Mencari Kiblat Cinta - 178
Filman mungkin akan turut membencinya kerana hal ini. Tengku Amar benar-benar rungsing dan gelisah.

Dia bingkas bangun dari katil Filman. Kakinya dihela ke arah pintu. Namun belum sempat dia keluar dari bilik itu, telinganya tiba-tiba menangkap satu bunyi. Laptop Filman yang terletak di atas meja menyala-nyala menandakan ia sedang terpasang dan menerima kiriman email. Wajah Tengku Amar segera berkerut. Jarum jam di tangannya dikerling sekilas lalu. Sudah hampir pukul satu pagi. Siapa pula yang menghantar email pada Filman awal-awal pagi seperti ini

Dia tidak jadi beredar lalu segera menghampiri laptop di atas meja Filman. Didorong perasaan ingin tahu, dia memainkan tetikus di atas meja lalu membuka logo email yang terpapar di hadapan desktop. Sebaik dia membaca tajuk yang terpapar dalam list email, wajahnya berkerut.

Filman,

Aku dah perbaiki imej video yang kau hantar. Sorry, hanya ini yang mampu aku buat. Harap kes kau cepat selesai. DANNY

Tengku Amar terpegun. Video apakah yang dimaksudkan email ini Dia segera terpandang attachment file yang disertakan dalam email. Perasaan ingin tahu yang menebal membuatkan dia segera membuka fail yang disertakan dalam email tersebut. Fail berbentuk MPEG itu segera disimpan di dalam desktop. Sejurus dia membuka program Media Player untuk memainkan video tersebut.

Namun sejurus dia melihat video yang sedang ditayang di hadapannya, wajahnya serta-merta berubah. Dia mulai sedar video apakah sebenarnya yang sedang dimainkan di laptop milik Filman itu. Rakaman yang enggan ditontonnya kini satu persatu bermain di retina matanya. Dan setiap imej yang berputar, membuatkan jantungnya seakan luruh. Dia ingin menutup video itu. Hatinya sudah tidak sanggup melihatnya. Ia hanya akan membuatkan jiwanya makin parah. Tapi belum sempat dia mahu menutup video tersebut, tindakannya tiba-tiba terhenti. Dia tersentak. Matanya membulat. Ada sesuatu yang mengejutkan di dalam video itu.

Tengku Amar terduduk lemah. Segala urat nadinya seakan lumpuh kini. Kandungan video itu benar-benar sukar dipercayai. Aliff! Hanya itu yang mampu dilontar keluar dari bibirnya yang pucat lesi.

Tiba-tiba pintu bilik Filman dikuak kasar. Tengku Saida muncul di muka pintu. Dia berpaling memandang wanita itu. Ada riak cemas di wajah isterinya. Dia segera bingkas bangun.

Kenapa Soalnya ingin tahu. Airmuka isterinya seakan memberi petanda ada sesuatu yang buruk sedang berlaku.

Fil..Filman.. Ujar Tengku Saida, cemas.

Dia terpempan. Kenapa dengan Filman

******

KETIKA mereka sampai di wad kecemasan di Hospital Universiti, matanya segera terpandang kelibat seorang lelaki sedang bercakap-cakap menggunakan telefon bimbit di bangku menunggu. Lelaki itu berpaling. Melihat kehadirannya, lelaki itu bingkas bangun lalu segera melangkah ke arahnya.

Tengku.. tegur Joshua.

Mana Filman Soalnya sudah tidak sabar. Ketika Tengku Saida memberitahunya, Joshua menelefon ke rumahnya membawa khabar buruk, dia segera menghubungi lelaki itu semula. Joshua tidak berkata banyak di dalam telefon. Lelaki itu hanya mengatakan Filman cedera dan meminta mereka ke hospital dengan segera.

Dia sedang dirawat doktor. Jangan bimbang, kecederaannya tak teruk. Ujar Joshua.

Apa dah berlaku Macamana Filman boleh cedera Soal Tengku Amar bertubi-tubi. Kebimbangannya berladung tidak mampu dihilangkan. Untuk pertama kali, dia benar-benar merasa takut kehilangan seorang anak lagi.

Joshua terdiam. Dia tidak tahu bagaimana mahu memulakan cerita tentang apa yang telah berlaku malam ini. Segala-galanya berlaku terlalu pantas tanpa dirancang. Mujurlah Umar bertindak pantas dengan menghubungi pihak polis. Jika tidak, entah-entah mereka semua sudah tidak bernyawa lagi.

Ayah.. Panggil satu suara.

Tengku Amar berpaling. Tengku Saida dan Najla turut menoleh. Melihat kelibat Filman sedang menuju ke arah mereka dengan tangan berbungkus, ketiga-tiganya terpanar. Tengku Saida segera meluru ke arah Filman lalu memeluk anak lelakinya.

Ya ALLAH, syukur Fil tak apa-apa. Bisik Tengku Saida sebak.

Fil tak apa-apa ma. Fil cuma cedera sedikit. Tapi.

Tapi apa Wajah Tengku Saida berkerut.

AliffAliff ada kat bilik bedah sekarang.Beritahu Filman dengan suara tersekat-sekat.

Wajah Tengku Saida berubah. Najla terpanar. Berita yang keluar dari mulut Filman bagai halilintar.

Kenapa dengan Aliff, bang Najla seperti mahu menangis.

Aliff kena tembak. Beritahu Filman dengan wajah sugul.

Ya ALLAH bang, Aliff kena tembak bang. Tengku Saida hampir tersungkur. Filman segera memegang bahu ibunya. Tubuh Tengku Saida segera dilepaskan ke arah bangku menunggu.

Siapa tembak Aliff Kenapa jadi macam ni Najla sudah histeria. Filman cuba memujuk anak gadis itu. Sesekali dia berpaling ke arah ayahnya yang diam sahaja. Hatinya terkutik rasa hairan. Tidakkah lelaki itu terkejut dengan berita yang dibawanya Bukankah selama ini Aliff anak kesayangan ayahnya

Ma nak jumpa Aliff. Bawa ma tengok Aliff, Fil. Ma nak temankan dia. Pinta Tengku Saida sebak.

bersambung

Bab akan datang:

Bagaimanakah keadaan Aliff Adakah dia dapat diselamatkan