Majlis makan malam hampir bermula dan para tetamu sedang berbual di ruang tamu.
Murad begitu segak dan harum, mengenakan kemeja berwarna lembut dan sering saja tersenyum menyambut setiap kehadiran teman-temannya.
Murad sengaja mengadakan jamuan tersebut kerana tidak lama lagi dia akan kembali ke London. Majlis perpisahan itu memang sengaja dirancang dan diadakan semasa ketiadaan ibu bapanya yang telah pun pergi bercuti ke Pulau Pangkor.
Ayu turun ke ruang tamu, mencuri tumpuan teman-teman Murad. Keharuman menyerbak dan se-nyuman Ayu yang rekah berbentuk telah mengagumkan para tamu.125
Oh ya... kenalkan... inilah Ayu, tunang aku yang aku katakan dulu. Sorrylah... masa bertunang dulu tak sempat nak jemput sebab kami bertunang di rumah nenek. Lagipun hanya terbuka kepada saudara-mara terdekat!
Alah... memang kau sengaja tak nak tunjuk tunang kau yang cantik ni! Satu suara gurauan memecah, mengundang tawa dan Ayu tunduk tersipu-sipu.
Mereka beredar ke meja makan, menikmati pelbagai resepi yang begitu lazat kerana bibi seme-mangnya handal memasak.
Bibi punya masakan... number one! Satu suara memuji, diikuti sendawa yang panjang.
Murad senyum dan dia mengakui bibi memang pakar di dalam masakan. Selepas hidangan maha berat langsai, bibi tampil membawa desert yang menarik. Banana split yang disertakan puding aneka jenis buah-buahan mula mengambil tempat dan sekejapan saja, habis dibaham.
Murad gembira kerana temam-temannya berpuas hati dengan hidangan yang disediakan.
Ayu menjadi tumpuan dan sekali-sekala mata nakal teman-teman Murad mencuri pandang. Mereka tertarik dengan tingkah laku Ayu yang sopan dan pasti tetamu-tetamu wanita yang hadir terasa sedikit cemburu.
Mereka berkisar di ruang tamu selepas makan, berbual-bual dan berehat. Ayu meminta diri terlebih dahulu kerana dia terpaksa menghadiri kelas awal pagi.
Murad, kau tak takut ke... tunang kau tu lawa. Berani kau tinggalkan dia sedangkan kau berada jauh di London
Murad terpaku.126
Bukan itu saja... tunang kau tu bakal stewardess, Murad! Kata-kata ini membakar cemburunya.
Apa halnya dengan stewardess" Ada resah di mata Murad.
Aku dengar... flight stewardess selalu diganggu oleh Datuk... playboy, orang kaya dan pendek kata kau tahu sajalah di dalam flight tu kan ramai lelaki yang hebat-hebat... and they always go out with these people!
Murad menggeleng. Ah... aku tak percaya, maybe one or two will do that, tapi tak semua. So... tak adil jika semua stewardess dapat that bad reputation macam tu! Murad membela, namun di sudut hatinya berdetik satu perasaan yang lain. Kata-kata temannya itu tidak dinafikan memang benar....
PUAS dipejamkan mata namun tetap terbuka. Murad resah, berkalih baring beberapa kali namun kata-kata temannya sebentar tadi terngiang-ngiang di cuping.
Wajah Ayu hadir, begitu menawan dan cemburu berduyun-duyun datang. Murad bingkas, mencapai pijama dan terus melangkah ke luar.
Dia turun ke dapur. Pinggan mangkuk dan sisa makanan yang bersepah sebentar tadi telah tiada. Segala-galanya telah dibersihkan dan disusun rapi. Hati kecilnya memuji bibi - wanita gigih dan ringan tulang itu memang amat setia. Bibi tidak pernah merungut, malah dia amat betah bekerja dengan keluarga Murad.
Ruang tamu hanya dipancari cahaya kelam daripada lampu berkuasa kecil - sekadar dipasang untuk mengelakkan perlanggaran di dalam gelap. Murad mengatur langkah ke belakang, bilik kecil yang dise-diakan untuk bibi, senyap dan sunyi. Pasti orang tua itu telah tidur, fikir Murad.127
Murad melontar tubuh ke atas sofa, mendongak dan matanya melekat di siling. Fikirannya kosong, na-mun layar matanya dipenuhi wajah Ayu. Mampukah Ayu setia kepadaku Tidakkah Ayu terpikat kepada lelaki-lelaki yang hebat semasa penerbangan nanti Akan setiakah Ayu terhadap cinta ini
Tidak! Suara bergema. Murad memicit dahi. Matanya liar, menombak ke arah belakang bilik bibi. Manalah tahu jeritannya telah mengejutkan orang tua itu.
Murad kaku menanti, tiada tanda-tanda bibi terbangun. Lima minit telah berlalu dan Murad sekali lagi mengintai ke bilik bibi.
Sunyi dan sepi!
Ah... aku perlu memastikan bahawa Ayu tak kan lari!
Murad mengatur langkah... berlari anak memanjat tangga. Dadanya berdebar-debar namun hatinya tetap mendesak. Dia berdiri di depan pintu bilik Ayu, teragak-agak untuk memicit loceng.
Namun, akhirnya jari menekan jua.
Abang Ternyata Ayu tidak mengesyaki apa-apa. Dia mengesat mata, menandakan dia terbangun daripada tidur secara mengejut. Ada apa hal bang
Murad berdebar-debar, namun hatinya tetap mendesak. Tak ada... cuma abang rasa boring malam ni, can I come in for a while"
Ayu menjungkit bahu.
Come!" Murad menarik tangan Ayu.
Ayu masih lagi terperanjat. Tetapi, fikirnya, mungkin Murad ingin berbual-bual. Ah... apa salahnya.
Ayu.... Tenungan mata Murad terasa lain saat itu.
Ayu mula terasa janggal - melontar pandang ke arah pintu tetapi daunnya telah pun terlekap kukuh 128
malah sudah pun dikunci. Hatinya mula berdebar-debar.
Murad semakin ghairah, membuat tubuhnya terketar-ketar. Ayu....
Ayu menelan liur, cuba menepis pegangan Murad yang tidak lagi seperti dulu - lembut dan murni. Kali ini, sentuhan Murad terasa kasar dan mengancam.
Abang... er... kenapa ni
Ayu.... Murad sudah pun menyelak gaun tidur yang nipis.
Abang... hei... ab
Murad semakin dirasuk, memeluk Ayu ke dalam tubuhnya, menghempap dengan sekuat tenaga.
Er... ab Suara Ayu tenggelam sepi.129