DIARI CINTA ROMEO - 18
Aku bangun lambat. Macam biasa. Dan aku rasa hari ni aku bangun lebih lambat. Lebih lambat daripada biasa. Tak payahlah aku cakap pukul berapa. Letih kot. Mana taknya. Semalam sampai kolej pun dah dekat pukul 12.00. kalau tak sampai awal. Tapi masa dalam perjalanan tu, singgah makan kejap. Yela, masing-masing tak makan apa-apa lagi. Pukul 6.00 dah dekat stadium. Mana sempat nak pergi makan. Lagipun, aku tak rasa sekitar stadium tu ada tempat makan. Setakat gerai jual burger, makanan ringan tu adalah. So memang tak berbaloi kalau nak beli. Tak kenyang.

Mujur semalam masa Sue datang, mak dia ada bawakkan karipap. Panas-panas pulak tu. Boleh alas perut. Lepas makan satu, aku ingat nak amik lagi satu. Tapi dah licin. Kejap betul. Nampak sangat masing-masing tengah kebulur. Anyway, thanks mak kepada Sue. Aku tak tahu nama mak dia. Kalau tak, aku dah mention dekat sini. Terima kasih daun keladi. Lain kali, masak lagi ya mak cik.

Bangun tidur, terus aku online. Dah jadi rutin. Tak cuci muka, tak berus gigi. Aku pun pelik, mesti ke berus gigi atau cuci muka kalau lepas bangun tidur Atau benda tu sekadar ritual turun temurun. Mat salleh tu, bangun tidur terus makan. Okay je. Lagipun kita disunatkan untuk minum air masak sejurus kita bangun tidur. Ada kajian yang menunjukkan air liur yang ada dalam mulut ketika kita bangun tidur tu mempunyai khasiat yang bagus untuk sistem immunisasi. Sejauh mana kebenaran tu, tepuk dada tanya selera.

Aku tengok timeline penuh dengan ucapan tahniah kepada Skuad Hoki Remaja Negara. Yela, penantian selama 20 tahun. Dulu dalam aksi final, Malaysia menentang kumpulan yang sama iaitu Pakistan. Cuma bezanya, 20 tahun dulu Malaysia tumpas. Tapi kali ni kita dah boeh tersenyum bangga. Malaysia menang kot. Kalau bukan kita yang sokong Malaysia, siapa lagi

Aku pun bangga jugak. Sebab aku ada masa aksi final dekat stadium semalam. Kira aku ni ada kredit jugaklah. Kan

Zuliskandar : Amboi terloncat-loncat dekat grandstand. Siap pegang bendera Malaysia lagi.

Aku : Haa, mana tahu Kau dekat mana ni wey

Zuliskandar : Aku dekat rumah. Tengok dekat astro arena.

Aku : Amboi youlls, lepas ni I fofularlah. Haa

Aku baca balik mesej yang Zul bagi aku semalam. Zul ni classmate aku jugak merangkap ketua kelas untuk semester ni. Seorang yang prihatin, cerewet dan pandai bergurau. Orang Negeri Sembilanlah katakan. Patutnya semalam dia join kitorang tapi disebabkan ada hal lain, dia tak dapat pergi.

Masuk tv Ceh, aku tak bangga pun masuk tv tu tapi yang aku bangga bila Malaysia menang. Tu je. Kiranya berbaloilah datang jauh-jauh dari KL. Lepas tu balik lewat malam sebab Malaysia menang. Secara tak langsung penat tu hilang.

Tengah belek-belek mesej tu, handset aku vibrate. CapitalM hantar. Aku senyum.

CapitalM : Awak, awak dah bangun belum Dah tengahari ni. Hee

Aku : Dah sayang. Amboi, ingat Fiz ni suka bangun lambat ke

CapitalM : Eh mana ada. Saja je nak kejut.

Aku : Ni balik KL bila Naik bas pukul berapa Naik bas dekat mana

CapitalM : Amboi ni kena temuduga ke Haa. Saya balik petang. Tiket pukul 4.30 petang. Naik dekat Melaka Sentral. Mak dengan ayah Sue hantar kot.

Aku : Tak rasa lewat sangat ke Nanti agak-agak sampai KL pukul berapa

CapitalM : Takpelah. Saja nak bagi Sue ni lama sikit dekat rumah. Rasa-rasa sampai TBS pukul 6.00 kot.

