Errr, Haziq, Acik Lyn tak tahu mana papa Haziq pergi.
Hanya itu yang dapat diberikan sebagai jawapan. Lyn merasakan jawapan yang diberikan adalah jawapan selamat kepada pertanyaan Haziq. Ternyata jawapan selamat Lyn hanya menyebabkan Haziq tidak berpuas hati dan terus merajuk kembali.
Haziq dah rasa kek ni Sedap. Meh rasa meh. Elzaara menyuakan sepiring kek buah di hadapan Haziq sekaligus cuba untuk mengalihkan perhatian Haziq yang masih lagi tertumpu terhadap papanya.
Haziq menggelengkan kepalanya dan mencapai semangkuk aiskrim yang sudah mulai cair di hadapannya. Tiba-tiba bunyi gelak tawa yang kedengaran agak biasa dari arah tangga menarik minat Elzaara dan Lyn dan menyebabkan mereka mengalihkan pandangan. Mereka kelihatan agak terkejut melihat kelibat Lisa dan Brian beriringan. Lisa dan Brian yang tidak menyedari akan kehadiran mereka masih lagi khusyuk bersembang dan tertawa.
Kak Lisa! Lyn melaungkan nama Lisa sambil tangannya dilambai tinggi ke udara.
Elzaara cuba untuk mengapai tangan Lyn untuk tidak memanggil Kakaknya, Weh! Apa kau terjeritjerit macam Jane Tarzan ni. Malu kot! tegur Elzaara.
Lah kau ni macam tak biasa pula, cebik Lyn.
Elzaara hanya menggelengkan kepalanya dan terlihat segelintir pelanggan yang sedang menikmati makanan sedang memerhatikan gelagat mereka.
Lisa yang begitu asyik bersembang tiba-tiba tersentak apabila namanya disebut-sebut dan segera menoleh. Dia melihat kelibat adiknya Lyn, Elzaara dan Haziq berada di hujung meja yang terletak di penjuru Kafe. Lisa dan Brian merapati meja mereka dan akhirnya mereka semua berkumpul di sebuah meja. Selamba sahaja Lisa menghenyakkan punggungnya di kerusi bersebelahan adiknya Lyn dan Brian mencapai kerusi dari meja sebelah dan duduk di tengah penghujung meja antara Elzaara dan juga Lisa.
Eh, ni macam mana semua orang boleh ada dekat sini Ni datang nak stalk tuan punya kafe ni ke ape Lisa menembak sambil tergelak.
Hah Eh, kita orang datang sini nak makan okey, bukan nak stalk sesiapa pun. Lagipun kita orang ni bukan stalker sampai nak stalk orang ni semua. Tak ada kerja namanya tu... Lyn menjelirkan lidahnya pada Lisa tanda tidak puas hati.
Eleh ye ke Tipulah, Lisa mencurahkan lagi minyak tanah ke dalam api. Dia sengaja mengusik Lyn kerana dari malam tadi Lyn cuba untuk mengorek rahsia mengenai Brian daripadanya.
Elzaara hanya sekadar mengangkat bahu manakala Brian sudah tersenyum simpul melihat gelagat mereka dua-beradik.
El, rindu dekat Brian ke sampai dua hari berturutturut datang... Lisa cuba untuk mengusik Elzaara pula apabila puas menyakat adiknya tetapi Elzaara hanya membiarkan sepi akan pertanyaan Lisa.
Yang Akak ni tiba-tiba ada dekat sini ape kes Bukan Akak kena lapor diri untuk kerja ke tempelak Lyn.
Lapor diri tak adalah lama mana pun dik. Dah siap lapor diri, apa lagi jalan-jalan cari pasallah pula. Lagipun kejap lagi Akak nak keluar dating, jadi sementara tu datang sini jumpa boyfriend pertama dulu, kan Brian.
Brian hanya tergelak.
Oh! Serentak Elzaara dan Lyn memberikan respon yang sama.
Eh, Haziq Monyok je kenapa Tegur Lisa.
Haziq yang diam membisu menarik minat Lisa untuk bertanya tentangnya kerana setahunya Haziq seorang yang kuat berceloteh.
