Khairul Rasheed. Kepalanya masih nanar. Penerbangannya dari Bangkok tiba jam 3 pagi. Dia terus pulang ke rumah dan tidur. Namun baru setengah jam dia terlelap telefon pula berbunyi minta dilayani.
Hello! serunya malas.
Dihujung talian dia mendengar suara Detektif Howard.
Dia terus bingkas, duduk di pinggir katil. Badannya ditegakkan dan telinga menangkap suara lelaki caucasian itu dengan teratur. Jelas dan tepat, walaupun kedudukan mereka begitu jauh antara satu lama lain.
Ada perkembangan terbaru berhubung kes tu. George sudah pun ditemui.
Dah jumpa Bagus! Jadi, dia mengaku mengupah pembunuh tu
Tak. George mendakwa dia diperangkap. Memang betul dia menggelapkan duit syarikat Martin dan Jackson. Tetapi dia tak membunuh Martin. George lantik peguam untuk bela diri.
Khairul Rasheed terdiam lama.
Linda Martin harus kembali ke sini. Dia diperlukan untuk membantu menyelesaikan kes.
Tak. Jangan libatkan kakakku sekali lagi.
Dia tak mempunyai alibi malam itu. Dia juga punya sebab yang kukuh untuk membunuh Martin, dia cemburu. Mereka bercadang untuk berpisah. Martin mempunyai kekasih lain, seorang gadis kulit hitam bernama Bonie.
Ini benar-benar gila! Khairul Rasheed membentak tidak mahu percaya.
Aku benarkan dia pulang di bawah pengawasan kau, Encik Rasheed. Sebab aku percayakan kau. Sebagai seorang pegawai polis dari unit PGK, kau takkan belot dengan melindungi penjenayah. Kau tak mungkin ingkar sekiranya keadilan ditegakkan.
Tidak! Kakakku bukan penjenayah. Aku akan bawa dia kembali ke Amerika. Tapi bukan sebagai suspek. Dia adalah saksi, detektif! tegas Khairul Rasheed, Kenapa kau tak buru pembunuh sebenar Cari dulu bukti secukupnya. Kenapa kau harus libatkan kakakku Hidupnya dah cukup menderita tahu
Detektif Howard diam. Kemudian berkata dengan tegas, Dia mesti balik semula ke sini! Kalau perlu kami akan dapatkan perintah mahkamah.
Aku tahu. Kalau begitu, aku mahu ikut menyiasat. Aku akan ambil cuti panjang dan kita sama-sama menyelesaikan kes ni.
Detektif Howard diam sahaja. Jelas dia tidak suka Khairul Rasheed campur tangan.
Tak cukup sebagai pemerhati sahaja soal Detektif Howard.
Aku mahu terlibat sama menyiasat kes ni, untuk menjernihkan nama kakakku, Linda Martin, tegas Khairul Rasheed.
Okey... okey.
Khairul Rasheed mencampakkan telefon bimbitnya ke atas tilam. Dia mencengkam rambut, kemudian melepaskannya bersama dengusan keras. Dia bangun menuju ke bilik mandi. Khairul Rasheed bersiap dengan cepat, berhasrat hendak pulang ke rumah ibu bapanya di Gombak. Dia perlu berbincang dengan Linda mengenai keberangkatan mereka ke Amerika. Mereka akan berangkat secepat mungkin.
SELEPAS waktu makan tengahari berakhir, Kharlissa mendapat panggilan daripada Khairul Rasheed. Di belakang lelaki itu, Kharlissa dapat menangkap bunyi bising, suara manusia yang ramai. Dia kehairanan di manakah lelaki itu berada kini.
Awak kat mana, Kay
Saya di airport, beritahu Khairul Rasheed.
Awak dah pulang dari Bangkok Awak mahu saya jemput awak di KLIA
Khairul Rasheed diam sejenak.
