Hey! Bangun! Tidur lagi soal suara yang ceria itu. Kau lupa kau ada temu janji dengan seorang lelaki kacak
Abriel tersentak. Baru teringat janjinya dengan Yoohwan semalam. Dia memandang jam dinding yang menunjukkan pukul 7.30 pagi. Maaf! Dah lama tunggu Kau di mana sekarang
Yoohwan tertawa kecil. Aku tunggu di bawah sejak tadi.
Tunggu sekejap! Aku mandi!
Jangan lupa bawa baju lebih! Nanti kalau kau jatuh dalam sungai dan tak ada baju untuk diganti, jadi masalah untuk kita berdua!
Baik tuan! sahut Abriel. Yoohwan tertawa sebelum menamatkan panggilan.
jjj
Lima belas minit kemudian, Abriel berlari keluar dari dalam lif. Dia mencari-cari kereta sedan buatan Itali yang dipandu Yoohwan semalam. Tiba-tiba dia mendengar bunyi hon kereta. Dia menoleh. Yoohwan melambai dari sebuah kenderaan MPV buatan tempatan. Abriel berlari ke arah kereta itu dan membuka pintu sebelah penumpang dan terus masuk.
Boleh tahan cepat, puji Yoohwan sambil tersenyum. Selalunya kalau tunggu perempuan bersiap kena tunggu berjam-jam.
Itu perempuan lain, bukan aku, ujar Abriel sambil memasang tali pinggang keledar. Kenapa kereta lain
Sebab aku selalu guna MPV kalau nak ke kawasan pergunungan, kata Yoohwan sambil mula memandu. Kalau bawa sedan susah sikit.
Jauh ke tempat yang kita nak pergi soal Abriel sambil menahan kuap. Matanya memang masih mengantuk.
Boleh tahan. Lebih kurang sejam setengah. Kalau masih mengantuk, tidurlah.
Abriel tersenyum malu. Kemudian dia melirik ke arah Yoohwan yang fokus pada pemanduannya. Lagu-lagu berentak sederhana diputarkan di radio keretanya. Semalam aku tengok berita ujar Abriel.
Yoohwan diam. Dia mahu mendengar apa yang gadis itu mahu katakan. Nampaknya Abriel seperti ragu-ragu mahu meneruskan kata-katanya..
Kalau berita semalam, Ilwoo hyung dah khabarkannya pada ku. Sekarang di syarikat rakaman sedang ada mesyuarat tergempar kerananya. Mereka menjemput aku tapi aku kata aku ada hal penting. Tapi aku rasa Jaejoong hyung tak ada masalah untuk mengatasinya. Lainlah kalau yang terlibat itu Kibum, mungkin akan mengamuk fansfansnya, jelas Yoohwan sambil mengukir senyuman.
Tapi aku rasa tu bukan cuma gosip.
Jadi kau memang betul-betul percaya yang hyung dan Chaekyong ada hubungan soal Yoohwan.
Abriel mengangguk. Yoohwan tertawa. Agak lama dia ketawa sebelum akhirnya dia menjelaskan. Jadi mungkin kau tak kenal siapa Jaejoong sebenarnya.
Jaejoong pernah cerita tentang dia dan kenapa mereka berpisah. Tapi tu tak bermakna dia dah lupakan Chaekyong, kan
Sebenarnya hyung tak pernah ceritakan tentang perempuan itu dan peristiwa itu. Kalau bukan sebab aku ada di situ juga masa tu, mungkin aku sendiri pun takkan tahu sebabnya.
Kening Abriel berkerut. Kau pun ada masa tu
Yoohwan mengangguk. Keparat perempuan tu. Dia yang berbuat onar dan kemudian menuduh Jaejoong sebagai punca perpisahan mereka. Dan hyung tak pernah membantah tuduhan tu. Mungkin dia rasa semua tu tak perlu dan sebaik-baiknya kejadian itu dilupakan. Dia memang begitu. Tapi yang sialnya sekarang perempuan tu terkejar-kejar hyung semula. Dia sanggup berulang-alik ke Jepun demi menawan semula hati hyung. Tapi selalunya hyung pandai mengelakkan diri daripadanya. Kemudian perempuan tu akan mengganggu hidup kami, ceritanya.
