Aliff masih kat bilik bedah ma. Kalau ma nak, kita tunggu berdekatan dewan bedah. Kita sama-sama tunggu Aliff. Insha Allah, dia takkan apa-apa. Pujuk Filman lembut. Tengku Saida hanya mengangguk. Filman segera mengheret ibunya ke suatu arah. Najla mengikut dari belakang. Sebelum beredar, Filman sempat memerhatikan ayahnya. Namun entah kenapa, reaksi lelaki itu membuahkan rasa hairan di hatinya. Namun dia enggan membazirkan masanya di situ.
Fil.. Joshua memanggilnya.
Dia berpaling.
Aku kena ke balai polis. Uncle nak aku tolong dia beri keterangan di balai polis. Boleh kau tolong tengok-tengokkan dia Pinta Joshua. Mendengar kata-kata Joshua, dia hanya mengangguk. Dia mengerti siapa yang Joshua maksudkan. Sejak tadi, gadis itu belum berganjak sedikit pun dari dewan bedah. Berulangkali dia memujuk Danira supaya mendapatkan rawatan, namun gadis itu benar-benar degil sehingga dia dan Joshua jadi buntu dibuatnya.
Ketika Filman sampai di perkarangan dewan bedah, matanya segera terpandang kelibat Danira, sedang duduk di salah sebuah kerusi di situ. Wajah gadis itu muram dan sugul. Melihat kelibat Danira, langkah Tengku Saida segera terhenti. Dia berpaling ke arah Filman.
Fil, apa dia buat kat sini BisikTengku Saida.
Filman mengeluh kecil. Dia tahu lambat atau cepat, dia harus berterus-terang dengan ibunya tentang Danira.
Ma, Fil nak beritahu ma sesuatu. Fil harap ma jangan terkejut. Sebut Filman.
Dahi Tengku Saida berkerut. Kata-kata Filman menimbulkan keanehan. Dia menjeling Najla di sisinya yang ketara mempunyai reaksi yang sama dengannya.
Sebenarnya Aliff dah ingat siapa dirinya ma. Ingatannya dah pulih.
Ingatan Aliff dah pulih Najla mencelah.
Filman mengangguk. Nafasnya ditarik perlahan. Dia dah ingat siapa dirinya. Nama Aliff yang sebenarnya ialah Naufal Benjamin. Dan dia..dia sebenarnya adik Danira, ma. Ujar Filman tersekat-sekat.
Apa Tengku Saida tersentak. Betulkah begitu
Mereka terpisah selepas Danira dipenjarakan. Sekarang mereka dah dipertemukan semula. Jelas Filman.
Patutlah Aliff tak banyak bercakap tempohari lepas ayah lempang Kak Danira. Kasihan Aliff. Dia mesti serba-salah selepas dia tahu apa kaitan Kak Danira dengan kita semua. Keluh Najla pula.
Filman terdiam. Sebenarnya dia masih ingin mengatakan sesuatu, tapi entah kenapa mulutnya seakan berat mahu membuka cerita. Dia benar-benar risau dengan reaksi ibunya, reaksi Najla dan yang penting sekali reaksi ayahnya. Entah apa akan berlaku kalau mereka tahu siapa sebenarnya yang telah mengakibatkan kematian Firdaus.
******
Tengku Saida perlahan-lahan menghampiri Danira, lalu duduk di samping anak gadis itu. Danira menoleh. Wajahnya sembab dengan kesan-kesan airmata yang masih berbekas. Melihat kemunculan Tengku Saida, dia terkejut lalu mahu beredar. Namun tak semena-mena, wanita itu memeluk tubuhnya membuatkan dia terpanar dan tidak keruan.
Makcik dah tahu siapa Danira pada Aliff. Makcik juga tahu selama ini Danira tak bersalah. Maafkan keluarga makcik sebab menuduh Danira yang bukan-bukan. Maafkan kami! Bisik Tengku Saida di cuping telinga anak gadis itu. Dia sudah lama menyimpan hasrat untuk memohon maaf pada anak gadis itu. Segala kekhilafan yang mereka lakukan selama ini tak mungkin dapat menebus enam tahun gadis itu di penjara.
Tak makcik, saya yang salah. Maafkan saya. Tutur Danira sebak.
Najla di belakang ibunya turut menangis hiba. Dia benar-benar tidak menyangka gadis itu adalah kakak Aliff. Patutlah Danira memandang Aliff dengan pandangan aneh sehingga dia sendiri menyangka yang bukan-bukan.
Filman mengeluh panjang. Suasana yang agak emosi itu memaksa dia melarikan wajahnya. Namun kelibat ayahnya di suatu penjuru membuatkan tumpuannya memusat ke arah lelaki itu. Wajah ayahnya benar-benar sugul kali ini. Dia dapat merasakan hati ayahnya turut lumat mendengar berita tentang Aliff.
Setin minuman dihulur ke arah anak gadis itu. Danira menggeleng. Melihat kedegilan gadis itu, Filman segera membuka penutup tin minuman lalu disua ke arah Danira.
Saya tak dahaga. Ujar Danira muram.
Dah berjam-jam Nira cakap tak dahaga, tak lapar. Sejak semalam Nira tak makan apa-apa. Luka di lengan tu harus dirawat juga, nanti dijangkiti kuman. Pujuk Filman seraya menjeling darah yang semakin kering di lengan Danira yang dilibas pisau salah seorang pengikut Faruk.
Bagaimana kalau Naufal mati Danira menoleh. Mata gadis itu berkaca.
Filman terdiam. Hatinya bergetar mendengar bicara anak gadis itu.
Dia takkan mati.
Dia takkan cedera kalau bukan sebab nak selamatkan saya.
Jangan salahkan diri sendiri. Aliff lakukannya untuk selamatkan kakaknya. Saya juga akan lakukannya untuk selamatkan Nira. Ujar Filman yakin.
Danira menekup mukanya. Bahunya tersengguk-sengguk menahan tangis. Filman mengetap bibir.
bersambung
Bab akan datang:
Masih adakah harapan untuk Aliff meneruskan hidup