Aku cuba cari Hamiza dan Melati di perpustakaan, tetapi mereka tidak ada di situ. Aku cuba cari mereka di tempattempat mereka selalu lepak, juga mereka tak ada.
Aku tanya Tamrin jika dia ada nampak Melati dan Hamiza di mana-mana. Tamrin menggeleng. Kepala aku kusut. Aku rasa segala-galanya macam dah tunggang-langgang. Tak ada yang betul lagi.
Okay kau menang, aku akhirnya berkata kepada Tamrin.
Menang apa ni
Taruhan kita lah! Kau betul, aku salah.
So... Kau mengaku sekarang kau tak boleh kekal dengan mana-mana awek bukan sebab kau kata diorang kuat membebel
Ya, aku mengaku.
Aku tak pernah sangka aku akan dengar ini semua daripada kau...
Aku tak pernah jadi begini. Aku tak pernah buat apa yang aku buat semata-mata kerana aku rasa bersalah. Tadi, tiga jam aku duduk depan rumah sewa Mel. Tetapi kawannya kata Mel tak ada. Aku tahu dia ada di dalam rumah. Hamiza pun sama. Macam orang bodoh aku dok tunggu depan rumah sewanya dengan harapan dia akan keluar jumpa aku. Tapi tak. Dia langsung tak mahu keluar.
Tamrin masuk ke dalam biliknya. Dia keluarkan apa yang kelihatan seperti sepasang sayap yang boleh dipakai.
Raslan siang-siang lagi dah sediakan sayap ini untuk kau pakai jika kau kalah dalam pertaruhan ini. Tapi tak apalah. This is a bad idea anyway. Kau tak perlu pakai. Kita anggap semua ini tak pernah berlaku.
Aku capai sayap yang dipegang Tamrin. Aku memakainya. Ikatan kulit pada sayap ini aku ketatkan pada bahagian dadaku agar selesa aku pakai. Kini aku ada sepasang sayap.
Tak apa, biar aku pakai, kataku dengan serius.
Eh, kau dah gila ke apa
Kalau Mel tanya kepada kau kenapa aku pakai sayap ni, kata sahaja bahawa inilah bukti cinta aku kepadanya. Beritahu kepadanya juga aku akan terus pakai sayap ini sehinggalah Melati jumpa aku.
Lepas aku beritahu kepadanya tentang niat aku ini aku terus masuk ke dalam bilik tidurku. Aku kunci pintu aku rapatrapat. Aku periksa emel aku. Melati tak jawab lagi emel aku, begitu juga dengan Yahoo Messenger. Aku rasa dia benci denganku.
Malam tu seperti malam-malam sebelumnya aku tak susah nak tidur. Aku rasa sepi. Aku rasa sebahagian daripada diriku kini menghilang entah ke mana.
Aku pergi ke kuliah macam biasa. Tapi dengan sayap aku yang akan aku pakai ke mana-mana kecuali ketika aku nak mandi dan tidur. Aku tak pedulik apa orang nak cakap. Aku tahu ada bebudak yang ketawakan aku, tapi lantak lah.
Dah masuk lima hari aku pakai sayap aku. Dalam keadaan aku macam orang gila ni pun ada budak perempuan hantar emel kata diorang nak berkenalan dengan aku - sebab mereka kata aku cute pakai sayap tu ke mana-mana aku pergi. Pada mulanya aku tak tahu mengapa tiba-tiba sahaja banyak emel yang aku terima dari budak-budak perempuan ni. Aku hanya tahu bila aku terima emel daripada seorang kawan yang mengatakan dia ternampak gambar aku di dalam sebuah blog popular kepunyaan seorang budak perempuan dari UM. Budak itu ambil gambar aku tanpa pengetahuan aku lepas tu dia letakkan gambar aku tu ke dalam blognya. Dia ada tulislah dia terkejut bila dia ada nampak angel di dalam kampus. Dalam masa dua tiga hari selepas itu, dia terima enam foto daripada budak-budak lain yang ternampak aku dengan sayapku. Diorang ambil gambar aku ke mana sahaja aku pergi. Gambar aku tengah naik motor kapcai aku tu pun ada.
Semakin hari semakin banyak gambar aku yang diletakkannya, sampai segan rasanya aku nak masuk ke dalam kampus. Memang ada kalanya aku sedar akan ada pelajar yang keluarkan handphone mereka yang dilengkapkan dengan kamera lalu mengambil gambarku, tapi aku buat bodoh jer. Aku malas dah nak layan.
Tamrin beritahuku, aku dah jadi macam fenomena di dalam kampus. Semua orang nak tahu kenapa aku pakai sayap tu. Jadi seperti biasa, Tamrin lantik diri dia jadi jurucakap aku. Dia beritahu kepada mereka kenapa dan mengapa.
Dah masuk hari keenam aku pakai sayap aku. Aku masih tidak dapat melihat kelibat Melati dan Hamiza di manamana. Mereka sengaja melarikan diri mereka daripada ku. Melati masih tidak mahu menjawab mesej-mesej yang aku tinggalkan kepadanya.