Sayang, dengar ni. Saya sebenarnya dah balik dari Bangkok awal pagi tadi. Tapi tiba-tiba saya mendapat panggilan penting. Saya sedang uruskan sesuatu. Keluarga saya ada masalah besar.
Apa dia
Bukan masa untuk saya bercerita dengan awak sekarang. Cuma apa yang ingin saya katakan saya akan berada di Amerika agak lama.
Berapa lama tanya Kharlissa. Tiba-tiba dia terasa sedih.
Saya tak pasti berapa lama. Mungkin seminggu, sebulan atau lebih. Saya ambil tiket one way. Jadi saya tak boleh bagi tarikh bila saya akan balik. Tapi yang pasti, saya tetap akan pulang ke pangkuan awak, Lissa.
Kharlissa tersenyum mendengar ungkapan Khairul Rasheed. Sempat lagi lelaki itu hendak berlaku manis.
Awak jaga diri baik-baik. Dan jangan berubah hati sepanjang ketiadaan saya, pinta Khairul Rasheed.
Kay... saya akan setia. Saya akan tunggu awak balik.
Terima kasih sayang. Jumpa lagi, Khairul Rasheed terus menutup panggilan.
Kemudian dia menghubungi Norman. Seperti biasa dia akan meminta Norman menjaga rumah. Kali ini bukan mengintip, tetapi menjaga Kharlissa dengan sebaikbaiknya. Dia berharap Kharlissa akan sentiasa sejahtera sepanjang ketiadaannya di Malaysia.
KAK Lin sure nak pergi ke perbicaraan tu tanya Khairul Rasheed sambil merenung wajah kakak angkatnya. Usia mereka agak jauh beza. Linda mengenali Khairul Rasheed kala lelaki itu masih budak, berusia lebih kurang dua belas tahun. Ketika itu Linda dua puluh lapan tahun. Hampir lapan belas tahun jarak usia antara mereka. Sebenarnya lelaki itu lebih layak digelar anak berbanding kakak.
Ya. Kak Lin nak jumpa budak George tu. Kenapa dia sanggup upah orang bunuh Martin.
Saya bimbang kakak tak dapat kawal emosi. Kalau kakak rasa kakak boleh kawal diri, kita pergi. Kalau tak, lebih baik kakak tinggal saja di hotel, nasihat Khairul Rasheed.
Biarpun Linda memiliki rumah agam peninggalan Martin, tetapi dia lebih senang tinggal di hotel. Rumah itu sudah pun dikosongkan selepas kematian tragis Martin. Semua pembantu rumah diberhentikan dan Linda pulang ke Malaysia. Dia hadir ke sini pun semata-mata kerana ingin mendengar kes perbicaraan terhadap George.
Linda langsung tidak terfikir untuk menziarahi rumah yang pernah dia diami bersama suaminya suatu masa dahulu. Di situ terukir bahagia dan jua derita. Dia tidak sanggup untuk ke sana lagi. Malah dia telah meminta peguamnya menguruskan penjualan rumah itu kepada sesiapa yang berminat. Pun sehingga kini rumah itu belum jua laku. Tiada sesiapa yang ingin membelinya apabila mengetahui satu tragedi pernah terjadi di situ.
Jangan bimbang, Kay. Kakak tak apa-apa. Lagi pun dah hampir tiga bulan berlalu. Kakak dah boleh lupa walaupun bukan sepenuhnya, balas Linda.
Mereka keluar ke Mahkamah Tinggi New York. Kes itu menarik minat ramai orang. Agak ramai yang memenuhi dewan untuk mendengar perbicaraan. Linda duduk di barisan paling hadapan bersama dengan Khairul Rasheed. Tidak lama kemudian Jackson muncul, lalu dia mengambil tempat duduk di sisi Linda.
Lepas ni, aku nak bincang sikit dengan kau, Puan Linda, katanya sambil tersenyum.
Tentang apa
Pasal saham-saham kau dalam syarikat.
Linda mengangguk cuma, sambil matanya memandang ke arah meja tuan hakim yang masih kosong.
