Apakah makna inen, apak Tanya Khaufli dengan sedih.
Apak dak ada pilihan, keadaan udah nengar terdesak jadinya. Karkuma menunjuk arah kapal layar. Khaufli, dengar elok-elok amanatku inen. Karkuma berhenti memandang wajah Khaufli sedalam-dalamnya. Khaufli hanya akur memandang arah kapal layar itu.
Apak mau dikau tinggal akanlah Pulau Nabui, lekas. Bawa dema para sahabat dikau utu bersama. Kata Karkuma sambil memandang ke arah lapan orang anak muda berusia awal 20-an.
Kalian merantaulah naik perahu layar utu, katanya lagi dan memandang Ladek dan Koisak, dua orang anak muda berusia 23 dan 25 tahun.
Ladek dan Koisak, dua orang anak teruna Jianok dari keturunan puak Sulu. Sebagaimana orang puak Sulu yang arif dengan laut dan mahir dalam pelayaran, begitulah Ladek dan Koisak.
Ladek, apak sandar akan harapan pada dikau supaya bimbing Khaufli dengan yang lainnya untuk mengemudi pelayaran kalian, malam inen juga, kata Karkuma sambil melihat lautan luas dengan penuh rasa hiba.
Tapi apa kenanya hingga kami harus belayar Ladek bertanya ayahnya, Jianok.
Demi keselamatan kalian, agar keturunan bangsa Nabui Arshi dak akan pupus di muka bumi. Kata Jianok, serius.
Selagi kami berada dalam kerajaan kuku besi yang segini, selagi utu nasib orang Nabui Arshi di Tanah Nabui dak akan menentu. Tepat dan terang penjelasan dari Karkuma, membuatkan sembilan anak muda itu mengalir air mata mendengarnya, termasuk Khaufli.
Biarlah apa pun nasib yang bakal menimpa Karkuma dan pengikutnya selepas ini, untuk meneruskan perjuangan berperang dengan tentera jin diraja dan Ketua Warak Jameng, biarlah ditanggung bersama oleh mereka yang terpaksa meneruskan hidup di Pulau Nabui. Hakikatnya itulah sahaja kapal layar yang mereka ada, yang hanya muat untuk sembilan orang.
Lebih baik biarkan anak-anak muda penyambung zuriat itu pergi meneruskan kehidupan di negeri perantauan, daripada dipertaruhkan nyawa mereka jika terus berada di Pulau Nabui.
Pergilah kalian menbawa ajaran Arshi ke bumi nusantara yang masih luas nun jauh di sana. Misalnya ada sumur di ladang bolehlah kami menumpang mandi, misalnya ada umur yang panjang bolehlah kami berjumpa lagi. Kata Teggal.
Kalian harus berangkat selekas-lekasnya. Bahaya kalu kami berlama-lama di sini, Jianok mengingatkan.
Mereka kemudian bersalaman sambil mengiringi sembilan anak muda Nabui Arshi itu memulakan langkah menaiki kapal layar, dan belayar meninggalkan Pulau Tanah Nabui.
Khaufli Shuhada bin Karkuma Val bin Ghata Uda. Tiga generasi keturunan bangsa Nabui yang sesungguhnya berhati mulia. Di dalam hati setiap lelaki dari tiga keturunan ini hampir tiada pun terselit kejahatan.
Khaufli dilihat sangat tabah menerima kenyataan walaupun berat hatinya hendak pergi meninggalkan ayahanda dan bonda serta tanah tumpah darahnya itu. Pertama kali dia berpisah dengan orang tuanya dan ia suatu perpisahan yang amat mendukacitakan. Tetapi hakikatnya kehidupan mesti diteruskan.
Sampai bila kami mau sembunyi di belantara inen, lalu membiarkan kaum kerabat kami di luar sana menempuh bahaya. Kami perlu curi tumpuan Jameng, supaya dema idak akan nampak pelayaran Khaufli di tengah lautan kelak, demikian hujah Karkuma panjang lebar kepada orang-orangnya, apabila kapal layar yang dinaiki Khaufli bersama para sahabatnya semakin jauh meninggalkan pantai Pulau Tanah Nabui.