Aku rasa sedih. Aku betul-betul rindu kepadanya. Aku rasa kosong. Aku mahu berjumpa dengannya. Sekurangkurangnya bersemuka dengannya. Aku tak kisah jika dia mahu marahkan aku. Aku tak kisah, asalkan aku dapat melihat wajahnya untuk mengubati kerinduanku.
Bapak kau ada tunggu di bawah kondo petang tadi, ujar Tamrin kepadaku. Petang tadi memang aku tak ada di sini. Percaya atau tidak, aku duduk di hadapan rumah Melati dari pukul lima petang sehingga ke Maghrib.
Apa dia nak Tanyaku.
Dia nampak sedih... Aku rasa dia nak duduk berbual
dengan kau. Tu jer.
Aku mengeluh. Aku termenung jauh. Aku tak mahu bapa aku terus tunggu aku di bawah kondominium sehingga setiap hari aku rasa takut untuk pulang ke rumah aku sendiri. Aku rasa aku perlu berjumpa dengannya untuk memintanya supaya berhenti.
Aku ambil helmet aku. Aku beritahu kepada Tamrin aku mahu ke Shah Alam. Dia tanya jika aku akan pulang ke rumah malam ini, aku tidak menjawab.
Aku ke rumah yang telah aku diami sejak aku kecil. Sebuah rumah yang tidak aku jejaki hampir dua tahun lamanya. Aku menekan loceng rumah. Aku memberi salam. Pintu pagar terbuka secara automatik.
Di dalam rumah aku dapat lihat bapa aku duduk di ruang tamu seorang diri. Ada beberapa botol arak di atas meja. Dia duduk diam termenung. Aku rasa dia mabuk. Ketika mak aku ada di rumah ini dulu, tak pernah berlaku ini semua. Kini semuanya telah berubah.
Bapa aku meracau. Dia ingat ada malaikat yang masuk ke dalam rumahnya tadi. Aku memintanya supaya jangan merepek.
Amat... Kau ada sayap Amat Tanya bapa aku sambil menggosokkan kepalanya.
Aku mengangguk. Aku menunjukkan sayapku kepadanya. Dia kata tadi dia nampak aku terbang ke dalam rumah dengan sayap aku cantik berkibar. Aku mengingatkannya bahawa dia dah banyak minum.
Dia mengangguk. Kemudian dia suruh aku duduk di sebelahnya. Aku duduk. Sepertinya, aku rasa aku perlukan seseorang untuk mengisi kesepianku.
Pa, jangan minum lagi, Pa, pintaku kepadanya. Dia tidak menjawab. Dia hanya termenung kosong ke hadapan sebelum dia berkata:
Papa harap Amat dapat maafkan Papa.
Saya akan maafkan Papa... Tapi Papa kena janji dengan saya jangan minum lagi macam ni.
Bapa aku mengangguk perlahan. Aku dapat rasakan dia ikhlas mengukir janji.
Mana Fatin, Pa Tanyaku tentang perempuan jalang yang menyebabkan bapa aku terpaksa meninggalkan mak aku dulu.
Dia tinggalkan Papa untuk jantan lain... Dia tak ugut Papa lagi Bapa aku menggeleng.
Papa mahu kita semua hidup kembali seperti sedia kala.
Saya tak tahu kalau kita boleh hidup bahagia macam
dulu... Segala-galanya dah berubah sekarang, Pa.
Amat rasa Mak masih sayangkan Papa
Saya tak tahu, Pa...
Amat tahu Papa sayangkan Amat
Saya tahu, Pa. Saya pun sayangkan Papa... Kalau tidak saya tak akan ke sini menjenguk Papa.
Aku lihat akhirnya terlukis ketenangan di wajahnya setelah mendengarkan jawapan daripadaku. Dia lelapkan matanya. Dia tertidur.
Di atas meja di antara botol-botol arak yang ada di situ aku terjumpa dengan sebuah buku nota kepunyaan ibuku. Aku masih ingat lagi dengan buku ini. Mak aku akan membeli surat khabar yang ada tertera tentang kisah bapa aku turun naik mahkamah. Mak aku akan mengumpul keratan-keratan akhbar ini lalu ditampalnya di dalam buku nota ini. Sehingga kini aku masih tidak tahu mengapa dia melakukannya.
Buku nota ini seperti menjadi saksi kepada kes pembunuhan Najwa yang telah menghancurkan hidup kami sekeluarga.
Najwa Khairudin, 22 tahun, seorang eksekutif pemasaran telah dijumpai mati di kondominiumnya yang terletak di Bukit Kiara dalam keadaan bogel, kepalanya ditutupi plastik dan kedua belah tangan dan kakinya diikat.
Bapa aku, Halim bin Abdul Rahim seorang jurutera yang bekerja dengan sebuah firma kejuruteraan yang terkemuka di Kuala Lumpur telah dihadapkan ke mahkamah dengan tuduhan membunuh Najwa.