Tidak lama kemudian seorang hakim berjalan masuk. Semua yang ada di dalam mahkamah berdiri dan tunduk hormat pada tuan hakim. Perbicaraan dimulakan. Orang ramai yang berada di dalam dewan itu diam membisu, hanya terdengar suara tuan hakim yang mengeluarkan arahan.
George dibawa masuk ke dalam kandang pesalah. Wajah lelaki itu nampak pucat dan tidak terurus. Tubuhnya kurus. Linda memandang ke arah George dengan hati yang walang. Walaupun dia tidak kenal lelaki itu tetapi dia merasa kesal di atas perbuatannya. Dia tidak tahu mengapa George harus bertindak nekad begitu.
Pendakwa raya memulakan hujahnya dengan bernas. Pertuduhan ke atas George dibacakan. Saksi dipanggil untuk menyokong penghujahannya. George diam sahaja. Matanya sesekali memandang ke arah Linda dan Jackson. Tiba-tiba dia menjerit.
Puan Linda! Saya tak upah orang untuk bunuh Martin. Bukan saya yang bertanggungjawab atas kematian suami puan! Bukan saya... tapi dia! Jari George menuding ke arah Jackson.
Hakim mengetuk tukulnya ke meja. Dia meminta George agar berhenti menjerit. Namun George seperti histeria. Dia terus menjerit-jerit dan mengulangi ayat yang sama. Dua orang anggota polis terus menarik dia keluar dari kandang saksi. Dia meronta-ronta minta dilepaskan. Dia berjaya meloloskan diri dan berlari ke arah Linda.
Orang ramai yang berada di situ mulai menjerit panik dan terkejut. Mereka takut melihat George yang tiba-tiba menjadi liar.
Saya tak upah orang bunuh Martin, Puan! Tolong percaya pada saya.
George digari oleh anggota polis yang bertugas. Tubuh George lembik dan dia jatuh terjelepuk di lantai. Dua orang anggota polis mengangkatnya ke dalam bilik di sebelah majestrit chamber. Perbicaraan terpaksa ditangguhkan.
Jackson menjemput Linda ke pejabat. Dia ingin meneruskan pujukan supaya Linda melepaskan sahamsaham Martin yang kini menjadi milik wanita itu. Namun atas nasihat keluarga, terutama sekali Dato Salihin Linda bertegas ingin terus memiliki saham itu. Walaupun dia tidak terlibat dalam bisnes tetapi dia boleh terus kekal sebagai sleeping partner. Jackson tidak suka mendengar kata-kata Linda. Hatinya terbakar, tetapi dia tetap melindunginya dengan senyuman.
Keesokannya, perbicaraan disambung semula. Linda terus menghadirkan diri sepanjang masa perbicaraan dijalankan. Pihak pendakwa raya mengeluarkan sekeping sketsa bunga dandelion. Dia menunjukkan sketsa itu kepada tuan hakim dan juri.
Sketsa ini ditemui semasa penyiasatan dilakukan di rumah Musa Martin. Kami percaya sketsa ini adalah satu signiture yang ditinggalkan oleh pembunuh. Adakah kau pernah lihat sketsa ini tanya pendakwa raya pada George.
George menggeleng. Hari ini dia nampak sedikit tenang. Dia tidak lagi menjerit dan meronta seperti semalam.
Saya tak pernah melihatnya sebelum ini, jawab George tenang.
Kau telah mengupah pembunuh upahan untuk bunuh Musa Martin! kata pendakw araya pada George.
Peguam bela George bangun, menafikan tuduhan itu dengan sekeras-kerasnya.
Seminggu sudah pun berlalu. Perbicaraan ditangguh lagi kerana bukti tidak mencukupi. George merenung Linda dari jauh. Bibirnya ingin berkata sesuatu tetapi dia segera diheret masuk ke dalam kereta polis. Dia dibawa kembali ke penjara hingga ke satu tarikh perbicaraan semula.
