Kristal Berdarah - 18
BAB 17

Salman kembali mengambil alih tugas memandu. Dia begitu berhatihati dengan pemanduan merentasi jalan lori balak yang tidak rata. Hutan di kiri kanan begitu subur, seolaholah tidak pernah terusik oleh mata tajam gergaji, kemajuan dan pencemaran. Yang ada hanyalah loronglorong kasar lama dan timbunan balak reput yang ti dak sempat diangkat oleh para pembalak.

Puncak Gunung Kemuning nampaknya hijau dan keli hatan seiring dengan lurah yang sedang mereka turuni. Ketulketul tanah kecil terbungkas dek tayar jip sewaktu kenderaan tersebut menuruni jalan tanah merah yang berb onggol dan berhenti bila tersekat di celah lubang. Ha nya pergerakan itu sahaja yang ada. Yang lain semuanya kaku dan mati.

ada sesuatu yang aku tak faham. Salman menepuk stering jip dengan perut jarinya.

apa dia tanya Ramlan sambil menegakkan badan nya untuk menghilangkan lenguh yang kembali menye rang sendi.

Kenapa tak ada pokokpokok besar di tepi jalan ni nak kata ditebang, tak ada pula tunggulnya.

Hmmm....

Mana pokokpokok besar yang menjadi kebanggaan hutan tropika negara kita Sedangkan ini adalah hutan dan tanahnya pula berbukitbukit. Ramlan melemparkan pandangan keluar jip.

Mungkin semuanya sudah ditebang.

Mustahil! Takkan semuanya sekali dan yang subur ha nyalah belukar kecil.

entahlah! Mungkin juga suatu masa dulu dan sehingga sekarang hutan berpokok besar tak pernah wujud di sini. ah! Lupakanlah. itu bukan masalah kita.

Salman tidak lagi bersuara. Seluruh perhatiannya di berikan pada pemanduannya. Ramlan menoleh. Suhaili dan Saoud sedang terpejam. barangkali mereka sedang tidur. Ramlan tersenyum dan kemudian menghulurkan tangann ya di celah kerusi sambil menggoyang lutut Suhaili.

bangun... kita dah sampai.

Hm... Suara Suhaili menderam. Masih memejamkan matanya.

Suara Ramlan mengejutkan Saoud. Tidak seperti

Suhaili, dia benarbenar terperanjat. Kepalanya digerakk an seperti menggeleng dan letusan kecil terdengar di tengkuknya.

Dah pukul berapa

Tiga lebih.

Ramlan tersenyum. Jangan takut. aku hanya bergu rau. aku rasa kita masih perlukan beberapa jam lagi untuk sampai ke tempat tu.

Ramlan menegakkan kepalanya, memandang Saoud yang berkulit agak legam dan berambut panjang lurus.

Kau rasa kita ikut arah yang betul

Kata orangorang tua di kampung saya semalam, kita mesti berpusing ke timur bila melepasi kawasan pergunungan ni. Tak ada apa di sebelah barat kecuali semaksamun.

ah! Setakat ni pun, kita hanya nampak semaksamun saja. Janganjangan kita dah tersasar, tak

bertenang, Ramlan. Suhaili benarbenar terjaga. Tak ada sebab kita mengupah Saoud kalau dia tak boleh tunjuk jalan yang betul.

Jip terus bergerak sekalipun terhingguthinggut dan per lahan di permukaan jalan yang berbenjolbenjol dan berlekuklekuk.

Perjalanan masih jauh lagi. Ramlan, Saoud dan Suhaili mengambil kesempatan itu untuk melelapkan mata sebentar.

Mentari petang sedang menginsut perlahan menuju ke pera duannya. Jip bergerak di atas bayangnya sendiri. De ruman enjin jip itu bergema di sekitar kawasan hutan itu.

Salman terus memandu walaupun dia sebenarnya ingin ti dur seperti mereka yang lain. Ketika dia memandu, dia se ring melemparkan pandangan ke arah Gunung Kemuning. Dan setiap kali itulah, dia terpandang cahaya merah seperti ada kebakaran di kawasan gunung itu. Warna merah di tubuh awan berdenyut, bertukar dan akhirnya hilang warna.

