Abstrak Cinta Aku & Dia - 18
BAB 18

WAKTU bekerja telah tamat. Zack masih tidak berganjak dari tempat duduknya. Dia gigih mencari maklumat tentang penyakit Rheumatoid Arthritis di internet. Di blog kendalian Jabatan Kementerian Kesihatan Malaysia, dia tekun membaca.

Zack, aku balik dulu.

Ralit membaca, tidak sedar Joe Zulkifli menegur.

Okey. Zack menjawab ringkas, tanpa memandang ke arah Joe Zulkifli.

Hai Zack. Tak balik lagi

Teguran kali ini menyebabkan Zack mengangkat muka. Senyuman manis Zareen muncul depan mata. Hilang sebentar semua maklumat yang dibaca tadi.

Hai Zareen." Zack telan air liur. "Errmaksud sayaCik Reen. Zack tergagap-gagap. Suka-suka hati panggil bos dengan nama saja.

Zareen kekal tersenyum.

Banyak sangat kekerja yang saya bagi sampai kena stayback Soal Zareen lagi, separuh bergurau.

Kalau pasal Cik Reen, stayback sampai esok pun saya sanggup. Zack terlajak kata sekali lagi. Jawapan ala-ala nak mengayat awek sebegitu tak sepatutnya keluar dari mulutnya ketika ini.

Err..ehem. Zack terbatuk kecil.

Kerja memang banyak. Tapi tak adalah sampai kena stayback pun. Zack mengubah ayat supaya kedengaran lebih sopan.

Zareen tersenyum sambil menggeleng.

Cik Reen nak balik dah ke

Zareen mengangguk.

Balik dengan siapa

Balik sorang ajelah. Kenapa Nak hantar saya balik Balas Zareen.

Kalau saya hantar nanti, marah pulak boyfriend Cik Reen nanti

Zareen tergelak.

Zack memandang dengan senyum sumbing lantas menarik nafas. Kalaulah Zareen jadi bini, hari-hari dia nak suruh Zareen gelak macam ini.

Saya balik dululah. Kata Zareen, tersipu sedikit setelah menyedari yang Zack merenungnya agak lama.

Okey. Baik-baik jalan Cik Reen. Jatuh bangun sendiri. Zack membuat lawak zaman Pak Pandir.

Yalah Zack. Assalamualaikum.

Waalaikummusalam.Zack memerhatikan Zareen sehingga hilang dari pandangan dan kemudian menarik nafas panjang. Dia kembali menumpukan perhatian kepada skrin komputer.

DARI jauh, Zack melihat Kate sedang duduk seorang diri di tempat biasa mereka melepak sambil merokok. Langkah di atur pantas.

Hai Kate. Tegur Zack setelah Kate dihampiri.

Kate tersenyum memandang Zack. Rokok di jarinya sudah dihisap separuh.

Merokok boleh sebabkan sakit dia jadi lebih teruk.Kata-kata Audrey bergema dalam otak Zack lalu dia mengurut tengkuk. Betapa dia ingin sekali menegur Kate supaya berhenti merokok. Tapi, dia tahu, itu tak akan mendatangkan hasil. Apatah lagi, dia sendiri turut sama merokok.

Zack menyalakan sebatang rokok untuk dirinya sendiri lalu duduk di sebelah Kate.

Hows your day Tanya Zack, memulakan perbualan.

Okey. Kate menjawab ringkas.

Zack tersengih.

Masing-masing menghembuskan asap rokok.

EhI nak tanyalah. Berapa lama you kenal Audrey Tanya Zack.

Lama.

I tak tahu pun yang Audrey tudoktor. Dia tak nampak pun macam doktor. Kata Zack.

Thenyou ingat, Audrey kerja apa Kate menyoal balas.

Supermodel.

Kate ketawa besar menyebabkan Zack turut ketawa sama.

Oh God! This is funny. Audrey will kill you if she heard this. Kata Kate dengan tawa yang masih bersisa.

Audrey ada beritahu I pasal penyakit you. Setelah menghembus asap rokok buat kali ke empat, Zack bersuara.

Wajah Kate serta-merta bertukar mendung.

Apa lagi yang dia cakap pasal I Soal Kate.

Banyak. Jawab Zack.

Idiot. Perlahan Kate menuturkan perkataan itu.

Wajahnya kekal muram.

You janganlah marah Audrey pulak. She cares about you. Kata Zack.

Yes...I know. Shes like a sister to me. Over protective one, I must say. Balas Kate.

Kate..

Yup...

You should stop smoking though. Smoking can make your condition worse. Akhirnya, Zack cakap jua perkara yang ada dalam kepalanya.

Oh...shut up! I heard it from Audrey already. Stop smoking. Youll get worse. Yadayada...yada

Zack tergelak sedikit. Kalau you dah tahu, kenapa tak nak berhenti Soalnya lagi.

Kenapa you tak nak berhenti Kate mengulangi soalan Zack.

Kening Zack terangkat.

We are not talking about me. Lagipun, I tak sakit.

Stupid excuse. Smoking is bad for everybody. Does not matter if you are sakit or not. Balas Kate.

Zack menghembus asap rokok ke udara. Terdiam sebentar.

