Seronok
Bolehlah. Ini pengalaman pertama aku, Isa..
Ah pengalaman pertama Apa ayahmu tiada membawamu bersama
Aku ... aku tidak punya ayah.
Aku... aku minta maaf Razief. Apa... dia, sudah meninggal dunia
Isa, aku tidak punya ayah. Aku cuma ada mama.
Mama kamu itu, mengandungkanmu yang tidak berbapa
Tiada apa yang mustahil untuk seorang neoHuman seperti kami.
Ah, sepertinya Mariam.
Siapa
Menurut mu itu sekadar dongeng Timur Tengah.
Mereka sama-sama tertawa.
Senja itu tercanting indah di pesisir pantai. Ironinya, nama pesisiran itu adalah Pantai Kemakmuran namun sering sahaja berlaku pencabulan tentera Cyborg neoHuman yang datang membunuh proto-Human setempat. Pujangga menyelamatkan umat mereka sebenarnya; dengan mewartakan Dataran Pembebasan dan Pantai Kemakmuran untuk menjadi hak milik proto-Human, supaya mereka dipenjara bebaskan di sana.
Kerana itu ada sedikit rasa hormat yang tersisa, walau Srikandi itu angkuh orangnya.
Isa, kamu ... kamu pernah terfikir tentang masa hadapan
Masa hadapan
Iya, apa akan berlaku 100 tahun nanti, 1000 tahun nanti malah.
Isa hanya ketawa.
Ini bukan gurauan! Apa tiada langsung kamu
berfikir tentang masa hadapan
Razief, kita inilah umat akhir zaman!
Akhir zaman
Iya, menuju the end of the road.
Haha, itu sejenis ramalankah
Pengakhiran itu telah tertulis, Razief. Semuanya ada di dalam Kalam Tuhan.
Hahaha ...
Aku sudah mengagak, kau takkan mempercayai Alif Lam Lam Ha.
Kerana tiada ketepatan.
Maksudmu
Bukankah setiap tahun yang dilalui, kalian membilang itulah tahunnya akhir zaman Lihat, kita sekarang ini masih bernyawa, malah sedari tadi di dalam kolek ini mencari ikan-ikan di pesisiran.
Kiamat itu rahsia Alif Lam Lam Ha, Razief.
Kiamat tidak wujud, Isa.
Bagaimana kau begitu pasti
Kerana Tuhan itu Tiada.
***
Assalamualaikum..
Isa menolak daun pintu dengan perlahan; terpegun dia melihat kehadiran dua orang Srikandi dari neo-Kuala Lumpur. Barangkali mencari Razief, getus hatinya.
Razief yang berada di belakang Isa melulu masuk sebelum segala hasil tangkapan yang dibimbitnya terlepas serta merta saat melihat lembaga yang cukup dirinduinya itu.
Mama! Mama ... mama datang!
Razief... Razief anak mama!
Pasangan anak-beranak itu berpelukan; ini kali pertama mereka melihat manusia separuh mesin itu menangis. Razief mendakap Mama Juwita seeratnya, dia rindukan kasih sayang dan belaian ibu; seolah tertanggal sahaja riwayatnya saat melihatkan kehadiran Juwita di muka pintu. Juwita menangis lembut, merasai setiap inci kasih sayang Razief padanya. Tidak tertanggung rindu seorang ibu. Rupanya manusia separuh mesin juga mempunyai perasaan selayaknya manusia; malah lebih lagi.
Mereka tidak diprogram untuk membuang bayi. Ra...Razief anak mama.... hari... hari ini, mama datang...
Mama... mama sihat Zief cukup takut apabila mengetahui bahawa negara kita diserang!
Mama masih gagah seperti biasa. Razief anakku, apa sememangnya cukup, makan dan pakaimu
Mereka... mereka menjaga Zief dengan baik di sini. Zief kecelakaan, ma.
Kami mengetahui kehilanganmu setelah cip pada air-car mama tiba tiba termusnah.
