BALIK dari rumah Acik tadi, Jai terus pulang ke rumah. Tidak singgah di mana-mana. Mulanya dia berniat nak lepak di kedai buku di KLCC. Terpaksa dibatalkan gara-gara baju dah kotor dengan kek.
Jai rehat di sofa di ruang tamu. Balik tadi, dia terus rendam baju dalam baldi.
Hmm..nampaknya aku tak kenal jugak siapa adik Acik ni.. Jai mengelamun di sofa.
Dia jeling jam di dinding. Dah nak masuk waktu asar. Baik aku pergi joging lepas solat nanti. Jai menapak semula ke bilik.
Eh, ada mesej.
Jai duduk seketika di meja studi. Komputer riba yang dibuka sejak tengah hari tadi, ditatap seketika.
Kosong > Awak..
Jai > Ada apa
Kosong > Awak buat apa hujung minggu ni
Jai > Tak ada apa..kenapa
Kosong > Awak..awak..
Jai > Kenapa dengan awak ni
Kosong > Tak ada apa..
Jai > Saya nak cepat ni..nak pergi joging.
Kosong > Kat mana
Jai > Kenapa awak nak tahu
Kosong > Err..tak ada apa..saja
Jai > Tasik Taman Jaya
Kosong > Oh
Jai > Ok, saya off dulu. Assalamualaikum
Kosong > Waalaikummusalam
Usai solat asar, Jai segera capai kunci motosikal.
SERI termenung. Dia meraup muka. Skrin komputer ditatap lama. Tak berani dia meluahkan rasa hati.
Ya Allahaku tak sanggup pendam perasaan aku ni.. Seri tekup muka di kepala lutut.
Dia dongak sebaik mendengar ketukan di pintu.
Masuklah!
Komputer ditutup. Acik dah menapak ke arahnya.
Ucu buat apa
Tak..tak ada apa.. Seri betulkan rambutnya yang jatuh ke dahi.
Hmm..macam orang hilang anak je abang tengok Acik labuhkan punggung di sebelah Seri.
Seri tunduk. Hari itu sepatutnya jadi hari yang gembira buat dirinya tapi semua tu tak dapat menghiburkan hati. Terasa hambar.
Kenapa ni Acik usap lembut rambut Seri.
Seri pandang abangnya. Cuba cari makna renungan mata hitam Acik.
Kenapa tengok abang macam tu
Abangabang pernah jatuh cinta
Acik menelan liur. Soalan yang sukar untuknya menjawab.
Kenapa Ucu tanya macam tu
Ucu rasaUcu dah jatuh cinta.. Seri pandang Acik tak berkelip.
Jatuh cinta dengan abang ke Usik Acik.
Bahu Acik jadi mangsa tumbukan padu Seri.
Abang ni..bergurau lagi. Ucu serius la! Seri muncung.
Ok! Ok! Abang serius. Acik senyum. Kalau Seri bukan adik kandungnya, harus dia nikah dengan Seri. Pandai masak, rupa ada..cuma..perangai je yang keras kepala. Tak dengar cakap. Suka ikut kepala otak sendiri!
Entahlahsejak Ucu jumpa dia, Ucu macam tak tentu arah..berdebar..adakah itu cinta Seri tanya lagi Acik.
Hmm..abang nak jawab pun..abang sendiri pun tak pernah rasa apa itu cinta tapi kalau dah teringat-ingat tu..mungkin la kut.. Acik usap dagu. Cuba menghayati apa rasa cinta.
Boleh abang tahu siapa Acik tanya lagi. Muka Seri dah merah.
Kalau Ucu bagi tahu pun..abang bukan kenal pun.. Nada Seri dah kendur.
Jadi Ucu dah betul-betul jatuh cinta
Seri angguk.
Acik diam. Nampaknya aku tak boleh kenalkan Seri dengan Jai. Seri tentu menolak.
Apa yang abang fikir
Err....ingat tak, abang nak kenalkan Ucu dengan kawan abang
Seri angguk.
Sebenarnya abang suka dia jadi boyfriend Ucu..lepas tu bernikah.. Acik meluahkan apa yang dia lakukan selama ini.