Okay. Why don't we stop smoking Together. Zack membuat cadangan spontan.

Kate hampir ternganga. Are you serious

Yes. Zack angguk.

Kate terkebil-kebil.

What makes you suddenly want to quit Soal Kate.

Sebaberrrhmm.Sebab merokok tak baik untuk kesihatan. Jawab Zack.

Kate menggeleng. Kurang percaya dengan alasan Zack. Idiot. Do you expect me to believe that

Zack tersengih.

And dont tell me you want to quit because you want me to quit. That isnonsense too. Kate menyambung kata-katanya.

Well Zack menarik nafas. Ada seorang ni. I kind of like her Zack berkata perlahan, secara tak langsung, membuat pengakuan.

Uuuuuuu Kate tersenyum sinis. And.you want to quit because

Dia tak suka orang hisap rokok. Jawab Zack.

Oh. Kate terangguk-angguk. So, you nak berhenti sebab dia tak suka orang hisap rokok

Zack senyum sumbing, mengiyakan kata-kata Kate.

Siapa dia I kenal ke Tanya Kate, cuba mengorek rahsia.

Mungkin Zack cuba bermain teka-teki.

Kening Kate terangkat.

Waitis it Kate kelihatan teruja namun ayatnya tidak dihabiskan.

Zack menanti Kate menghabiskan ayat.

I think I know who you are talking about butnever mind. Kata Kate.

Zack senyum sumbing.

So, you rasakalau you berhenti hisap rokok, dia akan suka pada you

Maybe. Maybe not. Anyway, thats not the point. Smoking is bad for health, so lets stop. Balas Zack.

Kate menghembus nafas kasar. I sudah cuba banyak kali. Beribu kali. Tapi Kate mengangkat ibu jari kanan, lalu memusingkannya ke bawah, tanda tidak berjaya. Bibirnya dimuncungkan.

Zack tergelak. Comel pula melihat aksi Kate begitu.

Ala Kate. Mana tahu, kali iniboleh Tutur Zack, memberi semangat.

Kate mendiamkan diri, seperti memikirkan sesuatu.

Come on, Kate. Apa yang you nak fikir lagi

Okay, lets do it. Kate berkata, penuh semangat kali ini. Tapikalau I terasa nak smoking, macam mana

Zack terdiam. Turut sama memikirkan perkara itu. Untuk berhenti, bukan mudah. Sukar sekali menahan jika rasa gian untuk merokok datang. Secara tiba-tiba, satu lagi idea spontan menjengah minda. Zack tersenyum. Tunggu sini

Zack bangun dari duduknya.

Hey, you nak pergi mana Soal Kate terpinga-pinga tapi Zack tak menjawab.

Lima minit kemudian, Zack kembali dengan sepuluh batang gula-gula Chupa Chups pelbagai perisa di tangan.

Nah Zack menghulurkan lima batang Chupa Chups kepada Kate.

Chupa Chups Kate kehairanan tapi tangan dihulur juga menyambut gula-gula itu.

Kalau you terasa nak hisap rokok, makan ni. Jawab Zack. Kate ketawa.

Are you sure, this is gonna work

Zack angkat bahu sambil tersenyum. Dia benar-benar tiada jawapan untuk itu. Tapi, tiada salahnya untuk mencuba. Lebih-lebih lagi, apabila mendapat sokongan rakan seangkatan.

This is weird. Kate berkata perlahan.

Zack ketawa.

I nak strawberi Pinta Kate apabila melihat perisa gula-gulanya.

Zack memutarkan biji matanya. Perisa strawberi dihulurkan kepada Kate. Kate menggantikannya dengan perisa anggur.

Bagi I kotak rokok you. Ujar Zack.

Nak buat apa

Bagi ajelah.

Kate menurut. Kotak rokok dihulurkan kepada Zack. Zack turut mengeluarkan kotak rokoknya lalu dibuang ke dalam tong sampah berdekatan.

Idiot. I baru belilah! Kate terjerit.

"Well, too bad." Zack menjawab sambil tersengih.

Kate membuka mulut, mahu berkata sesuatu tetapi tiada apa yang keluar dari mulutnya. Kemudian, Kate memandang gula-gula di tangan dan muka Zack bergilir-gilir. Senyum nipis terukir di bibir.

Okay. So now, lets promise to each other. Stop smoking.Tutur Kate.

Stop smoking. Balas Zack.Mereka melagakan sebatang gula-gula Chupa Chups seperti melagakan gelas sebagai tanda pengikat janji. Tiba-tiba, Kate ketawa dengan kuat.

Kenapa Soal Zack, pelik.

You know what, I got a name. Lets call this promise a Chup Chup Promise. Jawab Kate lalu ketawa lagi.

What Chup Chup Thats sounds cheesy though

Who cares Siapa suruh namakan gula-gula ini, Chupa Chups Kate masih lagi ketawa.

Zack turut ketawa.

Whateverlah makcik. Asalkan kau bahagia Kata Zack.

Chup Chup Promise. My goodness. I feel like five years old kidKate menyambung kata dan tawa.

Zack menggeleng sambil menjeling Kate di sebelahnya, turut tersenyum.