SAAT AKU BERPALING - 18
AWAK tak penat ke tunggu saya macam ni Soal Nadhirah pada Imran yang masih lagi

berdegil menunggunya di depan pintu.

Saya dah tak tahu apa nak buat. I think I will go crazy kalau saya tak boleh nak bercakap dengan awak hari ni. Satu senyuman pahit terukir.

Dalam situasi yang begitu menjerut rasa, Imran dan Nadhirah hanya mampu mengukir senyum pahit. Masing-masing cuba mengawal emosi. Masingmasing masih enggan mengakui hakikat yang sedang membunuh cinta mereka.

Awak tak kerja ke hari ni

Tak ada mood sejak malam pertunangan tu, saya betul-betul nak jumpa awak. Mata Imran memandang tepat wajah Nadhirah. Wajah ini, suara ini, kelembutan ini benar-benar sangat dirinduinya.

You shouldnt treat yourself like this. Tengok muka awak, dah cengkung, jambang pun tak terurus. Janganlah buat macam ni Imran. Its hard for me bila tengok awak buat perangai macam ni.

Saya dah tak ada mood nak buat apa-apa. I really miss you. Ujar Imran perlahan berserta dengan keluhan panjang.

Jom kita cari tempat yang sesuai untuk kita bersembang. Itulah yang difikirkan terbaik pada Nadhirah kini. Melihat wajah sugul Imran, dia tidak sampai hati mahu mengusir lelaki ini lagi.

Betul ke Imran kelihatan teruja.

Buat apa nak bergurau.

Thanks. Saya tunggu awak dekat bawah. Ada senyuman bertamu di wajah Imran. Penantiannya berhari-hari akhirnya membuahkan hasil.

Okey, sekejap lagi saya turun. Jawab Nadhirah.

Setelah melihat Imran begitu bertekad mahu bertemunya sejak beberapa hari lalu, Nadhirah akhirnya berlembut. Baginya, untuk kali terakhir ini, biarlah semuanya terlerai secara baik.

Imran singgah di sebuah kafe berdekatan dengan tempat tinggal Nadhirah.

Kenapa kita boleh end up macam ni Imran Berserabut, bergaduh macam ni Nadhirah memulakan bicaranya sebaik pesanan dibuat.

Entahlah Nad. Semua dah rosak macam tu je.

Saya tak pernah bayangkan yang hubungan kita boleh jadi seteruk ni. Lapan tahun yang indah tu hilang sekelip mata.

Ada nada terkilan yang cuba disampaikan oleh kedua-dua mereka. Impian mereka untuk bersama musnah sekelip mata. Tak ada sesiapa pernah menyangka yang cinta mereka boleh putus di tengah jalan setelah lapan tahun.

Saya pun. Selama lapan tahun awak ada dengan saya, kita buat dan rancang banyak benda bersama. Saya tak tahu macam mana nak lenyapkan terus memori kita. Saya tak boleh buat semua tu. Jawab Imran.

Awak dah bertunang Imran. Jangan buat macam ni lagi. Nadhirah hanya mampu berpesan.

Buat apa

Tinggalkan kerja, tunggu saya depan rumah hari-hari. Awak abaikan diri sendiri, makan minum tak terjaga.

Semua benda dah tak sama. Saya dah tak ada hati nak buat apa-apa. Imran menundukkan wajahnya.

Dia sedar tindakan yang di ambilnya seperti kebudak-budakan namun jiwanya terasa kosong tanpa Nadhirah. Hari-hari lambat merangkak pergi.

Memang susah sangat, tapi saya belajar untuk terima perpisahan ni. Saya harap awak pun macam tu juga. Tolonglah Imran tak manis orang tengok kalau awak asyik bertandang depan pintu rumah saya. Nadhirah merayu.

Inilah kali pertama sepanjang 8 tahun perkenalan, Imran jadi begini tidak terurus. Nadhirah kasihankan Imran kerana dia sendiri tahu yang hubungan mereka memang sudah gagal secara total. Tak mungkin boleh diperbaiki lagi.

Langsung tak ada harapan lagi ke untuk hubungan kita Nadhirah

Tak ada. Berhenti pasang harapan. Jangan seksa diri sendiri. Hubungan ini dah tak mungkin boleh diperbaiki.

Saya langsung tak sangka. Saya yang sebabkan hubungan ni musnah. Lapan tahun bercinta akhirnya saya yang rosakkan semua.