Kami bersumpah demi Dianya, kami dak akan menyerah kalah selagi nyawa dikandung badan, kata Teggal penuh semangat diikuti oleh yang lain-lain, sambil semuanya mendongak menghunus keris tegak ke langit.
Keris hasil senireka Khaufli, adalah lambang silat Nabui, kedengaran salah seorang dari mereka berteriak. Semua terdiam, dapat merasakan semangat sedang berderau membara.
Tanpa buang masa, pada malam itu juga, mereka keluar dari hutan menuju ke Madrasah Pagai.
Apa kenanya kami harus kejan pergi Mentak kejan kami diserang karang Tanya seorang daripada pengikut Karkuma.
Daku ada sebabnya. Kelak kalian akan tau, jelas Karkuma. Kali ini mereka bertekad memperjuangkan hak rakyat untuk bebas beragama, sekalipun nyawa menjadi pertaruhannya.
Seperti dijangkakan, belum pun sempat sehari mengecapi ketenteraman berada di madrasah, dan belum berpeluang bertemu isteri serta keluarga di rumah, mereka telah diserang oleh Jameng.
Ketika itu, Karkuma dan orang-orangnya bersalaman selesai sembahyang, apabila tiba-tiba mereka terdengar laungan kuat dari luar madrasah.
Karkuma! Keluar! Ketua Jameng memekik dari atas kuda. Bersama Jameng ialah 82 orang pengikutnya yang berderet-deret mengepung Madrasah Pagai. Karkuma dengan tenangnya muncul di muka pintu utama madrasah.
Apa kenanya hamba dipanggil Tanya Karkuma bersahaja dan memandang tepat arah Jameng.
Bedebah! Jangan pura-pura dak tau. Daku datang untuk bunuh mika. Pengkhianat banggi! Jameng bersuara keras apabila berasa dirinya seperti dipermainkan oleh Karkuma.
Agamnya dikau berusaha untuk bunuh hamba. Tapi hamba masih hidup. Karkuma tenang memulakan perang mulut dengan Jameng, membuat muslihat agar orang-orangnya berpeluang menyusun strategi jika diserang kelak.
Mika masih hidup sebab daku belum bunuh mika. Tatkala kematian mika datang, utu ertinya ditangan daku, kata Jameng dengan sombong, sambil menghunus pedangnya dari atas kuda, ke arah Karkuma.
Dikau yang harusnya dibunuh lebih dulu! Hamba tau segalanya. Dikau bunuh Ketua Labot, sebab kemaruk akan jawatan ketua warak. Dikau umpat Tuk Pagai dengan Mak Mandeh sampai dema dihukum pancung. Karkuma tarik nafas dengan pantas dan sambung kata-katanya, Orang tua hamba pun dikau pembunuhnya. Nanang tukang buat racun juga. Pepokok bunga taman bangkir pun dikau yang bunuh. Karkuma menempelak Jameng sambil mendedahkan rahsia kejahatan Jameng. Sambil itu, Karkuma mencuri pandang kepada orang-orangnya di dalam Madrasah Pagai untuk mendapatkan isyarat sama ada mereka sudah bersedia atau belum.
Kata-kata Karkuma ternyata amat berbisa kepada Jameng. Dia berasa dirinya terhina dan dimalukan di hadapan pengikutnya. Mukanya merah padam dan berpeluh-peluh menahan api marah. Tangannya memegang hulu pedang yang sedia dihunuskannya ke arah Karkuma.
Teggal memberi isyarat bahawa mereka sudah bersedia.
Sial mika, Karkuma! Bukti akanlah cakap mika utu! Tingkah Jameng seolah-olah mahu menunjukkan dia tidak melakukan segala kejahatan seperti yang disebut oleh Karkuma. Bukti ada di dalam perut dikau yang busuk bak jenangau! Bangkai gajah dak akan boleh dikau tudung dengan nyiru! Karkuma sambil ketawa pendek, tidak hairan dengan alasan Jameng. Bagi Karkuma, sesuatu kejahatan besar yang telah dilakukan oleh seseorang tidak akan dapat disembunyikan dari pengetahuan umum. Begitulah juga halnya dengan Jameng. Karkuma tidak perlu menunggu Jameng mengaku salah terhadap perbuatan jahatnya.