Aku : Hm okay. Nanti Fiz jemput. kalau awak sudilah. Kalau tak sudi, takpe.

CapitalM : Tak menyusahkan awak ke Saya bukan cakap tak boleh tapi saya seganlah. Awak dah buat macam- macam untuk saya. Lagipun Sue ada. Jangan risau. Dia boleh teman saya.

Aku : Buat macam tu. Fiz tak rasa Fiz ada buat apa-apa pun. Fiz rasa tanggungjawablah. Sebab tu Fiz rasa tak menyusahkan. Tanggungjawab tu macam tugas. Awak dah jadi tanggungjawab Fiz sayang. =)

CapitalM : Okaylah kalau macam tu. Tapi saya tak paksa ea.

Aku : Ye, jangan risau. Fiz okay. Nanti dah dekat-dekat nak sampai mesej okay. Ni dah makan belum

CapitalM : Okay nanti saya mesej. Dah makan. Mak Sue masak. Awak dah makan belum ni

Aku : Belum. Fiz baru bangun. Hee. Ni semua barang dah kemas Gerak ke Melaka Sentral pukul berapa

CapitalM : Semua barang dah kemas. Eh kejap, nak siap-siap. Kejap lagi Mak Sue nak hantar dah ke Melaka Sentral.

Aku : Eh awal lagi. Baru pukul 1.30.

CapitalM : Mak Sue tak nak tergesa-gesa. Nanti dah sampai awal. Senang,

Aku : Okay, jangan lupa solat. Take care, miss you.

CapitalM : Miss you too =)

Inilah sifat aku. Sifat yang memang aku tak boleh ubah dari dulu. Risau semacam. Aku tak bolehlah tengok dia jalan sorang-sorang. Mesti risau. Walau kali ni dia balik dengan Sue, aku tetap risau. Aku nak dia belajar berdikari. Aku tak nak dia manja. Tapi selagi aku boleh jaga dia, aku akan jaga. Sama jugak dengan waktu makan. Dia ni memang susah betul nak makan. Lagi-lagi makan malam. Lepas tu mengadu, perut laparlah apalah. Petang tadi tak nak makan. Dah malam-malan buta baru mengadu. Sebab tu memang aku akan tanya setiap waktu makan dia. Sebab aku tak nak dia lapar. Aku tak nak dia rasa susah.

Bila aku dah rasa bosan, bila timeline dah takde apa yang menarik, bila badan mula tak selesa, bila perut dah mula lapar, aku capai tuala. Terus mandi. Siap mandi, aku Zuhur dulu. Roommate aku takde. Biasalah kalau hujung minggu. Balik rumahlah kerja ni. Tapi aku okay je. Jujur aku cakap aku lebih selesa sebenarnya bila kena tingal sorang-sorang ni. Rasa bebas.

Nak makan, takde kawan pulak. Floormate pulak semua dah makan. Padan muka. Siapa suruh bangun lambat. Aku rasa nak makan pun macam dah tak berbaloi je. Tunggu makan malam je. Last-last, aku buat milo panas di tengah-tengah panas hari cicah dengan biskut kering. Kenyang.

Dalam 4.30 petang, CapitalM mesej yang dia dah naik bas. Aku cakap okay. Aku gerak ke TBS dalam pukul 5.30 kot. Taklah awal sangat. Nanti bosan pulak tak tahu apa nak buat dekat sana. Melaka dengan KL pun bukan jauh sangat. Lepas Asar, aku siap-siap. Memandangkan aku jalan kaki untuk ke Stesen U, aku gerak awal sikit. Dalam 5.15 aku dah gerak. Sebab kalau jalan kaki mengambil masa 15 minit jugaklah. Kawan-kawan tanya nak pergi mana, aku cakap nak pergi KL Sentral, beli tiket. Bohong sunat.

