DATIN FARIZA memeluk erat anak daranya. Anak mama. Look at you. Kamu semakin cantik, sayang.
Berkaca-kaca mata Datin Fariza memandang anaknya. Tidak sangka anak daranya sudah membesar kini. Jika dulu, anaknya meninggalkan dirinya dalam usia yang begitu muda untuk menyambung pengajian di luar negara. Hidup di bumi yang asing. Kalau diikutkan kata hatinya, mahu sekali dia menghalang cadangan suaminya. Namun apakan daya, dia tidak mampu membantah walau sepatah kata-kata si suami.
Pa, Bella dah balik ni. Tak nak peluk Bella ke gurau Bella. Sudah masak dengan sikap bersahaja papanya. Berguraulah bagai nak rak sekalipun dengan papanya reaksinya tetap sama. Frozen.
Pergilah berehat. Kamu mesti penat lepas seharian dalam flight.
Datin Fariza diam. Tidak suka dengan cara suaminya menyambut kepulangan anak mereka. Apalah nasibnya berkahwin dengan seorang lelaki berhati beku begini
Bella sebaliknya sekadar mengangguk sebelum meninggalkan ruangan bilik kerja Datuk Tengku Syahir. Dadanya terasa lapang. Berada di rumah yang sudah ditinggalkan sejak bertahun-tahun lamanya sangat membuahkan rasa rindu dalam dirinya. Sekarang, dia mahu merehatkan diri dahulu. Letih akibat melalui perjalanan yang jauh merentas benua.
UNTUK yang ke-15 kalinya, Airish mengerling jam di tangan. Dah hampir nak masuk pukul lapan. Apa kes, keluar sampai tak ingat nak balik Ingat aku ni pak guard dia ke Teddy bear besar hasil pemberian Afiqa terletak elok di atas katil itu dikerlingnya sekilas.
Tengok tuan kau! Balik pun tak ingat. Joli sana sini. Laki kat rumah dilupakan terus! Teddy bear bermata bulat itu diramas Airish. Meluahkan rasa hatinya.
Aku tanya kau ni! Jawablah! bibir Airish diketap.
Rasa geram yang membuak-buak menyebabkan lelaki itu langsung sahaja mencampakkan teddy bear comel yang tak berdosa itu. Baru sahaja kakinya mahu mencecah anak tangga pertama, sekilas dia terpandang pintu bilik Afiqa yang terletak di sebelah biliknya. Lantas, dibatalkan sahaja niatnya untuk mengambil angin di luar.
Airish tersenyum tiba-tiba.
Girl only! No peeping is allowed!
Airish tergelak kecil. Hello! Tak sedar agaknya perempuan ni, rumah ni siapa punya. Tanpa ada rasa segan silu mahupun menghormati privasi orang lain, tombol pintu itu dipulas Airish. Bilik Afiqa sangat kemas. Meja kerja yang terletak berhampiran dengan katilnya, dipandang. Ada bingkai gambar yang terletak elok di situ. Gambar itu direnung.
Di situ, terdapat Katrina, Rayhan dan Afiqa. Apa yang tersaji di matanya sekarang ini adalah figura Rayhan dan Afiqa yang begitu mesra. Kemesraan itu diserlahkan lagi dengan rangkulan erat tangan Afiqa terhadap Rayhan.
Tanpa sedar, Airish hampir-hampir sahaja menghempaskan gambar itu ke lantai. Lelaki itu kemudiannya tersedar akan ketelanjurannya. Nafasnya diatur sebaik mungkin agar dapat bernafas dengan normal kembali. Dadanya yang dirasakan sakit itu disentuh. Kenapa tiba-tiba dirinya dirasakan kurang senang tengok semua ni Anehnya.
Ah! Mungkin itu perasaan biasa. Normal untuk seorang lelaki apabila melihat isterinya berpegangan tangan dengan lelaki lain. Mana-mana suami pun akan terasa benda yang sama. Laci meja kemudiannya ditarik.
Sekadar bermalas-malasan sahaja.
Lelaki itu langsung terkedu. Anak matanya tertancap pada sebuah buku tebal yang terletak elok di dalam laci tersebut. Lantas tanpa membuang masa, segera buku tebal itu ditarik.
Airish mengeluh. Bukan buku tapi album. Kulit yang dihias cantik itu dipandang tanpa jemu.