Setelah berjerihpayah, akhirnya mereka tiba di destinasi yang dituju. Kawasan tanah tinggi di sekeliling mereka, ditumbuhi rumput panjang. beberapa ekor kambing dan lembu berkeliaran tanpa dijaga.

Tidak jauh dari tempat di mana Salman memperlahankan pergerakan jipnya, terdapat beberapa orang lelaki dan wanita yang berpakaian seadanya. Kanakkanaknya pula bogel. Mereka begitu sibuk dengan urusan masingmasing.

Sebatang sungai yang berarus deras, mengalir keluar dari celah gunung yang mencakar awan. Pokok durian hutan, tegak di meratarata. Tebing sungai yang berarus deras dipe nuhi dengan batubatu besar yang berlonggok menahan badai dan aliran sungai.

Salman masih meneruskan perjalanan mereka. Kanakkanak yang berbogel mengejar jip itu dari belakang. Mereka begitu riang seolaholah inilah kali pertama mereka melihat sebuah jip.

Salman memberhentikan kenderaan yang dipandunya apabila tiba di penghujung padang rumput dan berhampiran sebuah jurang dalam. Merentangi jurang dalam itu adalah seutas tali sebesar lengan orang dewasa yang membentuk sebuah jambatan gantung. Tetapi jambatan gantung itu kelihatan seperti tidak selamat. ia terbuaibuai ditiup angin dan sen tiasa bergerak, seperti dada seorang manusia yang bernafas.

Kita dah sampai!

Suhaili, Ramlan dan Saoud terjaga daripada tidur. Me reka memandang sekeliling. Terpandang sekumpulan kanakkanak yang mengelilingi jip itu sambil tersengih seperti kerang busuk. Mereka juga terpandang beberapa orang lelaki dan wanita yang merenung jip mereka dengan hairan.

Salman turun. Dia mendekati anakanak kecil yang berada di tepi jip. namun sebelum sempat Salman menyentuh salah seorang daripada mereka, anakanak kecil itu mel arikan diri sambil menjerit sekuat hati. Malah ada di ka langan mereka yang menangis seolaholah disergah hantu hutan.

anakanak kecil itu mendapatkan kumpulan lelaki dan wanita yang memperlihatkan sikap tidak senang dengan kehadiran jip serta orang yang menggunakannya. Kemudian mereka menghilang di dalam sebuah semak yang terdapat di pinggir padang hijau tersebut.

Salman kebingungan dengan sikap yang ditunjukkan oleh kaum peribumi tersebut.

Mereka tinggal di kawasan ni ke tanya Suhaili kepada Saoud.

Ya, puan. Tapi mereka ni pemalu. Jarang bertemu dengan orang luar seperti kita dan jarang bercampurgaul dengan orang yang tak dikenali.

Kau boleh berkomunikasi dengan mereka

Ya! Sudah tentu!

bagus! Teropong aku, mana

Suhaili menolak pintu dan terus ke belakang jip. Pintu tersebut ditarik dan sebuah beg diangkat.

Ramlan masih di kerusi. Dia lebih berminat dengan tingkah yang diperlihatkan oleh Saoud, Suhaili dan Salman. Panorama yang ada di sekelilingnya, tidak dipedulikan.

Salman mendekati dan berdiri di tepi tingkap jip yang terdedah.

Huh! Kau tahu, inilah kali pertama aku melihat pemandangan yang sungguh cantik dalam hidup aku.

Di seberang jurang, di dalam bangunan putih yang terpencil, Khadijah menahan rasa mengantuknya. Dia sedang cuba membaca kitab tua di hadapannya.

Khadijah!

Khadijah tersentak. Kitab tua melurut dari tangannya lantas jatuh ke lantai. Fatimah masuk dengan wajah cemas. Khadijah memandang dengan mulut terganga, menguap.