Hah Abang ni! Sekarang bukan zaman dolu-dolu! Tak nak la Ucu. Ucu ada pilihan sendiri. Seri membentak.
Acik hanya senyum. Dia dah agak. Tentu Seri menolak. Siapa nak pernikahan yang diatur. Seri dah masam mencuka.
Tak apa la kalau Ucu tak suka Acik rasa bersalah. Adik aku sorang ni memang keras kepala!
Err..siapa kawan abang tadi
Yang mana
Alah..yang abang suruh Ucu beri kek tu. Yang dah kelepap kena kek kat muka tu Seri gelak.
Oh..tu la kawan abang yang abang nak kenalkan dengan Ucu.
Hah
Ya! Ucu dah rosakkan semuanya! Dia dah marah tahu tak! Acik sengaja kata macam tu. Nak tengok reaksi Seri.
Errdia marah ke Seri dah gelabah.
Ya la! Suka hati je tempek kek kat muka orang. Kalau abang pun, abang akan marah masa tu jugak!
Seri diam. Adoi..macam mana ni
Tapi Ucu bukan sengaja. Masa tu..Ucu terpijak hujung gaun tu masa nak turun ke ruang tamu. Manalah Ucu tahu kek tu terpelanting kena muka dia! Seri membentak. Tak nak mengalah.
Acik sengih.
Kenapa abang senyum
Tak ada la..kelakar pun ada.. Acik dah gelak.
Apa yang kelakarnya Seri berkerut dahi. Abang aku ni..
Ya la..cuba Ucu bayangkan. Ucu berada di tempat kawan abang tu. Dan abang bawa kek. Lalu terjatuhkek tu kena muka Ucu. Ucu rasa nak marah ke nak ketawa Acik kenyit mata.
Dua-dua..I guess.. Seri teragak-agak.
See
Seri diam. Err..abang..Ucu minta maaf. Tolong beritahu dia Ucu minta maaf.
Acik senyum. Dalam hati dia nak juga kenalkan Seri dengan Jai.
Ucu kena jumpa dia sendiri dan minta maaf. Dia yang beritahu abang macam tu. Acik berbohong. Sekurang-kurangnya dia ada alasan untuk temukan Jai dan Seri.
Ucu memang nak minta maaf tadi tapi abang lama sangat dalam bilik air tu. Ojie pulak sibuk panggil Ucu. Seri menerangkan duduk perkara.
Apa pun alasan Ucu, abang nak Ucu minta maaf secara berdepan. Acik sengih. Dia jeling Seri yang dah tunduk.
Err..macam mana Seri dongak.
Hujung minggu ni..kita jumpa di McD Midvalley. Macam mana Acik bagi cadangan.
Pukul berapa
Around twelve at noon
Seri angguk. Err..abang ikut sekali tak
Mestilah abang ikut. Acik jeling Seri. Dia dah ada rancangannya sendiri.
Acik bangun dan berlalu keluar dari bilik Seri. Dia segera telefon Jai.
Seri rebahkan tubuhnya di atas katil. Dia pandang siling. Sekejap mengiring. Puas mengiring, dia bangun semula. Menapak pula ke tepi tingkap, memerhati keluar rumah. Laman yang dihias indah dengan bunga dan belon tadi masih seperti tadi. Hanya makanan saja yang telah siap dikemaskan. Kawan-kawannya pun sudah pulang. Tadi, Lisa beria bercerita tentang Jai. Jai tu..Jai ni..rimas aku dengar. Tiba-tiba aku rasa sebak.
Lisa tukekasih Jai ke
Seri baring semula di katil. Dia jeling jam. Hampir 6.30 petang. Teringat dia belum solat asar lagi. Terus ke bilik air.
Usai solat, Seri capai sebuah buku yang dibeli setengah tahun yang lalu. Dibelek sepintas lalu.
Hmm..Cinta Kerana Allah.. Seri pejam seketika. Dia tarik nafas dalam-dalam. Mata dibuka perlahan. Dia sandar di kepala katil. Buku tu dibaca penuh khusyuk. Cuba mencari jawapan untuk rasa hati yang tidak tenteram.
