Ika tanya, Abang nak ke mana Soal Ika keras. Bengang apabila Idlan senyap sahaja dari tadi.
Idlan memulas stereng dan menekan brek apabila berhentikan kereta di tepi jalan. Nafas ditarik dalamdalam bagi mengusir perasaan debar. Dia sedang berkira-kira nak meluah rasa hati. Perasaan itu tak boleh disimpan dan ditangguh-tangguh lagi. Dia mesti menyampaikan hasrat.
Sejak abang balik kampung, Ika selalu muncul depan abang. Ika buat abang rasa serba salah. Setiap kali kita berdepan, perasaan bersalah makin menebal. Secara tak langsung, Ika menghukum abang. Idlan memulakan sesi luahan.
Kenapa tiba-tiba abang cakap macam ni Bukan ke Ika dah maafkan abang Ika tak pernah menghukum abang. Ika juga tak pernah salahkan abang.
Idlan menarik nafas. Dia cuba bertenang dan berfikir macam mana nak susun ayat seterusnya. Namun, dia kehabisan idea. Dashboard dijeling lama. Teringat pada sesuatu, bibir tersenyum lebar tak semena. Hilang perasaan gemuruh dan debar pula kian beransur.
Tubuh dirapatkan pada gadis itu.
Ika mengecilkan diri. Bulat matanya apabila Idlan terlalu dekat.
Idlan membuka dashboard. Bekas cermin mata diambil dan dibuka. Mata melekat pada wajah Ika yang ketakutan. Dia menggeleng. Lucu melihat Ika. Gadis itu macam nak menangis. Dia tahu kedudukannya terlalu rapat dengan Ika, tapi dia bukan nak buat perkara tak senonoh. Dia cuma nak buka dashboard saja.
Cincin yang pernah tersarung di jari Ika sebelum ini, diambil dari kotak. Saat itu, dia melanggar batas. Tangan kanan Ika dicapai.
Ika tergamam. Kaku terus dengan tindakan Idlan. Mulutnya terkunci untuk menghalang.
Abang nak Ika pakai semula cincin ni. Tolong jangan ditanggalkan lagi.
Lekas-lekas Ika menarik tangannya semula. Kenapa abang buat Ika macam ni Tolong jangan
mainkan perasaan Ika.
Abang nak kita sambung semula.
Apa yang nak disambung
Pertunangan kita.
Ika melopong. Terkebil-kebil dengan permintaan Idlan.
Demi mak abang. Demi maruah keluarga Ika yang abang dah calarkan. Bila tengok muka mak abang tadi, bila dia sentuh pipi Ika, abang tak sampai hati. Kalau dulu abang pernah lukakan hati dia, tapi untuk kali ni! Selagi dia bernafas, abang nak buat dia gembira.
Ika menggeleng, Tak semudah itu. Abang dah kahwin. Kenapa abang nak pertunangan kita disambung semula Kalau isteri abang tahu, tentu dia kecewa. Tarik balik kata-kata abang.
Idlan merengus halus. Kalau Ika tahu hal sebenar, nak ke Ika terima lamarannya semula
Apa kau buat ni, Idlan Masalah rumahtangga kau belum selesai, kau cari beban lain pula Memang sengaja cari penyakit!
Ika merenung wajah Idlan dari sisi. Dia tahu Idlan ada masalah berat.
Terus-terang dengan Ika, kenapa abang balik kampung dan menetap lama kat sini Apa sebenarnya abang cari Kalau abang nak kongsikan masalah, Ika boleh dengar. Tapi, jangan sampai terkeluar cakap abang nak kita bertunang semula.
Idlan menatap lembut wajah Ika. Kenapa dulu dia berlagak sangat dan tak mahu kenal gadis ini lebih dekat Kenapa dulu dia terlalu menurut kata hati Atas alasan apa dia membantah untuk tak meneruskan pertunangan dengan Ika Kerana pada ketika itu dia terlalu muda Tak puas bersuka ria
Ika serba salah. Kasihan melihat keadaan Idlan. Tiba-tiba saja Idlan nampak sedih. Apa dah jadi sebenarnya
Kalau tak boleh ceritakan masalah abang, tolong hantar Ika balik. Bila hati abang dah tenang, nanti datang jumpa Ika semula dan ceritakan apa yang terbuku dalam hati abang. Apa guna kita berkawan kalau tak boleh berkongsi masalah.
Idlan masih memegang cincin. Kata-kata Ika tak diendahkan. Tangan gadis itu ditarik semula. Cincin disarung serta-merta.
Ika tercengang-cengang. Abang!
Tak sengaja suara Ika meninggi. Dia sangat terkejut dengan tindakan Idlan. Terperanjatnya bukan sedikit apabila Idlan berjaya menyarung cincin itu semula.
Idlan meletak jari telunjuk di bibir sendiri. Syyy! Bingit telinganya ketika Ika menjerit.
Ika tak rela abang buat macam ni. Kalau betul abang serius, pergi jumpa mak dan ayah Ika. Jangan sarungkan cincin sembarangan! Ika menutur kata dengan bibir bergetar. Macam orang kesejukan.
Boleh Ika terima abang semula
Ika usap dahi berkali-kali. Tak tahu nak beri jawapan apa. Idlan nampak sangat terdesak. Macam orang hilang punca.
Tapi, cara abang ni tak betul. Apa abang lakukan ni salah. Kalau abang serius, ikutlah adat. Ika masih ada mak ayah. Ika ada Abang Afi. Abang tak boleh terburu-buru buat keputusan. Lagipun, fikirkan sama perasaan isteri abang kalau dia tahu perkara ni. Tentu hati dia terluka.
Abang tak bahagia dengan dia, Ika. Abang tak bahagia! Idlan tinggikan suara sekaligus rahsianya pecah depan Ika.