SEMBANG TEPI JALAN - 18
5 April 2009 Pesta Jiwa adalah sebahagian catatan pcngembara yang kehilangan dan kemudian mengenal Tuhannya dalam bentnk kefahaman yang hanya dia yang tau. Sekuel segala makna pertemuan mempraktikkan isi ilmiah pada kandungan yang seakan lebur dalam segala makna yang menjurus ke topik keabadian. Kalau lukisan, ianya dikategorikan sebagai abstrak dan surreal. Interpretasi dan kefahaman adalah hak individu bergantung pada tahap kefahamannya. Neutral adalah subjek yang paling atas dari segala subjek yang ada kerana ia bukan cita-cita. Ianya bukan buruk atau baik. Umpamanya kita menatap dengan matahati. Ia tidak seharusnya ada prasangka atau prejudis sebab semuanya kita tetap punya satu jiwa milik yang empunya cerita. Pandanglah pelacur atau ulama itu samarata. Walau subjek mereka berbeza; baik dan buruk itu hanyalah hukuman peradaban manusia. Peradaban kadang-kadang menjarakkan perasaan yang menjurus sifat hasad yang tidak ke mana. Banyaklah pandang pada yang satu dan satu pada yang banyak. Dari segi logiknya kita dapat membersihkan jiwa kalau fikiran kita bersih dari segala prasangka dan hukum. Membaca tulisan ahli falsafah Osho kadang membuat kita berfikir lebih jauh dari segala yang ada di depan dan belakang. Neutral. Dikupasnya segala isi makna zahir dan batin; tasauf atau keagamaan dalam konteks intelektual yang matang dan jujur. Manusia ini hidup pada dasarnya penuh dengan angan-angan, sebab ianya terkandung dalam pemikiran kita. Kita sering berangan bahawa kita ini bijak, tahu-tahu dan sampai. Oleh yang demikian, sebenarnya kita tidak ke mana. Segala maksud andai kita bercita-cita walau diizinkannya. Tetapi kita tetap akan melalui proses tersebut sebab kita ini masih kita. Guru adalah penting tanpa memikirkan apa subjek sebab guru itu pembimbing untuk kita sanipai ke arah maksud dan tujuan. Akan tetapi guru hanyalah guru dan diakhirnya kita tidak memerlukan sesiapa. Yakinlah pada diri sebab guru yang paling baik adalah diri sendiri dan dalam diri punya rahsia yang teramat dalam dan bermakna kalau kita sampai. Aku pada satu masa amat mengkagumi Bob Dylan, Jim Morrison dan banyak lagi. Tetapi kalau duduk bawah bayang-bayang mereka, aku tidak akan ke mana. Aku tidak mahu jadi sesiapa pun di dunia ini. Aku cuma mahu jadi aku. Semacam ego tetapi neutral sebenarnya. Dalam falsafah juga aku dahulunya amat mengkagumi salah seorang pengasas aliran wahdatul wujudbernama Sheikh Siti Jenar dan masih juga memiliki kitab-kitab ajarannya. Selain beliau ialah Hamzah Fansuri, Ibnu Arabi atau Hallaj. Tetapi di penghujungnya aku tetap memilh aku sebagai yang terbaik kerana aku rasa hanya yang empunya rasa yang tahu seperti warna yang terserak pada kanvas putih. Oleh itu yakinlah pada diri yang sebenar diri.