Siapa Syakk, kau mengaku sekarang! Kau tak boleh nak bersembunyi lagi! Zainura terus menghampiri Syakila.
Eh, bukan. Sebenarnya ini...
Ini apa Lambatnya nak cakap! Jangan kata ini girlfriend awak
Ini...
Syakila semakin berdebar-debar. Janganlah, takkan dia nak mengaku kut Girlfriend Serius
Erm...
Kau jangan nak buat hal... Sempat Syakila memberi peringatan.
Ini....
Tik tok...
Tik tok...
Semuanya masih berdebar....
Beberapa orang wartawan bersedia membuat kerja masing-masing. Menunggu apa yang akan diluahkan dari bibir Zairis.
Girlfriend
Adakah itu yang bakal disebut Dan, yang keluar adalah...
Ini... m... ma...
Ini mak cik saya!
Whatt! Semuanya tersentak mendengar pengakuan itu.
Apengakuan, kenapa perkataan mak cik yang PA ke sengal kau ni Dalam banyak-banyak
kau sebut Syakila laju mengejar langkah Zairis yang sudah jauh ke hadapan.
Dah itu yang aku terfikir, nak buat macam mana jawab Zairis selamba. Butang unlock ditekan. Kaki semakin laju menghampiri kereta.
Lelaki itu terus masuk ke dalam kereta. Manakala Syakila pula, mengambil tempat duduk di sebelah.
Malulah aku! Nasib si Nura tu tak syak macammacam. Kut ya pun, janganlah sampai sebut mak cik. Aku pantang betullah dengar nama tu. Kau tahu tak, aku ni muda lagi Nak cakap mak cik memang taklah! Weh, kau dengar ke tak ni Syakila menepuk lengan Zairis yang mula memandu.
Dengarlah! Kau tak nampak ke aku tengah drive ni Aku siku kau kangg!
Aku tak habis cakap lagi dengan kau. Ingatkan kau nak mengaku aku ni kawan kau ke, atau kakak saudara ke Itu dah kira okeylah. Tapi, memang tak boleh terima betul bila kau mengaku aku ni mak cik kau. Mak cik Sejak bila Dalam mimpi bolehlah aku jadi mak cik kau!
Dahlah tu. Aku malaslah nak gaduh dengan kau, balas Zairis. Pemanduan semakin dipercepatkan. Kusut pula dengar suara Syakila yang tidak henti-henti bergema.
Siapa nak gaduh Aku pun tak inginlah! Syakila berpeluk tubuh. Tak guna punya Zairis! Panas aje hati ni. Kalau dah tak ada idea, mengaku yang sedap didengar ajelah. Ni memang kejap lagi makan kaki dengan dia!
Zairis sekadar menjeling melalui ekor mata. Kau punya pasallah nak marah. Janji tak kantoi dah cukup baik!
DAHI Syakila sedikit berkerut apabila kereta tersebut terparkir di sebuah restoran. Dia menoleh kepada Zairis.
Apa ni
Kening Zairis sedikit terjongket.
Ni restoranlah. Kenapa
Syakila mengetap bibir. Muka lelaki itu, memang tak ada perasaan. Selamba badak kau ajekan! Ni kalau aku sumpah jadi badak, baru padan muka! Getus hati Syakila. Rasa nak tumbuk wajah lelaki itu sekarang juga.
Buat apa kat sini Dah lewat malam. Hantar aku baliklah
Zairis tidak mengendahkan kata-kata itu. Tangannya segera membuka pintu kereta sebelum keluar.
Kau pula nak jadi pekak Aku tanya, jawablah! Aku nak balik. Nanti Nura tanya aku macam-macam pula! Syakila turut keluar. Menghentikan langkah Zairis yang hendak menuju ke arah restoran.
Zairis memalingkan tubuh, menghadap Syakila.
Aku lapar, adu Zairis
Kau ingat aku hairan dengan semua tu Eh, suka hati kaulah nak lapar ke tak! Aku nak balik. Sekarang! Suara Syakila naik seoktaf.
Menghampiri kereta semula. Zairis sengaja melabuhkan dagu di atas bumbung kereta. Betul-betul berhadapan Syakila yang masih berada di situ.
Senyum terukir di bibir. Mata sengaja dibulatkan.
Konon-konon, nak meraih simpati. L la lapar. Dah buat dah!
Pergilah makan. Hei, semak betullah! halau Syakila. Dia menarik muka masam. Sengajalah tu. Asyik dia aje nak menang!
Jomlah, ikut sekali
Tak nak. Aku tunggu kat sini aje.
Aku tak nak hantar kau balik kalau kau tunggu kat situ!
Kau jangan cari pasal, boleh tak Marah pula Syakila.
Jomlah Kenyit mata. Sebelum tawa terlepas dari bibir.
Rahang Syakila bergerak-gerak. Mamat ni memang sewel. Gatal dan miang! Huhh! Hanya sabar ajelah yang boleh dilakukan.
Langkah Zairis diekori dari belakang. Kalau ikutkan hati yang kejam, dah lama Syakila tendang lelaki itu senyap-senyap. Tapi, dia tidaklah sekejam itu.