Sebaik melepaskan kata-kata yang selama ini terbuku dalam hatinya, Karkuma menerkam ke arah Jameng dan dengan pantas menusuk rusuk kuda Jameng dengan keris. Kuda Jameng melompat dan menendang-nendang hingga Jameng jatuh ke tanah. Melihat Jameng terlentang di tanah, semua orang-orang Jameng berterjunan dari kuda masing-masing.
Sudah menjadi adab orang-orang Huku bahawa mereka tidak dibenarkan duduk atau berdiri di paras lebih tinggi daripada seorang Ketua Warak. Maka bergegaranlah bumi pada tengah hari itu ketika 82 ekor kuda bercempera lari meninggalkan kawasan Madrasah Pagai. Ketika inilah juga, Jameng dan orang-orangnya dipaksa bertarung tanpa kuda. Itulah strategi yang dikehendaki oleh Karkuma untuk menyerang musuh dengan bersenjatakan keris, kerana mereka dan musuh perlu sama-sama berpijak di bumi. Permainan seni silat memerlukan kekuatan kaki yang luar biasa.
Pertarungan berlangsung sengit antara dua belah pihak. Sebahagian orang-orang Karkuma terpaksa berlawan musuh lebih dari seorang dalam satu masa.
Teggal, Hakap, Balungga, Jianok dan Saldi bertarung menentang empat musuh sekali gus. Tetapi mereka tidak menghadapi masalah. Segala ilmu silat yang diperturunkan oleh Karkuma diamalkan sebaik-baiknya.
Dan, Karkuma pula berdepan dan bertarung dengan Jameng serta lima orang kuatnya sekali gus. Selepas beberapa jam bertempur, orang-orang Jameng tumpas, bergelimpangan di tanah tetapi tiada seorang pun yang mati, walaupun mereka boleh dibunuh begitu sahaja oleh orang-orang Karkuma.
Sebelum pertempuran, Karkuma sebenarnya sudah berpesan kepada orang-orangnya supaya jangan sampai ada pembunuhan berlaku. Dia tidak mahu peristiwa banjir darah berlaku di Madrasah Pagai seperti di rumahnya pada malam itu.
Lagipun, orang-orang Jameng sudah terlalu lemah untuk berbuat apa-apa, sedang orang-orang Karkuma masih gah walaupun keletihan.
Tentera jin pendamping Jameng dan orang-orangnya ialah dari golongan jin tanah. Dan sedikit demi sedikit jin-jin itu lenyap dari situ, hingga tiada satu pun yang tinggal.
Jin-jin itu takutkan keris-keris yang telah disaluti jus kunyit hidup dan jampi serapah. Malah orang Karkuma tidak henti-hernti mengunyah daun sirih sambil bertarung. Semburan dari kunyahan daun sirih itu juga menakutkan jin-jin air itu.
Dak usah! Tegah Karkuma apabila Teggal dan Hakap hendak membantunya ketika menentang Jameng di saat-saat akhir. Saat Jameng terperangkap dalam rangkulan Karkuma. Kedua-dua tangan Jameng terjerat dan keris Karkuma berada dileher Jameng menunggu masa untuk ditusuk.
Habiskan saja riwayatnya, Aba Kuma! Tempik Jianok.
Menggigil tangan Karkuma. Dia keliru apakah perlu mengikut perasaan, bunuh sahaja musuh yang ditawan Jameng terkial-kial di dalam rangkulan Karkuma.
Lepas, bedebah! Jameng meronta-ronta cuba melepaskan diri daripada cengkaman erat Karkuma.
Masih mau berlagak bagak dengan hamba Tingkah Karkuma. Wajahnya tenang tetapi perasaannya dihantui peristiwa lampau.
Dia terbayang-bayang bagaimana ayah dan ibunya serta Ketua Labot maut di tangan Jameng. Tangan Karkuma semakin laju menggigil.
Aaahhh! Tiba-tiba Karkuma menjerit sekuat hati, dan terus menolak Jameng tersungkur di depan pengikut-pengikutnya.