Aah, Haziq belum salam lagi dengan Acik Lisa. Bangun pergi salam Acik Lisa.
Haziq bangun perlahan-perlahan lalu bersalam dengan Lisa dan Brian. Brian memeluk dan merangkul Haziq di atas ribaannya. Haziq hanya berdiam diri, tetapi masih tidak berganjak dari ribaan Brian.
Lisa memberikan isyarat mata kepada Elzaara dan
Lyn mengenai Haziq.
Haziq pergi kubur Mama dia tadi. Dia tanya kenapa papa dia tak datang jenguk dia. Tu yang monyok tu daripada dekat tanah perkuburan lagi, balas Elzaara ringkas.
Haziq, nak ikut uncle tak Bisik Brian ke telinga Haziq.
Pergi mana
Adalah satu tempat. Rahsia, tak boleh bagi tahu dia orang. Haziq nak ikut tak
Nak! Pendek tetapi lemah jawapan yang diberikan oleh Haziq.
Okey jom. Brian menurunkan Haziq dan memberi isyarat meminta izin kepada Elzaara untuk meminjam Haziq.
Elzaara hanya mengangguk dan Brian memimpin Haziq menuruni tangga dan kelibat mereka hilang dari pandangan. Tinggal Lisa, Lyn dan Elzaara bertiga yang masih berada di meja.
Brian sengaja membawa Haziq pergi dari situ kerana ingin memberikan peluang kepada mereka bertiga untuk bersembang antara mereka.
Okey, sekarang cerita dengan Akak. Apa sebenarnya yang dah jadi. Akak nak tau daripada kes Haziq merajuk malam tadi, Lisa mulai serius. Nadanya yang tegas sudah seperti pegawai polis yang sedang menyiasat suspek jenayah.
Macam ni, malam tadi masa El nak pujuk Haziq, El jumpa dia dalam bilik arwah Kak Fira. El nampak dia pegang bingkai gambar arwah Mama dia. Lepas tu dia tanya macam-macam dekat El. El cuma cakap yang Mama dia dah meninggal dunia dah lama, sejak dia baru lahir lagi. Lepas tu dia cakap nak tengok kubur Mama dia jadi El pun janjilah dengan dia nak bawa dia pergi kubur untuk jumpa Mama dia hari ni. Pagi tadi berkobar-kobar dia sampai tak sabar-sabar nak jumpa Mama dia sampai awal pagi lagi dia dah kejutkan El, cerita Elzaara terhenti seketika. Kelihatan dia cuba mencari kekuatan untuk menyambung kisahnya.
Lisa yang perasan, mengusap tangan Elzaara perlahan. Seakan cuba memberi kekuatan untuk Elzaara menyambung ceritanya.
Nafas dihela, Sampai dekat kubur dia okey lagi. Macam-macam dia cakap masa dekat kubur tu. Kalau Kak Lisa dengar pun, mesti rasa sebak. Dia tanya kenapa papa dia tak ada papa dah tak sayangkan dia ke sebab papa dia langsung tak datang jenguk dia selama ni El perasan dia cuba buat-buat gembira sebab tak nak tengok El sedih dan tak nak El nampak yang dia tengah sedih waktu tu... Liur ditelan.
El... giliran Lyn pula menggenggam tangannya. Kini tiga tangan bersatu dan saling memberi kekuatan.
Dia cakap dia rindukan papa dia. El dah tak tahu nak cakap apa. El tak tahu nak pujuk dia macam mana. El cuba nak ceriakan hati dia, cuba nak alihkan perhatian dia tapi langsung tak berkesan. Tadi pun dia sempat lagi bertanya pada Lyn berkenaan papanya... Elzaara menerangkan secara terperinci akan perihal Haziq kepada Lisa.
Jadi, tu yang dia monyok, sedih je dari tadi Macam tu
Aah Kak. Bila El tak dapat jawab soalan dia, dia tanya pada Lyn pula. Bila dia tak dapat jawapan yang dia nak tu yang wajah dia sugul je. Dia mungkin dah dapat terima hakikat yang Mama dia dah tak ada, tapi papa dia... Lyn tak sanggup menyambung kata.
