LAZIM mengerling cermin depan kereta. Datuk Murad dan Kameena mesra berbual. Sejak pulang dari restoran tadi, tidak ada jeda dalam dialog mereka. Ada sahaja cerita yang mahu dikongsi.
Betul, papa. Budak tu dahlah selekeh. Berlagak pula tu. Nasib baik saja ada Cikgu Isa. Kalau tak, dia tak layak masuk kelas tu.
Lazim menggeleng-gelengkan kepalanya. Tidak jemu-jemu Kameena menghina budak kampung itu.
Tak baik kamu cakap macam tu. Dia bersungguh-sungguh nak belajar. Datuk Murad tidak selesa dengan sikap anak manjanya itu. Kameena perlu ditarbiah.
Orang cakap benda betul. Kalau papa tak percaya, boleh tanya pak cik. Kameena bermanja-manjaan.
Lazim terkedu mendengarkan namanya pula terlibat.
Kenapa pula Pak Cik Lazim disabitkan sama. Sekejap, apa hubungan budak tu dengan Cikgu Isa Datuk Murad musykil. Setahunya, Cikgu Isa membujang seorang sejak dulu. Dia pernah ke rumah guru itu tahun lalu.
Entahlah. Ada orang cakap, Cikgu Isa tu pak ciknya. Tapi, tak macam pak cik pun. Muka lain. Cikgu Isa kacak, dia... malas cakaplah.
Kameena, cubalah bertapis sikit mulut tu. Budak tu tak salah apa pun. Kamu tu suka dekat dia, mengaku sajalah.
Datuk Murad melebarkan tawa. Sudah lama anak perempuannya tidak diusik.
Papa! Orang tak suka budak Ajai tu. Dia selekeh!
Lazim tersentak lalu membrek secara mengejut. Kameena dan Datuk Murad di belakang terpelanting sedikit ke depan dek inersia yang luar biasa.
Lazim, kenapa Laju nafas Datuk Murad. Nafasnya lebih kuat kedengaran daripada pertanyaan.
Tak ada apa-apa, Datuk. Kucing melintas tadi, Lazim berhelah. Nama yang disebutkan Kameena tadi menghantuinya. Ajai. Ya, itulah nama yang Tok Batin Kutam sebut saat dia mencari cucu Tok Keman.
Lazim menggigil atas bawah. Tidak pasti apa langkah seterusnya yang perlu dibuka. Dia tidak pernah melihat wajah Ajai. Tetapi dia yakin suatu hari nanti mereka akan bertemu juga. Ajai perlu diburu!
SEMALAM, Pak Teh dan Mak Teh menjenguk rumah lama mereka di Bangsar. Sementara menunggu anaknya yang di luar negara habis belajar, rumah yang bersawang itu perlu dipetia. Bala tentera anai-anai tentu sedang menunggu isyarat sahaja daripada wizurai mereka untuk merobohkan rumah tinggalan itu. Setiap bulan, mereka perlu datang.
Kuala Lumpur dengan Pendang bukannya jauh sangat, Pak Teh. Cikgu Isa mengusik orang tua itu. Sudah lama benar mereka tidak ketemu. Hari ini pasti dipenuhkan ruang rindu.
Tak jauh kamu kata Nak tahu jauh ke tidak, kira tambang tolnya. Minyak lagi. Belum kira peluh-peluh satu badan ni. Giliran Pak Teh pula mencetus ketawa.
Ajai asyik tersengih dari tadi. Rindu barangkali. Ibarat sudah setahun berpisah dengan mereka. Walhal baru dua bulan.
Ajai, kamu diam saja dari tadi. Dah tak kenal kamikah soal Mak Teh sambil mencuit bahu kiri Ajai.
Bukanlah, Mak Teh. Saya tergamam.
Mak Teh makin cantik. Kelu lidah ni tiba-tiba.
Ruang tamu rumah Cikgu Isa menggelegak dengan ilai tawa mereka. Ajai turut sama ketawa. Dicekaknya pinggang ketat-ketat menahan senak.
Pandailah kamu, Ajai. Mentang-mentanglah Mak Teh dah tak duduk sini, berani kamu perli, ya
Riang mereka masih panjang. Cerita demi cerita keluar dari mulut masing-masing. Pak Teh dan Mak Teh bercerita tentang suasana dan cara hidup di kampung, Cikgu Isa dan Ajai pula berkongsi tentang kehidupan mereka di sini. Dari tengah hari sehinggalah azan zuhur dilaungkan suara mereka bergema di ruang sedang itu.
Sebelum keberangkatan mereka, pesan Pak Teh kepada Ajai; supaya dia belajar rajinrajin. Ajai tidak boleh mengecewakan insan di sekelilingnya. Termasuklah Pak Teh dan Mak Teh. Mereka berjanji akan mendoakan kesejahteraan jiran lama mereka itu biar sudah jauh di mata.