Ternyata tindakan Karkuma itu amat memalukan Jameng. Pengikut-pengikut Jameng saling berpandangan apabila ketua mereka boleh jatuh tersungkur di kaki Karkuma kerana apa yang mereka bayangkan ketua mereka itu sangat luar biasa kehandalannya, tetapi boleh dijatuhkan oleh Karkuma.
Karkuma sial! Apa kena idak dibunuh saja daku Jameng menjerit seperti orang hilang akal. Karkuma bertenang memerhati gelagat Jameng.
Bunuh saja daku! Beria-ia Jameng memekik sambil menepuk dadanya, semata-mata ingin menutup malu kerana dirinya telah ditewaskan.
Adakah mika takut hendak bunuh daku Jameng seolah-olah mengejek Karkuma.
Hamba bukan pembunuh! Sahut Karkuma. Jameng terdiam, sangat malu dan terus beredar bersama semua pengikutnya.
Perasaan gembira yang dirasai Karkuma dan orang-orangnya ketika itu hanya mereka yang tahu. Mereka menadah kesyukuran dan berjalan pulang ke rumah keluarga masing-masing sambil berbual sesama sendiri.
Idak ku duga kami menang ghair bersenjatakan keris akar senderik. Benarlah cakap Khaufli, perkasanya akar senderik bagaikan besi, kata Balungga.
Mereka semua tertunduk diam apabila mendengar nama Khaufli Shuhada disebut.
Andai kami tau begini kesudahannya, tentulah idak perlu Khaufli dan para sahabatnya disuruh pergi berlayar. Hakap berkata dengan selamba.
Usah mika cakap gitu. Tegur Jianok.
Perjuangan kami belum selesai. Jameng pasti akan menyerang lagi. Kami perlu nantiasa beringat-ingat. Karkuma bersuara sambil melencong masuk ke laman rumahnya.
Sirehpani berteriak gembira menyambut kepulangan suaminya itu. Di dalam kegembiraan itu Sirehpani turut bersedih kerana harapan untuk bertemu semula Khaufli, satu-satunya anak mereka, sangat tipis.
Sirehpani akur pada keadaan. Malah keadaan mereka suami isteri ketika itu masih belum menentu. Malam itu adalah malam pertama Karkuma dan Sirehpani kembali mendapat tidur yang enak dan tenang selepas sekian lama berbagai bencana melanda orang-orang Nabui Arshi. Maka adegan berpantun di ranjang dapat dinikmati. Malam itu Karkuma dan Sirehpani dibuai rindu asmaradana seperti di malam pertama mereka berkahwin dahulu. Indah dan tenangnya malam itu seperti berada di syurga. Rasanya mereka tidak mahu ada siang di esok hari.
Keesokannya ketika Karkuma dan Sirehpani menikmati hidangan tengah hari, Teggal dan Saruni datang berambat memanggil Karkuma.
Aba Kuma! Termengah-mengah Teggal muncul di muka pintu. Madrasah telah diserang dengan ganas!
Karkuma segera mencapai keris, diselit pada pinggang, Sirehpani melihat dengan tercengang. Sambil berlari anak mengikut Teggal, Karkuma mengemaskan kain lilit kepala. Diikutkan hati, memang Sirehpani geram dan marah kerana dia baharu sahaja hendak menghabiskan masa bersama suaminya yang selama ini sudah banyak dihabiskan bagi mempertahan maruah kaum dan agama Arshi.
Sirehpani sudah cukup meluat dengan Jameng yang tidak habis-habis memberikan kesusahan kepada mereka. Dia faham kekacauan yang ditimbulkan oleh Jameng bukan sekadar wujudnya agama Arshi, tetapi juga dendam peribadi. Dendam Jameng kepada dia dan suaminya memang tidak pernah padam. Keinginan Jameng untuk menghapuskan orang-orang Nabui Arshi hanyalah alasan yang membenarkan Jameng untuk membunuh Sirehpani dan juga Karkuma.
Sirehpani dan Saruni memerhatikan Karkuma dan Teggal beredar pergi. Mata mereka bergenang tidak berkedip mengiringi pemergian suami masing-masing yang malamnya baharu sahaja pulang ke rumah.