Kau membela dia lagi, getus Abriel sambil merenung tepat ke mata Yoohwan.
Kan aku dah kata, kenyataannya memang begitu, tak seperti yang kau sangka. Jaejoong hyung mabuk semalam jadi
Abriel memotong. Ya, semalam kau dah kata.
Jaejoong berdengus. Kau tak percaya kataku.
Betul. Jadi jangan buat lagi atau aku akan turun sekarang.
Yoohwan mengerutkan kening. Buat apa
Abriel mencebik. Membela dia!
Kedua-duanya terdiam sejenak. Abriel menolehkan kepala ke luar tingkap. Yoohwan menggerutu sendiri di dalam hati. Lama-lama Abriel tertidur. Yoohwan menoleh ke arah gadis itu saat mereka berhenti di lampu merah. Dia tidak dapat membayangkan betapa sakitnya hati gadis itu saat melihat gambar-gambar dan video itu di televisyen. Dia sendiri pun agak terkejut melihat berita tersebut pagi tadi. Sengaja dia menipu Abriel dengan mengatakan dia cuma mendengar tentangnya pagi ini.
Entah kenapa dia merasa harus meyakinkan Abriel yang Jaejoong tidak seperti yang disangkahnya. Adakah kerana dia menyebelahi hyungnya Atau kalau Abriel berfikir begitu, sakit hatinya akan berkurangan
Selepas sejam meninggalkan bandaraya Seoul, Yoohwan membangunkan Abriel. Dia mahu Abriel melihat keindahan alam di sekeliling kawasan itu. Abriel yang mula-mulanya enggan bangun akhirnya membuka luas matanya saat ditunjukkan pemandangan di luar tingkap. Deretan pohon sakura menjajari lebuh raya yang berlatar belakangkan pergunungan hijau itu. Abriel membuka tingkap dan membiarkan angin menghembus wajahnya, seakan mencuba untuk menenangkan jiwanya yang gundah.
Setengah jam kemudian, kereta Yoohwan berhenti di hadapan sebuah rumah agam yang indah. Rumah siapa soal Abriel yang agak kebingungan.
Rumah nenekku. Jom masuk Aku nak kenalkan kau dengan dia.
Abriel mempamer riak ragu, risau kerana masih trauma diperkenalkan dengan ahli keluarga lelaki yang dikenalinya. Melihat kerisauan Abriel, Yoohwan tersenyum. Jangan takut. Keluargaku dengan keluarga Jaejoong hyung berbeza. Kami bukan orang kaya yang akan menganggap semua orang mahukan harta kami. Abriel mencebik.
Saat itu, nenek Yoohwan membuka pintu dan menjenguk ke luar. Aigoooo! Siapa yang datang Bukankan ini cucuku yang tampan ujarnya sambil ketawa.
Yoohwan berjalan ke arah neneknya sebelum merangkulnya. Mereka berpelukan mesra. Kemudian neneknya memandang Abriel dengan renungan yang mesra dan penuh rasa ingin tahu.
Siapa ni katanya sambil menoleh ke arah Yoohwan.
Abriel terus membongkok tanda hormat. Apa khabar, nek soalnya.
Yoohwan tersengih. Ini kekasih aku, nek.
Abriel membeliakkan mata memandang Yoohwan. Nenek pula ketawa. Kau memang pandai memilih perempuan. Tengok dia ni, sangat cantik dan sopan, ujarnya gembira.
Mesti seronok kalau aku boleh tunjukkan dia pada kawankawanku. Si Sam Soon selalu kata cucu menantunya perempuan paling cantik di kawasan ini. Tapi kalau dibandingkan kau, huh! Kau jauh lebih cantik.
Nenek merangkul mesra tubuh Abriel. Abriel tertawa kecil, terharu kerana diberi sambutan yang cukup mesra. Kamu berdua nak ke mana soal nenek Yoohwan selepas melepaskan pelukannya pada Abriel.