MY LOVE, ABANGKU.
Airish mencebik. Album itu diletakkan kembali ke dalam laci tersebut. Tak mahu belek ke Nak buat apa Tengok cover pun dah tahu. Pastilah semua isi kandungannya berperihalkan tentang isterinya dan si lelaki durjana itu. Ceh!
Bunyi deruan kereta yang memasuki perkarangan halaman rumah mereka, menyentakkan Airish. Bilik Afiqa segera ditinggalkan. Lekas laci meja ditutup sebelum langkah kakinya diarahkan keluar dari bilik Afiqa.
Baru ingat nak balik Kenapa tak duduk aje, dekat shopping complex tu terjah Airish tiba-tiba apabila tubuh Afiqa memasuki ruang tamu.
Assalamualaikum, Afiqa tersengih panjang.
Handphone awak berbunyi.
Airish yang baru sahaja bercadang nak berleter panjang, terhenti dengan sendirinya tatkala memandang huluran Afiqa akan telefon bimbitnya yang nyaring berbunyi. Afiqa menarik nafas lega. Dia tahu salahnya, namun bukan dia balik lewat ini dengan sengaja. Semuanya tak terduga. Semuanya Katrina punya pasallah.
Macam tulah gayanya bila keluar dengan minah tu. Habis semua benda nak dia lawat. Pantang keluar shopping.
Asyik berbunyi aje dari tadi, sambung Afiqa lagi.
Airish pantas menyambut huluran Afiqa itu. Keningnya yang mendatar ternaik tiba-tiba apabila perbualan antara Airish dan pemanggil di hujung sana bermula. Runsing Afiqa dibuatnya. Akalnya cuba untuk mengingati kembali siapakah pemanggil yang terpapar pada skrin telefon bimbit suaminya.
Kenapa
Airish jauh termenung ke hadapan. Akalnya sudah jauh menerawang ke hadapan. Afiqa yang melihatnya menjadi panik pula. Apa kena pula ni Dalam kepala Afiqa terbayang sesuatu yang paling tidak diingininya.
Siapa yang mati terjah Afiqa terus. Itu sebenarnya yang disangkakan kepala otaknya sedari tadi.
Apa kau melalut ni Mana ada orang mati! marah Airish.
Afiqa mencebikkan bibirnya kecil.
Habis, kenapa buat muka macam tu Buat orang cemas saja.
Airish menayangkan telefon bimbitnya tepat di hadapan Afiqa. Afiqa yang kaget dengan terjahan Airish itu, memandang skrin yang terpapar teks mesej itu. Senyuman Afiqa sedikit demi sedikit kian pudar. Ralit matanya menghadap paparan skrin itu. Bebola matanya bergerak dari kiri ke kanan, kemudian beralih pula pada kanan ke kiri. Senyuman itu berganti dengan ngangaan luas mulutnya. Wajah Airish dipandang.
Apa kita nak buat ni dadanya bergetar hebat menahan gelodak perasaan yang semakin membara. Bagaikan mahu pecah pembuluh darahnya membaca teks itu. Ini memang gila!
Along! Bella cuma nak bagitahu yang Bella dah balik Malaysia tau. And surprise! Bella akan ke rumah along nanti. Bila Tak nak bagitahu. Nak rahsia..! :p Tak sabar nak jumpa wife along. Cantik tak
AIRISH dan Afiqa sibuk memerah otak mencari idea. Airish yang sedang menompang dagu dipandang Afiqa. Wah, dalam kusut-kusut macam ni pun, Airish nampak kacak dan... seksi! Afiqa yang baru tersedar daripada anganannya itu membulatkan mata. Apa aku cakap tadi Segera matanya ditenyeh berkali-kali. Mata aku dah rosak barangkali. Kena pakai kaca mata ni!
Kau kenapa Dah dapat idea soal Airish.
Kalau kita terus terang, tak boleh keluh Afiqa.
Tak! Papa tak bagi. Entah kenapa. Mama cakap macam tu.
Afiqa mengeluh lagi. Kali ini, bunyinya agak berat. Helaan nafasnya juga panjang. Apa nak jadi ni
Jadi Apa kita nak buat sekarang ni Parah kalau lama-lama nak berlakon macam ni.
Sungguh Afiqa tidak dapat membayangkan macam mana rupanya nanti mereka mahu berlakon sebagai pasangan suami isteri nanti. Ah, dia bencikan semua ini!
