Taarif dan Kepentingan
Penyucian diri dalam istilah Arabnya disebut: (Tazkiyah an-nafs). Menurut kamus Idris al-Marbawi, perkataan tazkiah bererti: menyucikan, manakala an-Nafs pula bermaksud: diri seorang atau jiwa. Termasuk di dalam penyucian diri ialah penyucian hati ( ). Sekaligus dapat difahami bahawa perkataan suci lawannya kotor. Dikatakan bahawa baju ini kotor, tidak cuci bersih. Fitrah semua manusia tidak mahu kepada yang kotor. Oleh itu tajuk ini sangat penting kepada kita untuk dihayati bersama.
Dalil
Firman Allah taala:
Maksudnya: Wahai Tuhan kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, Yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firmanMu) dan mengajarkan mereka isi kandungan Kitab (Al-Quran) serta hikmat kebijaksanaan dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Al-Baqarah: 129)
Maksudnya: Kami mengutuskan kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu (iaitu Muhammad), Yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, dan membersihkan kamu (dari amalan syirik dan maksiat), dan Yang mengajarkan kamu kandungan Kitab (Al-Quran) serta hikmat kebijaksanaan, dan mengajarkan kamu apa Yang belum kamu ketahui. (Al-Baqarah: 151)
Maksudnya: Serta Katakanlah kepadanya: `Adakah Engkau suka hendak mensucikan dirimu (dari kekufuran) `Dan Mahukah, Aku tunjuk kepadamu jalan mengenal Tuhanmu, supaya Engkau merasa takut (melanggar perintahNya) . (An-Naziaat: 18-19)
Maksudnya: Dan (sebaliknya) akan dijauhkan (azab neraka) itu daripada orang yang bertaqwa, yang mendermakan hartanya dengan tujuan membersihkan dirinya dan harta bendanya,. (Al-Lail: 17-18)
Maksudnya: Sesungguhnya beruntung orang yang menyucikan jiwanya dan rugilah orang yang mengotorinya . (Asy-Syams: 9-10)
Tujuan
Tugas menyucikan diri, jiwa dan hati manusia merupakan tugas para rasul, nabi, ulama dan orang-orang yang tahu perihal agama walaupun satu ayat. Tujuan penyudian tadi agar manusia bersih dari segala kekotoran hakiki dan maknawi. Cuci bersih akidah dan ibadatnya sepertimana yang dikehendaki oleh Allah Taala sebagai Rabb.
Cara
Penyucian diri dapat dilakukan dengan mengerjakan segala bentuk ibadat berpaksikan keikhlasan dan ketepatannya dengan syara. Ibadat dalam erti kata yang sebenarnya iaitu melakukan apa-apa yang diredhai oleh Allah Taala. Ketika itu diri dan hati menjadi cuci bersih. Maka kesannya atau hasil tanaman tadi dapat dilihat melalui pergerakan anggota keseluruhannya seperti lidah, mata, telinga dan anggota-anggota lain. Semuanya baik termasuk adab-adab dengan Allah Taala dan adab-adab dengan manusia.
Akibat
Jika penyucian diri dan hati tidak berlaku, maka tentunya dapat disaksikan pembiakan maksiat yang berleluasa. Manusia yang kotor dan rosak hatinya memiliki sifat-sifat keji seperti riyak, dengki, sombong dan takabbur. Lantaran kesombongan dan keangkuhannya, ia menjadi manusia yang kejam dan zalim. Lantaran tiada sifat-sifat yang terpuji, manusia dipandang hina dan menjadi sampah masyarakat. Akibat pertambahan maksiat, kemungkaran dan keangkuhan ini akan mengundang bala bencana yang lebih cepat seumpama gempa bumi, ombak besar (tsunami) dan sebagainya.
Tajdid
Oleh kerana manusia dari zaman ke zaman sudah mulai lupa soal penyucian diri dan hati ini, maka sangat perlu ianya diperbaharui (tajdid). Pengisian agama di dalam dada setiap muslim sangat penting. Ia disuburkan dengan adanya sifat taqwa kepada Allah, zuhud, warak dan sering mengingatkan soal kematian dan hari pembalasan.
Miliki Taqwa, Zuhud, Wara dan Ingatkan Mati
Ketaqwaan kepada Allah Taala di sini bermaksud menjaga dan menjauhkan diri daripada semua perkara yang dimurkaiNya. Manakala perkataan zuhud bererti tidak terpengaruh dengan dunia walaupun mempunyai harta yang banyak. Wara pula ialah meninggalkan perkara syubhah (yang tidak jelas halal haramnya) kerana takut terbuat perkara haram. Mengingatkan soal kematian dan hari pembalasan menjadikan seseorang itu sentiasa mencari bekalan dan beramal soleh.
Bagaimana Membersihkan Hati
Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati.
1) Dirikan solat dan banyakkan berdoa - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdoa turut katakanlah Ya,Allah jadikan hatiku bersih
2) Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 kali sehari. Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Di samping dosadosa diampunkan, fikiran tenang, murah rezeki dan anda disayangi.
3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati serta memberi kelapangan hati dan fikiran.
4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang dan terapi.
5) Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf zahirkan kesalahan yang dibuat jika ada.
6) Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik,kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.
7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif. Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!
8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak tergamak kerana bimbang akan mati bila-bila masa)
10) Kekalkan wuduk
11) Bersedekah
12) Belanja orang makan.
13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang syubhah.
14) Berkawan dengan ulama
15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)
16) Pesan pada orang supaya menjadi baik
17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dan sebagainya), jangan dengar orang mengumpat.
Selamat Dunia Akhirat
Sebagai kesimpulannya, penyucian diri dan hati perlu disegerakan. Harihari yang berlalu jangan dihabiskan sahaja tanpa mengenal diri kenapa ia dijadikan. Selepas diri sendiri, kita juga perlu memikirkan tentang anak cucu kita agar selamat daripada pembakaran api neraka. Waliyazubillah!