Kami nak pergi memancing nek, sahut Yoohwan.
Bermalam di sini
Tidak, Nek. Nanti petang kami pulang ke kota.
Eh, tak boleh begitu! Kamu berdua mesti bermalam di sini. Boleh kan, Sayang soal Nenek sambil menoleh ke arah Abriel.
Abriel memandang Yoohwan, cuba mencari alasan. Tetapi Yoohwan cuma tertawa. Akhirnya dia mengangguk saja mengiakan. Nenek bertepuk tangan. Nampaknya dia gembira sekali. Sudah, pergilah memancing. Nanti nenek masakkan makanan yang sedap-sedap.
jjj
Mereka pergi memancing di tepi sebatang sungai tidak jauh dari rumah nenek Yoohwan. Dengan cekap, lelaki itu menghampar sehelai tikar plastik di bawah sebatang pokok besar sebelum menyusun barang-barang mereka di atasnya. Kemudian dengan penuh sabar, dia mengajar Abriel cara memasang umpan dan seterusnya melemparkan kail ke sungai. Beberapa kali cubaan saja, Abriel sudah boleh melakukannya.
Mereka kemudian duduk di bawah pokok sambil menunggu ikan memakan umpan. Mendengar bunyi aliran sungai membuat mata Abriel mengantuk. Lelaki di sebelahnya pula tekun menghadap iPad miliknya. Dia memakai fon kepala sambil sesekali menekan-nekan sesuatu pada layar tablet miliknya.
Hal itu mengingatkan Abriel pada seorang lelaki lain yang pernah melakukan benda yang sama di rumahnya. Bezanya Jaejoong sesekali akan menyanyi atau menggumam sesuatu nada, tetapi Yoohwan hanya senyap saja. Langsung tidak ada bunyi yang keluar dari mulutnya. Lelaki ini pasti sangat menyukai kesunyian. Sama seperti Abriel satu ketika dahulu.
Abriel melihat tali pancingnya tiba-tiba tegang dan bergoyang-goyang. Dia mencuit Yoohwan, kemudian menunjukkan pancing itu. Lelaki itu spontan melepaskan tablet dan fon telinganya sebelum menerpa ke arah batang pancing yang mula melentur. Dia mengajar Abriel cara menarik dan menghulur tali pancing agar ikan tidak terlepas. Saat ikan sudah mula kelihatan di permukaan air, dia menyuruh Abriel bersedia dengan jaring. Ikan itu menggelupur, memercikkan air ke mana-mana sehingga
Abriel terjerit kecil.
Yoohwan tertawa melihat keriangan Abriel sambil melepaskan kail dari mulut ikan yang sederhana besar itu. Kemudian dia menyuruh Abriel pula mempraktikkan ajarannya sambil dia membantu gadis itu menarik joran yang satu lagi yang juga sudah melentur tanda umpannya sudah mengena.
Saat memeluk gadis itu dari belakang, Yoohwan dapat menghidu keharuman rambutnya yang lebat dan panjang. Gadis itu seperti tidak sedar perasaan Yoohwan padanya. Dia riang saja menangkap ikan itu dengan jaring sebelum kemudiannya mencabut mata kail dari mulut ikan seperti yang dilakukan oleh Yoohwan tadi.
Mereka pulang dengan membawa dua ekor ikan hasil tangkapan mereka. Sampai di rumah, mereka disambut dengan bau makanan yang sangat enak. Mereka makan tengah hari bersama nenek Yoohwan sambil berbual mesra dan bergurau senda. Beberapa jam memancing membuat Abriel lapar sekali, dia makan dengan lahap. Berkali-kali dia memuji masakan nenek Yoohwan yang begitu lazat.