Kakak nak pergi melawat George di penjara, beritahu Linda pada suatu pagi.
Untuk apa kak
Entah mengapa naluri kakak menyatakan memang George tidak bersalah.
Kenapa kakak percaya sangat pada naluri tanya Khairul Rasheed.
George tak bersalah, Kay. Kakak rasa memang benar ada orang yang menganiaya dia. Walaupun dia menggelapkan duit syarikat tapi bukan dia yang upah pembunuh tu.
Tapi kenapa dia melarikan diri ke Hawaii Bukankah ada saksi yang mendengar mereka bertengkar beberapa hari sebelum Martin dibunuh
Mungkin ini semua hanya kebetulan. Pertengkaran itu tiada kaitan dengan peristiwa pembunuhannya.
Kakak kenal George sebelum ni
Linda menggelengkan kepala.
Entahlah. Memang naluri kakak merasakan ada sesuatu yang tak kena.
Linda bersiap-siap untuk menemui George. Mereka bertemu di penjara. George keluar dari selnya dan menghadapi Linda. Mereka berbual panjang. George cuba menyakinkan Linda dengan bersungguh-sungguh dia tidak pernah mengupah orang untuk membunuh Martin. Malah George mengalirkan air mata dan menyatakan dia diperangkap.
Puan, tolong gugurkan pertuduhan ke atas saya. Lebih baik sekiranya pihak berkuasa mencari pembunuh sebenarnya yang masih bebas, Rayu George.
Maaf, bukan saya melakukan pendakwaan. Tapi Jackson. Sepatutnya awak bercakap dengan Jackson.
Huh! Jantan tak guna! pekik George dan dia menjerit-jerit histeria semula.
George diheret masuk ke dalam selnya. Linda hanya memerhati dari jauh sambil kepalanya tergelenggeleng beberapa kali. Adakah dia bercakap perkara yang benar
LEWAT tengahari Khairul Rasheed ke pejabat Detektif Boone.
Jadi pembunuh tu meninggalkan sebuah sketsa bunga dandelion Kenapa baru sekarang hal tu tiba-tiba ditimbulkan tanya Khairul Rasheed.
Bukti tu baru ditemui semasa orang-orang bawahanku menjalankan beberapa kali penyiasatan rapi di rumah Martin. Pembunuh tu memang bijak sebab tiada siapa yang perasan. Mungkin pembunuh itu bangga diri kerana dia dianugerahkan bakat semula jadi.
Khairul Rasheed diam sahaja. Dia asyik memikirkan tentang bunga dandelion. Bunga dari tumbuhan liar, berwarna kuning terang yang mencolok mata. Apabila tiba musim gugur, ia bertukar warna menjadi putih seperti kapas lalu berterbangan ditiup angin.
Mungkinkah dia seorang perempuan teka Khairul Rasheed.
Detektif Howard diam sejenak kemudian berkata, Mungkin juga lelaki. Dia mahu mengelirukan orang.
Ya, mungkin juga, Khairul Rasheed sambil menggaru dagunya yang terasa gatal.
Bagaimana dengan George Mungkin benar George seorang pencuri tapi saya rasa dia jujur. Bukan dia yang upah orang bunuh Martin, Khairul Rasheed bersependapat pula dengan kakaknya tentang hal itu.
Entahlah. Siasatan akan terus dijalankan, jawab Detektif Howard.
Kau mahu ikut ke rumah Martin pelawa Detektif Howard.
Khairul Rasheed mengangguk dengan cepat.
KEDIAMAN MUSA MARTIN, NY
PEMBUNUH tu mungkin lari melalui pintu ni, kata Detektif Howard menunjuk ke arah pintu pagar bahagian belakang rumah agam.
Dia seorang pakar. Boleh masuk tanpa disedari. Berjaya mematikan sistem penggera. Dia terlalu cekap dan teliti. Dia seorang perempuan, kata Detektif Howard lagi.