Aku okey aje. Dah memang aku ni pelakon, lainlah kau.
Afiqa yang turut menompang dagu, mengangkat muka dengan pantas.
Eh, saya pun pandai berlakon jugak! Afiqa mempertahankan dirinya.
Ya ke
Mestilah. Juara drama festival lima kali berturutturut tahu masa zaman sekolah.
Di hujung ayatnya diperlahankan Afiqa sedikit. Airish tergelak kecil.
Sudah! Esok pastikan kau alih semua barangbarang kau ke bilik aku. Lepas tu kita akan ke rumah papa ambik Bella.
Semua ke
Yalah!
Tak boleh tinggal baju-baju semua Banyaklah.
Jangan nak buat hal. Nanti jadi apa-apa siapa yang nak tanggung
Afiqa memuncungkan mulutnya. Benci betul dengan suruhan macam ni.
And one more thing. Jangan bersaya-awak dengan aku, depan Bella nanti, pesan Airish.
Tahulah....
Aku pesan sebab aku tak nak kau panggil aku abang esok. Itu aje.
Kening Afiqa bertaut. Habis
Kau nak samakan aku dengan ex-boyfriend kau yang tak guna tu ke sinis Airish berbicara. Insiden di bilik Afiqa tadi bermain kembali di dalam kotak fikiran Airish. Huh!
Afiqa menjeling maut pada Airish di sebelah. Ungkit cerita lama nampak!
Habis, nak saya panggil apa Afiqa menurut sahaja tanpa mengetahui akan sebenarnya yang Airish sudah menggeledah kamarnya sebentar tadi. Sangkanya, Airish hanya berkata begitu hanyalah disebabkan suaminya sudah tahu kata pengganti nama buat Rayhan yang digunakannya selama ini.
Manalah aku tahu. Kau fikirlah sendiri.
Afiqa mendiamkan diri. Tiada rasa mahu membalas kata-kata Airish itu. Afiqa mengeluh sejurus sahaja Airish masuk ke dalam rumah. Kedua-dua pipinya digosok. Memberi kehangatan sedikit pada tubuhnya. Fikirannya sedang ligat memainkan kembali semua rancangan yang diaturkan mereka sebentar tadi.
TUAN, Datuk nak jumpa.
Airish mengerutkan keningnya seraya memandang Afiqa di sebelah. Kening Airish bergerak ke kanan, memberi isyarat kepada Afiqa untuk duduk di sofa di sebelah kanannya di ruang tamu. Afiqa sekadar menurut, tanpa sebarang bantahan.
Tuan.
Airish berhenti. Memandang pada pembantu rumahnya sekali lagi.
Datuk suruh bawak puan masuk sekali.
Serentak pandangan Airish dan Afiqa bersabung menjadi satu. Dada Afiqa mula memainkan rentak yang berbeza. Debaran halus sudah menyapa dirinya. Lantas, Afiqa berdiri mendekati Airish. Mereka terus bergerak sehaluan bersama menuju ke arah ruang kamar papanya.
Sebaik sahaja pintu panjang itu dibuka, terjengul wajah Datuk Tengku Syahir yang sedang sibuk menelaah sesuatu di atas meja kerjanya. Bertimbun-timbun kertas kerja bersusun kemas di atas meja itu.
Bella mana, papa Airish tak nampak pun Airish menyoal sejurus sahaja daun pintu ditutup rapat. Wajahnya cuba dimaniskan.
Papa dah hantar dia ke rumah kamu, mendatar sahaja suara Datuk Tengku Syahir. Suara yang kedengaran tanpa sebarang perasaan.
Pulak Semalam, mama yang suruh datang jemput Bella, rungut Airish pada dirinya sendiri.
Bella dan mama kamu nak keluar shopping. Kemudian, driver papa akan hantarkan Bella ke rumah kamu nanti.
Airish sekadar mengangguk sahaja. Mereka mengambil tempat duduk di atas sofa. Kedua-dua tangan Afiqa mulai sejuk. Tubuhnya duduk tegak, tidak mampu bersandar seperti Airish. Dia tidak biasa melalui situasi begini. Suasana sunyi sepi antara mereka sememangnya meresahkan Afiqa.