Rancangan Allah siapa tahu. Mungkin ada yang lebih baik menunggu kita nanti. Nadhirah pasrah.

Dia sudah menerima kegagalan cinta mereka. Dia mengharapkan agar Imran juga bakal menerima suratan ini. Perbualan mereka berdua terhenti tatkala seorang pelayan datang membawa sebiji kek ke meja mereka berdua.

Selamat hari lahir. Ucap Nadhirah dengan nada yang cukup sayu selepas seorang pelayan datang meletakkan sebiji kek Hazelnut Chocolate Mocha kesukaan Imran.

Nadhirah sudah merancang semua ini awalawal lagi. Dia yang menghubungi pihak kafe untuk menyediakan kek ini sejurus selepas dia melihat Imran sedang berdiri di luar rumah tadi. Biarlah hari terakhir mereka bersama terisi dengan sedikit kenangan manis. Kek ulang tahun kelahiran Imran juga menyambut ulangtahun percintaan mereka sekali gus menjadi kek perpisahan mereka berdua. Tarikh keramat ini bakal diingati mereka seumur hidup.

Awak masih ingat. Saya sendiri dah terlupa pun dengan tarikh ni. Serabut dengan apa yang dah jadi. Imran tersenyum pahit.

Bagaimana dia mahu meneruskan hidup tanpa Nadhirah selepas ini. Dia akui kebelakangan ini dia banyak mengabaikan Nadhirah apatah lagi setelah mendapat begitu banyak tekanan dari keluarganya.

Hari pertama kita jumpa di Melbourne. Kita jumpa pada hari lahir awak. Tentulah saya ingat. Selama kita bersama, tak pernah sekali pun awak lupa tarikh ni. Tapi, tak apa lah, saya maafkan awak.

Its so hard to live like this. Sukar nak bayangkan hidup saya tanpa awak. Imran meluahkan rasa hatinya. Lapan tahun kita bercinta. Enam tahun secara jarak jauh. Bermula di Melbourne sampai ke Gold Coast lepas tu ke Kuala Lumpur. Anggap ajalah saya merantau ke tempat lain. No connection, no coverage.

Tak sama. Saya tahu lepas apa yang saya dah buat. Kita tak mungkin boleh bersama lagi.

Dah tak ada jodoh Imran. Kita nak buat macam mana. Takdir tak bersama kita sekarang untuk bersama. Mungkin kita bukan pasangan yang sesuai. Mata Nadhirah mula berkaca. Ada air mata yang bertamu di tubir mata.

Salah saya. Semua ni salah saya. Selama ni saya tahu saya abaikan awak. Awak yang asyik kena tunggu saya, awak yang asyik kena tinggal, awak juga yang asyik kena uruskan semua. Kata-kata Imran terhenti seketika. Ada nada sebak yang kedengaran di telinga. Nada ini turut menyebabkan Nadhirah jadi hiba.

Saya minta maaf Nadhirah. Selama ni saya abaikan awak sebab saya rasa terlalu selesa dan yakin yang awak takkan ke mana-mana. Saya yakin yang awak akan tetap tunggu saya, awak tak mungkin akan tinggalkan saya. Saya jadi lelaki yang pentingkan diri, pentingkan kerja. Saya letak awak di tempat ketiga sebab saya yakin kita tetap akan bersama tak kira apa pun yang akan terjadi.

Tak ada hutang antara kita, saya dah maafkan awak dan saya harap awak boleh maafkan saya.

Banyak salah yang saya buat pada awak dan kesilapan terbesar saya adalah apabila saya biarkan sahaja hubungan kita jadi sia-sia. Saya sepatutnya dah beritahu ibu bapa saya pasal kita awal-awal lagi. Sekurang-kurang kita berdua taklah melopong sangat di sebabkan rancangan Papa saya.

Siapa suruh bodoh sangat, kan Lembab! Imran ketawa kecil sambil menggelengkan kepalanya. Dia sedar apa yang terjadi sememangnya disebabkan oleh kebodohan sendiri.

Jangan sumpah diri sendiri macam tu. Hidup manusia memang macam ni. Tak semua yang kita rancang didunia ni akan terlaksana. Tak semudah tu nak merancang hidup. Ada yang berjaya dalam cinta, tapi ramai juga yang gagal. Cinta kita mungkin salah satu daripada banyak-banyak yang gagal tu.

Cakap memang senang. Tapi, macam mana Saya tak boleh. Adelia bukan jenis yang boleh dibuat kawan macam awak. Saya tak happy dengan dia.