Mama, ...Zief sememangnya ingin ke sini dengan rela. Malah sudah lama.
Apa, Jaafarkah yang menyuruhmu
Tidak. Zief ke sini setelah sekian lama dihambat dengan jujukan mimpi.
Razief...
Bawa Zief pulang, mama. Dan ubati Zief... wajah pemuda itu tunduk, barangkali sedih.
Razief...
Kita pulang ye mama Kini matanya memandang berharap.
Razief...
Kali ini giliran Pujangga pula merapati pasangan anak beranak itu. Buhaira dan Isaiah yang tersudut berdiri, memerhatikan perbualan sang neo-Human yang kini memenuhi ruang tamu kecil rumahnya. Jacob dan Joseph sudah mula beransur pergi; mengambil kembali joran dan cangkul milik mereka. Ah, alangkah malunya mereka berdua kerana sudah kalah teruk bertarung dengan wanita seratus tahun. Tetapi itu wanita terbina tempa dengan separuh mesin mengimpal riwayatnya, lalu tiada apa yang hendak dimalukan!
Pujangga mula mendapatkan Razief; dengan perlahan dia memujuk pemuda neo-Human itu.
Razief, aku khuatir kamu harus tinggal bersamasama dengan Buhaira di sini dahulu.
Ah, tapi kenapa Srikandi
Juwita, kamu dan Buhaira keluar dahulu. Bawa sekali pemuda proto-Human itu.
Mereka bertiga keluar. Kini hanya tinggal Pujangga dan Razief.
Razief, pertamanya aku ingin meminta maaf...
Bukan salahmu Srikandi Pujangga. Kalaupun kamu tidak mencadangkan aku berjumpa Buhaira, aku tetap akan ke sini akhirnya.
Aku tahu susah untuk kamu mempercayai ...
Tiada apa yang harus dipercayai, Srikandi. Alif Lam Lam Ha itu tidak wujud.
Razief, kamu tahu apa sebenarnya yang berlaku Tentang neo-Kuala Lumpur yang diserang Isratin
Pujanngga menarik nafas sebelum menyambung lagi ...
***
Jadi kamulah yang digelar nabinya proto-Human Juwita berjalan di hadapan, mendahului Buhaira dan Isa. Lima orang pengawal mengikuti mereka, lima yang berbaki ditinggalkan kepada Pujangga, kalau-kalau si kembar protoHuman itu datang menyerang.
Aku cuma manusia biasa, Srikandi Juwita.
Lalu bagaimana kamu merentas jeda masa untuk hidup sebegini lama
Itu semua kuasa Alif Lam Lam Ha.
Masakan Alif Lam Lam Ha itu, selain dari menjadi Tuhanmu, adalah saintis juga
Bahkan dialah yang menciptakan kita.
Tuhanku bernama Sains, Buhaira. Adapun alangalang aku bertemu kamu, dan kita punya banyak masa, khabarkan aku tentang satu dongengan Timur Tengah yang ini.
Kalau mampu, demi Alif Lam Lam Ha aku ceritakan.
Perihalkan aku tentang Nabi Nuh pada zaman kuno dahulu.
***
Aku dan mama mu musykil tentang Tuan
Pemerintah.
Ah, apakah Diktator itu menyerang kalian berdua
Bukan! Bahkan dia tidak langsung bertindak-balas terhadap serangan ini.
Apa maksudmu wahai Srikandi
Aku mengesyaki bahawa Jaafar itu, kalaupun bukan proksi; adalah Tuan Pemerintah yang sebenar! Ah Srikandi, mana mungkin sebegitu
Razief, pada tahun 2112 Masihi ini, kemustahilan adalah satu benda yang mustahil. Lihat sahaja dataran Asia kita ini dilanda musim salju setiap tahun.