Kelihatan Datuk Tengku Syahir sudah menapak perlahan sebelum melabuhkan punggungnya di atas sofa yang berhadapan dengan mereka. Tongkatnya digengam erat. Kelat terasa air liur Afiqa menuruni lembah kerongkongnya. Tekaknya mulai kering. Gerun melihat renungan tajam papa Airish. Oleh itu, Afiqa mengambil keputusan untuk menunduk sahaja, memandang karpet putih itu. Terasa lebih selesa dalam keadaan begitu.
Huh!
Suara pertama sudah mulai kedengaran. Afiqa memejamkan matanya. Meskipun, suara tua itu kedengaran perlahan namun baginya suara itu begitu tegas dan sungguh jelas baginya untuk mengesan ada nada marah terselit di situ.
Dum!
Mata Airish dan Afiqa terarah pada beberapa naskhah akhbar tempatan yang dihempaskan Datuk Tengku Syahir dengan kasar ke atas meja. Kesemua naskhah tersebut, diperhatikannya satu persatu. Semuanya melibatkan kontroversi Airish yang mengakibatkan bagaimana terjadinya perkahwinan antara mereka berdua.
Papa panggil kami hanya disebabkan ini Ini semua kisah lama, pa. Kenapa perlu diungkit lagi soal Airish.
Dada lelaki itu sebenarnya disapa debaran kecil setelah melihat semua itu. Kepalanya seakan sudah dapat mengagak apa sebenarnya yang akan berlaku.
Satu sampul surat kemudiannya dilemparkan Datuk Tengku Syahir. Segala isi sampul itu termuntah dengan sendirinya. Berterabur gambar-gambar yang terkandung dalam sampul itu. Mata Afiqa membulat sebaik sahaja mendapati semua gambar-gambar yang disangkanya milik Airish adalah sebenarnya tentang dirinya.
Diamatinya lagi, kesemua gambar-gambar itu. Itu gambar-gambar ketika dirinya berada di Phuket bersama lelaki Thailand yang menegurnya secara tiba-tiba tempoh hari. Bagaimana foto ini semua boleh berada dalam tangan bapa mertuanya
Ini semua yang baru! Ucap Datuk Tengku Syahir senada. Nada yang tegas.
Jadi, apa masalahnya yang sebenarnya ni, pa soal Airish, cuba berlagak tenang.
Duduknya sudah tidak seperti tadi. Rasa gelisah memaksa dirinya untuk duduk dengan tegak dari terus bersandar di kepala kerusi tersebut.
Apa masalahnya Kau tak nampak masalah kat sini, Airish nada tegas itu begitu menggerunkan Afiqa.
Fiqa sekadar berbual dengan kenalannya. Salah ke, pa
Sekadar berbual
Ya! Airishkan selebriti, sebab tu Afiqa turut terkena tempiasnya. Orang suka fikir bukan-bukan padahal tak ada apa pun. Takkanlah Afiqa langsung tak boleh ada kawan lelaki Airish memberanikan dirinya untuk terus membela Afiqa.
Kamu memang tak tahu guna otak, Airish! Kau pun sama! Kau ingat kau siapa Kau lupa yang kau tu menantu keluarga yang ternama! Macam mana kau jaga tingkah laku anak mata Datuk Tengku Syahir terus menikam pada Afiqa yang menunduk. Suaranya memetir.
Gagal menahan amarah, tongkat puakanya segera dilibas ke arah Afiqa. Mujurlah Airish sempat menahan, melindungi isterinya. Habuan libasan tongkat papanya diterima lelaki itu dengan seperit hati. Wajah Afiqa langsung pucat tak berdarah. Degup jantungnya nyaris terhenti.
Papa!
Datuk Tengku Syahir mendengus. Matanya tidak lepas dari memandang seraut wajah polos yang bagaikan mahu menangis sahaja.
Hei! suara Datuk Tengku Syahir masih dikawal. Amarahnya sendiri yang hampir-hampir tidak terkawal itu dicuba kawal kembali.
Aku panggil kau ni! Pandang aku! tongkatnya dihentakkan berkali-kali di atas lantai. Dadanya berombak membedal segala benteng kesabaran yang dibinanya sendiri.
Perlahan-lahan Afiqa mengangkat mukanya. Sedayaupaya air matanya ditahan. Wajahnya dikeraskan.