Selesai makan dan mengemas dapur, nenek mengajak Abriel menemaninya ke sebuah kedai runcit tidak jauh dari rumah. Dalam perjalanan, tiba-tiba nenek mengutarakan satu soalan yang mengejutkan Abriel. Kau suka cucuku
Abriel tertawa kecil mendengarnya, walaupun hatinya berdebar-debar. Tetapi nampaknya neneknya memahami jawapan tersirat Abriel itu.
Dia seorang anak muda yang luar biasa, tak kalah pun dengan sesiapa sahaja. Kehidupannya tak mudah dari kecil, tapi itu membuat dia jadi lebih kuat dan tabah menghadapi cabaran. Kau pun tahu, dia agak nakal. Tapi itu kerana dia belum lagi jumpa perempuan yang dicintainya. Kau takkan menyesal kalau memilih dia berbanding pilihan kau sekarang.
Abriel ternganga. Nada suara Nenek begitu tenang dan penuh yakin. Bukan nada mempromosi namun menasihati. Namun dia tahu apa yang dimaksudkan oleh wanita yang lemah lembut itu.
Sepanjang hari itu dipenuhi dengan pelbagai aktiviti di rumah nenek Yoohwan sehingga malam. Yang mengejutkan, malam itu nenek menyuruh mereka tidur dalam satu bilik yang sama kerana telah lama tidak terbiasa tidur dengan orang lain. Abriel dan Yoohwan agak kaget. Walaupun Yoohwan menawarkan untuk tidur di bilik lain, nenek tetap menyuruh mereka tidur sebilik. Akhirnya mereka menurut. Abriel menghamparkan tilam di satu sudut dan Yoohwan di sudut yang bertentangan. Beberapa minit selepas lampu dipadamkan, Abriel terlena, manakala Yoohwan terus duduk di tilamnya sambil melihat gadis itu tidur. Dia berharap pagi tidak akan segera datang.
jjj
Selepas sarapan pagi keesokan harinya, mereka bertolak pulang ke Seoul. Sebaik sampai di kawasan perumahan Abriel, Yoohwan menurunkannya di sebuah super market kecil yang terletak tidak jauh dari rumah Abriel. Kata gadis itu, dia mahu membeli sedikit barang.
Terima kasih sebab bawa aku memancing. Aku tak tahu yang memancing boleh jadi aktiviti yang menyeronokkan. Kau pasti kau nak jalan kaki balik soal Yoohwan. Aku boleh tunggu.
Abriel menggeleng. Tak perlu. Dekat je. Nanti aku jalan kaki balik.
Mereka berpamitan sebelum Yoohwan memandu pergi. Abriel berjalan masuk ke dalam super market dan mula membeli beberapa barang. Minuman rindan, teh susu dan makanan-makanan ringan kegemarannya. Kemudian dia berjalan pulang dengan riang sambil menyanyi-nyanyi kecil.
Saat tiba di depan apartmen, matanya menangkap susuk tubuh seseorang yang sangat dikenalinya sedang menunggu tidak jauh dari lif. Dia cuba untuk tidak mempedulikan lelaki itu tetapi lelaki itu ternyata lebih pantas menghalangnya.
Awak dari mana Saya dah tunggu semalaman. Kenapa tak pulang Nadanya kasar dan mendesak tetapi Abriel tidak peduli. Dia mahu berjalan lagi tetapi Jaejoong menahannya. Kita kena bincang.
Abriel menjeling jengkel. Tak ada apa-apa yang kita perlu bincangkan, ujarnya tegas. Selepas menyaksikan ciuman itu, rasanya itu jawapan yang paling sesuai.
Dengar dulu penjelasan saya. Lepas tu saya akan dengar penjelasan awak.
Abriel merenung lelaki itu tajam. Hari tu awak tak nak dengar penjelasan saya, kan Jadi hari ini saya tak berminat nak dengar penjelasan awak. Ke tepi!
Dia berjaya meloloskan diri dan terus berjalan menuju ke lif. Sebelum pintu lif tertutup, dia mendengar Jaejoong menjerit. Tak ada perempuan lain selain awak. Tak ada dan takkan pernah ada!