Lalu, apa kaitannya dengan aku yang tidak boleh dibawa pulang bersama
Jaafar tahu tentang jujukan mimpimu. Kamu ini ancaman kepada umat neo-Human yang lain. Lagi pula, dataran kita kali ini agak tegang setelah diancam perang amaran oleh si bangsat Israel dan Palestin itu. Laksamana kita pula seorang yang maha bacul sifatnya, hanya tahu menurut telunjuk bangsa asing. Biarlah kamu di sini dahulu, sampai akan datang suatu hari nanti, kita semua akan bersatu kembali. Aku dan mamamu harus bergandingan menentang ancaman dari dalam dan luar. Kehadiranmu akan membahayakan mamamu sendiri. Bila-bila masa sahaja Jaafar akan menghasut Tuan Pemerintah atau menggunakan ilusinya; bahawa kami ini merancang untuk menggulingkan neo-Kuala Lumpur dengan menghasilkan neoHuman paten terbaharu yang tersamping dengan kemampuan cerebral yang unggul.
Tapi aku risaukan ...
Jangan bimbang, aku ini seperti saudara mama kamu yang paling dekat. Jangan bimbang tentang kami. Di mata Jaafar dan Tuan Pemenrintah, kamu sudah lama mati. Cuma satu yang mengganggu pemikiranku ketika ini, Razief...
Khabarkan aku...
Kamu belajarlah tentang ilmu dongengan Timur Tengah. Aku ingin mengetahui satu kebenaran yang acapkali berlegar di minda.
Tentang apa
Tentang Alif Lam Lam Ha!
Tentang Alif Lam Lam ha
Iya, sama ada Alif Lam Lam Ha itu sebenarnya ALLAH, Tuhannya muslim.
Angin sejuk mencumbui mereka. Musim salju bakal tiba.
***
Apa benar kamu ingin mempelajari
Mereka bertiga telah tiba di satu oasis berhampiran. Salah seorang daripada lima orang pengawal neo-Human tadi menanggalkan songketnya lalu dijadikan alas duduk oleh Srikandi Mama Juwita. Berbogel sudah seorang pengawal neo-Human itu. Mereka berteduh di bawah pohon Kurma yang masak ranum, masih tersisa mewah tangkainya dengan segala isi-isi kurma yang lemak dan enak, sebagaimana Mariam yang memakannya untuk melahirkan Isa al-Masih.
Buhaira dan Isaiah hanya menurut kemahuan Juwita; Srikandi itu dilihat tidak seangkuh Tinta Pujangga.
Tetapi Nora Napisah itu, kekasihnya Syed Borhan.
Aku telah lama mengetahui akan Nuh, cuma aku mahu kamu menjelaskan aku.
Tentang riwayatnya
Bukan. Tentang bahteranya.
Untuk apa
Bila tiba saatnya, kamu akan mudik jua ke atas sana.
Maksudmu
Ceritakan kepadaku Buhaira. Kami di bawah
radar; tidak punya banyak masa!
Buhaira memulakan dakwahnya.
Adapun ternyata di bawah agama samawi, ketigatiga agama Ibrahim ini memperihalkan Nuh di dalam Kalam Tuhan masing-masing. Taurat menyebutnya di dalam penceritaan banjir di surah Genesis. Malah di dalam Tobit, Isaiah, Ezekiel termasuklah Kalam Tuhan agama Islam juga diperihal kan tentang Nuh.
Cukup riwayatnya. Aku mahu tahu tentang bahteranya, Buhaira
Menjungjung ampun, Tuanku Srikandi. Adapun di dalam kalam Tuhan Agama Islam, ada dinyatakan rujukan sebanyak 43 kali tentang Nuh, malah ada surah tercipta di atas namanya. Isaiah, bawakan beg kepunyaan abah.
Isaiah mengeluarkan sesuatu daripada beg kepunyaan Buhaira. Lembaran itu diperbuat daripada kulit kambing, diwarnakan dengan nuansa merah gelap, lalu dijahit jilidkan dengan benang ampuh, seolah naskah lama sahaja rupanya. Jilid yang tebal itu masih terjaga rapi meski kelihatan carik di penjuru. Juwita teragak-agak sebelum Buhaira benar-benar mengatakan bahawa dia ikhlas untuk menghadiahkan Kalam Tuhan Yang Terakhir, setelah yang naskah lainnya dimusnahkan oleh bala-tentera Cyborg jaafar.
