Rambutnya tiba-tiba dirasakan seperti dicarik-carik kuku tajam , Janganlah Keris!
Hasya memarahi Keris sambil menjegilkan matanya, Sakitlah!
Harimau peliharaan yang diikutkan masih lagi berada di tahap bayi berdasarkan usia yang hampir mencecah dua tahun itu, seolah-olah mengerti lantas berhenti bermain dengan rambut tuannya.
Okay. Good boy, puji Hasya pada Keris seraya menyondong-nyondong hidungnya pada muka harimau yang lebih besar daripada mukanya sendiri itu.
Menangani harimau boleh juga diibaratkankan seperti berhadapan dengan karenah lelaki; walau setua mana pun mereka, kenakalan dan jiwa seorang budak lelaki terus-terusan menjadi raja di hati. Apabila perhatian yang diharapkan dari yang tersayang tidak diperolehi, pelbagai cara dilakukan bagi mendapat apa yang dihajati. Contoh: Berfoya-foya atau membuat onar di belakang sang isteri atau kekasih hati dengan harapan tertangkap jua aksi itu nanti demi membalas rasa sakit hati! Tiada bezanya dengan Keris yang sering ingin mengendeng dengannya meskipun di saat emosinya yang tidak tenteram, hampir kecundang Namun, belaian Keris jugalah yang mendatangkan kedamaian dalam hatinya tiap kali timbulnya kekalutan yang meragut jiwa.
Keris tidak semena-mena bangun dan menuju ke pintu utama. Dia terus mundar-mandir di situ seolah memberi isyarat kepada Hasya supaya membukanya. Bingo! Pada saat itu jugalah Hasya menyedari bahawa Aggi sudah pun berada di luar banglonya yang kelihatan usang terbiar dari pandangan luar. Sengaja tidak diletakkan loceng pada tembok pagar setinggi lapan kaki itu bagi memberi gambaran banglo didiaminya bersama Keris tidak berpenghuni. Namun demikian, dengan deria bau harimau yang mampu mengesan bau manusia dengan jarak 150 kaki, tidak sukar untuk Hasya mengesyaki adanya penyangak mengintai-ngintai di luar samada dengan niat menceroboh mahupun merompak! Sebaik menyarung
selipar, Hasya langsung ke depan meninggalkan Keris. Suis tembok automatik ditekannya.
Whatever you see before your eyes after this, keep calm, pesan Hasya kepada Aggi yang kelihatan lemah lesu garagara jet-lag penerbangan hampir 14 jam keseluruhannya dari Warsaw ke Dubai bagi tujuan transit, sebelum mendarat di KLIA.
Itu belum lagi dicampur dengan rasa ngeri ditinggalkan pemandu teksi di tengah hutan sebentar tadi sehinggalah terlihat tembok rumah terbuka dengan tidak disangkasangka! Aggi, wanita kulit putih yang tinggi lampai, berambut pendek dan bermata biru itu terkebil-kebil memandang Hasya seraya menyapa,Oh Hasya, please I dont expect another heart attack, okay
Aggi terkulai pengsan sejurus melihat Keris sedang berjalan di ruang tamu rumah besar itu.