Abriel kaku sendirian di dalam lif. Nah, bukankah itu pembohongan yang jujur Selepas apa yang lelaki itu lakukan dengan perempuan yang tak ingin dia sebut namanya, lelaki itu berikrar sebegitu. Sungguh hebat dia berbohong.
jjj
Jaejoong menatap cecair warna coklat di dalam gelas kecil yang dipegangnya sesaat sebelum meneguknya sampai habis. Membiarkan cecair itu membakar tenggoroknya. Dia tidak tahu berapa banyak alkohol yang sudah masuk ke dalam tubuhnya. Selepas dia masuk tadi, Uncle Sim telah menutup bar, tetapi dia tidak peduli. Bekerja keras dan tidur hanya beberapa jam sehari sudah menjadi kebiasaan barunya. Pada hari-hari dia tidak perlu ke mana-mana, dia mengurung diri di dalam biliknya sambil menulis lagu.
Menulis lagu Who am I kidding Kadang-kadang dia hanya duduk sahaja sambil merenung gambar Abriel pada skrin telefon bimbitnya. Saat dia sedang marah dulu, dia telah membuang semua gambar Abriel kecuali yang satu itu. Gambar gadis itu sedang tertawa riang.
Sudah beratus-ratus kali dia memaksa dirinya melupakan Abriel. Namun semakin kuat dia mencuba, semakin jelas bayangan gadis itu di ruang matanya. Sudah pelbagai cara yang dicubanya. Dia fikir minuman akan dapat menghilangkan rindunya tetapi ternyata mabuk membuatnya semakin teruk. Gadis itu seperti sedang berdiri di hadapannya!
Dia juga tidak dapat menumpukan perhatian pada kerjanya. Sering kali dia ditegur kerana hilang fokus saat menyanyi atau berlatih. Padahal selalunya kerja adalah satu-satunya cara untuk dia melupakan masalah yang melanda dirinya selama ini.
Yoohwan duduk di sebelah Jaejoong. Melihat tampang kusut lelaki itu, tidak sukar untuk meneka apa yang sedang difikirkannya.
Kau tak nak tanya kenapa aku begini soal Jaejoong tibatiba.
Yoohwan menggeleng. Dia sudah tahu kenapa. Semua orang sudah tahu kenapa. Eh, tidak. Orang lain menyangka Jaejoong marah kerana diberi amaran oleh pihak pengurusan tentang Chaekyong. Namun Yoohwan lebih tahu sebab sebenarnya.
Tadi aku ke apartmen dia, ujar Jaejoong. Yoohwan mengangkat kening. Pasti dia tahu siapa yang aku maksudkan, fikir Jaejoong. Semalaman aku tunggu dia di situ. Aku kecewa. Kenapa dia tak pulang semalaman Dia ke mana Dengan siapa
Yoohwan yang tahu jawapannya memilih untuk fokus pada minuman yang baru dihantar oleh Uncle Sim. Ini bukan saat yang tepat untuk dia bercerita atau membuat pengakuan.
Dia sangat cantik, malah lebih cantik daripada saat pertama aku berjumpa dia dulu. Aku merayu supaya dia mendengar penjelasan ku tetapi dia tak mahu. Aku kata aku sudi mendengar penjelasannya tetapi dia tetap menolaknya.
Hyung mahu dengar penjelasan dia soal Yoohwan lembut.
Jaejoong merengus. Aku tak peduli akan penjelasan dia! Aku tak peduli kalau lelaki itu betul-betul kekasihnya. Aku tak peduli! Jaejoong menekup mukanya dengan tangan. Dia menangis.
Saat Jaejoong mengangkat muka dan memandang Yoohwan, Yoohwan terkedu melihat sinar mata Jaejoong. Dia kelihatan menderita dan sudah berputus asa. Hyung nya tidak pernah kelihatan begitu sebelum ini.
Aku tak peduli. Aku mesti dapatkan dia semula. Aku tak peduli! kata Jaejoong lirih.
Yoohwan hanya diam. Tidak menjawab. Nampaknya segala mimpinya akan harus dia kubur sedalam yang boleh.