Hmm..rasa dalam hati aku ni..nafsu ke apa Tapi aku rasa berdebar bila berdepan dengan dia..
Seri letak buku. Dia capai pula telefon bimbit. Wajah Jai di dalam foto galeri ditatap lagi. Foto yang dirakam secara sembunyi masa Jai mengajaknya makan malam dulu di bandar KB.
Jai..kenapa kau yang ada dalam hati aku ni Seri tekup muka.
JAI pandang tasik. Tuala putih yang melingkar di lehernya ditarik perlahan. Peluh yang menitik dilap.
Hmmsiapa minah yang baling kek kat aku tadi Jai sengih. Masih terbayang kejadian di rumah Acik.
Woi! Mengelamun!
Eh..macam mana kau tahu aku ada kat sini Jai dongak. Koci dah terpacak di sebelah.
Alah..aku dah tahu aktiviti kau Jai. Hujung minggu macam nikalau kau tak lekat kat rumah, sinilah kau lepak. Koci duduk di bangku sebelah Jai.
Jai membongkok, ikat tali kasut yang dah terburai dari tadi.
Jaikau rasa adik Acik tu..suka tak kat aku
Jai mendongak. Kenapa
Yalah..aku ni bukannya baik sangat. Tengok perempuan cantik sikit, aku mudah terpikat. Tapi..bila aku tengok dia, aku rasa lain.
Aku jatuh cinta ke apa Koci garu kepala. Dahi dah berkerut.
Tanya aku pulak. Kau serius ke
Koci pandang Jai. Tak tahu apa yang nak dijawab. Nak kata serius..macam tak. Tapi..bila tengok muka minah tu..macam ditarik-tarik nak kenal rapat.
Aku tanya ni..kau serius ke Jai ketap bibir.
Entahlah. Kalau aku kata serius..aku pun tak tahu isi hati dia. Aku ni macam tak sesuai dengan dianak ke dia kat aku ni
Kau jangan main-main Koci. Tu adik Acik. Lebam biji mata kau nanti kalau kau nak main-main je. Jai sandar di bangku.
Aku tak main-main la Jai. Ada muka aku ni main-main Koci tuding ke arah mukanya sendiri.
Jai sengih.
Kenapa kau senyum
Aku bukan apa..dari dulu kau suka perempuan cantik tapi tak pernah nak serius. Tadi, masa kat rumah Acik, bukan main lagi kau layan Lisa tu! Eloklah kau dan Lisa tu! Apa yang kau nak sebenarnya
Koci diam. Dia merenung air tasik yang bergerak-gerak ditiup angin petang. Memang tak dinafikan Lisa cantik dan bergaya tapi setakat itu saja. Tak ada apa-apa perasaan pada minah tu.
Aku kecewa Jai..cinta aku ditolak
Bila kau bercinta Jai menoleh Koci di sebelah.
Kau ingat tak masa kita di tingkatan lima dulu Mata Koci masih menghala ke arah tasik.
Apa
Salina..
Salina
Koci angguk.
Maksud kau..budak tingkatan empat..Salina Hashim
Koci angguk lagi.
Kenapa dengan dia
Dialah gadis pertama yang berjaya mencuri hati aku.. Koci buka rahsia yang selama ini disimpan kukuh dalam hati.
Jai terdiam. Tak sangka, dalam diam Koci menyimpan kasih pada Salina.
Jadi..apa kaitannya dengan adik Acik
Koci menoleh.
Adik Acik..dia gadis kedua yang aku suka..maksud aku..aku benar-benar suka tapi belum sampai tahap cinta. Koci mengaku terang-terang.
Err..jadi sekarang ni kau suka siapa sebenarnya Jai dah keliru. Salina Koci cinta, adik Acik pun dia suka..mana satu ni
Aku nak sangat jumpa semula dengan Salina..tapi mustahil. Sepuluh tahun dah berlalu.. Koci menundukkan wajah.