Baru seminggu Imran. Belajar sayang dia. Mana tahu kalau-kalau memang dia jodoh yang Allah dah tentukan untuk awak. Saya nak awak gembira. At least gembirakan kedua ibu bapa awak. Itu yang dia orang

nak. Kita sebagai anak kena ikut.

She is far different from you.

Of course. Dia lain, saya lain. Jangan bandingkan kami macam ni.

Boleh saya tahu, apa sebenarnya hubungan awak dengan keluarga Tan Sri Malik Setahu saya Tan Sri Malik cuma ada seorang anak perempuan

Tan Sri Malik memang ada seorang anak perempuan yang diiktiraf. Saya tak. Saya anak bongsu Tan Sri Malik. Dengan mudah Nadhirah memberi penjelasan. Dia mahu semua terang dan jelas buat Imran dan enggan membiarkan Imran berangan jauh untuk memperisterikan kedua-dua mereka.

Lapan tahun. Nampaknya saya memang langsung tak tahu apa-apa. Awak tinggal dengan dia orang ke My parents never mentions about you. Setahu saya dia orang rapat dengan parents awak.

Saya anak yang tak diiktiraf. Anak luar nikah. Anak Tan Sri Malik dengan perempuan lain. Bukan dengan Puan Sri Munirah. Jawab Nadhirah. Dia memilih untuk berterus terang pada Imran. Imran berhak untuk tahu semuanya kini.

Kalau saya dan Adelia berkahwin, awak akan jadi adik ipar saya

Nadhirah menganggukkan kepala. Ini semua gila.

Imran hampir tergelak mendengar jawapan Nadhirah. Kata-kata Nadhirah mematikan anganangannya, Hmm, hubungan awak dengan Adelia macam mana

Terrible. Dia tak suka saya dan saya pun tak suka dia. Terus terang cakap, kalau saya boleh memilih, saya sanggup lepaskan awak pada orang lain tapi bukan Adelia. Kenapa

Kami tak pernah berbaik. Dia dan saya tak mungkin berbaik. Dia tak pernah anggap saya adik dan saya tak pernah anggap dia kakak. Saya tak suka memikirkan hakikat yang awak akan jadi milik dia. Sakit hati saya.

Saya minta maaf Nadhirah. Saya tak boleh tolak permintaan Papa saya. Ketamakan saya yang memisahkan kita. Saya minta maaf.

Imran saya minta maaf dengan apa yang saya cakapkan semasa saya marah. Saya dah faham sekarang yang mungkin dah bukan jodoh kita untuk bersama. Soal tamak tak timbul, awak cuma jalankan tanggungjawab awak sebagai anak. Nadhirah masih ingat apa yang dihamburkannya pada Imran beberapa hari lepas. Dalam keadaan marah banyak benda yang diluahkan tanpa berfikir dahulu.

Kita dah tak ada pilihan lain kan

Imran, saya tak rasa saya boleh terus bersembang dengan awak macam ni. Air mata Nadhirah sudah semakin sukar dibendung. Hatinya hancur memikirkan yang Imran bakal hidup bersama Adelia.

Saya faham. Terima kasih sebab sudikan luangkan masa untuk saya. Jom hantarkan awak. Imran juga tidak sanggup lagi memandang wajah Nadhirah. Cinta ini sudah tidak boleh diselamatkan lagi.

Tak payah. Kita berdua perlukan masa. Saya nak balik naik teksi. Saya pergi dulu. Selamat tinggal. Thanks for always supporting me. Awak adalah orang yang paling saya sayang. Jaga diri dan lupakan saya. I guess this time, it really over for us. Saya takkan cari awak lagi, saya takkan ganggu awak lagi. Jaga diri, jangan nangis, jangan skip makan, tidur cukup-cukup. Imran sempat menggenggam kemas jemari Nadhirah.

Mereka berdua tenggelam dalam emosi masingmasing. Nadhirah memilih untuk membawa diri. Dia menangis sepuas-puasnya di dalam teksi, manakala Imran hanya memandang kosong. Sudah tiada apa-apa lagi yang boleh diperjuangkan untuk hubungan ini. Semuanya sudah hancur musnah.

BNadhirah bertemu di Oceana Supermarket ILA kau nak ke Australia Alana dan

yang terletak tidak jauh dari SP Utama. Mereka berdua hanya berjalan kaki sahaja ke sana kononnya mahu bersenam.