Fatimah merenung Khadijah dengan tajam. Pantas Khadijah menekup mulutnya yang terpokah dengan telapak tangan.

aku tak pernah tidur masa tengah bekerja.

Mungkin aku dah terlalu tua.

Separuh daripada tingkap kaca di bilik itu terkangkang. cahaya matahari petang yang tumpah ke atasnya, terbias. Fatimah berdiri di tepi tingkap itu. Dia merenung keluar.

Khadijah! Mereka dah sampai!

Mereka

Kan aku dah cakap, mereka pasti akan sampai.

Khadijah berfikir sejenak. Kemudian dia teringat sesuatu. Ohh...

Khadijah cuba menahan mulutnya daripada terbuka. Mulut yang cuba menguap tapi tidak berjaya.

Mereka siapa Datang dari mana

Di lembah tu. Padang ragut. Mari sini! Tengok!

Khadijah berjalan perlahanlahan ke arah Fatimah. Merenung keluar tingkap. Di kejauhan kelihatan empat orang asing sedang berdiri. Salah seorang daripada mereka adalah wanita. Sebuah jip berada di sebelah mereka.

aku dah cakap, mereka akan datang. Ya. Khadijah masih merenung. Tapi apa tujuan mereka datang Khadijah terdiam.

Untuk apa

Tak lama lagi, soalan kau tu akan terjawab. Di suatu lurah...

air yang menerjuni ke kolam semulajadi terus menderu. angin berhembus begitu perlahan. Sesekali terdengar ki cauan burung bagaikan menyambut kedatangan detik baru di dalam masa yang terus beredar.

Sekujur tubuh yang terendam di tepi sungai berham piran gigi air...

Dia merasakan ada kelainan pada tubuhnya sekarang. Dia berasa aneh tentang keadaan itu. Dahinya terasa sakit, malah seluruh bahagian kepalanya diserang kesakitan misteri yang tidak diketahui punca.

Di bangun perlahanlahan. Tetapi rasa pening yang menyerangnya membuatkan dia tidak dapat mengimbangi badan. Dia terjatuh. Terlentang dan kepalanya terhantuk pada batubatu sungai yang terhampar.

adoiii!

Dia meraba belakang kepalanya. Terasa ada cecair suam likat mengalir dan melekat di tapak tangannya. Dia meman dang telapak tangannya. Dia terperanjat. Hampir menjerit.

Darah!

Dia cuba mengingati apakah yang telah berlaku semalam. Walaupun dia telah berusaha sedaya upaya tetapi dia tetap tidak dapat mengingati.

ah! apa yang dah jadi dia bertanya kepada dirinya.

Dia cuba bangun lagi. Kali ini, walaupun pening terus menyerang kepala dan fikirannya, dia cuba mengimbangi badannya sedaya mungkin. Sedangkan belakang kepala sudah berlumuran dengan darah. Menitis dan menitik di baju yang dipakainya.

Samarsamar di ingatannya, wajahwajah yang pernah muncul di dalam hidup tertayang bagaikan sekeping potret yang digantung pada seutas tali dari alang rumah. Seorang lelaki berpakaian lengkap dan bergaya, membimbit sebuah briefcase berwarna hitam, kelihatan begitu serius. Seorang wanita, wajahnya melambangkan sikap seorang wanita yang gi gih di dalam menempuh hidup. Wanita itu sudah agak berusia tetapi wajahnya menggambarkan keceriaan seorang gadis. Seorang pemuda, berkulit cerah dan berwajah seorang seorang genius, seakan ingin memberitahu sesuatu kepada nya.

Siapa mereka

Soalan itu tidak dapat dijawabnya. Dan dia sememangnya tidak dapat menjawab. Dia tidak boleh bertanya kepada alam. alam tidak akan memberitahu apa yang dia mahu tahu. Dia di tengah hutan. Di belakangnya terletak sebatang sungai berair terjun dengan batubatu di sepanjang tebingnya sebagai pantai.