Jai melepaskan keluhan. Tak sangka Koci begitu mencintai Salina.
Err..macam mana kau tahu cinta kau ditolak
Aku pernah hantar surat pada Salina sebelum tamat tingkatan lima. Dia tak balas sebaliknya dia hina aku. Yalah..aku siapa banding dengan dia yang cantik lawa. Masa tu aku dapat tahu, dia suka kat seseorang.
Siapa
Koci angkat bahu. Dia melepaskan pandangannya ke tasik semula.
Sebab tu la aku dendam dengan perempuan cantik. Aku mainkan perasaan mereka tapi bila aku kenal adik Acik..hati aku terusik semula. Koci berterus terang.
Kau..kau serius dengan adik Acik Jai mengalih pandangan pada Koci semula.
Kau rasa
Apa pulak aku yang kena rasa Kalau macam tu, baik aku yang jatuh cinta dengan budak tu! Jai sengih.
Aku nak berubah tapi payah. Sikap aku dah macam sebati dalam diri aku ni. Kenapa aku susah sangat nak serius dengan perempuan
Kita hidup ni mesti ada tujuan, arah hidup. Kalau hidup kita ni hanya ikut je flow yang datang..macam nilah jadinya. Main rembat je apa yang lalu, main sapu je apa yang terbang. Sebab tu la Allah turunkan Quran dan Rasulullah s.a.w pula suruh kita ikut sunnahnya. Islam dah gariskan panduan untuk kita. Cinta tu adalah hadiah dari Allah. Jangan sekali-kali kita leka dengan hadiah sampai lupa pada pemberi hadiah. Cinta pada makhluk jangan sampai mengatasi cinta pada Tuhan. Cinta bukan Tuhan!
Ia hanyalah sebuah hadiah dari Tuhan.
Koci tunduk. Diam seketika.
Cuba kau fikir..apa tujuan Allah ciptakan perempuan untuk jadi pasangan lelaki dalam sebuah pernikahan Jai renung mata Koci yang dah kuyu.
Err..zuriat Atau..halalkan persetubuhanKoci garu kepala.
Jai sengih. Otak biru betul Koci ni. Tak ada fikir lain!
Memang la..tapi sebenarnya lebih dari tu. Perempuan ni adalah hadiah terbaik untuk lelaki bila dah ada ikatan sah tapi perempuan juga boleh jadi satu lubang neraka bila kita hanyut dengan godaan tanpa sebuah ikatan pernikahan. Aku pun bukan baik sangat tapi bila kita tahu mana yang baik, kita tak akan mainkan hati dan perasaan perempuan sesuka hati. Heret perempuan tu ke dalam maksiat. Kalau tak ada rasa nak nikah, jauhi perempuan tu. Kalau rasa dah sampai masa nak nikah, cakap terus terang. Jumpa mak ayah dia. Itu lebih baik.
Koci jeling Jai di sebelah. Jai ni kalau bercakap mengalahkan ustaz.
Kau cakap memang senang. Tak kena batang hidung kau!
Ni bukan soal batang hidung siapa. Ni soal kehidupan dan hukum. Kenapa lelaki suka pada perempuan Kenapa lelaki sibuk hal perempuan Macam jugak perempuan, sibuk hal lelaki. Kenapa Jai toleh lagi ke arah Koci.
Koci dah kuis-kuis rumput dengan ranting kayu. Entah apa yang difikir.
Aku yakin semua tu sebab satu je. Nak cari calon. Nak nikah. Maka kita sibuk hal perempuan dan lelaki. Tu sebenarnya tujuan kita tapi kita tak sedar dalam kita mencari calon dan nak bernikah lepas tu, kita ketepikan pencipta kita. Kita ikut kata hati bukan kata Tuhan.
Mungkin aku terlalu ikut kata hati..
Dah la..dah nak maghrib ni. Aku nak balik.. Jai bingkas bangun.
Koci masih di bangku merenung tasik.
Hoi! Tak nak balik ke Jai tepuk bahu Koci.Maghrib!!
Koci sengih. Dia bangun malas dari bangku. Jai dah melangkah ke arah motosikal.