Hanim Hassan, sebelum aku balik ke Cairo, aku menerima sekeping nota dari jiranku yang juga lulusan al-Azhar.
Kandungannya begini;
WARKAH CINTA SEORANG HAMBA
Bismillahirahmanirahim
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang
Perkataan ini ditulis kerana cintaku kepada Allah
Dan cinta itu mewujudkan cintaku kepada hambanya.
Selendang Aishah pernah menjadi saksi sentuhan cinta
Rasulullah
Redha dalam hubungan ketentuan Allah
Datang Maisarah seorang hamba pengutus cinta
Khadijah dan Muhammad
Ia cinta di luar alasan usia.
Gelaran bukan lagi ilusi nilai.
Dapatkah kita goyangkan keutuhan cinta Sulaiman kepada Balqis,
Meskipun ia terheret dengan jarak masa yang jauh tersimpul dengan lagaknya sang ratu Terbias dengan kemewahan tanpa tandingan
Mampukah diukur keikhlasan Zulaikha kepada Yusof
Tenggelamkah fitrah dengan sebuah fitnah
Yang mekar dalam liputan sejarah
Lalu menceritakanku bukti penakhluk agung, Cinta Sang penawan akal, perayu iman.
Pemilik hati dan kisahnya tidak pernah terhenti. Tidak berganti.
Apakah sebuah kekhilafan menemuimu di atas dunia,
Lalu menawarkanmu sebuah kisah yang sama Namun kujanjikan kesetiaan seiring dengan cintaku kepada Allah
Cintaku padamu bukanlah dari mata turun ke hati
Cintaku padamu dari Allah lalu bertanya kepada iman Ia ditafsirkan dalam rangkap yang mendalam. Tulus namun mampu membinasakan
Dan sepanjang iman kecil ini menemani diri, Cuma kepada seorang hamba Allah aku punya kepastian
Cintaku kepada hamba Allah itu adalah cabang cintaku kepada pencipta
Sepertimana aku mencintai saudara dan jihad Sekiranya sang ratu mencintai Sulaiman kerana
kemewahan tanpa tandingan, Aku tidak mengemis itu darimu
Sekiranya Zulaikha mencintai Yusof kerana rupa yang
tiada tolok bandingan,
Aku tidak memandang itu ke atas kamu
Aku memintamu seperti Adam meminta Hawa
Menjadi teman perjalanan dunia
Umpama Fatimah dibimbing Ali
Muslimah sejahtera dipaut suami
Ku cari muafakat kasih sebenar
Memasuki alam penghidupan yang diredhai
Terzahir cintamu kerana cabang cintaku kepada Allah
Kekalkanlah ia sebagai titian menuju syurga
Atau aku khuatir sekiranya terpisah,
Ia tidak berupaya bercantum kembali
Lalu akan aku tangisi pedih hidup di dunia Ya-Rabb Dan aku khuatir imanku mengeluh dalam nafas. Lalu menjadikan kakiku tergelincir ke neraka dunia
dan akhirat
Kerana besarnya pertaruhan itu,
seluruh dunia aku sudi tukarkan demi sebuah cinta yang telah tiba ke Arasy-Nya
Ia bukan cinta biasa
Kerana ia menjanjikanku kemanisan iman
Dari seorang hamba yang mencintai agamanya
Demi Tuhan, kau akan mengerti dalamnya syair ini
Dan demi Tuhan jua, kau akan memberiku jawapan
Sekiranya kalam yang dilahirkan akal kurniaan
Illahi ini
tidak memberimu ketentuan yang ikhlas, Surat ini akan terlarut dalam nafas tak bertuan Semoga cintaku padamu mengalir tenang Dan berpanjangan.
Demi Allah aku cuma seorang hamba
Tidak bertuan selain Tuhan
Sekiranya Tuhanku mengizinkan
Aku meminta kamu sebagai teman
Semoga Allah mengampuni kita.
Kerana telah menzahirkan hijab dunia..
-Khairul Fahmi Abdullah.
Hanim, aku balas aksara cintanya dengan penuh kesyukuran.
Kalimah illahi ku lonjakkan ke permukaan hati
Ketika datangnya seorang lelaki
Yang memberi salam tanpa membuka hijabku
Lalu ku sembah wajahku ke lantai bumi
Menghadap hamparan sejadah yang kian kelam
Disebalik lautan jernih air mata
Yang surut ke pipi jatuh menimpa tadahan doa
Inilah doa dan air mata
Untuk sang pencipta
Subhannallah, jodoh itu rahsia Allah. Terima kasih atas surat-suratmu ke Kaherah.
-Wafa Thahirah