Setibanya di Madrasah Pagai, Karkuma dan Teggal hairan melihat tiada apa-apa yang berlaku. Madrasah Pagai kelihatan tenang sahaja di bawah sinaran matahari yang tegak di langit. Dan bila diamati, mereka terdengar bunyi suara orang di dalam madrasah, apabila dijengah ke dalam, alangkah terkejut mereka melihat Hakap, Saldi, Balungga bersama 20 orang lagi pengikut telah diikat beramai-ramai.
Apa kena gini jadinya Tanya Karkuma sambil bergegas membuka ikatan.
Jameng datang dengan orang-orangnya menyembur debu. Latat terasa silok, lalu terlena. Tatkala kami celik udah segini jadinya, Saldi menjelaskan panjang lebar. Itulah yang berlaku ke atas mereka.
Pada ketika itu juga, kedengaran bunyi larian beratus-ratus ekor kuda menuju madrasah hingga bergegar seluruh madrasah yang diperbuat dari tanah liat dan batang kayu itu.
Mereka terpaku berdiri dan tercengang melihat Jameng bersama 20 orang pengikutnya dan kira-kira 100 bala tentera istana, lengkap bersenjata dan berpakaian seragam tentera diraja Kerajaan Tanah Nabui. Semua tentera berkuda itu gah mengepung Madrasah Pagai.
Apa harus kami perbuat Tanya Teggal kepada Karkuma.
Kendati pun banyaknya tentera maharaja, atawa tentera jin datang, mengalah jangan sekali, Karkuma bersumpah kepada pengikutnya.
Usah diragu! Taat setia kami ghair buat Aba Kuma, kendatipun nyawa galang gantinya. Salah seorang pengikutnya bersuara.
Karkuma memandang mereka. Hatinya terharu melihat kesanggupan mereka yang begitu setia menjadi pengikutnya, sedia berkorban nyawa demi mempertahankan agama Arshi.
Jameng, pengikutnya dan bala tentara istana menyusul masuk kawasan madrasah. Jameng berbisik sesuatu pada ketua tentera istana. Seperti ada perancangan saat terakhir antara Jameng dan ketua tentera istana itu sebelum Jameng bertempik ke arah madrasah.
Keluarlah Karkuma! Mika kabeh dititah menghadap Maharaja Sutan Lembayung dengan segera! Selepas itu, Jemeng berbisik semula dengan ketua tentera. Dan kemudian menempik lagi ke arah madrasah.
Andai berdegil, seluruh bala tentera Istana Bijinga akan datang menyerang seluruhnya orang mika. Reti! Jameng memberi amaran, sambil bergerak ke depan dengan kudanya.
Karkuma terus hendak melangkah keluar dari dalam madrasah itu tetapi ditegah oleh orang-orangnya.
Jangan. Kata Teggal.
Usah dihalang. Dak daya kalian hendak menentang kalu seluruh bala tentera istana yang seluas ladang banyaknya utu datang menyerang. Jawab Karkuma.
Kata-kata Karkuma itu membuatkan orang-orangnya tidak berniat melarangnya keluar bersemuka dengan Jameng di halaman Madrasah Pagai.
Pengorbanan yang dilakukan Karkuma selama ini, demi agama dan bangsa Nabui Arshi sangat dihargai orang-orangnya. Karkuma melangkah keluar dari Madrasah Pagai dengan yakin dan tenang. Tidak ada langsung wajah gentar. Dia pasrah dan berserah segala-galanya kepada Tuhan.
Begitupun, Karkuma sempat meninggalkan pesanan kepada orang-orangnya.
Ingin daku tinggal sebutir pesan...Andai turunnya hujan tatkala matahari tegak di atas jemala, maka kejanlah kalian bertindak. Katanya.
Semua yang ada dalam Madrasah Pagai mengangguk tanda faham dengan pesanan Karkuma. Mereka reda dengan pemergiannya. Karkuma dibawa pergi untuk dihadapkan kepada Maharaja Sutan Lembayung. Karkuma yang diiringi oleh Jameng dan 100 bala tentera istana, hilang dari pandangan orang-orangnya yang berada di Madarasah Pagai.