Kak Lisa... dia cakap dia rasa sunyi sangat sebab tak ada papa masa depan kubur arwah Kak Fira... luah Elzaara syahdu.
Erm, dia rindu sangat dekat Mama dan papa dia.
Ni mesti ada sesuatu yang tengah menganggu fikiran dia ni. Mungkin ada masalah dekat sekolah ke El ada cuba tanya dia tak Manalah tau kot dia stress dekat sekolah sebab dia tengok kawan-kawan dia dengan Mak-Ayah masing-masing, agaknya... tebak Lisa.
Elzaara menggeleng!
Erm, sudah terang lagi bersuluh El! Geram Lisa bila Elzaara cuba untuk menafikannya.
Maksud Akak
Jawapannya dah jelas depan mata. Haziq sunyi dan dia sangat dahagakan kasih sayang. Terus terang Akak cakap ya, El betul-betul selfish. El buta, El hanyut dalam dunia khayalan El sendiri! El tak nampak keinginan Haziq yang sebenarnya. El kena buka hati. El kena berubah. Bagi peluang dekat Haziq untuk dia kecapi kebahagiaan dia sendiri.
Tapi, Kak selama ni El curahkan semua... belum sempat Elzaara menghabiskan ayatnya, Lisa sudah memotong kata-katanya.
El, dengar. Cuba jangan menyampuk selagi Akak tak habis cakap. Boleh Kedengaran nada Lisa tegas.
Memanglah Haziq dapat kasih sayang daripada El, Pak Long, Mak Long, Akak, Lyn dan semua orang. Tapi, El pernah terfikir ke yang Haziq sebenarnya lebih memerlukan kasih sayang seorang Mama dan papanya Bukanlah Akak nak kata yang El tak mampu nak jadi Mama dan papa kepada dia, tapi El kena ingat yang Haziq tu sebenarnya bukan anak kandung El. Dia tu cuma anak saudara El, anak kandung arwah Elfira. Itu El kena ingat. El tak boleh nak expect yang Haziq faham apa yang El rasa dan El juga tak boleh nak agak apa yang Haziq rasa dalam hati dia!
Elzaara diam, dia mendengar sahaja kata-kata Lisa.
Akak nasihatkan El supaya El buka pintu hati El, cuba bergaul dengan lelaki. Kalau ada jodoh El, jangan tolak, cuba fikir masak-masak dulu. Fikirkan keperluan Haziq. El nak jaga Haziq, tapi dalam masa yang sama El seksa batin Haziq. Tak baik macam tu El. Haziq tu masih kecil lagi untuk dia alami benda-benda macam ni. Kasihan dia.
El, betul tu cakap Kak Lisa. Kau cuba buka pintu hati kau untuk terima lelaki dalam hidup kau. Jangan disebabkan kisah dulu kau nak berdendam sampai macam ni, sampai Haziq yang kau sayang pun jadi mangsa. Aku pasti, dekat luar tu mesti ada lelaki yang sayangkan kau, sayangkan Haziq. Kau kena yakin tu! Lyn juga memberikan nasihat kepada Elzaara.
Tapi, apa kena mengena El bagi kasih sayang dekat Haziq dengan El kena buka pintu hati El dekat lelaki El tak faham maksud Akak dan Lyn.
Kalau El nak jaga Haziq macam anak El sendiri, El sendiri kena berubah dulu. El kena betulkan hidup El dulu. Bina hidup baru. Baru El boleh jaga Haziq. Kalau ini pun El tak mampu nak buat, tak boleh nak berkorban demi Haziq, Akak rasa lebih baik El serahkan penjagaan Haziq tu pada Pak Long dan Mak Long. Mereka lebih berhak ke atas Haziq dan bukannya El. Haziq tu bukan tanggungjawab El sebenarnya tau. El tak boleh sekat apa yang Haziq nak, tekan Lisa.
Elzaara terdiam sekali lagi. Berdas-das tembakan dia kena hari ini.