Yakin
Ya. Pakar kami telah meneliti lukisannya. Halus dan berseni. Terlalu teliti. Hasil kerja orang perempuan.
Mereka bergerak mengelilingi kawasan rumah Martin. Khairul Rasheed merasakan perbuatan mereka menyiasat sekeliling kawasan itu adalah satu tindakan bodoh. Peristiwa itu sudah tiga bulan berlalu. Bukti sudah pasti terhapus. Buat apa mereka berada di sini
Puan Linda Martin pandai melukis tanya Detektif Howard.
Tak pasti. Rasanya dia tidak pernah melukis apaapa.
Kita masuk ke dalam rumah, kata Detektif Howard.
Rumah itu masih terjaga dengan baik. Mulanya Khairul Rasheed menyangka rumah itu tidak berpenghuni. Linda sudah pun menghentikan khidmat pembantu rumah. Namun Khairul Rasheed mendapati tiga orang pembantu rumah menjalankan tugas mereka dengan sempurna walaupun tanpa kehadiran Linda. Menurut mereka, setiap bulan gaji dibayar oleh Jackson.
Detektif Howard mengajak Khairul Rasheed naik ke tingkat atas. Khairul Rasheed sudah lama tidak ke rumah kakaknya. Kalau pun dia datang, selalunya dia tidur di bilik tingkat bawah. Jadi, dia hampir-hampir tidak pernah naik ke tingkat atas rumah yang memiliki sepuluh bilik tidur itu.
Tengok lukisan ni! tunjuk Detektif Howard.
Sebuah lukisan tergantung di ruang rehat keluarga. Khairul Rasheed memerhatinya dengan penuh minat. Lukisan sebuah pondok, berlatar ladang getah. Seorang perempuan Melayu sedang termenung. Di tangannya ada pisau menoreh getah. Kakinya hanya berselipar. Kemudian dia terpandang sebuah lagi lukisan. Wajah seorang kanakkanak perempuan. Wajah yang sedih dan cemik. Ada gumpalan air jernih yang bergolek di pipi yang comot.
Gaun putihnya kusam lagi pudar. Tubuh kecil itu berdiri di pinggir sawah. Kedua-dua lukisan itu benar-benar hidup.
Khairul Rasheed tercengang memerhati lukisan itu. Siapakah pelukisnya
Lukisan dari Asia, komen Detektif Howard.
Latar ladang getah dan sawah padi, balas Khairul Rasheed.
Pelukisnya Linda Martin.
Mustahil. Kakak saya tak pernah melukis.
Tengok namanya di sini, LM.
Tak semestinya, Linda Martin.
Bantahan yang sangat dangkal! sindir Detektif Howard.
Hah, di sini, banyak lagi lukisan-lukisan kesayangan Linda Martin. Mari! panggil Detektif Howard sambil memasuki salah satu bilik.
Khairul Rasheed tercengang lagi. Benar! Lukisan itu milik Linda. Di sini dia melukis pada waktu-waktu terluang. Tetapi mengapa mereka sekeluarga tidak tahu dia punya bakat yang begitu besar Lukisan-lukisannya tidak pernah dipamerkan apa lagi dijual.
Tetapi tiada bunga dandelion, kata Khairul Rasheed separuh berbisik seolah-olah hanya pada dirinya sendiri sahaja.
Dia tak suka bunga, tapi lebih suka pemandangan dan manusia, beritahu detektif itu lagi.
Jadi, dia bukan suspek! bentak Khairul Rasheed.
Mungkin dia adalah dalangnya! tuduh lelaki itu tanpa perasaan.
Jangan sesekali kau katakan itu, sekali lagi, Khairul Rasheed memberikan amaran sambil bibirnya digertap penuh geram dan marah.
Kami terpaksa menahan dia untuk siasatan lanjut.
No! Its not fair, Khairul Rasheed menjerit tidak puas hati. Namun, dia tidak boleh berbuat apa-apa.