Kau memang dasar perempuan tak ada otak! Aku kahwinkan kau dengan Airish supaya kau dapat jaga maruah dia. Tapi kau rosakkan pulak! marah Datuk Tengku Syahir.
Papa jangan salahkan dia. Fiqa tak tahu apa-apa! bela Airish.
Dia perlu tahu kalau dia dah jadi isteri kamu! Macam mana kamu jaga isteri kamu Jangan jadi suami dayus!
Papa!
Afiqa pantas menggengam erat tangan Airish daripada terus bersuara. Kepalanya digelengkan berkalikali.
Maafkan saya. Saya tak akan ulanginya lagi. Maafkan saya, kepala Afiqa masih lagi menunduk. Merenung karpet putih kosong itu.
Airish terus menarik tangan Afiqa untuk beredar dari kamar kerja papanya.
Tunggu!
Serentak Afiqa dan Airish berhenti. Rangkulan tangan Afiqa pada lengan Airish dieratkan seerat mungkin.
Kalau papa tahu sesuatu terjadi lagi selepas ni, tahulah macam mana papa nak uruskannya! amaran sudah diberi Datuk Tengku Syahir buat kali pertamanya.
Tangan Afiqa ditarik Airish segera lalu dibawanya keluar dari kamar kerja papanya. Rasa sejuk yang menyelubungi tangan Afiqa dapat dirasai Airish. Lalu, gengamannya pada tangan Afiqa dieratkan. Tubuh Afiqa terus dibawa masuk ke arah tempat penumpang itu. Dibukakan pintu di sebelah pemandu itu sebelum Airish kemudiannya turut memboloskan dirinya di dalam keretanya.
Tali pinggang ditarik lalu dipasang Airish pada tubuhnya. Baru sahaja enjinnya mahu dihidupkan, matanya terhenti pada tubuh Afiqa yang tertunduk itu. Airish mengeluh buat seketika. Tali pinggangnya ditanggalkan. Tangan Afiqa dibawa ke dalam telapak tangannya lalu digengam seerat mungkin. Afiqa terkejut. Matanya diangkat. Hatinya berasa sebak dengan tindakan Airish yang meniup tangannya yang kesejukkan. Kenapa sejuk sangat ni Kau demam ke
Dahi Afiqa disentuh. Tidak panas. Afiqa menggeleng sebelum melarikan tangan Airish daripada menyentuh dahinya.
Saya tak demamlah, lembut Afiqa menuturkan kata.
Airish tergamam pula. Dia tidak pernah mendengar lagi suara selembut begitu apabila bertutur dengan Afiqa. Selama ini, pasti gadis itu akan bercakap kasar dengannya. Mana tidaknya, setiap perbualan mereka sentiasa dipenuhi dengan pertengkaran kecil yang tiada kesudahannya.
Is it that bad Airish tersenyum manis.
Jarinya lembut menyeka air mata yang meleleh keluar dari kelopak mata isterinya. Namun, Afiqa tidak pula terasa mahu marah dengan pertanyaan Airish tika ini. Sekaan jari Airish dibiarkannya sahaja. Hakikatnya dia juga turut terharu dengan perbuatan suaminya itu. Hanya bibirnya sahaja menguntumkan senyuman buat lelaki itu.
Wajah Airish dipandang Afiqa. Nasib baik Airish ada menemaninya hari ini. Sungguh dia tidak dapat membayangkan jika nanti dia perlu berhadapan dengan Datuk Tengku Syahir sendiri. Pasti dia tidak kuat untuk hadapinya. Jiwa wanitanya langsung sebak dengan perhatian dan betapa bersungguhnya Airish dalam mempertahankan dirinya. Sungguh Afiqa terasa dia seperti dilindungi oleh seorang suami.
Airish....
Hmm Airish mengangkat keningnya.
Ah, nampak sangat comel lelaki ini!
Tak ada apa-apalah, ujar Afiqa apabila tersedar dari lamunannya tatkala Airish melambaikan tangan di hadapan wajahnya.
Nak makan aiskrim tak
Afiqa tergelak sendiri mendengar ajakan Airish itu. Entahlah, dalam keadaan begini, ajakan itu dirasakan lucu pula. Ditambah lagi dengan suara Airish yang seakan kedengaran agak manja itu. Kening Airish yang sengaja diangkat dan turun beberapa kali, membuahkan lagi tawa Afiqa.
Wow! Now, I really should admit it. Youre so cute!