El fikirlah baik-baik apa yang Akak cakap ni. Fikirkan soal Haziq, dia tak salah dik. Kalau arwah Fira masih ada, dia mesti cakap benda yang sama. El balik nanti fikir masak-masak-masak. Jangan selalu menjunjung ego El, kesudahannya nanti kita sendiri yang sakit. Percayalah cakap Akak. Cuba buka pintu hati El, tengok wajah Haziq tu baik-baik pasti El akan faham apa yang Akak maksudkan tadi. Fikir dengan hati dan fikiran terbuka, jangan biarkan emosi menguasai hati dan fikiran El. Akak minta maaf kalau El kecil hati dengan apa yang Akak cakap tadi, tapi El kena faham apa yang Akak tegur tu untuk kebaikan El sendiri.
Tak ada apalah Kak. El faham. Jangan risau. Terima kasih Kak, Lyn.
Sama-sama sayang. Dah, dah, jangan nak risau bagailah. Im sure yang Haziq tu mesti okeylah lepas ni. Tak percaya kejap lagi kalau dia naik ke sini lagi mesti dia dah happy balik. Brian tu memang pandai ambil hati budak-budak... Lisa senyum meleret.
Errr, tak apa ke Kak Karang Haziq menyusahkan dia pula... Soal Elzaara yang sedikit risau.
Jangan risaulah. Akak kenal Brian tu...
Secara kebetulan, seorang pelayan datang menghampiri meja mereka dan meletakkan makanan di hadapan Lisa. Elzaara dan Lyn yang kehairanan apabila makanan diletakkan di atas meja kerana setahu mereka tiada pesanan tambahan yang mereka buat!
Terima kasih, tutur Lisa sambil tersenyum.
Pelayan tersebut membalas senyuman dan berlalu.
Hah, tunggu apa lagi makanlah cepat.
Eh Kak, bukan kalau kita order lepas tu bawa sendiri ke Macam mana pula Akak boleh dapat special delivery pula ni Tak aci betul. Adik pun nak juga macam ni... Lyn menegur dengan nada kehairanan.
Brian punyalah. Dia yang suruh bawa naik tadi. Pelayan dia dah faham sangat kalau tengah hari Brian mesti nak makan dekat atas. Biasalah dia, kan bos. Apa dia nak buat suka hati dia je, dah ni kafe dia. Lagipun kalau dia bawa tadi takut accident macam semalam pula, kan El Lisa tersenyum lebar mengenangkan kejadian yang tidak diingini semalam.
Elzaara hanya tersenyum meleret.
Lyn yang tidak memahami cuba untuk mencerakinkan maksud yang disampaikan oleh Lisa sebentar tadi. Satu per satu ayat Lisa dicerakinkan oleh Lyn.
Weh, kau lepak dengan Kak Lisa dekat sini kan semalam Yang tengok wayang tu pun dengan Brian eh! Suara Lyn naik satu oktaf dan menyebabkan ramai pelanggan lain memandang pelik ke arah mereka.
Elzaara menegakkan jari telunjuknya ke bibir supaya Lyn merendahkan volume suaranya yang sudah seperti speaker.
Tak cerita dengan aku pun. Sampai hati kau, kan.
Hmm, accident yang tak disengajakan Okey. Kan aku dah cakap semalam semua tak dirancang pun. Dah-dah tak ada perlunya kita membahaskan hal ni. Makan lagi bagus. Kenyang juga perut daripada nak tarik-tarik muka pasal semalam.
Elzaara terus membubarkan sesi soal jawab berkaitan kejadian semalam. Dia sebenarnya malas nak ambil pusing! Baginya apa yang dah berlaku biarkan berlalu. Kalau dibahaskan pun bukannya boleh patah balik masa tu pun. Bukannya istimewa sangat pun pertemuan mereka semalam. Baginya, Lyn terlalu obsesi dengan lelaki mat saleh itu.
Hah yelah-yelah. Suka hatilah! Lyn seakan-akan merajuk dengan Elzaara, tetapi dia tidak menunjukkan perasaannya itu.
Elzaara buat tak reti. Kalau dilayan rajuk Lyn tu, memang bergaduh ajelah mereka nanti. Baik dia buatbuat tak faham aje.