesama sendiri. Hairan mendengar rentak hilai lelaki itu yang menggerunkan hati.
Kelakar. Selama ini budak yang aku simpan di sisi aku adalah budak yang aku cari-cari. Kau dan kakak kau dah banyak menyusahkan kami. Mak dan ayah kau pun sama. Selar Faruk.
Mana formula tu budak Kau mesti tahu sesuatu bukan Soal Faruk keras.
Aliff tercengang. Formula apakah yang dimaksudkan lelaki itu
Dia tak tahu apa-apa. Jangan apa-apakan dia. Pinta Danira resah.
Jangan nak berbohong. Aku yakin kamu berdua ada menyimpan formula tu. Jerkah Faruk semakin hilang sabar. Pistol di tangannya sudah melayang-layang ke arah dua beradik itu.
Formula tu tak ada pada mereka, tapi ada pada tangan aku. Filman tiba-tiba bersuara.
******
Pandangan Faruk beralih arah. Matanya berkerut memerhatikan lelaki yang berada di samping anak gadis dan anak muda itu. Dari tadi hatinya tertanya-tanya siapa gerangan lelaki segak bertubuh tinggi lampai itu.
Kau ni siapa pulak Soal Faruk hairan.
Aku Filman, adik Firdaus. Peguam yang dibunuh enam tahun dahulu, angkara kamu semua! Bentak Filman seraya mengetap bibir.
Faruk tersentak. Dia memerhatikan wajah lelaki itu lebih teliti. Ya, memang ada iras dengan peguam muda yang selalu masuk campur urusan mereka.
Lepaskan mereka berdua. Formula tu ada dengan aku. Aku akan serahkan formula tu kalau kau lepaskan mereka. Filman cuba tawar menawar.
Fil jangan. Mereka semua orang jahat. Rayu Danira resah. Dia mengerti apa yang sedang Filman lakukan. Tapi dia juga tidak sanggup mahu membahayakan diri Filman pula.
Kau lebih bijak dari abang kau. Tapi aku dah bosan dengan semua permainan ini. Apa kata aku tembak budak perempuan tu dulu, lepas tu kau berikan aku formula tu. Faruk ketawa kecil. Trigger ditangannya sudah ditarik. Muncung pistolnya bergerak ke arah Danira. Aliff dan Filman tergaman. Danira hanya terpaku seperti patung.
Melihat keadaan Danira dalam bahaya, Filman tanpa berfikir panjang segera meluru ke arah anak gadis itu. Namun bunyi tembakan yang dilepas keluar dari muncung pistol itu membuatkan detik yang berputar tiba-tiba terhenti.
Tengku Amar menolak daun pintu di hadapannya. Namun kelibat Filman tidak ada di biliknya. Dia terduduk lemah di birai katil seraya termenung panjang. Isterinya masih berperang dingin dengannya. Sejak pertengkaran mereka, sekalipun Tengku Saida enggan memandang wajahnya. Dia ingin mencari Aliff, namun anak muda itu juga tidak ada di biliknya. Dia terfikir mahu menjenguk Filman pula, namun Filman juga tidak ada di biliknya. Ke mana perginya kedua-dua anaknya itu sehingga lewat malam begini masih belum pulang
Dia tahu dia terlalu berkasar dengan Filman. Dia marah bila tahu Filman dan anak gadis yang dimusuhinya itu mempunyai hubungan. Tapi itu semua silapnya juga. Mungkin kalau dia membenarkan Filman ikut campur dalam kes itu, mereka takkan menghadapi masalah seperti ini. Filman mungkin takkan berhubungan dengan anak gadis itu. Tapi sekarang segala-galanya sudah terlambat.
bersambung
Bab akan datang:
Apa yang akan dilakukan Tengku Amar untuk membetulkan semula keadaan ini