Oleh kerana aku takut sampai awal, aku naik Putra sampai Masjid Jamek. Then tukar Star untuk ke BTS. Selalunya aku naik ERL. Tak sesak. Cepat. Walaupun kekerapannya setiap setengah jam. Kalau naik Star, lambat sikit sebab banyak stesen kena berhenti. So aku decide naik Star je. Boleh tengok gelagat manusia. Dalam train, aku keluarkan buku Aku Rindu 90s. Aku tak habis baca lagi buku ni. Saja aku bawak buku ni. Mana tahu aku sampai awal, taklah aku buang masa. Tapi dalam tren, sangat sesak. Buku aku genggam erat. Memang tak berkesempatan langsung nak baca. Maklumlah, waktu orang balik kerja. Handset aku vibrate. Tapi aku biar. Nak gerak pun tak boleh. Nanti kalau aku gerakkan tangan, takut tersilap gerak. Terkena mana yang tak patut. Tak pasal-pasal kena tuduh pencabul. Aku baik okay.

Sampai stesen BTS pun, kena tunggu lagi. Under renovation. Ada 1 lorong je dibuka untuk keluar. Aku stay dulu bagi lengang sikit, aku gerak.

Aku capai handset. Aku baca mesej. Daripada CapitalM

CapitalM : Awak dekat mana Sy dh smpai ni..

MasyaALLAH, awal gila dia sampai. Jalan tak sesak ke Lagi awal dari aku. Aku reply.

Aku : Tunggu jp, sy dekat stesen LRT. Awak tunggu dekat mana

Aku terus gerak ke TBS dalam keadaan sesak tu. Nama je guna Touch N Go, tapi lambat jugak. Dalam keadaan sesak, macam gelagat manusia aku lihat. Kebanyakannya ramai usung beg-beg besar. Tak kurang warga asing yang buat Malaysia ni macam negara sendiri pun ada. Biaq pi lah depa.

Masuk je TBS, mata aku melilau mencari. CapitalM masih lagi tak balas mesej aku. Aku nak suprisekan dia. Kalau boleh biar aku yang nampak dia dulu. Aku pergi ke balai ketibaan. Sah, dia ada dekat sana. Berbaju kurung hijau. Teringat aku dekat Shimaa. Sebab Shimaa suka sangat warna hijau.

CapitalM tengah sibuk menaip mesej. Nak hantar dekat akulah tu. Aku nampak banyak gila beg. Kata balik tiga hari, tapi macam nak balik cuti semester je. Bayang Sue, aku tak nampak. Pergi tandas kot. Perlahan-lahan aku pergi dekat dia. Dia masih tak perasan aku. Sibuk lagi dengan handsetnya. Aku dekati dia lagi. Perlahan-lahan. Di celah-celah kesesakan manusia. Baru aku nak sergah, dia nampak aku. Aduh, rosak plan. Baru nak sergah. Matanya dibeliakkan. Bahu aku ditumbuk manja. Kami tergelak. Terburai segala rindu. Lidahnya dijelirkan. Tanda mengejek

Baru nak sergah tadi. Dah awak nampak Fiz Aku

Tak boleh pun CapitalM

Sue mana Awalnya sampai. Fiz ingat Fiz sampai dulu tadi. Aku

Sue dalam tandas. Entah. Bas pun laju semacam je tadi. Sebenarnya kitorang tidur dalam bas tadi CapitalM

Tidur je kerjanya Aku

Dia tersenyum. Terpancar wajah bahagia. Aku turut gembira. Hilang segala duka setelah empat mata bersua muka. Aku nampak Sue. Keluar tandas. Kurung Hijau juga.

Amboi, ni nak pergi marhaban k Aku

Aah, nak pergi marhaban. Warna baju pun sama CapitalM

Sibuk. Orang cakap dengan Sue, bukan dengan awak Aku

Lidahnya dijelirkan. Tanda mengejek. Aku ketawa. Sue senyum. Memang macam budak-budak. Asyik nak menang. Tak pernah nak kalah.