Lusa. Kenapa

Saja la tanya. Kau bukan boleh percaya sangat. Sekejap di Malaysia, sekejap di Australia. Kau ulangalik dari sana ke sini macam naik teksi pula.

Kau kerja ke lusa

Yup. Kau nak aku hantar kau ke

Taklah. Kau kan sibuk. Aku call teksi je. Senang.

Kalau kau nak aku hantarkan, aku rasa aku boleh arrange jadual aku. Pukul berapa kau punya flight

Eh, kau jangan nak merepek. Aku pergi naik teksi je macam selalu. Kau tu dahlah sibuk nanti bertambah kalut pula. Tak payah.

Flight pukul berapa nanti

Lapan lebih dari sini. Rehat sekejap sebelah petangnya baru aku ada meeting.

Berapa lama kau dekat sana

Kalau ikut jadual, aku tinggal sana dua minggu, tapi kalau ada lagi isu yang tak selesai, aku terus stay sana.

Raya dekat sana ke

Nope. Raya dekat sini. Kau tak cuti raya ni Nadhirah dan Alana berhenti di seksyen buah-buahan.

Tak boleh cuti. Doktor bujang macam aku ni, payahlah nak minta cuti hari raya. Dia orang dahulukan yang dah berkeluarga. Muncung terus bibir Alana. Dia seringkali gagal mendapat cuti atas alasan dia bujang.

Ha, kalau macam tu. Kahwinlah cik Kak oii.

Kau ingat nak memilih suami tu semudah nak pilih tembikai ni ke

Takkan tak ada doktor bujang kat tempat kau

Huish tak naklah aku. Yang ada dekat hospital aku tu semuanya tak menepati cita rasa.

Aik doktor pun gagal menepati cita rasa kau ke

Mungkin disebabkan oleh lumrah kerja kami yang sibuk memanjang ni, ramai doktor lelaki yang semakin pelik.

Kenapa

Ada yang baran tak tentu hala, ada yang moody setiap lima saat. Tapi, ada jugalah yang handsome, ada pakej lengkap! Tapi, semuanya already taken, yang tak berapa handsome pun dah taken. Yang tinggal cuma adik-adik pelatih je. Sedih aku.

Adik-adik pelatih pun apa salahnya. Untung apa dapat hubby muda. Nadhirah mengangkat keningnya.

Pandailah kau. Sibuk nak jodohkan aku, kau pun bukannya dah kahwin pun.

Aku tak apa, muda lagi. Nadhirah tersengih.

Alah, muda tiga tahun aja pun. Sakit hati Alana apabila soal umurnya juga yang dijadikan modal oleh Nadhirah. Backhand kang baru tahu!

Nad, kau nak buah apa sebenarnya ni Soal Alana. Mereka berdua sedang berada di dalam proses untuk memenuhkan troli sebagai persediaan untuk menyediakan juadah berbuka malam ini.

Aik dah duduk depan rak buah tembikai, tentutentulah aku nak beli buah tembikai. Kenapa Soal Nadhirah pelik.

Dah lama sangat kau belek buah tu. Kau cari apa

Aku nak yang tak ada biji. Kau rasa buah ni ada biji tak Tuding Nadhirah pada sebiji buah tembikai yang sederhana besar.

Cik Nadhirah, dah terang-terang dia orang tulis seedless watermelon dekat bakul tu. Alana menegur Nadhirah yang kurang peka.

Aku tak nampaklah tadi. Okey, kita ambil buah ni. Sengih Nadhirah sambil tangannya terus menggapai sebungkus buah pir, epal dan kiwi buat bekalan di dalam peti ais. Beberapa bungkus roti yang pelbagai perisa turut digapai dan dimasukkan ke dalam troli.

Kau nak makan semua buah ni ke

Ye la.

Dah kalah tupai dah ni. Usik Alana.

Cute apa tupai. Lagipun kalau aku bangun pagipagi. Malas nak masak. Aku bedal aja la buah-buah ni buat sahur. Roti pun ada.

Aku memang dah agak dah. Itu lah rancangan kau yang sebenarnya kan Weh, ingat sikit kau dah nak balik Australia. Siapa nak makan buah-buahan ni semua

Nadhirah tepuk dahi. Betul juga apa yang Alana cakapkan. Haihh, terpaksalah dia keluarkan semula buah-buahan tersebut dan mengambil yang perlu sahaja.