Boleh Arfan menceritakan sekali pengalaman berkerja hari pertamanya. Lagipun, memang Aswadlah yang paling kuat menyokong cita-cita Arfan untuk menjadi seorang wartawan dulu.
"Arfan belajar elok-elok tau. Jadi wartawan yang berjaya. Jangan jadi macam Aswad.... Tak tentu hala lagi masa depan."
"Jangan cakap macam tu. Aswad kan tolong bapak. Kalau kita dua-dua keluar belajar, nanti bapak sunyi pulak..."
"Iyalah. Tapi sampai bila nak tolong bapak urus jenazah je.... Aswad dah muak tengok orang mati..."
"Tak baik Aswad cakap macam tu.... Itukan kerja mulia. Orang-orang terpilih je yang mampu buat. Aswad patut bangga..."
Begitulah perbualan di antara Arfan dan Aswad sebelum Arfan menyambung pembelajarannya ke peringkat tinggi dulu. Arfan akan ingat sampai bila-bila.
Tatkala mendekati pusara Aswad, Arfan sudah dapat melihat bahawa ada seorang pengunjung lain di situ. Seorang gadis. Memakai rona merah jambu yang lembut dari atas ke bawah.
"Assalamualaikum..." sapa Arfan.
Gadis itu yang baru sedar akan kehadiran Arfan cepat-cepat mengelap airmatanya dengan kain selendang.
"Waalaikumsalam..." balas gadis itu sambil mengangkat wajahnya untuk melihat Arfan. Gadis itu sedikit terkejut.
"Aswad"
"Eh... bukan. Saya Arfan. Abang kembar Aswad."
"Oh..."
Arfan melutut di sebelah kanan kubur Aswad. Bersetentangan dengan gadis itu.
"Boleh saya tau... awak siapa" soal Arfan.
"Nama saya Kemboja."
"Oh... kalau tak silap saya, Aswad pernah cerita dekat saya, dia kenal dengan seorang gadis yang bernama Kemboja. Awaklah kan I mean... bukan ramai pun orang yang namanya klasik macam awak zaman sekarang ni. Kemboja."
Gadis itu mengangguk sambil senyum. Mata coklatnya bersinar. Pipi putihnya beransur merah.
"Seingat saya, Aswad kenal dengan Kemboja, tak lama sebelum dia meninggal kan"
Gadis itu mengangguk lagi.
"Terima kasih sebab temani adik saya dalam minggu-minggu terakhir dia. Saya tak tau secara detail. Tapi yang saya ingat, dia seronok sangat masa tu."
Gadis itu senyum lagi. Tapi masih senyuman yang terkandung kesedihan.
"Saya minta maaf. Sebab tak menyelamatkan dia masa tu..." luah gadis tersebut.
"Apa maksud awak Aswad meninggal sebab kemalangan motor. Tak ada apa yang awak boleh lakukan. Awak tak ada pun dekat situ semasa kejadian berlaku," tekan Arfan.
Gadis itu diam. Riaknya neutral. Dia tak mahu mendedahkan apa yang tidak sepatutnya didedahkan.
Sebuah van warna hitam berhenti di tepi tanah perkuburan itu. Si gadis memerhatikan van tersebut yang semua tingkapnya digelapkan.
"Mereka dah datang, untuk ambil saya..."
"Oh... van tu datang nak ambik awak ya" Arfan mengulang soal walaupun sudah termaklum.
"Iya..." jawab si gadis lemah.
Gadis itu bangun. Mengusap batu nisan Aswad sekali lagi sebelum beredar.
"Kemboja...!" panggil Arfan.
Si gadis berpaling.
"Adakah kita akan berjumpa lagi" tanya Arfan.
Si gadis menjawab...
"Saya harap tak...."
Gadis itu pun terus berjalan lalu hilang di sebalik pintu van.
"Awak dah bersedia, Kemboja" pemandu van tersebut bersuara.
"Iya, Han..."
"Ingat. Aswad adalah satu kesilapan yang awak tak boleh ulang."
"Saya faham...."
"Walaupun ianya bertentangan dengan prinsip peribadi awak, tugas tetap tugas. Tanggungjawab harus dilaksanakan."
"Tapi saya masih berpendapat bahawa kematian itu adalah hak setiap manusia. Ianya sesuatu yang indah. Yang harus didakap dengan keredhaan. Dan satu-satunya cara untuk mengendalikan kematian, adalah dengan iman," luah gadis.
"Itu pendapat awak. Tak ada siapa yang ingin menyangkalnya pun. Awak boleh berpegang kepada apa saja yang awak ingin percaya. Tapi ingat, awak juga terikat dengan janji. Sebuah janji yang jauh lebih besar dari diri awak sendiri."
Si gadis hanya mengangguk kali ini. Akur, walau dalam terpaksa. Terima, walau tidak rela.
"Boleh awak ulang sekali lagi amanat yang mesti dipegang"
Gadis itu mengeluh.
"Saya perlu menjangka, kemudian menyediakan mereka, dan yang paling penting... mengubah."
"Bagus. Ingat tiga prinsip tu. Jangan sampai awak pun menerima nasib yang sama dengan Haida nanti...."
"Tapi Haida..."
"Sudah! Haida adalah satu kesilapan. Kita dah kehilangan dia. Tapi awak... awak masih belum terlambat. Dan awak patut berbangga, Kemboja. Sebab awak adalah antara yang terpilih, untuk berjumpa dengan dia. Awak tau siapa yang saya maksudkan"
Si gadis menghela nafas perlahan. Dia membuang pandangannya ke luar tingkap. Menikmati alam yang masih dia kenal. Yang masih kekal seadanya. Sebelum ia berubah.
"Dia yang tahu segalanya..." luah gadis itu.
- Habis -
Munir melipat kertas di tangannya. Kisah 3 selesai dibaca namun tidak selesai ditafsirkan. Watak Haida memang wujud. Banyak itu Munir tau kini. Tapi kenapa tidak Arfan Sedangkan perkaitannya agak jelas. Mungkin Zaiful mencari di tempat yang salah. Dalam rekod polis dah tentu tak ada menyebut tentang Arfan sebab dia tidak pernah terlibat dengan apa-apa kes jenayah. Lalu Munir mendapat akal tentang bagaimana dia hendak menjejak Arfan.
bersambung
Bab akan datang:
Bagaimanakah Munir mahu menjejaki Arfan Berjayakah dia