Aku bahagia. Sebab dia selamat depan mata. Aku cari port untuk duduk. Sebab nak Maghrib awal lagi rasanya. Kami pergi tingkat atas. Duduk depan Tutti Frutti. Ada banyak seat dekat situ. Aku pun pelik. lama sangat ke aku tak pergi TBS

Banyak kedai baru nampak. Ada satu kedai bertentangan dengan Tutti Frutti. Pekan Rabu. Sebenarnya aku dah lama perasan. Sebab aku memang selalu naik bas dekat sini. Tapi buat tak kisah jela sampailah CapitalM tegur,

Eh dekat sini ada Pekan Rabulah. Pernah dengar nama Pekan Rabu. Macam ada dalam pantun CapitalM

Mungkin. Pekan Rabu ada dekat Alor Setar, Kedah. Jual barang-barang yang macam ada dekat dalam kedai tu. Makanan, tudung-tudung, cenderehati, Al-Quran Sue

Fiz pernah pergi sana. Masa tu ada silat dekat KUIN. Balik tu singgah Pekan Rabu kejap. Paling best dekat bahagian bawah Pekan Rabu. Banyak tempat makan. Best gila Aku

Wah untunglah orang selalu berjalan. Patutnya kedai tu bukak hari rabu je. Nama pun Pekan Rabu. Tak pun ada sale kalau setiap hari rabu CapitalM

Lawaklah konon tu Aku

Sambil tangan ke bahu, mata ke atas. Saja aku mengenakan dia. Buat lawak konon. Suka aku lihat dia terkena. Mukanya merah. Aku dan Sue gelak. Lidahnya dijelirkan. Nakal. Potong lidah tu, baru tahu. Kebetulan ada pengumuman yang mengatakan waktu Maghrib dah masuk. Lepas solat, aku pergi beli tiket sebab esok aku nak balik kampung pulak. Study leave bermaksud leave the study. So aku balik kampung.

Balik tu kami naik ERL. Nak cepat sampai. Dah lewat kot walaupun jam baru pukul 8.00 malam. Aku risau pulak. Yela, ada dua orang anak dara bersama aku ni. Apa-apa jadi, memang aku yang kena bertanggungjawab. Sebab aku yang paling tua. Dalam ERL, kami duduk terpisah. Ramai pulak orang malam ni. Sampai KL Sentral, terus kami gerak ke Stesen U. Dengan beg besar dan banyak, kami tak ubah macam saudagar pakaian dari Selatan Thai. Nasib baik aku pakai tee warna putih. Kalau tak, kami akan dicop saudagar pakaian. Dalam tren, barulah kami sempat berbual lagi.

Awak, nanti awak turun dekat Stesen U tau. Naik teksi dengan Sue. Terus sampai kolej Aku

Awak

Takpe, Fiz turun dekat Kerinchi je. Awak pun fahamkan Aku

Hm faham-faham. Nanti takut budak kolej nampakkan CapitalM

Pandai pun. Awak, sebenarnya Fiz tak makan dari pagi tau. Lapar Aku

La yeka Habis nanti nak makan dekat mana Dah pukul 8 ni CapitalM

Takpe, Fiz makan Amjal. Fiz dah mesej floormate. Diorang tunggu dekat Amjal je Aku

Asyik Amjal je. Memang anak Amjal CapitalM

Nak buat macam mana. Orang bujang. Lainlah kalau dah ada isteri. Jadilah anak isteri pulak Aku

Ish, ada-ada jela CapitalM

Aku tersenyum. Bahagia. Sampai lupa kehadiran Sue. Sorry Sue. Aku gembira, bersyukur. Walaupun hubungan kami banyak halangan dan cubaan, kami kuat. Kami tabah untuk harunginya. Kami bahagia. Alhamdulillah. Dalam solat selalu aku berdoa bahawa semoga ada jodoh antara kami. Kerana aku hanya mahukan yang halal dengan dia. Semoga dimakbulkan. Amin.

Sampai Kerinchi, aku turun. Aku tunggu sampai tren gerak tapi tren tak gerak-gerak. Ada dalam dua minit. Aku mesej CapitalM,

Aku : Jodoh kita kuat. Tren pun tak nak gerak. Dia tak nak pisahkan kita.

CapitalM : Ish awak ni, jangan perasan okay. =P

Aku : Tak percaya Tengok, sampai sekarang tren tak gerak lagi.

Capiatl : =)

Lepas tu, immediately tren gerak. Tren ni pun satu, macam faham-faham je.

Tersenyum lagi. Hari yang penuh dengan kebahagiaan, senyuman dan kegembiraan. Aku terus ke Amjal. Floormate aku dah tunggu. Aku order nasi putih lebih dengan sup campur. Tapau burger ayam satu. Bayar hutang tak makan sehari.

Alhamdulillah rezeki Allah.