Bermacam-macam-macam hal tentang bapa aku telah dilaporkan oleh media massa. Daripada hal bapa aku yang dikatakan telah mencukur bulu kemaluannya dua hari sebelum dia menyerah diri kepada pihak berkuasa sehinggalah kepada hal seks ganas yang sering dilakukannya bersama Najwa. Segala-galanya telah disensasikan dan diceritakan dengan teliti, lebih-lebih lagi di dalam tabloid-tabloid Melayu.
Apa satu keratan akhbar yang aku menunjukkan Hani dan Nani menyerahkan kad Hari Bapa kepada bapaku di hadapan mahkamah tangannya digari. Aku masih ingat lagi ketika aku mula-mula membaca tentang hal ini di surat khabar aku menangis.
Selama bapa aku turun naik mahkamah, mak sedaya upaya cuba melindungi identiti ku dari diketahui pihak media. Ketika itu aku tidak lagi menetap di Shah Alam. Mak sama sekali melarang aku dari pulang ke Shah Alam. Dia tidak mahu kesilapan yang telah dilakukan dengan membawa Hani dan Nani ke mahkamah dilakukan kepadaku juga. Dia tidak mahu wajahku terPapar di ruang-ruang akhbar lalu diriku diperkatakan mereka sebagai anak seorang yang dituduh melakukan satu pembunuhan ngeri berprofil tinggi.
Walau pun Mak berjaya melindungi aku daripada media, dia langsung tidak dapat mengawal apa yang mereka Paparkan tentang bapa aku di ruang-ruang akhbar dan televisyen. Dia paling sedih apabila Hani dan Nani yang sudah boleh membaca itu terbaca tentang apa yang ditulis tentang bapa aku di ruang akhbar. Mereka bertanyakan kepada mak aku apa itu air mani, apa itu faraj dan apa itu dubur kerana ayat-ayat yang ditanya oleh Hani dan Nani ini ada diperkatakan di dalam media massa setiap kali kes bunuh Najwa disebut-sebut mereka.
Jadi, Hani dan Nani yang pandai membaca itu akhirnya membaca bagaimana Najwa dibunuh. Bagaimana sehelai tuala muka telah digunakan untuk melemaskannya dan kemudian tuala yang sama disumbatkan ke dalam mulutnya. Bagaimana bapa aku dan seorang lelaki tidak dikenali telah melakukan hubungan seks di faraj dan lubang dubur Najwa - semua ini diketahui daripada kesan robekan pada bahagian sulitnya itu. Dan mereka berdua akhirnya dapat tahu bagaimana bapa aku telah mengadakan hubungan seks dengan Najwa dua kali seminggu apabila hubungan mereka semakin intim.
Akhirnya, tahu lah mereka mengapa bapa aku selalu sahaja pulang lewat atau ada kalanya tidak pulang langsung ke rumah.
Ya, semua ini telah diberitakan oleh media massa tanpa selindung. Tanpa kiasan. Tanpa sembunyi. Mereka melaporkan kes ini hampir setiap hari untuk menjual berita yang mereka jaja sehingga aku rasa mereka sebenarnya mempunyai agenda untuk membuatkan rakyat Malaysia rasa sebal dan desensitised dengan perkara-perkara ganas dan kejam.
Ketika itu aku ada membaca di muka akhbar tentang laporan kimia yang menunjukkan kehadiran profil DNA milik bapa aku pada faraj dan dubur Najwa. Analisis profil DNA menunjukkan bahawa bapa aku telah melakukan hubungan seks dengan Najwa sebelum kematiannya dan ini mengukuhkan inferens bahawa bapa aku lah orang yang terakhir dengan si mati.
Laporan kimia juga menunjukkan kehadiran satu lagi profil DNA milik seorang lelaki tidak dikenali pada faraj dan dubur Najwa serta beberapa barang di bilik Najwa seperti pada bantal peluk dan wayar yang mengikat tangannya.
Aku ada baca bahawa wujudnya tangan-tangan halus yang nampaknya ingin melindungi identiti lelaki yang tidak dikenali ini. Ada orang mengatakan lelaki tersebut adalah seorang kenamaan dan bapa aku pula dijadikan kambing hitam di dalam kes ini...
Aku sendirikurang pasti apa yang sebenarnya berlaku. Apa yang pasti, setelah bapa aku dibebaskan daripada sebarang tuduhan membunuh, bapa aku tiba-tiba sahaja memberitahu kepadaku bahawa keluarga kami tidak perlu lagi bimbang soal wang.
Bapa aku dibebaskan daripada sebarang tuduhan kerana Fatin, kawan serumah Najwa telah memberitahu mahkamah bahawa dia telah melihat seorang lelaki yang bukan bapa aku lari daripada rumah dan dia yakin lelaki tersebut telah membunuh Najwa. Fatin kata, lelaki misteri itu berbadan gelap seperti orang India dan berbau busuk...
Keterangan Fatin di mahkamah telah membebaskan bapa aku. Fatin juga telah menyebabkan mak aku akhirnya mengambil keputusan untuk tinggalkan bapa aku...