Srikandi, catatkan ayat-ayat ini untuk rujukanmu.
Kamu pasti dengan keputusanmu untuk memberikan naskah ini, Buhaira Sedang naskah ini hanya dongengan Timur Tengah buatku.
Bacalah, Juwita. Kalau kalau membantu mu. Kita akan berjumpa lagi, Juwita.
Apa kau mampu menilik nasibku Hahaha..
Takdir itu kuasa-Nya Alif Lam Lam Ha. Catatkan ini, Srikandi ku.
Baiklah.
Cincin Munsyi pada jari manisnya ditekan; getaran gelombang mekanikal yang terhasil daripada petikan suara Buhaira akan direkodkan ke dalam bentuk aksara sebelum diimplan ke dalam cip pada cakera otak Mama Juwita. Dia tidak perlukan medium pengantara memandangkan peranti pengesan pada cincinnya disambungkan terus ke otaknya. Malah Mama Juwita hanya perlu melihat sesuatu dengan mata kasarnya, sebelum segala imejan yang dia pilih untuk disimpan akan terus dipawa ke kawasan memori Hippocampus neo-Human.
Ciptaan yang digelar neo-Hippocampus itu hanya dimiliki oleh Mama juwita. Cip pengesan akan diperantikan pada deria mata dan Cincin Munsyi, supaya mampu dimanipulasi dan diterjemah untuk disimpan di dalam neoHippocampus di dalam otaknya. Daya memori fotografik dan memori auditori itu membolehkan Mama Juwita mencerap segala ilmu dengan sekilas pandang sebelum ditukar menjadi memori sepanjang hayatnya. Program Pengisian Neo-Hippocampus (PPnH) ini membolahkan dia menjadi antara neo-Human dan Cyborg yang terunggul di dunia.
Bacakan aku ayatnya, Buhaira. Aku akan terjemahkan gelombang bunyi suaramu, langsung terus menjadi memori kekal ku.
Buhaira yang terpesona dengan kecanggihan Srikandi MahaMencipta itu menyambung...
Surah ke tujuh ayat lima puluh sembilan sehingga enam puluh empat; surah ke sepuluh ayat tujuh puluh satu sehingga ke tujuh puluh tiga; surah ke sebelas ayat dua puluh lima sehingga ayat ke empat puluh sembilan; surah dua puluh satu ayat ke tujuh puluh enam; surah ke dua puluh sembilan ayat empat belas ke ayat lima belas; dan surah ke lima puluh empat ayat sembilan sehingga ayat ke enam belas.
Gelombang bunyi yang terhasil daripada pesanan-
pesana Buhaira ditangkap oleh medan penarik yang terhasil daripada Cincin Munsyi Mama Juwita yang mencarkan hologram daya penarik; terus langsung segala pesananpesanan itu ditukar kepada bentuk numerikal.
[7:59-64] [10:71-73] [11:25-49] [21:76]
[29:14-15] [54:9-16]
Mereka bertiga menyaksikan sendiri bagaimana hologram aksara itu tercipta, lalu disedut masuk ke dalam Cincin Munsyi Mama Juwita yang tidak henti-henti menyala. Ciptaan neo-Hippocampus itu membolehkan Juwita mencerap mana-mana ilmu dengan mudah kerana setiap perkara yang ingin dipelajari, akan terus tersimpan kukuh di dalam memori otaknya. Mama Juwita membuka kelopak matanya perlahan-lahan, tersenyum dia akan cerapan ilmu yang diberikan oleh Buhaira.
Buhaira...
Srikandi...
Kita akan hidup seribu tahun lagi!
Apakah seperti Chairil Anwar pula