Dia merenung sekeliling. Dia tidak tahu jalan manakah yang harus diikutinya. Di seberang sana, tebing begitu curam dan tidak sebatang pokok pun tumbuh pada tebing tersebut. Di hadapannya, tebing juga curam tetapi masih terdapat beberapa batang pokok sebesar lengan berpaut pada tanah yang membentuk tebing itu. belakang kepalanya terasa berdenyut. Seluruh

badannya terasa sengal.

Dia menapak perlahanlahan. batubatu yang menjadi penjajaran sungai tersebut, dilangkahinya. Manamana yang tidak boleh dilangkah akan dipanjat dan dia berdiri sambil mencari jalan keluar.

namun pencariannya tidak berhasil. cuma satu sahaja kesimpulan yang dapat dilakukannya, dia harus memanjat tebing di hadapannya dan berusaha mencari jalan keluar sekaligus mencari siapakah dia sebenarnya.

bandaraya Kuching walaupun tidak sesibuk bandaraya Kuala Lumpur, namun ia masih menggambarkan sebagai sa lah sebuah daripada bandaraya terpenting tanah air. Kep esatan pembangunan yang melanda bandaraya ini mula melupuskan kesankesan penjajahan silam.

bangunanbangunan pencakar langit sudah mula dite gakkan. Walaupun di jalan rayanya masih terdapat bulatanbulatan yang sudah tidak berupaya menampung jumlah kend eraan yang meningkat seperti di bandaraya Kuala Lumpur, namun di bandaraya ini masih lagi terdapat bulatanbulatan tersebut.

Helikopter yang membawa salah seorang daripada kaki tangan terpenting Setia Jaya dan juruterbangnya sudah sela mat mendarat di sebuah padang sekolah. Mujurlah...

Lain kali, kalau nak ke manamana dengan helikopter ni, periksa betulbetul. Mujurlah kita dah sampai ke Sarawak. Kalau tak... Zulkifli tidak menghabiskan katakatanya. Dia tidak sanggup untuk meneruskannya.

Juruterbangnya hanya tersenyum.

Meter bahan bakar helikopter itu telah rosak. Dan ke ro sakan itu menggawatkan mereka berdua. namun juruterbang itu mengambil satu tindakan yang betulbetul drastik. Dia tidak akan mendaratkan helikopter tersebut selagi belum kehabisan minyak. Untungnya, ketika mereka merentasi Laut china Selatan, helikopter tersebut belum kematian enjin.

akhirnya apabila mereka benarbenar mendarat di padang sekolah di pusat bandaraya Kuching itu, barulah enjin helikopter tersebut mati.

Sepasukan bomba telah bergegas ke padang sekolah tersebut. Mereka sudah bersedia untuk mengambil sebarang tindakan jikalau helikopter itu terhempas atau meletup.

Orang ramai membanjiri padang sekolah tersebut.

Me reka ingin menyaksikan satu kejadian yang akan membuat kan bandaraya Kuching disebut. Mereka terus berkerumun sekalipun telah diberi amaran bahawa mereka menempah bahaya.

Zulkifli dan juruterbangnya ke balai polis untuk membuat laporan. Kemudian berusaha untuk mendapatkan beberapa orang jurutera penerbangan yang khusus tentang helikopter daripada Lapangan Terbang antarabangsa Kuching.

Dapatkan sebuah kapal terbang yang lain. Mungkin boleh gunakan Fokker. Rasanya banyak kawasan penempatan peribumi yang tidak dapat dihubungi dengan jalan darat mempunyai lapangan terbang, kata Zulkifli.

Dan itulah yang dilakukan oleh juruterbang yang setia itu. Zulkifli sudah membayangkan bagaimana dia bersua dengan Suhaili dan Salimah. Malah Ramlan dan Salman juga. Mereka pasti akan terkejut dengan kehadirannya itu.

Ketika itulah dia akan bertindak untuk melenyapkan mereka. Kemudian meninggalkan Sarawak dengan senyapsenyap dan memperolehi apa yang diidamkannya selama ini.